Thursday 31 July 2008

DS Wan Azizah resigned....DSAI will be contesting..InsyaAllah

Berita terkini...breaking news from Mkini...

DS Anwar Ibrahim will be contesting in Permatang Pauh after DS Wan Azizah announced that she will be vacating her seat in Permatang Pauh. She had already submitted her resignation letter to the Speaker today.

InsyaAllah if the all the process is clean and clear..the by election should be on within 60 days..

Namun dalam tempuh masa yang akan datang macam-macam perkara yang boleh berlaku...jika memang sebenarnya kuasa yang memerintah sekarang tidak mahu sebolehnya DSAI masuk ke Parlimen, maka segalanya boleh dirancang oleh mereka.

PDRM juga sangat proaktif dan dengan bijak cuba menyelesaikan kes ini...kertas siasatan terhadap DSAI kini telah siap dan sedang disemak oleh peguam Negara....kalau benar dakwaan DSAI, yang kedua orang penting dalam kedua-dua kes 1998 dan kini, menipu rakyat dalam kes liwat 1998...maka apakah mereka berdua tersebut...iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dapat menjalankan tugas mereka dengan seadilnya.
Sukar nak difikirkan dengan akal yang waras bagaimana manusia boleh bertindak diluar batas kemanusiaan hanya ingin terus kekal berkuasa..kaya raya...Apakah mereka mengira mereka akan terus hidup tanpa dimatikan????
Mereka mempercayai wujudnya Allah, adanya kitab Al-Quran sebagai panduan, Nabi Muhammad (saw) sebagai ikutan namun pada hakikatnya......????
Bak kata Ustaz Badrulamin di dalam ceramah Israk Mikrajnya semalam di Surau Al Rasyidin Taman Gombak...bila tiba kes-kes begini i.e..tuduhan 'liwat' semuanya sibuk nak bersumpah dengan Al-Quran, sibuk nak pegang Al-Quran, tetapi di waktu lain Al-Quran dibiarkan dan diketepikan.
Ambillah iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj di mana berlaku penyucian hati dan jiwa ke atas Nabi Muhammad (saw)...Malaikat menyuci bersih hati Rasulullah (saw).Begitulah juga dalam kehidupan kita...kita perlu sentiasa menyucikan hati kita dengan sentiasa bertaubat...sucikan diri dari segala debu dosa dengan air wuduk yang diratakan dengan sempurna...
Walaupun ada syaitan dan iblis yang mengganggu dan menggoda...namun kita sentiasa bertarung dan melawan..kita berjaya bila kita kembali ingat pada Allah...jadi cuba bayangkan bila manusia terus-menerus ingin melakukan fitnah dan kejahatan..apa jadi dengan taubat dan penyucian jiwa mereka..apa jadi dengan janji mereka di setiap solat yang dilaksanakan dan di setiap ayat al Quran yang dibacakan..???..
Semoga kita tidak terjerumus mempercayai segala fitnah yang sedang berlaku. Bak kata Ustaz lagi, sekiranya kita tidak faham atau tidak tahu lebih baik kita diam, jangan pula kita sama-sama cuba mempersoalkan tentang sesuatu kes tersebut apatah lagi sesuatu tuduhan berkaitan liwat dan zina...
Semoga Allah selamatkan kita semua dari segala bencana.

Wednesday 30 July 2008

Harakah dan pembacanya yang budiman dan dermawan

Minggu ni routine tidor diubah sedikit..tidor awal dan bangun lebih awal untuk mengajar anak yang menduduki peperiksaan percubaan UPSR minggu ini...awal-awal pagi lebih tenang dan tidak ada gangguan. Kalau waktu lain sudah pasti yang kecil sekali tu pun mulalah datang mood rajinnya nak menempek juga belajar..memang bagus, tapi saya sendiri pula tak dapat concentrate untuk mengajar.
Semalam ketika kepala sudah pun diletakkan di atas bantal dan hampir terlena, ada pula beberapa sms yang masuk ke Handphone..HP sentiasa di sebelah sebagai alarm clock. Saya biarkan saja...tetapi terfikir pulak dalam hati...tak sampai hati nak biarkan saja..tak berjawab hingga pagi esok...saya pun mencapai HP dan membuka inbox..dengan menggunakan sebelah mata saya membacanya...(utk orang yang power cerminmatanya mencecah 1000..inilah caranya untuk mendapat bacaan yang lebih jelas)

From..R.." N dalam GMI kan. Blh tanya buat t-shirt kat mana?Ada komen kata murah dan kain sedap"

Saya..dalam hati..alamak..komen dari siapa pulak ni..patutkah saya beri gambaran yg sebenar, takut pulak menutup pintu rezeki supplier tersebut..tetapi biarlah saya beri komen yg ikhlas..

To R.."Kami tak satisfied sebenarnya"

From R.."Tgh nak order t-shirt utk KSPPJ. Will u recommend atau tak. Apa yang tak satisfied"

To R..."dia lambat siap...#########...(panjangla komen saya kpd dia)...sincerely mmg tak rekomen, tp boleh try survey kedai tu di..******...."

From R.."Jazakillah for d info. Kalau lambat siap takut nak try sbb KSPPJ 16 ogos ni. Nanti Sgor tak ada t-shirt pula nak pakai, risiko"

Nota: KSPPJ- Karnival Sukan Piala Presiden JIM.

Alhamdulillah lega juga at least I have done my part..to sampaikan perkara yang sebenarnya...takut juga silap rekomen..tapi mungkin kedai tu juga boleh buat yang terbaik cuma untk kami sahaja berlaku kesilapan yang tidak memuaskan hati kami.

Kemudian letak semula HP dan mula memejamkan mata semula..hampir terlelap lagi..bunyi lagi 2 sms masuk...hhhmmm...nak tengok atau tidak???...capai lagi hp..

sms 1 dari Kak Jije.."Mesyuarat Malam Seni Khamis ni tukar tempat ke pej YB Azmin Ali, depan Kompleks JIM"....jawab ringkas...."OK"

sms 2 dari Cikgu Laila.."En Lutfi jemput ke ofis Harakah. If u wish to join pls be there at 11.30am esok. tq"...jawab ringkas juga "OK".

Pagi tadi baru saya minta penjelasan atas urusan apa Lutfi-Harakah menjemput GMI ke pejabatnya..baru tahu yang Harakah ingin menyampaikan wang sumbangan. Since saya pun tidak ada apa urusan, saya setuju untuk turut serta. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk Harakah menyampaikan sumbangan bila diperlukan, tetapi jarang sekali mereka menjemput kami untuk ke sana..selalunya sumbangan terus diberikan semasa aktiviti lawatan Lutfi dan wartawannya ke rumah Cikgu Laila.

Pagi tadi ketika bersiap hendak keluar dari rumah saya menerima sms dari Pengerusi GMI..

" To N & C.Laila. On the way to Pej Hrkh-serahan sumbangan pd GMI jam 11.30am"

Setiba di pejabat Harakah keseluruhan staff Harakah sedang bermesyuarat..penuh bilik mesyuarat mereka...selesai mesyuarat kami dijemput masuk. En Lutfi menyampaikan ucapannya dan menyebut bahawa mereka telah menerima banyak sumbangan dari pembaca ekoran berita dan artikel yang mereka keluarkan semenjak peristiwa kematian adik Aina Mardhiah. Sebahagian darinya telah diserahkan kepada keluarga Fatma sendiri...dan masih banyak yang berbaki untuk diserahkan khusus untuk aktiviti kempen Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)..Alhamdulillah..Harakah menyerahkan buat pendahuluan separuh sahaja dahulu dan selebihnya akan diserahkan kemudian agar ada hubungan yang berterusan dengan GMI.

En Lutfi dan Harakah juga bercadang untuk ke Sandakan Sabah untuk menyerahkan sumbangan yang sama kepada ramai lagi keluarga tahanan ISA yang lain yang tinggal di Sabah.

Alhamdulillah...besar jumlah nya sumbangan itu buat kami di GMI patutlah kami dijemput ke sana...bukan sahaja dari segi jumlahnya, namun lebih besar maknanya lagi dengan bantuan dan kerjasama yang erat dan berterusan dari Harakah sendiri...mereka dan warga kerja mereka sudah diumpamakan sebagai sebuah keluarga besar bersama GMI...Alhamdulillah...

Balik dari pejabat Harakah terus saya ke Bank untuk bank in cek tersebut agar selamat masuk ke dalam akaun GMI.

Gambar tidak dapat disertakan..kerana bendahari cum photographer GMI telah kehilangan camera kesayangannya...kena tunggu news di harakahdaily.mungkin mereka juga akan mengumumkan jumlah yang telah diberi kepada GMI.

Alhamdulillah...panjang lagi langkah kami dengan penerimaan wang tersebut, walaupun wang bukan segalanya...namun dalam dunia sekarang, banyak juga aktiviti yang bakal terbantut tanpa wang yang cukup..

Tuesday 29 July 2008

Top Post...on No Evidence... :-)

On Monday my blog received the highest rate of hits and visitors, almost 800 hits in few hours time...wow...not that I am proud of it or high above the sky but frankly I was very surprised. Therefore on Tuesday I clicked Feedijit to check the visitors and found out that most of them came from Mkini news website. I then clicked Mkini and then only i realised that....if we mentioned the word Mkini, our entry in our blog will be detected by the news website...

"Mkini uses Google's search engine to trawl blogosphere to pick up any posting which mentions the word 'Mkini'.

If your blog posting has the keyword 'Mkini', it is likely to be captured by the search engine and will automatically appear in our 'Mkini in Blogs' section.

However, a number of bloggers have abused this function by inserting the word 'Mkini' even though their posts have nothing to do with Malaysiakini or our reports. Others have cut-and- paste Mkini reports into their blogs. This is lazy blogging.

Due to complaints of this abuse, Mkini reserves the right to remove such blogsites from the 'Mkini in Blogs' section."

I really do not know about this..next time I have to be very careful, I do not want to be labelled as 'lazy blogging'. My intention when I came across the news was just to share and convey the report to all who read my blog...because I am very sure that this news will not be published in the government owned media. As well as only those who subsrcibed to mkini can read the whole report.

And now I am thinking about creating a new blog on news that matters...to share the relevant and important news that affect us Malaysian especially with the current political scenarios...but then, I have to be ready to receive all kind of comments from all kind of people..but hopefully i will not fall into the trap of "akta hasutan"... :-)

I hope this entry will not be captured again..but it is full of the word Mkini...apa-apa je lah..i did not write anything bad about them...afterall I have been their loyal subsriber since 2004..my photos together with my girls banyak juga being captured by their photographers :-)
The photos below are from Malaysiakini Photo Gallery during Petro Hike Demo or well known as Bloody Sunday..My daughter Asiah...ini cerita selingan saja....
(Asiah frightened and crying after both os us have been pushed by the FRUs..being comforted by a friend Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI and Merdeka Review reporter Hong Siang)..as for me..dah terjatuh di belakang atas jambangan bunga..
Ini semasa 'berperang' dengan FRU di tengah jalan...I was trying to help our friend Zahir Hassan and his family dari diserang oleh FRU...nampak kecil saja di belakang..a girl with the pink tudung..and myself carrying her

Ini Asiah lagi..cucur kodok yg dibeli di awal pagi masih digenggam erat di tangan.

Monday 28 July 2008

No evidence...of SODOMY-Malaysiakini

Berita dari Malaysiakini....moga terserlah segala yang tidak benar dan fitnah..
Allah lah yang paling sempurna perancanganNya...Manusia jangan terlalu ingat mereka boleh terlepas dari perancangan yang Allah tentukan. Kenapa manusia masih mahu membuat DUSTA dan Fitnah??

Doctor: No evidence of sodomy
Beh Lih Yi and P Tarani Jul 28, 08 1:36pm

There is no evidence that Mohd Saiful Bukhari Azlan was sodomised, according to the doctor who examined him four hours before he lodged a police report alleging he was sexually assaulted by PKR leader Anwar Ibrahim.

It is believed that Anwar's former aide Saiful went to two different hospitals on June 28 - the day he lodged the police report claiming that he was sodomised by his ex-boss.

He first went to Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) in Jalan Tun Razak - a government-linked Islamic medical institution - at about 2pm.
According to a copy of the two-page medical report obtained by malaysiakini yesterday, Saiful went to the hospital complaining of 'tenesmus' - a medical term for difficulty and pain in passing motion.

He was examined by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, the medical officer on duty.
The doctor said that the patient had alleged he was assaulted by the intrusion of a piece of "plastic" in the anus.


Mohamed Osman, according to his medical report which was recorded at 2.14pm, found "zero active bleeding", "zero ulcer or pus", "zero tear and scar" in Saiful's anus.

He also stated that Saiful appeared "alert", "comfortable", "not pale" and did not show any fever symptoms.

A senior Pusrawi official told malaysiakini this morning that the hospital had launched an internal investigation on how Saiful's medical report was leaked, which is widely considered as a major infringement of patient privacy.

When malaysiakini showed him a copy of the report, he refused to return it saying, "It's our document."

A check at the emergency unit where Mohamed Osman is attached revealed that he has taken leave since last week.

Meanwhile, Pusrawi general manager Wan Mahmood Wan Yaacob refused to comment on the matter.

Conflicting medical reports
Mohamed Osman, in his report's concluding remarks, advised Saiful to go to a government hospital so as "to rule out" assault and sodomy.

At 6pm on that day, Saiful went to Hospital Kuala Lumpur for his second medical examination. He subsequently lodged a report against Anwar at the police beat at the hospital.

According to an expert who has dealt with rape and sodomy cases, the victim must provide a second medical examination in a government hospital.

This expert said the court will only accept evidence from a government hospital but the first medical examination must collaborate with the second report, otherwise this could be challenged during the trial.

"From the report, the doctor had failed to find any evidence to support the patient's complaint. That was why he asked the patient to go to a government hospital to conclusively rule out assault or sodomy," said the expert who requested anonymity.

It is learnt that the police have recorded statements from Mohamed Osman after Saiful lodged the report against Anwar.

The doctor was said to be under tremendous stress as a result of the police interrogation and was advised by the hospital to take leave.
(Semoga Dr Mohamed Osman selamat bersama keluarga..semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk berpegang teguh kepada kebenaran dan janji mereka sebagai seorang Doktor Muslim yang beriman dan bertakwa)
Mohamed Osman, a Burmese Muslim, has 20 years of experience as a doctor. He previously worked in government hospitals before joining Pusrawi about a year ago.

Efforts by Malaysiakini to contact Saiful have not been successful.When contacted, Saiful's lawyer Zamri Idrus said that he would not respond to the latest development. "I am not going to comment (on the matter) because the investigations are still going on." When pressed whether Saiful had issued an instruction not to react to the issue, Zamri repeated “no comment”.

.....AMMAR....

Hari ini 3 orang anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak bercuti....lain rasanya hari ini...iye lah...saya tak perlu sibuk-sibuk menggosok pakaian sekolah...(jarang sekali saya berkesempatan menjadikan tugas menggosok pakaian sebagai tugas mingguan i.e..menggosok kesemua baju di kala weekend...saya mesti cuba..sebab dapat jimatkan eletrik dan saya tak kecoh di pagi hari)....selalunya pagi-pagi either selepas/sebelum solat subuh saya menggosok uniform sekolah untuk 3 orang anak..patutnya dah boleh harap mereka gosok sendiri..tapi tak sampai hati la pulak...dan paling teruk saya hanya menggosok beberapa minit sebelum anak-anak bersiap nak ke sekolah. Baju kerja suami saya privatisekan..kena la keluar duit..tapi kira okaylah RM 1 per piece...tak sanggup saya duduk berlama-lama menggosok nak melicinkan baju dan seluar though pahalanya pasti lumayan...

Sekarang anak-anak sedang main game pS, game yang baru dibeli di SACC Mall semalam..umminya pula dok depan computer lagi...tak produktive lansung. Breakfast???....saya beri duit dan mereka beli nasi lemak RM1 di kedai runcit di hadapan rumah...ish...ishh..bertuah punya ummi...But they are happy...saya tak happy sebab anak ke dua saya Ammar darjah enam nak UPSR sebulan lagi...ohhh...anak ini memang memerlukan 'perhatian' dari saya...tapi....

Esok dia akan menduduki Ujian Percubaan...tapi dia...memang susah untuk digambarkan dan diceritakan...saya mesti rajin mengajar dia...saya mesti duduk di sebelah dia...memberi tumpuan kepadanya agar dia sendiri boleh concentrate dan duduk diam setempat....tapi itu yang saya belum mampu nak buat bersungguh-sungguh...berbeza sekali dengan abangnya Anas....memang Allah Maha Pencipta..diciptakanNya anak-anak yang lahir tidak serupa...berbeza sifat mereka....menjadi cabaran kepada ibu-bapa dalam mendidik anak-anak...

Hari ini saya perlu menghabiskan masa saya dengan dia...teringin melihat keputusan dia lebih baik walau sedikit...tentu Mu'allimah nya akan turut berbangga dan gembira...setiap hari bila menghantarnya ke sekolah, saya sentiasa berpesan perkara yang sama berulang kali..."Jadi anak yang soleh, beri perhatian pada Mu'allimah, jangan berjalan masa Mu'allimah mengajar, dengar betul-betul apa Mu'allimah ajar, hormat pada Mu'allimah, penat tau Mu'allimah mengajar....."...lebih kurang itulah yang saya sebutkan berulang kali setiap pagi...sebelum melepaskan dia keluar dari kereta dengan peluk dan cium...dia tersenyum kalau tak ada masalah, kalau ada masalah dan ada yang tak puas hati dia masam...saya pula....marah...hari-hari marah,berleter dan membebel...penat dan membosankan juga...

Memang kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membesarkan anak ini bukan sahaja untuk berjaya dalam hidup tetapi lebih penting untuk mereka menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa...Selalunya bila saya ke sekolah dan bertembung dengan guru anak saya ini, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh guru kepada saya...saya menadahkan telinga dan menerima segalanya dengan hati terbuka..Alhamdulillah guru-guru ibarat ibu kepada anak-anak kita..menyambung tugas kita mendidik anak-anak ketika di sekolah.....Untuk anak di Al Amin tugas guru adalah sangat besar dalam mendidik anak-anak menjadi generasi SOLEH DAN MUSLEH....

Friday 25 July 2008

T-Shirt Merah Hitam

Pagi hari Khamis semalam, saya telah keluar untuk menghantar anak-anak ke sekolah pada jam 9.30 pagi, awal dari kebiasaan..saya dah plan since saya tidak berniat untuk berpuasa pada hari ini, maka saya plan untuk memenuhkan aktiviti untuk seharian.


Semasa mesyuarat GMI pada malam sebelum sebelumnya, saya telah menerima banyak juga tunai hasil jualan dari buku dan badge dari AJK yang lain, maka saya harus segera untuk bank in kan tunai tersebut. Kebetulan juga setelah bertanya kepada Nalini, setiausaha GMI, rupanya bank statement GMI untuk bulan Mei dan Jun masih juga tidak sampai ke pejabat SUARAM, dan saya juga masih belum collect bank statement yang saya request lama dulu.
Sebenarnya saya dah minta pihak bank untuk poskan..tapi...tak juga diposkan..geram juga..bukan senang nak ke RHB Bank d Jalan Tun HS Lee tu.. Jadi awal pagi tadi saya telah ke RHB Bank Jln Tun HS Lee sekali lagi..dah 5 kali saya ke sana..saya drive...tak susah sgt and parking pun dah biasa di sebelah pejabat BAR Council, berdekatan Dataran Merdeka. Park kereta and tinggalkan kunci kereta pada parking attendat tu..sebab parking berlapis..dah biasa di situ..
Sampai di Bank..bank in all the cash..and jumpa staff untuk tanya pasal bank statement..collect bank statement dari bulan september 07 - april 08..also semak statement untuk Mei and Jun..rupanya alamat masih tidak bertukar di dalam sistem mereka walaupun saya telah buat surat resmi..saya pun malas nak marah2 staff tu..just ask her to post the statements to the correct address...
Lepas tu balik singgah Mydeen beli barang-barang keperluan untuk program Motivasi PMR DUN Hulu Kelang..since saya ada juga nak beli sedikit barang di sana. Then balik...singgah hospital PUSRAWI menziarahi seorang sahabat, Kak Rosliya dari JIM Cheras. Stay dan sembang2 dengannya about an hour. Seorang wanita yang sangat tabah, sentiasa tersenyum dan ceria walau diduga dengan penyakit yang menakutkan ramai wanita khususnya...
Then keluar dari PUSRAWI buat U-Turn dan jemput pula suami di pejabatnya di TH Selborn dan terus memandu masuk ke IJN untuk ziarah jiran kami, Syed Ismail yang juga abang kepada Pengerusi GMI, Syed Ibrahim. Sempat jumpa isteri nya sahaja, Syed Ismail kebetulan sedang dibawa keluar dari ICU untuk ke wad biasa. Alhamdulillah, perasaan menjadi lega kerana berjaya tunaikan tanggungjawab kepada sahabat dan jiran.

Selepas itu suami balik ke ofis jalan kaki, sebab building officenya bersebelahan dengan IJN..ajak dia lunch dia tak nak sebab rasa tak berapa sihat, jadi saya meneruskan perjalanan pulang...perut lapar juga...passed by jalan Pahang berhadapan HospitalTawakkal, terasa teringin nak lunch di Restoran Haslam, tapi malas pula sebab keseorangan...selalunya jika dengan kawan-kawan bila passed by ke situ mesti singgah makan.
Saya meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah..saya mengambil jalan melalui Danau Kota, Setapak sebab nak singgah di pejabat KWSP di sana bagi menunaikan hajat Kak Rosliya yang memerlukan borang pengeluaran wang dari KWSP....lepas tu balik ke kereta...tiba-tiba ada sms masuk yang berbunyi.. SMS in..."Nufair nak stok bj merah hitam ari ni. U hantar stok u bole?..dlm 2 or 3 bundle? Urgent ni. TQ"

Dalam hati saya berkata...Alamak macam mana ni....saya pun menjawab sms tersebut...

SMS out..."I bru je passd by jln tu. on d way nak balik. Urgent sgt ke? If yes kenala patah balik. Tshrt dah ada in car".

Sebenarnya kebetulan pada petang sebelumnya saya telah masukkan 5 bundle t-shirt ke dalam kereta kononnya nak beri kepada Hj Azmi, seorang lagi AJK GMI..asyik lupa nak bagi...

SMS in.." Ya.katanya esok ada ceramah Anwar.depa nak bawa tsht tu."

Dalam hati saya berkata..okaylah patah balik saja hantar...lagipun tshrt dah dlm kereta..yang paling penting selamat portion yang ada pada saya boleh dijual...almaklumlah desperately cari jalan nak menghabiskan stok masing-masing .

(Sebenarnya kami telah mencetak T-Shirt Merah Hitam-ISA ZALIM dengan jumlah yang agak banyak. T-shirt ni dicetak bersempena Kempen Bebaskan Tahanan ISA-6Tahun. Setiap AJK GMI diberi 5 bundle T-Shirt tersebut @ 5 helai per bundle)

SMS out.."Ok.i dah patah balik nk g nufair"

Dengan semangatnya saya drive balik ke kedai Buku Nufair Street Sdn Bhd..di Jalan Pahang Barat...dalam hati berbunga-bunga indah dan senyuman yang mekar di dalam hati...habislah stok aku...lega..dapat juga lunch dekat Restoran Haslam..memang tengah cari tempat nak lunch pun...tapi dalam hati juga berdo'a agar Allah mudahkan untuk nak dapat parking strategic...maklumlah nak bawa turun paling banyak 5 bundle!!!!...mesti park betul-betul depan kedai Nufair tu...

Akhirnya saya sampai..dapatlah parking betul2 depan kedai Nufair, tapi berlapis dengan kereta lain..tak pe dalam hati kata..nanti kalau tuan punya kete nak keluar saya nampak..so saya pun bawa keluar 2 bundle dulu..dan meluru ke dalam kedai dgn penuh semangatnya...

Saya, sambil mengendung 2 bundle T-Shirt..."Siapa yang ada order t-shirt Merah Hitam ISA?...Ni pesanan dari Kak N".

..semangat saya bertanya... Orang dalam kedai terpinga-pinga juga..."emm...tak ada la kak, yang dulu bagi pun ada lagi ni"..mulalah adik tu tanya setiap seorang staf..semua tak mengaku..

terus adik tu kata..."che nor kot, sebab dia yang selalu buat order"...

Saya pula kata..dengan confidentnya juga..."Ini Kak N yang minta hantar ni..dia kata ada orang nak T-Shirt merah hitam 2 atau 3 bundle...urgent...katanya esok ada ceramah Anwar Ibrahim"...

Che Nor kata pulak.."Tak ade la kak...yang dulu punya pun banyak lagi...slow sikit nak jual"...sambil menunjukkan baju-baju tersebut yang telah ditenggelamkan oleh berbagai-bagai jenis t-shirt yang lain...

Dalam hati saya berkata.."Alamak macam mana ni???" Cepat-cepat saya call Kak N..berkali2 tak angkat pulak..dalam hati risaukan kereta yang diparked double..akhirnya Kak N sms, saya pun call her back...Kak N pun beritahulah kisahnya dan meminta saya menalipon Anfal, adik yang menyampaikan berita tentang permintaan T-Shirt merah hitam tersebut....

Rupa2 nya, cerita dari Anfal ialah, dia berada di kedai buku Nufair pada awalnya..kebetulan ada customer yang beria mencari-cari t-shirt merah hitam tu..tak terjumpa sebab dah tenggelam ke dalam longgokan banyak baju-baju T yang lainnya, Baju T PAS, Baju T PROTES dan macam-macam lagi.....and that man yang bagi tahu about ceramah Anwar Ibrahim and interested nak menjual agaknya...so ANfal pun menelefon lah Kak N yang menjaga semua stok baju Merah Hitam tu.....
The story and the correct Info yang Kak N dapat dari Anfal tu tak tahula bagaimana jalan ceritanya... So sebenarnya orang-orang di Kedai Nufair tu tak tahu menahu lansung, tetapi mereka noticed lah kedatangan Anfal dan suami yang menjual barangan produk "Brotherhood Arts" bersembang-sembang dengan seorang lagi pelanggan..

Kebetulan kereta yg park disebelah kereta saya nak keluar..so dapatlah saya parking dengan lebih sopan dan tak mengganggu org lain..saya pun masuk semula ke dalam nufair dan ceritakan kisah sebenarnya...barulah semua faham..saya pun tinggalkan saja 2 bundle t-shirt tu di situ...dan saya pun terus menuju ke restoran Haslam untuk lunch dengan sekenyang2nya...

Selesai makan, masuk balik Nufair untuk beli apa2 yang patut...bukan senang nak dapat parking betul2 depan kedai nufair tu. Sambil saya membelek-belek buku-buku dan barangan ada sms masuk lagi..

SMS in...."Mcmana? jd tak tinggalkan tshrt kat nufair?sory nyusahkan u"

Saya jawab "Tak pe..I dpt mkn d rest haslam n shopping d nufair..stl di sini. I tingglkn je 2 bundle"

SMS in..":) bestnye.mkn n shopping"

Saya jawab.." :)..nanti i share dlm mel"

Semalam saya pun berkongsi cerita tersebut kepada semua AJK GMI yang lain (mungkin ada yang senyum, ketawa..entah2 ada yang marah..tapi tak de lah yg marah)..sambil memberikan cadangan kepada semua bagaimana hendak melonjakkan lagi penjualan produk GMI dengan membuat promosi....Program seterusnya ialah di Taman Melawati pada 2 hb Ogos ini bersempena ulangtahun Akta ISA yang zalim digubalkan pada 1 Ogos 1960...MALAM SENI.."TANPA BICARA"...nantikan pengumumannya..program kerjasama di antara ADUN Hulu Kelang, Jemaah Islah Malaysia (JIM) Ampang Jaya dan GMI.

Begitulah kenangan hidup saya pada hari Khamis 24 Julai 2008...walaupun penat dan ada sedikit miscommunication...hati saya rasa puas...ALhamdulillah....

Thursday 24 July 2008

Weekend di Kampung Pilin

Alhamdulillah, hujung minggu lepas kami berhujung minggu di kampung di Pilin, Rembau. Rumah Angah, tapak rumah peninggalan Wan dan Tok sebelah suami. Rumah asal telah dirobohkan. Angah membeli tanah tersebut dan membina sebuah rumah yang baru. Angah masih bekerja di Pejabat Felda Pasoh 2, jadi sementara menunggu saat Angah pencen, Angah dan keluarga hanya pulang sekali sekala di hujung minggu. Kami juga dapat menumpang balik bila ada kesempatan.

Nak makan sangat kena la usaha buka sendiri..nasib baik durian ni dah beberpa hari jatuh..so senangla nak buka

Disebabkan kedua-dua ayah dan ibu mertua telah lama meninggal, maka tidak ada satu kampung yang khusus untuk kami pulang, namun rumah Angah menjadi tempat persinggahan kami, kerana semenjak Allahyarham Ibu meninggal dunia ketika suami berumur 5 tahun,Angah yang mengambil alih menjaga Achik, Ateh, Suami, Ipah dan Adik yang bongsu. Along telah berkahwin awal dan tinggal di Felda Jenderak Utara. Kesemua keluarga suami menjadi peneroka mengikut jejak Allahyarham Abah, kecuali suami dan adiknya Ipah. Adik yang bongsu pula meninggal dunia kerana lemas, dan mayatnya tidak pernah ditemui walaupun gerakan mencari besar-besaran dibuat. Peristiwa berlaku ketika Allahyarham adik sedang menunggu keputusan SPM.

Ha...tu dia...isi dia..tak sesia usaha mengopek susah payah..

Kisah keluarga suami agak tragik dan penuh kesedihan juga..ada 2 orang lagi saudara lelaki mereka meninggal sejak dari kecil...maka hanya tinggal suami saya seorang sahaja anak lelaki yang dipanjangkan umur, Alhamdulillah...maka suami jadi tempat mengadu dan pergantungan bagi ahli keluarga yang lain.

Di bawah pohon manggis..sedang meninjau buah manggis yang telah kehitaman dan masak..masih banyak yang hijau..seminggu dua lagi meriahla...manis sangat...favourite..

Panjang pula ceritanya...sebenarnya nak cerita pasal musim buah...begitulah beruntungnya suami dan adik beradik yang lain, kerana Allahyarham Atok dan Wan telah menanam bermacam-macam pokok buah-buahan di sekeliling rumah tersebut. Ada banyak pokok durian, manggis, rambutan, rambai (terpaksa ditebang), kundang, jambu air, bacang, petai dan jering...kini anak cucu meraih hasilnya...Alhamdulillah, moga Allah cucuri rahmat kepada semua ahli keluarga suami yang telah pulang menemui Allah yang Maha Pencipta.

Wednesday 23 July 2008

Just Do It!!!!

Just do it....yes...in relation to berbuat kebaikan especially yang wajib maupun yang sunat...bukannya susah tapi kita yang membuatnya atau memikirkannya menjadi susah...

Especially now..time dah dekat nak Ramadhan...i am sure ramai kaum wanita yang pulun untuk menyelesaikan puasa ganti mereka..selalunya bila time nak berpuasa ganti...mulalah rasa berat...takut letih la dengan aktiviti seharian dan macam macam lagi...at last tangguh sampai last minute yang dah tak boleh ditangguhkan lagi...masa tu mula berfikir kenapa la aku tak buat dari awal...Alhamdulillah nasib baik Allah panjangkan umur..

Sebenarnya tulisan ini lebih mengena kepada diri saya sendiri juga yang gemar juga menangguhkan...apatah lagi tahun lepas saya berada dalam nifas dalam bulan Ramadhan...mengalami miscarriage betul2 sebelum bulan puasa...banyak hari lah perlu digantikan......

Sebab tu lah just do it...bila dah mula berpuasa tak lah rasa terok sangat..Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dan berikan kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab sebelum terlambat...

Samalah juga dalam ibadat sunat yang lain, baik puasa sunat, solat sunat, pergi ke masjid, bersedekah, pergi ceramah dan lain-lain...just do it...tak perlu nak fikirkan apa orang kata...takut riak...takut habis masa...buat saja...pasti Allah mudahkan dan berikan jalan yang mudah...

Namun saya amat pasti memang lebih ramai di antara kita yang sentiasa mengejar untuk berbuat kebaikan...especially bab berhutang dengan Allah. Sama-sama kita mengerjakan kebaikan, mengajak orang mekakukan kebaikan dan mencegah orang dari melakukan kemaksiatan..ini yang paling sukar mungkin but at least moga ada rasa kebencian dalam hati bila melihat orang melakukan kemungkaran.

Monday 21 July 2008

Zawjaty (( My Wife )) A Very Beautiful Nasheed ..

TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine ( more )
Category: Music

Saturday 19 July 2008

Cerita Santai...rehat-rehatkan minda dan badan

Hari Jumaat semalam adalah hari yang amat santai buat saya..dah beberapa hari keadaan politik semasa negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Semalam saya relax dan santai-santai sahaja..pagi pukul 10 hantar anak-anak sekolah..minggu ini hingga minggu hadapan setiap hari saya perlu menghantar anak-anak saya ke sekolah pada jam 10pagi. Kebiasaannya saya hanya hantar anak saya Ammar ke sekolah pada jam 7 pagi untuk sesi pagi, untuk sesi petang saya bergilir dengan beberapa orang ibu lagi untuk hantar pada jam 10.30 pagi. Jadi dapatlah menjimat masa, tenaga dan duit. Kami mendapat giliran 2 kali sahaja untuk hantar atau ambil dalam seminggu. Bagus bukan...itulah dia semangat gotong royong dan bekerjasama...kita sendiri sedar akan kewajiban itu..hidup bermasyarakat dan bersahabat handai..bukan nafsi-nafsi...atau hal aku dan bukan hal engkau...
Semalam selesai hantar anak, saya melencong ke kawasan pusat bandar berdekatan Pasar Borong Selayang, perlu bank in cheque untuk supplier yang membekalkan T-Shirt..."ISA ZALIM"...mudah di kawasan ini semua bank ada, begitu juga Celcom, Maxis dan DIGI pun ada..tapi kalau guna online banking memang lagi mudah...tapi on line banking Bank Islam saya selalu buat hal..sampai kadangkala saya give up...malas nak guna...nak activate balik nak dapat line bukan main punya susah...Maybank2u lagi okay...tapi sejak kes kempen BOIKOT dulu...saya tak akan guna kalau tak perlu...hanya untuk urusan wang masuk untuk sumbangan kepada isteri-isteri tahanan ISA sahaja...mudah juga untuk kawan-kawan salurkan sumbangan untuk keluarga mangsa tahanan ISA.
Kawasan pusat perniagaan bersebelahan Pasar Borong Selayang ini juga agak unik saya rasakan..ada segolongan orang yang berbangsa apa saya kurang pasti...nak kata India..kulit mereka cerah...mereka gemar duduk-duduk di atas tong-tong kayu sambil mengunyah sireh, mereka juga turut menjual sireh di tepi-tepi jalan. Di bahu-bahu jalan depan kedai-kedai juga boleh dilihat kesan-kesan warna merah..saya menjangkakan ianya adalah hasil buangan 'ludah' sireh mereka...eee....kotor kawasan tu...heran betul saya...kotor dan tak kemas...tapi tempat tu sangat strategik untuk segala urusan.
Selesai urusan saya terus memandu balik ke rumah...ikutkan nafsu boleh saja singgah-singgah ke Giant Batu Caves...berjalan seorang diri...Alhamdulillah...kuat semangat saya untuk terus balik dan rehat...saya juga tidak berhenti untuk makan atau beli makanan tengahari...fikir2 apa yang boleh dimakan di rumah tanpa perlu memasak...Alhamdulillah...balik rumah...panaskan air..(sejak harga barang naik, saya dah storekan flask dan hanya masak air guna cerek). Buat sandwich tuna..with lots of salad..timun, tomato and lettuce...with cheese..and my favourite drink lately...beli balik....nescafe...yumm...yummm...dah lama tak dak nescafe di rumah..dah perasan kurus sikit.
Routine seterusnya...lepak depan computer sampai mata mengantuk......
Petang....untuk dinner masak kouew tiew goreng...simple...we are quite lucky, sebab in front of our house ada kedai runcit...saya beli barang untuk masak ikut selera dan mood untuk masak pada waktu tersebut.
Malam, lepas makan lepak depan computer lagi....menjelajah seluruh pelusuk dunia...sampai rasa tak boleh nak stop though mata dah rasa amat mengantuk...seronok stumbled upon many blogs yang baru...jumpa blog kawan or rather kakak yang tak sangka juga memiliki sebuah blog...lagi hebat she started blogging since 2005 lagi...a mom with 8 orang anak...sama lah macam Kak Azzah8 kita...Saya baru actively blogging sejak April tahun ini...agak ketinggalan juga saya...Seronok tak sangka kakak ini juga bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya dan keluarga apart from her activities dalam masyarakat...
Akhirnya saya menyerah kalah dan masuk tidor walau terasa nak bangun dan menaip satu entry....
Pagi ni..hantar 2 orang anak ke sekolah untuk tusyen and aktiviti sekolah...saya, suami dan Asiah ke UIA...sarapan pagi...tengok post office buka..teringat nak claim rebate untuk kereta dan motosikal pula...malangnya kereta tu which road tax renewed in march belum entitle to get RM625 now but we can only claim after 20/03/09...alahai lama la lagi...minyak dah banyak makan dah..actually dalam hati dah plan...if dapat duit ni nak la cari digital camera baru gantikan yang dah hilang tu....alamak boleh window shopping sajalah...but my husband got to claim RM150 untuk motor kapcainya...dapatlah buat isi minyak kete nak balik kampung petang ni.
Hari ini cerita-cerita santai.......ooppss...nak juga cerita...kemudahan lain yang ada right in front of my house...ada kedai khusus untuk wanita ..."4 sisters Shoppe"...siap duit sahajalah...just now baru balik dari memanjakan diri untuk 30 minit...infra red sauna...best...berpeluh-peluh..katanya boleh kuruskan badan...diumpamakan seperti 2 hours jogging without any injuries!!!...looking forward to lose a few more kilos...without rasa penat...boleh percaye ke...okay lets wait and see..saya nak guna untuk 4 kali lagi...baru buat 2 kali...
Saya suka baca kisah ibu-ibu yang berpeluang memanjakan diri..pergi mengurut..spa..aerobik dan lain-lain..Alhamdulillah...pujian juga untuk suami-suami yang memahami...kami isteri-isteri memang memerlukannya...
Jumpa lagi lepas balik dari kampung...kali ni tak dapat nak makan durian kampung sebab tak balik ke rumah Angah di Rembau, tapi balik ke rumahnya di Felda Pasoh 2, Simpang Pertang...dapat makan rambutan and pure masak lemak pun lagi best.....Nak ziarah adik ipar saya Ipah...

Thursday 17 July 2008

ANUGERAH DARI SESUATU DUGAAN

Sungguh bosan hari ini...saya menghabiskan masa membaca buku "Kembara Atiq Wazif-Satu Anugerah"...ada di beberapa mukasurat membuatkan saya sebak dan menangis...berbagai dugaan yang Allah turunkan atau lebih indah dugaan yang Allah anugerahkan kepada manusia. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menerimanya, melaluinya dan menyelesaikannya. Apakah kita menerimanya dan kemudiannya berdiam diri tanpa usaha atau terus bingkas bangun berusaha dan berusaha...As for keluarga Atiq Wazif mereka benar-benar menerima kehadiran anak istimewa yang teramat istimewa sebagai satu anugerah dan mereka tidak menyerah kalah dan tidak menyerah segalanya kepada takdir.Moga Allah juga terus beri kekuatan kepada kita setiap kali ditimpa musibah. Saya juga teringatkan peristiwa kali terakhir saya menziarahi Puan Fatma, Isteri tahanan ISA yang baru kematian anaknya. Ketika kami menziarahinya ada juga rombongan dari akhbar SIASAH datang membuat liputan. Bersama mereka ialah seorang ustaz..tak ingat pula saya namanya, dia juga mewakili YB Taufiq ADUN Paroi. Ustaz diminta oleh Fatma untuk membaca do'a buat mereka sekeluarga. Sebelum berpisah Ustaz menyampaikan sebuah kamus baru Bahasa Arab sambil berkata kepada Fatma " Kami mengucapkan TAHNIAH kepada Puan sekeluarga, TAHNIAH kerana dipilih oleh ALLAH untuk melalui ujian yang amat hebat ini..".....ya...TAHNIAH...bukan semua orang terpilih untuk melalui ujian yang amat hebat dalam kehidupan.
Puan Fatma lulus cemerlang dalam ujian-ujian tersebut...mereka terus tabah..kuat..menerima takdir dan tidak menyalahkan takdir...namun kesalahan tetap dipersoalkan untuk mereka yang telah menahan suaminya sehingga masuk ke tahun yang ke TUJUH..TUJUH tahun dipisahkan..hingga ke saat anak mereka sudah critical juga mahu terus diduga kesabaran mereka dengan membiarkan keluarga ini derita menanti kepulangan orang yang diharapkan pulang menatap anaknya yang masih bernafas.


Puan Fatma pasti akan terus kuat, tabah dan bangun melawan penguasa yang menzalimi mereka.

Bagi keluarga Hassan Suyut, Cikgu Dora iaitu ibu dan ayah Atiq Wazif dan anak-anak mereka juga telah berjaya menempuh dugaan hebat dalam mencari punca penyakit anaknya dan berusaha hingga mengembara ke pelusuk negara untuk melihat anak mereka boleh berdiri, berjalan dan berdikari seperti anak-anak yang lain....Tahniah juga...
Kini kita rakyat Malaysia juga secara lansung sedang diuji dengan segala macam peristiwa dalam dunia politik. Tidak ada manusia atau rakyat yang inginkan pemimpin yang jahat, tidak amanah, mementingkan diri sendiri. Kita mahukan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Hujah yang mengatakan negara kita aman dan makmur hanya kerana tidak ada peperangan, malapetaka seperti gempa bumi, taufan dan lain-lain tidak boleh dijadikan kayu ukur, apatah lagi statement yang mengatakan bahawa tidak ada rakyat yang kebuluran atau tidak cukup makan...mana pemimpin-pemimpin ini tahu...entah2 mereka isi minyak kereta pun tak pernah..kita terasa sesak nafas setiap kali perlu isi minyak, sesak nafas setiap kali perlu buat bayaran bila membeli barangan, sesak nafas setiap kali menerima bil utliti dan macam-macam lagi perkara yang tak diingini kadangkala menimpa kita.....Adakah pemimpin-pemimpin ini terkesan....mungkin sebab itu mereka dengan mudah boleh mengatakan 'sebarang kenaikan harga barangan tidak akan menyusahkan dan membebankan rakyat"......

Ah...bosan betul saya hari ini....semalam saya hanya diduga sedikit sahaja..akibat kelalaian asyik cuba melayan dan menghiburkan anak-anak berlibur dan makan-makan di shopping complex....camera digital yang banyak berjasa kepada kami, kepada GMI dan banyak lagi telah hilang dari diri saya....ia bukan milik kami...sungguh ironi juga...kali terakhir saya menggunakannya ialah ketika di DEMO PROTES di Stadium MPPJ Kelana Jaya...lepas tu saya tak ingat di mana saya letak...saya dah assumed misplaced and hilang...tapi semalam tiba-tiba teringat nak membuka satu laci meja...Alhamdulillah lega saya, ianya ada di dalam...cepat-cepat ambil dan charge baterinya..untuk dibawa bersama ke shopping complex yang hendak kami pergi. Hajat hati nak rakam gambar dua orang anak saya memakai tudung yang bergemerlapan yang baru dibeli.....sempat ambil gambar...selepas itu, kami makan-makan di meja..anak saya Ammar kata.."Adik dah bagi camera tu kat Ummi"....ummi pulak kata..."mana ada"...hah...memang sah dah tertinggal entah kat mana..tapi dah terlambat, tersedar bila dah di parking lot memasukkan barang ke dalam kereta.
Tapi tetap tak putus asa...cepat-cepat lock semula kereta dan cuba nasib naik semula dan tanya di beberapa tempat yang berkenaan.....mungkin ada manusia yang masih bersikap amanah dan peduli...namun ternyata tak mungkin ianya ditemui kembali...mungkin masih ada orang yang amanah, namun macamana dia nak pulangkan kepada tuannya iaitu saya...Saya anggap ianya bukanlah rezeki saya dan bukan milik saya...moga orang yang menemuinya dapat menafaat dari barang yang dijumpainya..Camera penting untuk merakamkan detik-detik penting dalam suasana politik semasa ini.....sebenarnya sebelum ini saya telah menyatakan hajat saya ingin memiliki sebuah camera yang lebih kecil dan slim sedikit untuk mudah diletakkan dalam beg dan mudah digunakan..camera yang hilang agak besar sedikit..

Saya bosan juga...sebab tak dapat pergi ke Bukit Segambut...lagi sekali suami saya dapat ke sana dengan bertuahnya dia dengan 'anugerah' sebuah motosikal Honda Wave nya...saya belum berkesempatan nak membonceng motosikal itu lagi....salah satu niat kami memiliki motosikal itu ialah dapat memberi kemudahan untuk menghadiri sesuatu perhimpunan atau aktiviti lain yang berkaitan.

Hari ini tidak berlalu begitu sahaja...walau sedikit bosan kerana tak dapat keluar...saya menghabiskan masa...berehat, tidor, membaca, melayari internet dan menyiapkan entry ini...moga bermenafaat....

Anggaplah setiap dugaan sebagai anugerah yang tidak ternilai harganya...moga hati kita tenang dan tidak marah kepada orang yang tak sepatutnya kita marah...tapi kepada orang yang layak kita marah kerana menyebabkan kita ditimpa dugaan dan dizalimi memang perlu kita marah dan melawan habis-habisan seprti yang menimpa DSAI dan keluarganya dan yang menimpa keluarga tahanan ISA yang dizalimi dan apa saja situasi yang lain..
---------------------------------------------------------------------------------
Updated at 17:47.........baru menerima panggilan telefon dari suami..adiknya Ipah sekali lagi ditimpa 'musibah' yang benar-benar menduga kesabarannya...moga Ipah terus tabah dan mampu menerima dugaan ini sebagai anugerah dari Allah..tanpa ayah, tanpa ibu, tanpa suami di sisi....Saya juga cuba menghubunginya untuk memastikan keadaannya....namun panggilan tak berjawab...dari kejauhan kami mendo'akan kesejahteraan hidupnya...mampukah dia menerima bahawa 'setiap selepas kesukaran pasti ada kesenangan..setiap selepas kesukaran pasti ada kesenangan"...."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdo'a .."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Allah Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engakulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."...Al Baqarah 284-286

Wednesday 16 July 2008

Mungkinkah berulang lagi?

Akhirnya...beliau telah ditangkap sekali lagi..setelah semalam berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia melalui debat live di TV.
Hari ini memang saya ternanti-nanti update mengenai berita DSAI...especially bila semalam at the end of the debate dia dah announce yang dia akan bertanding di Pilihanraya Kecil pada bila-bila masa saja.
Dalam pukul 1 tgh dapat call dari suami yang DSAI telah ditahan...saya sambil memandu merancang untuk terus pergi ke IPK KL....tapi pakaian saya pula tak berapa sesuai..memakai sandal sahaja dan jubah tanpa seluar panjang...tak berapa selamat.
Hari ini dari pagi ronda2 sekitar Taman Melawati membeli alatan untuk program motivasi PMR yang akan diadakan pada hari Ahad ini anjuran Pejabat ADUN Hulu Kelang. Selepas itu singgah ke klinik kotaraya sebab ada sedikit luka melecur di tangan...terkena minyak panas semasa menggoreng lauk...saya biarkan saja sejak hari Jumaat...menggeleng juga doktor dengan saya....ye lah ingatkan tak de lah teruk sangat.
Jadi sepanjang perjalanan sambil driving saya berfikir-fikir lagi samada hendak pergi atau tidak...nak pergi, saya perlu balik ke rumah dulu, makan, tukar pakaian, kasut dan ambil helmet sekali...suami dah pergi dari tempat kerjanya dengan motor...tu lah untungnya bawa motor..Kalau saya nak pergi, saya akan bawa kereta ke Pekeliling, ambil Monorel dan turun di stesen berdekatan dgn IPK KL...nostalgia juga sebab saya juga pernah dikurung di situ.
Akhirnya saya selesaikan dulu tujuan saya yang terakhir keluar pada hari ini,iaitu mencari tudung untuk anak saya Asma'...lepas beli 2 helai tudung baru..balik ke rumah, makan dan sekarang saya di depan PC...letih pula rasa badan...saya keep myself updated melalui internet...tapi semua website yang berkaitan macam slow saja...Suami saya dah di sana...cukuplah untuk saya...Maybe esok atau malam ni jika ada event kami akan pergi. Bukan hanya kerana individu yang bernama Anwar Ibrahim tapi untuk sebuah perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Dari website Malaysia Today, sms dari Raja Petra juga menyebutkan yang polis juga sedang mencari nya....mungkinkah detik-detik peristiwa di tahun 1998-1999 akan berulang lagi...apa pun ianya memerlukan pengorbanan dari pejuang...Moga Allah memberikan kekuatan...tapi buat hari ini saya memang rasa agak letih....saya perlu mengemas rumah dulu...seorang suri rumah tanpa pembantu namun semangat dalam diri membara untuk melihat rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera.

Tuesday 15 July 2008

Sesak,sesak,sesak....jalan sesak, nafas sesak, hati lagi sesak..

Semalam heboh satu KL dan Selangor tentang kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur...pelik ada kelakar pun ye jugak..Gambar dari the STAR n The SUN....ada sesiapa yang tersangkut dalam ni...mesti tension kan..dah la minyak mahal......14-7-08

Hari Ahad jam 11 pagi, kami pulang ke Sendayan membantu adik suami yang baru kematian suaminya, memindahkan barang-barangnya ke rumah keluarga suami di Sri Sendayan. Rumah ini adalah hasil dari jualan tanah Felda Sendayan yang membuatkan pemilik tanah di Sendayan menjadi 'jutawan segera' termasuk ahli keluarga suami saya. Setiap peneroka di Felda Sri Sendayan telah mendapat seorang sebuah banglo, sebidang tanah dan juga wang tunai. namun proses mendapatkannya hanya selesai dalam tempoh hampir 10 tahun. Ramai ahli peneroka yang tidak dapat menikmati kesenangan ini, termasuklah ayah mertau saya yang kembali ke rahmatullah pada 7 hb Jun 2004...Alhamdulillah,kini anak2nya dapat menikmati hasil usaha Allahyarham ayah dan ibu mereka setelah sekian lama mereka hidup susah. Angah, kakak ipar saya mengalirkan airmata ketika pertama kali melihat 'banglo' ini ketika gambar ini diambil. Dia tekenangkan Arwah abah yang tidak sempat melihat hasil usahanya selama ini.


Sebelah petang balik pula ke kampung di Rembau, makan durian kampung...sedap tak terkira..dapat merasa beberapa ulas, saya dan 2 orang anak perempuan, Asma'dan Asiah. Suami dan anak lelaki tak suka. Jam 5 petang bertolak balik ikut jalan dalam sepanjang pantai Port Dickson dan Linggi. Sepanjang jalan, saya, Asma' dan Asiah bergilir-gilir tersendawa terbelahak...eeeee...kuatnya bau durian keluar..tak tahan suami dan anak lelaki bau. Tiap kali terkeluar bau dari mulut, tiap kali juga cermin van terpaksa diturunkan. Hebat betul penangan durian kampung ni.

Suami bercakap telefon dengan teman sepejabatnya, dari perbualan itulah kawannya memaklumkan yang esok akan ada demo besar-besaran di KL...Aaiiitt...terkejut juga kami bercampur hairan yang amat. Apa tidaknya, kami ni boleh la juga dikatakan amat peka jika tahu ada demo di mana-mana. Tapi kali ini kami benar-benar lost...tak tahu apa-apa. Betul ke ni. Kawan suami pula, bukannya seorang yang join any perhimpunan aman. Dia maklumkan yang ada banyak sekatan jalanraya di KL. Apa la pula ceritanya ni.

Kami juga mendapat makluman melalui sms tentang majlis ceramah di Jalan Kelang Lama. Penceramahnya ialah Lim Guan Eng, Nurul Izzah dan Dr Hatta Ramli..Mungkinkah itu sebabnya??...Tak tahulah, tapi mungkin juga, sebab pada hari Jumaat lepas, ceramah Nurul Izzah di Jalan Gasing, Petaling Jaya memang telah diganggu oleh Polis, SB, FRU dan WATER CANNON!!!!!!....giller betul...apa dah jadi dengan kerajaan Malaysia ni...kenapa mesti takut dengan rakyat anda sendiri yang dahagakan maklumat selain dari maklumat yang diterima dan diberi oleh media perdana.


Semasa kejadian ceramah Nurul Izzah diadakan di PJ, kebetulan saya dan AJK GMI yang lain bermesyuarat di pejabat SUARAM di Jalan Gasing juga. Patutlah dapat dengar dengan jelas ceramah tersebut kerana ianya diadakan betul-betul di bangunan besebelahan setelah tempat asal di padang telah diganggu oleh polis. Bila saya hendak pulang dari mesyuarat juga, terdapat satu road block. Polis siap hentikan kereta dan halakan lampu suluh ke dalam kereta, entah apa yang hendak dicarinya. Geram betul saya.


Tanda tanya mengenai perhimpunan apa, dan kenapa banyak road block akhirnya terjawab apabila di awal pagi saya terbaca di tajuk-tajuk utama akhbar semalam Isnin 14hb Julai 2008. PERHIMPUNAN DILARANG.....oh...itu sebabnya..entah siapa punya angkara yang create the havoc pun tak tahu lah...


Apa pun kami juga tahu tentang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan akan dibawa ke Sidang Dewan Rakyat pada hari Isnin. Pada hari Isnin semalam juga saya mendapat maklumat dari suami yang sentiasa mendapat maklumat terkini tentang situasi semasa, mengenai perhimpunan di Central Market untuk memberikan sokongan kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang 'walked out' selepas usul mereka tidak diterima...apa-apa pun..bukanlah ianya satu perancangan untuk perhimpunan besar-besaran yang memerlukan polis dan FRU 'menggempur' rakyat.


Pada petang Ahad juga kami menerima makluman yang satu majlis solat hajat akan diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjalanan pulang ke rumah kami melilau-lilau juga mencari kediaman tersebut di Bukit Segambut. Kami akhirnya terjumpa namun sudah ramai yang dalam perjalanan pulang...jadi kami pun berpatah balik...at least next event kami dah tahu di mana tempatnya.


Antara tajuk berita hari ini pula ialah...sudah tentu...polis berjaya mengawal keadaan, dan menghalang perhimpunan dari diadakan...Baguslah...tapi teruk la mereka-mereka yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa. Semasa menghadiri satu mesyuarat di Hulu Kelang semalam 2 orang kakak yang bekerja di KL...keletihan dan mengeluh kerana terlibat dalam situasi yang tidak diingini itu...Alhamdulillah, saya cuma ronda-ronda sekitar Hulu Kelang dan Wangsa Maju sahaja semalam....masih ada kisah-kisah yang ingin dikongsikan...



Friday 11 July 2008

Lagi kisah sedih mengenai Kematian Adik Aina....

Saya masih lagi membaca kisah-kisah kematian adik Allahyarham Aina Mardhiah di beberapa blog yang berlainan...ini bermakna...betapa kematian adik Aina memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia..betapa ramai rakyat Malaysia menyedari betapa zalimnya ISA ini...

Semasa kami di Pusat Sokongan Keluarga GMI menziarahi Fatma pada hari Rabuyang lepas, Fatma menceritakan yang suaminya Shahrial lansung tidak diberitahu perkara yang sebenar oleh pegawai KEMTA, tentang keadaan Adik Aina yang sedang kritikal dan sedang bertarung nyawa..

Adik Aina jatuh pada hari Rabu. Pada jam 3 petang setelah keadaan Adik Aina disahkan kritikal oleh doktor wakil JIM Cheras telah fakskan memo dari doktor ke KEMTA dan Bukit Aman. Namun bila Fatma menalipon suaminya pada jam 10.30 pagi pada hari Khamis, bertanyakan tentang Shahrial, pihak KEMTA menyatakan beliau masih disana @ dalam kawasan. Terkejut Fatma, lantas Fatma yang lembut itu berkeras mahu bercakap sendiri dengan suaminya Sharial. Shahrial bertanyakan kpd isterinya tentang keadaan AIna..
Sekali lagi Fatma terkejut..."Abang tanya keadaan Aina..abang tahu tak anak kita kritikal..abang usahakanlah dengan apa cara sekalipun untuk keluar dari sana"....begitulah lebih kurangnya luahan dan keluhan Fatma.......itu jam 10.30 pagi..akhirnya Shahrial mendengar sendiri dari Fatma mengenai keadaan anaknya yang sedang menanti saat bertemu dengan PenciptaNya...namun Shahrial terpaksa menunggu sehingga jam 5 petang sebelum dibawa keluar dari kawasan sedangkan menurut 'Boss SB' 'Mr Ayub'...menteri dah sign pada jam lebihkurang 12.45 tghri...mengapakah Pihak KEMTA mengambil masa terlalu lama untuk membawanya keluar...Kebiasaannya KEMTA akan menyalahkan Bukit Aman, Bukit Aman akan meletakkan alasan ke PUTRAJAYA pulak...jadi...siapa yang bersalah dan patut disalahkan?????

Di bawah dikongsikan cerita keseluruhan dari Sdr Zulkifli Ahmad yang juga bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga Sharial Sirin.



KEMATIAN ADIK AINA MARDHIAH SHARIAL

Pada 3 Julai 2008, keluarga Sdr Sharial – Siti Fatma diuji lagi. Kalau hampir 7 tahun dahulu keluarga ini diuji dengan penangkapan Sdr Sharial dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang zalim itu, kini keluarga yang terpilih ini diuji dengan kematian anak sulung pasangan tersebut iaitu adik Aina Mardhiah – 17 tahun.

Bagi kami, JIM Daerah Cheras (JDC), keluarga ini amat tidak asing kerana dengan pertolongan Allah dan izinNya semenjak hampir 7 tahun lalu, kami telah mula menyantuni keluarga ini dan juga keluarga-keluarga tahanan ISA yang lain yang berada disekitar JDC termasuklah keluarga Sdr Lokman Noor Adam ( selama lebihkurang 2 tahun). Dengan kemampuan yang ada dan turut disokong oleh beberapa orang rakan JIM, Alhamdulillah amanah yang diberikan dapat dilaksanakan oleh JDC walaupun disana-sini kadang-kala kantung JDC sendiri kering. Tetapi itulah sekadar kemampuan yang ada pada JDC kerana sumbangan kewangan yang ada amat terhad serta juga menyantuni ahli keluarga dengan membuat lawatan keKemunting secara berkala dan juga kadang kala membawa ahli keluarga bersiar-siar serta membeli belah.

Dan pada 2 Julai 2008 kami dikejutkan dengan berita almarhumah adik Aina telah terjatuh dirumah. Dengan bantuan beberapa orang ahli JDC, adik Aina dibawa ke Hospital Kajang dengan kondisinya telah koma. Pada malam tersebut dengan bantuan GMI permintaan telah dibuat kepada pihak KEMTA untuk membawa pulang Sdr Shahrial menziarahi anaknya.

Pada jam 11.00, 3 Julai 2008, berita telah tersebar dikalangan ahli JDC bahawa kondisi adik Aina makin merosot dan doktor hanya memberi harapan untuk beberapa jam sahaja lagi, tetapi kelibat Sdr Shahrial belum kelihatan. Sehingga jam 4.00 petang, Sdr TimPres JIM, yang juga Pengerusi GMI, Akh Syed Ibrahim Syed Noh, memaklumkan bahawa Sdr Shahrial sepatutnya telah dibawa keluar dari KEMTA jam 1.00 tengahari. Kami menunggu di Hospital Kajang dengan penuh harapan dan sudah pastilah yang turut menunggu bersama-sama kami ialah golongan yang tak diingini iaitu pasukan Cawangan Khas (SB) sekitar 3-4 orang. Mudah betul nak mengenali mereka ini.

Jam 6.00 petang, suhu kami makin tinggi kerana masa amat terdesak tapi ayah Adik Aina masih belum kelihatan. Akhirnya sekitar jam 6.25 petang, adik Aina telah di’panggil kembali’ oleh Allah Ta’ala yang menguasai setiap jiwa tanpa sempat ditatap oleh ayahnya yang tersayang yang telah dizalimi itu. Dengan diiringi oleh tangis sendu keluarga serta ikhwah dan akhawat yang hadir pada petang tersebut, kembalilah roh Adik Aina menghadap Penciptanya. Perbincangan ringkas diatur dengan turut disertai oleh jiran keluarga ini termasuklah Tuan Haji Nawawi. Seorang ahli JDC telah menawarkan rumah beliau dijadikan tempat persinggahan sementara jenazah adik Aina memandangkan keadaan rumah sewa keluarga ini amat uzur. Namun Tuan Hj Nawawi telah menawarkan rumah beliau kerana paling hampir dengan rumah sewa keluarga ini (selang sebuah rumah). Alhamdulillah urusan dihospital dapat diselesaikan selepas solat maghrib dan komitmen dari JIM Kuala Lumpur telah diputuskan untuk menanggung kesemua kos pengkebumian jenazah adik Aina.

Sekitar jam 8.15 malam jenazah sampai di tumah Tn Haji Nawawi dengan iringan ikhwah dan akhawat JDC dan jiran-jiran. Ramai jiran-jiran dan ahli-ahli JIM yang turut hadir pada malam tersebut termasuklah mantan NaPres, Sdr Zahir Hassan serta beberapa orang bekas tahanan ISA. Sekitar jam 9.45 malam, kelihatan sebuah van dengan iringan beberapa buah kereta telah masuk kehalaman rumah Tn Hj Nawawi, rupa-rupanya Sdr Shahrial telah sampai diiringi oleh pasukan polis, tak pasti cawangan mana tetapi kesemua mereka berpakaian sivilian. Sedikit pertengkaran mulut berlaku antara polis dengan Pengerusi GMI kerana tidak berpuashati dengan kelewatan polis membawa Sdr Shahrial sedangkan permintaan telah dibuat semenjak Rabu lagi. Tetapi macam biasalah, pelbagai alasan yang diberikan. Suasana amat sayu, ramai hadirin mengalirkan airmata dan dengan mendokong anak beliau yang bongsu, Sdr Sharial masuk diiringan keluarga dan jiran menghadap jenazah adik Aina serta tahlil ringkas yang diketuai oleh Tuan Imam, Hj Ayub telah diadakan.

Sedikit kekecohan turut berlaku selepas tahlil disebabkan oleh tindakan pihak polis ingin membawa keluar Sdr Sharial. Kali ini serikandi GMI, Puan Nashita mempertikaikan masa yang amat singkat diberikan kepada Sdr Sharial bagi menziarahi anak beliau itu. Akhinya setelah berbincang dalam suasana agak panas, polis memberi tempoh selama 1 jam sebelum Sdr Shahrial dibawa pergi dengan janji pagi esok akan datang lagi untuk urusan pengkebumian jenazah.

4 Julai 2008, jam 10 pagi, jenazah mula dmandikan oleh Sdr Sharial sendiri dibantu oleh keluarga dan tukang mandi jenazah. Pada masa tersebut keluarga malang ini turut diziarahi oleh jiran tetangga, kenalan dan sebagainya termasuklah Tuan Presiden JIM, Hj Zaid Kamarudin, YB Saari Sungib dan EXCO Kerajaan Selangor, YB Iskandar Samad.

Sekitar jam 10.45 pagi, jenazah telah dibawa ke Masjid yang berdekatan untuk di sembahyangkan. Alhamdulillah jam 12.00 tengahari, jenazah selamat dikebumikan ditanah perkuburan yang berdekatan yang juga turut dihadiri antaranya ialah Presiden JIM, TimPres Yang juga Pengerusi GMI, Syed Ibrahim, YB Saari Sungib, MP Hulu Langat YB Dr Hj Rusli dan ramai lagi sahabat taulan dan rakan. Suasana sedih menyelubungi upacara pengkebumian ini. Sekitar jam 12.15 tengahari, semuanya telah selesai, dan pelukan akhir dengan Sdr Sharial sebagai tanda simpati dan semangat untuk beliau yang sudah pasti selepas hari itu akan kembali ke KEMTA di Kemunting dan bermulalah sambungan episode tahanan tanpa perbicaraan dibawah Akta ISA yang zalim itu.

Akhirnya izinkan ana berkongsi sms yang di nukilkan oleh ibu adik Aina, Siti Fatma untuk tatapan kita semua;

“ Aina Almardhiah nama diberi kepada putri sulungku. Aina Mardhiah adalah nama bidadari syurga, dia menjadi bidadariku didunia dan akhirat. Aina Mardhiah menjadi rebutan para mujahid daN syuhada’, pernah kuberniat kan kuberikan pada mujahid ini ……. tapi Allah lebih mencintainya dan mengkehendakinya. Doakan dia, Allah memberi pertolongan dan dimudahkan juga cahaya di alam pembaringannya kini…….afwan.”



- TAMAT -

Hari ini...ishh...ishh...ishhh...

At the moment saya sedang lepak-lepak di Jusco Taman Maluri..jauh kan..tinggal nun di Gombak and merantau jauh ke sini..bukannya sengaja..tapi pagi lagi saya keluar awal untuk hantar van service di Nissan Service centre di Jalan Cheras. Ada indicator light yang keluar and tak mahu hilang2..dah hantar untuk check last 3 weeks, tapi lepas tu keluar lagi. So hari ni datang untuk check lagi.

Seperti biasa kalau ke service centre saya akan bawa notebook sebab ada wireless network di sana..so i don't mind untuk spend hours di sana, rather than balik and i have to spend puluhan ringgit untuk tambang teksi, if nak naik train pun i have to use 2 train, PUTRA LRT, STAR LRT and also rapid KL..isshh tak berbaloi..instead of just stay dekat service centre tu i also sometimes akan jalan sikit and lepak2 di JJ..

Just a few minutes ago, the mechanic called and informed me that one of the sensor tu rosak, the one untuk ekzos kot, kena tukar and will cost us RM380..masuk service charge will be almost RM500...ish..ish...geram and stress betul..dah habis warrantynya for 3 years..which expired on 26th Mei..so after discussing with my husband we decided untuk tidak tukar and let it be rosak macam tu saja..reasonnya..according to the mechanic ianya tidak membahayakan, furthermore van tu dah jadi macam gajah putih in front of our house semenjak harga minyak naik..we only use the van bila balik kampong or jalan jauh the whole family..dok berdebu depan rumah..but still monthly installment kena bayar..ish..ish..

A few weeks ago, we bought a motor..moto kapcai saja..so my husband pakai moto utk pergi kerja..so now i can use the car bila nak kemana2 instead of kena pakai van yang besar sorang2. a 1.4 L car..jimat la jugak tho kadang2 if jalan banyak RM50 habis sebelum habis hari ke 2..ish..ish..tensen everytime indicator minyak dah sampai level2 yg terakhir..apa nak buat..kena isi jugak..ish..ish..ish..

ooppss...dah sampai masa untuk jalan balik ke service centre untuk ambil semula van..but since i dah kat JJ ni...lebih baik spend sikit masa untuk jamu mata..hopefully dapat tahan keinginan yang tak penting..though i have already 'save' RM500 dari terbang ke Tan Chong.

Hopefully we have made the right decision.Amin

.....................................................

Cerita awal pagi...

Pagi tadi lebih kurang jam 7.15am while driving to send my son to school..i received a phone call from my daughter Asma'.

Asma': " Ummi, Asiah ada tak dengan ummi?"

Ummi : "Mana Ada pulak, Asiah kan kat rumah dalam bilik ummi tadi tidor"

Asma' : "Tak ada la ummi"

Ummi: "ada la, pergi la tengok kat bilik ummi"

Asma' : :"okayla ummi"

Lepas beberapa minit bila dah nak sampai ke sekolah anak, received another phone call from a friend who is also our neighbour..satu jalan..rumahnya mungkin selang hampir 20 buah rumah dari rumah kami..mungkin..tak kira betul2..

Kak Ton : "Anti kat mana ni?"

Saya : "on the way hantar ammar ke sekolah, kenapa?"...memang pelik juga dalam hati saya.

Kak Ton: "Ada orang tak kat rumah anti?"

Saya :" Ada, semua ada kat rumah"

Kak Ton : "Ni..Asiah, dia jalan sorang-sorang ke rumah kak ton, menangis kata semua orang tak de kat rumah pergi jogging"

Saya : " Ya Allah...semua orang ada kat rumah..masa saya keluar suami dalam bilik air"

Kak Ton :" oh ye ke...dia ngigau kot"

On the way balik saya passed by rumah kak ton and dari jauh nampak 3 girls sedang berjalan..Asma', Ulfah ( anak kawan yg tumpang tidor di rumah kami) n Asiah dengan baju tidornya"

Memang betul agaknya jangkaan saya dia mengigau sebab dia berjalan ke rumah kak ton tanpa berkasut..pelik bukan..kata-kata Asiah : "Asiah mimpi ulfah kena langgar lori, lepas tu entah apa di akal fikiran Asiah, Asiah bangun tengok bilik Ammar kosong, lampu semua terpasang, ntha apa-apa tah, pas tu kat bilik TV tak de orang, kat bilik air ada bunyi air sikit-sikit. Asiah turun bawah tengok pagar terbuka,pas tu Asiah terus keluar"......

Ya Allah...anak ku Asiah...Alhamdulillah...Allah peliharanya dari segala mala petaka...

Tuesday 8 July 2008

PROTES! PROTES! PROTES!

PROTES!!!!!
ANDA????

Yesss....saya, suami dan anak lelaki turut sama memeriahkan suasana..dengan tujuan utama membantah kenaikan harga minyak..dengan kata lain membantah tindakan pemimpin yang dianggap menzalimi rakyat jelata...juga dengan tujuan untuk menjadi individu yang melengkapkan kiraan jumlah rakyat yang datang pada hari tersebut.


menarik...berbagai ragam..namun semuanya...mood marah dalam merah!!!!

Dari hari Ahad 6-7-08...hingga ke malam ini....8-7-08...berita radio, TV, suratkhabar meriah membuat liputan mengenai event tersebut...apa-apa pun saya telah ada di sana memainkan peranan saya sebagai rakyat yang prihatin dengan apa yang terjadi..

eee...comelnya...anak che gu bard...pun Protes..mestilah..


Kami sekeluarga bertolak dari rumah kami di Gombak pada jam 11 pagi..minum pagi dulu kemudian bertolak..Sudah tentu saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya jangkakan akan saya alami pada hari itu..pesanan penganjur...bersedia untuk berada di sana hingga malam...memang kami bersedia..Suasana memang meriah, macam karnival..ada ucapan,nyanyian dan persembahan..ada jualan..




Saudara Pyan dengan puisinya..pok amai..amai..


Sewaktu majlis berhenti rehat di waktu tengahari saya, suami dan anak telah pun berada di luar stadium..duduk sambil bersembang dengan kawan2 yang ditemui..masing-masing beri komen tersendiri tentang program tersebut..jumpa sahabat dari JIM Negeri Selangor..siap bawa hailer..mereka datang secara 'berjemaah'..demi melambangkan kekuatan...berjumpa dengan kakak dari PKR Ampang..sembang isu event pagi tu..tiba-tiba dari jauh datang pula cameraman n reporter Malaysiakini dan Seruan Keadilan...alamak...saya cuba mengelak..tak mau diinterview..sukar juga nak meluahkan rasa hati yang sebenar bila diminta komen tentang event hari tu...tapi saya ungkapkan juga..adalah dalam slot mkini TV interview dengan saya tu..Frankly speaking saya ucapkan..memang moodnya amat berbeza dari demonstrasi dan Protes yang sebelumnya...untuk dapatkan angka satu juta juga memang sukar kerana orang datang dan pergi....tapi saya, suami, anak dan 'anak angkat' kami Wasilah berada di sana hingga ke malam...
Kami sekeluarga duduk sambil lepak-lepak mendengar ceramah dan menonton persembahan..di belakang YB Saifuddin..santai bersama rakyat di tengah padang.


Seronok juga...dengar ceramah, berhibur sedikit dengan persembahan tarian SINGA, puisi DINSMAN...MACAM ORANG GILA..membolehkan semua yang hadir melepaskan perasaan, puisi dari PYAN...juga menarik..pok amai,amai belalang kupu-kupu, turun harga minyak..naik harga getah...entah la macam tu la lebih kurang bunyinya...kami boleh duduk di serata ruamg yang ada...lepak-lepak..makan-makan, minum..sembang dan bertepuk dan menjerit penuh semangat...

Tarian Singa menarik perhatian


Hampir jam 6.30 ptg..saya ajak Wasilah berjalan exercise separuh track, lepas tu saya ajak dia ke tandas bersiap untuk mengambil wuduk untuk mudah solat maghrib nanti..tabik spring pada pihak Stadium..tandas nya bersih berbeza dengan keadaan tandas Staium Malawati...teruk sekali..hingga terpaksa menahan diri dari panggilan alam semulajadi..Waktu inilah kedengaran persembahan ala-ala rock...tiba-tiba anak saya Ammar menalipon dan memberitahu.."Abah ajak balik"...dalam hati saya.."alamak apasal pulak ni"......rupanya suami saya 'protes' sebab rock show tu dibuat diwaktu hampir masuk waktu maghrib...frust, memang frust...tapi ikut la juga..kami berjalan merentasi meja-meja jualan..bertembung dengan 2 sahabat dari JIMKL...both with the name, Zulkifli Ahmad..sorang boss, sorang ustaz..seronok bila jumpa kawan..,masing2 megah berbaju merah..


eee...ni lagi sorang comel sangat..Insyirah Muthanna..cucu saudara kami..cucu YB Saari Sungib..pun PROTES jugak

T-shirt ISA ZALIM-digayakan oleh Wasilah dan dipakai juga oleh Kak Zumrah dan beberapa AJK GMI ke sana

Jalan lagi..perut lapar pulak...banyak gerai kehabisan makanan sebelum mula memasak lagi untuk sesi malam..so..peniaga meraih rezeki dan keuntungan pada malam tersebut...Sampai di satu gerai makan, terserempak dengan Kak Zumrah, Ustaz Badrul dan anak-anaknya, juga mencari makan...Kak Zumrah..'megah' dengan pakaian T-Shirt..ISA ZALIM..way to go Kak Zumrah...isteri bekas tahanan ISA..Ustaz kata dia akan jadi Imam untuk solat Magrib dan Solat Hajat...Alhamdulillah...terbatallah niat kami untuk pulang....sebaliknya meneruskan misi bersama PROTES 678..walau apa pun halangannya...selagi ada yang menyeru kepada yang Maaruf dan mencegah Kemungkaran...Allah hu Akbar....


Wasilah menjadi pengganti dua orang anak perempuan kami yang tak turut serta hari itu..the whole day saya dan Wasilah asyik sebut..'rindu asma' dan asiah'



Saya berpisah dulu dengan suami yang ingin bersedia mengambil wuduk, kemudian mendapat panggilan telefon dari suami yang menceritakan tentang peristiwa 'londeh seluar @ terlondeh seluar" tu...kami missed the event...


Kedengaran dari pembesar suara YB Dr Lo' Lo mengarahkan semua untuk bersedia beramai-ramai untuk solat Magrib dan kedengaran pula alunan merdu Zikir dari Ustaz Badrulamin...selesai solat Magrib dan solat hajat..Dr Lo' Lo memberikan tazkirah kepada muslimat yang mungkin ramai kecewa dengan apa yang berlaku..lebih kurang apa yang disebutkannya ialah..."ini lah medan kita..kita tidak boleh lari dari perjuangan ini...mereka adalah mad'u kita..."

Ustaz Badrul menyampaikan tazkirah sebagai penyembuh semangat kepada yang hadir


Kemudiannya Ustaz Badrul juga memberi tazkirah dengan peringatan yang serupa mengambil iktibar dari keberkatan bulan REJAB...menghayati bulan Rejab..dari huruf Ra..Ba..dan Ja..Bulan RAhmat, bulan Berkat dan bulan JIHAD...inilah jihad kita menentang kemungkaran...bersungguh-sungguh menentang kemungkaran dan istiqamah...jangan lari dari medan pertempuran.....jangan boikot...Allah hu Akbar...

Sesi malam diteruskan dengan ceramah dan kemuncaknya ialah ketibaan DSAI...tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku....
orang ramai bangun bersemangat bila DSAI tiba..laungan RE-FOR-MA-SI..bergema lagi

Kami bangun untuk pulang sedikit lebih awal......Alhamdulillah..terlepas dari tersekat dek banyakknya kereta yang dipark sepanjang jalan...10.45 malam keluar dari Stadium...balik rumah..singgah cari Nasi Lemak...12 jam di Stadium asyek makan sup...kacang...dan air ais...lapar dan kembung perut....

Pedihnya kehilangan seorang puteri




Kata-kata dari Puan Fatma.....


“ Aina Almardhiah nama diberi kepada putri sulungku. Aina Mardhiah adalah nama bidadari syurga, dia menjadi bidadariku didunia dan akhirat. Aina Mardhiah menjadi rebutan para mujahid daN syuhada’, pernah kuberniat kan kuberikan pada mujahid ini ……. tapi Allah lebih mencintainya dan mengkehendakinya. Doakan dia, Allah memberi pertolongan dan dimudahkan juga cahaya di alam pembaringannya kini…….afwan.”

Sunday 6 July 2008

SB OH SB-Episod 2...lebih kejam dan menyakitkan hati

Saya mesti menghabiskan cerita SB saya sebelum masuk bab baru yang akan bermula pada jam 10 pagi hari ni 06.07.08...InsyaAllah....semalam dah beli baju nya PROTES...di hadapan Markaz PAS Taman Melewar...at almost 12 am...ramai sekali dah tiba...rombongan dari Pahang..ada la 5 buah kereta semuanya.

Seperti yang saya ceritakan di entry yang lepas Cikgu Laila dan saya terpaksa bertekak dengan SB ACP Ayub untuk pastikan yang Shahrial di bawa keluar segera dari KEMTA. Allahyarham Adik Aina jatuh pada petang Rabu. Saya terima sms yang adik Aina kemalangan pada jam sekitar 5 petang dari Kak Umi Kalthom dari JIM Cheras yang banyak membantu keluarga Fatma. Segera saya pesankan agar Kak Umi bantu Fatma untuk urusan memastikan Shahrial dibawa pulang segera. Kak Umi dan suami dengan segera menguruskan hal tersebut.

Namun sehingga ke jam 12.45 petang keesokan harinya barulah pelepasan didapati dari Menteri seperti yang di claim oleh ACP Ayub. Akhirnya menurut Shahrial sendiri pada jam 5 petang barulah mereka bertolak dari KEMTA.

Van yang membawa Shahrial tiba di rumah Abang Nawi jiran Fatma pada jam 9.30 malam. Dia teus dibawa masuk dan duduk di sebelah jenazah. Sejurus kemudian Imam dan beberapa orang Masjid masuk dan bacaan tahlil dimulakan. Selesai tahlil, mereka berbincang mengenai rancangan pengebumian. Shahrial dan beberapa orang SB yang berada di dalam dimaklumkan yang pengebumian akan dilakukan pada jam 10 pagi. Cikgu Laila yang berada di situ berpesan agar pastikan Shahrial dibawa dengan lebih awal dan minta diambil no telefon SB.

Selesai perbincangan Shahrial bangun dan semua yang ada turut bangun dan bersalaman, ketika itu mungkin Shahrial baru berada dalam 20 minit bersama jenazah. Mereka seolah sudah hendak membawa Shahrial keluar dan pulang. Ketika itulah Fatma bingkas bangun dan dengan suara yang agak tinggi dan tegas meminta supaya suaminya dibiar lebih lama lagi..

Saya pula berada sedikit ke belakang di hadapan pintu masuk. Kebetulan seorang yang memang saya tahu yang dia adalah SB..berjeket gelap dan muka yang tiada senyuman dan garang. Saya mengaleh muka saya ke belakang dan bercakap dengannya dengan nada yang tegas tapi tidaklah pula saya menengkingnya...

Saya.." takkan tak boleh biar lama sikit. Dah la sampai lambat, kematian sekali saja tau dalam seumur hidup"....memang hati saya rasa amat marah dan pedih lebih lagi bila Fatma sendiri yang selalunya lembut bingkas bangun meminta supaya suaminya dibiarkan lebih lama...

SB...dengan tangan yang menuding tepat ke arah muka saya berkata..."awak tahu tak dengan siapa awak bercakap ni!!!!!!??????"

Saya...terkejut dengan ayat-ayat tersebut tapi masih dapat mengawal diri walaupun badan sudah mula menggigil...bukan sebab takut tapi amat marah diperlakukan sedemikian oleh SB tersebut...."kenapa????"

SB...sambil menunjukkan tangan ke arah saya.."okay...ikut saya jumpa BOSS saya"

Saya..sambil mengikut di belakang dia..."okay mana BOSS awak"

Ketika peristiwa itu berlaku, Saudara Lutfi, Ketua Pengarang Harakah ada bersebelahan saya menyaksikan apa yang berlaku. Dia turut berjalan di belakang saya.

Saya mengikutinya hingga ke luar, namun masih di dalam kawasan rumah tersebut. Sampai di hadapan saya bertembung dengan suami saya, dan kebetulan Pengerusi GMI pun ada di situ dan ramai lagi pelawat yang lain. Saya memaklumkan kepada suami saya yang SB tersebut memanggil saya untuk berjumpa BOSS nya..sambil menceritakan apa yang berlaku. Suami saya mengarah saya untuk tunggu saja biar SB tu yang datang jumpa saya.

Sekali lagi SB tu datang memanggil saya pergi berjumpa BOSS nya...yang saya masih tidak tahu siapa orangnya dan tak nampak kelibatnya kerana keadaan gelap dan dia seperti dikerumuni oleh ramai orang.

Sekali lagi SB tu datang kepada saya..dek kerana badan saya memang sedang sgt menggigil menahan perasaan marah kerana diperlakukan begitu oleh SB tadi terus menyarungkan kasut dan berjalan ke arah kumpulan orang di luar.

Saya.."okay mana BOSS kamu???" sambil menuju kedepan, beberapa orang yang berada di hadapan dengan segera ke tepi.....maka terserlah di hadapan saya siapalah BOSS SB tadi....apa lagi...saya pun dengan bercekak pinggang...."OOOOOO.....Ni la BOSS nye..CHE AYUB ye....yang tipu kami tadi. Kata nak keluarkan jam 1 petang tapi pukul 5 baru keluar..."

Saya cuba mengawal kemarahan saya, kerana saya sedar mungkin ramai yang ada disitu tidak tahu mahupun faham akan KEHAPRAKAN perangai SB SB ini.

Ayub cuba nak tunjuk baik lagi..."Bukan macam tu Puan...saya dah beri masa satu jam...bla...bla.."...

Saya dah tak kuasa nak mendengarnya..Sambil bercekak pinggang lagi..saya katakan.."okay, Che Ayub bagitahulah orang kat sini...biar semua orang tahu betapa zalimnya ISA ni"....terus saya beredar....

Badan saya masih menggigil...saya rasa amat sedih dan pedih...lebih-lebih lagi ketika itu tidak ada teman-teman yang sering bersama saya mempertahankan hak kami ketika bertekak dengan SB...iaitulah Kak Aliza Jaffar dan Cikgu Laila...

Saya terus pergi.....masuk semula ke dalam rumah...Alhamdulillah....segala syukur dipanjatkan kepada Allah yang membantu hambanya selagi kita membantu diri kita sendiri...iaitu tidak tunduk kepada kezaliman dan penindasan....di dalam rumah saya lihat semua orang telah kembali duduk...Shahrial sambil memeluk anak-anaknya masih duduk bersama isteri berhadapan dengan jenazah...Agak lama juga masa yang diberi kepada mereka....

Allah hu Akbar..kami menang melawan mereka yang zalim yang bekerja menurut perintah orang yang lagi zalim.

Selepas itu saya menceritakan pada Kak Aliza dan Cikgu Laila..saya mengatakan..kemungkinan SB di luar dan di dalam memang saja nak memperlakukan begitu, mereka di luar tahu bahawa Shahrial diberi masa satu jam, tapi tidak dimaklumkan pada Shahrial mahupun keluarganya..sekiranya Fatma dan kami yang lain membiarkan saja Shahrial bangun dan keluar, maka SB-SB tersebut telah berjaya memperbodoh dan mempermainkan kami...Alhamdulillah..kami tidak pernah mudah berdiam diri sahaja.

Selepas itu seorang sahabat memberitahu saya yang dia juga nampak peristiwa saya dan SB tadi, tetapi tidak dapat membantu saya kerana tersekat di dalam...dia juga marah melihat keadaan tersebut....secara tiba-tiba...saya sudah tidak lagi dapat membendung airmata saya dari keluar lantaran terlalu menyimpan perasaan marah terhadap Ayub dan SB yang lain tadinya....

Saturday 5 July 2008

Allahyarhamah Adik Aina Mardhiah dalam kenangan

(Allahyarhamah Aina di hujung sekali bertudung hitam....jauh renungannya)
klik gambar untuk lebih jelas

Saya dan suami banyak mengambil gambar-gambar di sekitar aktiviti GMI, tapi memang sukar nak cari gambar adik Aina, kerana Allahyarham jarang mengikuti program bersama GMI kecuali 2 orang adik perempuannya. Kini baru saya tahu dia juga sering melepaskan peluang menziarahi ayahnya di Kamunting bukan hanya atas satu faktor besar iaitu kos yang tidak mampu mereka tanggung, tetapi juga kerana Allahyarham juga sering kurang sehat.

Gambar di atas kebetulan sempat dirakam oleh suami saya ketika di program Candlelight Vigil di Kamunting pada hari Sabtu 7hb Jun 2008. Gambar tersebut dirakamkan ketika kami semua sedang menunggu masa untuk program tersebut dimulakan pada jam 8 malam. Bersama didalam gambar tersebut ialah 3 orang isteri tahanan ISA, 2 orang yang berpurdah dan seorang lagi Sharmila isteri kepada Sanjeev Kumar yang telah diseksa hingga lumpuh. Sharmila duduk membelakangkan kamera berbaju berwarna merah.

Pada program tersebut ramai isteri dan ahli keluarga tahanan ISA yang dapat turut serta kerana kerajaan negeri Selangor telah bermurah hati menyediakan bas untuk perjalanan pergi dan balik manakala kerajaan negeri Perak menyediakan tempat untuk mereka bermalam. Ini ada pertemuan kedua terakhir Aina dan ayahnya kerana lebihkurang dua minggu lepas mereka dapat bertemu sekali lagi di Bukit Aman apabila Shahrial dan beberapa orang tahanan ISA yang berasal dari Indonesia dibawa ke Bukit Aman. Ini adalah menjadi rutin bagi polis cawangan khas untuk membawa mereka untuk 'proses kaunseling' atau apa saja yang mereka suka....