Thursday 30 April 2009

"Apa lagi yang SB Mahukan dari kami???" dan "POKOK DEMOKRASI"

Saya tidak menyangka ada sesuatu yang 'pelek' akan berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar semalam 29hb April 2009. Semalam ke semua 13 orang OKT Kuala Kangsar telah hadir untuk mendengar sebutan kes mereka. Pada 13hb April lepas kes tersebut telah diperkenankan untuk ditangguhkan untuk sebutan kes pada 29hb setelah seorang OKT iaitu Abah Asiah tidak hadir dengan MC dan dokumen yang baru diterima dari pihak pendakwaraya.

Memang semuanya berjalan dengan lancar dengan Hakim Norsalha Dato' Hamzah menetapkan tarikh 17-19hb Ogos 2009 untuk kes tersebut dibicarakan....fuuuhhh...Alhamdulillah memang sungguh lega mendengarnya...kami masih punya lebih dari 3 bulan untuk bergerak dan bernafas di dunia yang sementara ini dengan sedikit kelegaan.

Namun sebaik saya keluar dari kamar Mahkamah kelihatan suami saya dan Adi seorang lagi OKT sedang serius berhadapan dengan seorang anggota polis beruniform...dalam hati terdetik apa hal pulak ni...di tag namanya tertulis "Ishak"...baru saya teringat Chief Inspector Ishak ini adalah ketua IO..Interrogation Officer ketika ke semua OKT ini ditahan reman di Lokap IPD Kuala Kangsar. Dan pada pagi 9hb Februari ketika kami menunggu saat suami dan semua OKT lain dibebaskan, kami dimaklumkan yang Insp Ishak tiada di balai kerana dipanggil mengadap 'tuannya' di Putrajaya...ketika itu memang terdetik di hati...'bala apa lah pulak yang akan menanti'...namun Alhamdulillah hasil desakan kami dengan terus menunggu di Balai dengan Sdr Zahir Hassan terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab maka ke semua OKT dapat dibebaskan dengan segera.

Okay...berbalik ke insiden semalam diluar kamar mahkamah...Chief Inspektor Ishak memaklumkan yang suami saya dikehendaki ke balai untuk diambil keterangan tambahan...apa lagi melentinglah saya...apa taknya memang pelik...lagi pelik bila hanya suami saya seorang sahaja yang perlu diambil keterangan tambahan dan tidak ke semua 12 yang lain....tak cukup lagi ke soal siasat selama 4 hari mereka di reman di lokap!!!
"eh..kenapa pulak nak ambil keterangan lagi...mereka dah didakwa di mahkamah.."

...suami saya juga turut menambah dengan yakin.."ya...kalau ada apa-apa saya akan jawab di mahkamah...di depan peguam saya..?

CI Ishak pula dengan selamba menjawab..."saya tak tahu..kena ambil keterangan tambahan...SB nak jumpa..."

Apa lagi bila dengar saja perkataan sejenis jawatan SB tu...lagi la menggelegak rasa hati...

"eh...apa pulak...tak boleh...apa hal SB pulak nak ambil keterangan lagi...jumpa saja lawyer kami.."

CI Ishak masih tegak berdiri di situ mungkin mengharapkan suami saya ikut beliau...ya lah...mungkin dia dah mendapat arahan dan sudah menerima tekanan dari pihak SB....

Adi rakan selokap suami juga menambah.."apa pulak Bad seorang saja...kalau dia kena...kami semua pun akan ikut dia.."....wah memang hebat semangat setiakawan kesemua bekas penghuni lokap IPD Kuala Kangsar....

Akhirnya, peguambela Charam Singh Keluar dan menegaskan lagi kepada CI Ishak...

"rubbish...mana boleh ambil keterangan lagi...you don't entertain them..if they harrass you again..just make police report"....lalu kami semua berlalu pergi meninggalkan CI Ishak di belakang kami...

Entahla...macam-macam cara mereka hendak harass kami dan menakut2kan kami...tapi kami juga faham sedikit sebanyak hal undang-undang ni...polis lebih-lebih lagi tidak boleh sewenang2nya nak korek maklumat atau nak soal siasat...hatta ketika kita ditahan reman..kita berhak untuk duduk bersama peguam dan berhak berkata "saya tidak mahu menjawab...saya akan jawab di mahkamah...full stop!"

Selesai kes di mahkamah kesemua OKT beredar ke pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat bahan bukti yang disediakan oleh polis berupa hampir 1000 keping gambar dan 3 VCD insiden...

Memang sungguh mengkagumkan dengan usaha polis mengambil sekian banyak gambar...sungguh tidak disangka....banyak terisi adegan yang ingin anda lihat dan terkejut anda lihat...video clip nya juga sungguh hebat...memang class usaha polis bab mengintip-intip tindak tanduk mangsa...if only kita tahu yang dok ambik gambar kita tu polis yang nak memerangkap kita mahu saja dibaling dengan cannister tear gas yang ditembak melulu oleh FRU kepada rakyat...memang gerrraaaaammmm....

Apa-pun saya nak kongsi gambar yang saya simpan pulak..gambar yang polis bagi sebagai bahan bukti tak boleh nak tayang lagi...eksklusif...nanti tak pasal2 ummuasiah yang kena pulak...

Ni kira flash back lah...

Ini plois yang sangat hero...dari bawah bukit dia lari ke atas bukit di perkarangan Masjid Ubudiah untuk membelasah Wak Idris ni ala-ala..The Rock!!!!..dia ni lah polis yang bernama Hasbullah dalam cerita saya di entry ini....gerrrraaaammm lagi.....

ini lagi adegan yang sedang anda lihat dan sudah lihat.....

Ni lah dia polis SB yang entah berapa ratus orang hadir hari tu....mereka ni kalau ada perarakan aman memang sentiasa bersedia nak cekkkkuuuppp orang....

terkena bedilan dan semburan tear gas yang memeritkan

kena halau. dijerit, dijerkah dan macam-macam lagi oleh FRU....



sekembali dari Kuala Kangsar menuju ke Kuala Lumpur kami sempat juga menyinggah ke Ipoh untuk melawat 'POKOK DEMOKRASI'...untuk melihat keadaannya...maklumlah macam-macam dah terjadi pada poko ni sejak episod sidang DUN bersidang di bawahnya...nak tengok gambar asalnya 'POKOK DEMOKRASI' ni sila rujuk di entry ni..

Sebelum ni tak ada pula nama Taman Istana tu kat situ..tetiba selepas berapa tahun pun tak tahu...muncul pulak...pokok yang layu di sekeliling tu ditanam oleh Majlis Bandaraya Ipoh setelah plak pokok demokrasi dihancurkan..kononnya untuk menghalang usaha kerajaan PR buat plak yang baru...kesian pokok tu mogok tak nak hidup..tapi sepupu-sepupu pkok demokrasi yang ditanam di padang bersebelahan hidup segar bugar!!!!


Tuesday 28 April 2009

DEBAT ISA: HARAM ATAU HALAL...JEMPUT HADIR


DEBAT ISA:HARAM ATAU HALAL?"

The Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) will be organizing “Debat ISA : Haram atau Halal?” in the light of the recent claims made by a group called PEWARIS, who claims that ISA is in line with Islam and it is needed in order to protect the religion of Islam.

PEWARIS has been invited to send their representative to refute the anti ISA stand taken by GMI.

To date,GMI has not received any reply from PEWARIS on whether they will attend the event to defend their views in support of the draconian law, the ISA.

GMI says that “In the spirit of freedom of speech and expression, the positive reply from PEWARIS to debate on the above mentioned issue is very much anticipated”.

The details of the event is as follows:

Event : “Debat ISA : Haram atau Halal?”

Speakers : YB Saari Sungib (GMI)

Representative from PEWARIS

Venue : Auditorium, Dewan Sivik MPPJ

Date : 9 May 2009 (Saturday)

Time : 3.00pm-5.00pm

A press conference on the event will be held on 4 May 2009 (Monday) at Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall at 11.00am.

All are invited to lend their support.

Regards,
Fadiah Nadwa Fikri
On behalf of GMI

Sunday 26 April 2009

OKT Kuala Kangsar-Pandang Hari Muka dengan penuh keyakinan...

Kita adalah pejuang, kita yakin dengan apa yang kita lakukan. Parti akan pastikan nasib setiap OKT akan terbela, sekiranya ada yang dibuang kerja atau menghadapi apa-apa masalah sila beritahu pada pimpinan. Parti akan membantu, kita sediakan barisan peguam dan akan pastikan OKT tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran.


Dari kanan Hj Isha Ridzuan, Sdr Yusof (Bilal), Faiz (bertshirt putih) dan Adi (t-shirt oren)

Alhamdulillah, begitulah lebih kurang apa yang disampaikan oleh YB Salahuddin kepada semua OKT yang hadir menjadi tetamu di pejabat PAS Kuala Kangsar bagi mendengar taklimat dari peguam dan berbincang mengenai kes yang terbabit.

Pada 13 April Hakim Norsalha telah menerima permohonan dari peguam bela Augustine Anthony untuk menangguhkan kes kerana bahan bukti baru diserahkan oleh pihak Pendakwaraya. Maka pada 25hb April kesemua OKT telah diminta untuk berkumpul di pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat semua bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis.


Alhmdulillah YB Salahuddin Ayub telah dijemput untuk memberikan kata-kata semangat kepada OKT yang terlibat dan telah hadir pada hari itu. YB Salahuddin juga pernah memilih untuk dipenjarakan selama SEBULAN bersama YB Mahfuz dan Pak Amjal apabila Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap mereka di dalam kes demonstrasi membantah kedatangan pemain Kriket dari Negara Haram Israel pada tahun 1997 dan mereka dijatuhkan hukuman pada tahun 2000. Mereka memilih untuk dipenjarakan daripada pilihan membayar membayar denda. Mereka yakin dengan perjuangan mereka.

Maka kesemua OKT Kuala Kangsar juga sudah perlu mempersiapkan minda mereka bagi segala kemungkinan yang akan datang....kerana keputusan kes ini bergantung juga pada keadaan politik semasa dan Hakim yang mengadili ... namun usaha dan keyakinan tetap memainkan peranan penting.

Augustine juga meyakinkan kepada semua bahawa barisan peguam komited dan akan berusaha bersungguh2 dalam kes ini. Baginya apa yang berlaku pada 6hb Februari hingga membawa kepada penangkapan semua OKT adalah sesuatu yang amat unik dan belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia...di mana rakyat tempatan sendiri bangun menolak pemilihan MB yang dilantik hasil dari rampasan kuasa yang berlaku sehari sebelumnya. Rakyat dengan berani telah bangun dan memprotes. Keberanian rakyat pada hari itu adalah sangat-sangat luar biasa.


Dari kiri Augustine Anthony..yang 'dituduh' oleh wartawan KOSMO pada 13 April sebagai sanggup berhujah selama 2 jam semata untuk minta penangguhan dan menulis bahawa Augustine diarah keluar sekiranya hendak berbincang tentang s51 A. Di sebelahnya Hj Nazir yang dilantik sebagai ketua dan 'orang' yang memegang bendera PALESTINE sambil berbaring diatas jalan...berani giller..memang semangat jihad tinggi dan meluap ketika itu. Di hujung sekali Charam Singh seorang lagi peguam...tabik springgg....kepada mereka kerana berkhidmat tanpa upah dan sanggup datang hatta pada hari cuti hujung minggu!!!!...kerana yakin dengan perjuangan yang benar dan berada di jalan yang lurus!!!

"Please do not worry too much on what's going to happen in the future..."

"Let us think on how we are going to win this case..."


Augustine merasa amat bertuah untuk mengendalikan kes ini. Ini juga membuatkan semua OKT rasa amat bertuah dan terharu kerana ke semua peguam yang membela adalah terdiri dari peguam yang amat terkenal dan mahir dalam bidang mereka khususnya dalam isu Hak Asasi dan Hak Rakyat yang merdeka. Alhamdulillah.


Barisan Muslimatnya pula..dari kanan Pn Suhana Abdullah..OKT wanita tunggal ditahan pada 10hb Februari, di sebelahnya Kak Ani, kakak Suhana, dan juga ummuasiah.

Saya suka berkongsi tentang Suhana untuk tatapan pembaca...saya salute dia di atas keberanian kecekalan dan yakin dengan tindakannya benar pada hari kejadian. Suhana seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Beliau bekerja di Masjid Ubuddiah (tempat berlakunya demonstrasi aman). Beliau bekerja sebagai pencuci di Masjid tersebut di bawah satu syarikat swasta yang memegang kontrak mencuci masjid. Beliau telah bekerja selama 5 tahun di sana. Sudah tentu apabila kita bekerja di sebuah masjid maka kita akan bekerja dengan sepenuh hati.

Beliau memang turut serta dalam demonstrasi aman pada hari itu dan seperti kebanyakan yang berada di sekitar kawasan masjid merasa benci akan perlakuan polis pada hari tersebut. Beliau ditangkap beberapa hari selepas kejadian demonstrasi aman setelah gambarnya disiarkan di TV dan akhbar. 20 orang polis telah datang untuk menangkapnya!!!!!....just look at her a very small lady dan sangat lemah lembut....

Beliau kini telahpun berhenti dari kerja apabila syarikatnya secara tidak lansung telah memberhentikannya apabila meminta dia menyelesaikan kesnya dalam masa 2 bulan....satu arahan yang sungguh tidak logik dan beliau juga telah diminta menghantar surat tunjuk sebab...maka kini beliau sedang cuba untuk memulakan peniagaan sendiri dengan dibantu oleh kakaknya.

Mereka yakin dengan perjuangan mereka dan akan memastikan kerajaan Haram Perak akan dihapuskan dengan segera!!!!

Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 29hb April 2009 jam 9 pagi...sekali lagi kami akan menyusuri PLUS menuju ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar...semoga Raja-raja benar-benar menjaga kedaulatan mereka dengan mengambil kira hak dan kehendak rakyat di setiap masa dan ketika selagi tidak menyalahi syariat agama dan undang-undang sesebuah negeri dan negara.

Friday 24 April 2009

ISA ZALIM:.."Aktivis GMI menahan keluarga tahanan ISA selama 3 jam dalam kenderaan"..Polis buat lawak ke apa?????

Awal-awal pagi tadi suami saya yang dalam perjalanan ke tempat kerja menelefon saya supaya segera saya membuka radio IKIM.fm...katanya ada berita mengenai AGus Salim...ah...tak sempat la saya nak cari radio dan turn on the radio...so saya biarkan, tapi dari corong Hp terdengar juga la sedikit nama AGus Salim disebut...

Hati saya mula berfikir sesuatu yang bakal timbul...memang benar...sekitar jam 11 pagi Nalini, setiausaha GMI menelefon saya dan memberitahu

..."Kak Nash, kita ada sedikit masalah...."

..ha...memang terdetik sudah di fikiran saya...."ya lah..Nalini..I tahu tadi Abg Bad dah ada dengar news about Agus Salim.."

.."Polis nak ambil tindakan terhadap news di Malaysiakini, yang ditulis oleh Rahmah. Polis kata mereka tidak tahan Junaidi dengan mak dia".

gambar diambil ketika aktivis GMI membawa Junaidi dan Ibu Kartem bersiar-siar di Kuala Lumpur

.."What..macamana ni Nalini...I dah agak dah...okay..Nalini try call Syed, Lat or any lawyers untuk minyta pendapat."

.."Kak Nash, can u come to SUARAM office at 12.30 so that we can discuss and write down the kronologi of the event..."

"Okay, don't worry I will come"

Sebaik bertemu Nalini, John dan Mun Hooi...Nalini menjerit kepada saya..."Kak Nash...u tahu tak dalam Bernama and Staronline tulis GMI yang tahan Junaidi dalam kereta selama 3 jam, dan lepaskan bila polis lepaskan mak dia.."

saat gembira bersama seorang lagi aktivis GMI yang berusaha menyediakan makanan dan bekalan sebelum bertolak keluar ke Bukita Aman

"What!!!!!!.....gila betul...terbalik habis cerita...."...kah...kah...kah....kami semua tergelak terbahak-bahak.....tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Dari jauh Mun Hooi nampak van saya...."hah....tu lah vannya yang mengurung Junaidi selama 3 jam..".....kah...kah....kah...kami tergelak lagi sepuas hati..

Baru saya teringat kembali....semasa kami sedang berdiri di kawasan tempat parking hadapan Bukit Aman sementara menunggu Ibu Kartam dibebaskan, suami saya telah menelefon dan memaklumkan ASP Tan dari Dang Wangi telah menelefonnya dan meninggal pesanan di voice mail....mungkin mereka sedang menyiasat siapa pemilik kenderaan yang 'mengurung' Junaidi selama 3 jam....lawak betul dakwaan polis ni.

Saya bersama Nalini selepas itu memulakan operasi kami dengan menulis kembali segala apa yang berlaku pada hari itu...untung juga saya mencatatkan segalanya di dalam blog ini beserta gambar-gambarnya sekali...

Anda pembaca boleh menilainya sendiri.

Polis merujuk kepada berita di website Malaysiakini: Police 'pressure' ISA detainee's family

Di bawah saya tuliskan semula apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia MS 16:

"Sementara itu, Kata Musa (Tan Sri Musa Hassan-Ketua Polis Negara) beberapa aktivis GMI telah menahan Junaidi selama kira-kira tiga jam dalam sebuah kenderaan ketika dia hendak mengambil semula beg pakaian yang disimpan di rumah tumpangan yang disediakan oleh pihak GMI.

Tindak tanduk GMI itu memberi tekanan kepada Kartem dan Junaidi sehingga mereka bertindak lari meninggalkan rumah tumpangan yang disediakan GMI dan berlepas ke Johor Bahru pada pagi 21 April 2009."


Junaidi dan ibunya tersenyum riang dan ceria sebelum dibawa oleh aktivis GMI ke Bukit Aman...kemudiannya polis mendakwa pemandu ini telah mengurung Junaidi di dalam kenderaan ini selama 3 jam!!!!

Berita dari Staronline: Police deny threatening relatives of ISA detainee

Cuba anda renung dan fikirkan...baca kembali apa yang tertulis di dalam blog ini....mereka gembira ketika bersama kami....semuanya bertukar sedih dan resah dan tertekan sebaik selepas mereka dibawa bertemu Agus Salim dengan dikelilingi oleh ramai SB!!!!

Bila difikirkan mengenai dakwaan polis bahawa beberapa aktivis GMI telah mengurung Junaidi selam 3 jam di dalam kenderaan membuatkan kami terfikir....."dahsyat juga tindakan kami sehingga mendapat tuduhan tersebut....apa tidaknya....kenderaan saya tersebut dipark di tempat parking kenderaan di dalam kawasan bangunan Bukit Aman....dikelilingi oleh pihak polis yang ramai."......beraninya kami........?????

Thursday 23 April 2009

Al-Baqarah 218

Sesungguhnya orang yang beriman dan orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, itulah orang yang benar-benar mengharapkan Rahmat Allah dan Dia Maha Memberi Ampun Lagi Maha Pengasih.
Al Baqarah, 218
Saya mengutip ayat ini dari blog seorang sahabat yang layak saya membahasakan diri saya makcik.
Ayat di atas sungguh memberikan kekuatan bila diri dirundung sedih dan duka...dalam perjuangan jika kita mengharap balasan dan menunggu pujian dan pengiktirafan dari manusia...kita pasti sedih dan kita pasti gugur di perjalanan.
Ayat di atas memberikan kekuatan memberikan keteguhan di hati untuk terus berjuang dan bergerak ke hadapan....dalam perjuangan kita tidak selayaknya meminta pemgiktirafan dan pujian dari manusia....cukup dengan pengiktirafan dari Allah bagi menambahkan timbangan amal di akhirat kelak...biar kita miskin dan susah di dunia agar kita kaya dan senang di sisi Allah kelak...
....namun inilah salah satu tohmahan yang dilemparkan oleh SB di Bukit Aman terhadap kami....'kami membantu hanya untuk mencari nama...menjadi terkenal'....Saya tidak kesah dan ambil pusing dengan tohmahan dari SB ini kerana mereka memang suka membuat fitnah...dan cuba membuatkan keluarga tahanan ISA menjauhkan diri dari kami...
Terima Kasih Atriza dan semua sahabat yang sentiasa mendo'akan dan memberikan semangat dalam diam di alam maya mahupun secara zahirnya...
Nota:
Hakikatnya...saya masih sedih..hati saya masih terusik bila saya kenangkan akan ibu Kartem, Junaidi, Fatin dan Agus Salim...hari ini saya cuba lagi hubungi no hp Junaidi..tidak berjawab..teringat saya akan kata-kata darinya di akhir pertemuan kami di senja Isnin.."kasian sama kak nashita...tentu capek dari paginya ke sana-sini bawa kami..."....memang saya capek...namun bagi saya ianya berbaloi dan berpuas hati....namun menambahkan rasa benci dan geram pada SB.....

Wednesday 22 April 2009

ISA ZALIM: tekanan demi tekanan

Isnin 6 April 2009.
"Ibu Laila, saya dapat nombor telefon ni dari seorang teman di Solo dan di minta menghubungi ibu kerana abang saya telah hilang dari tempat kerjanya.... kata kawannya, abang saya ditahan di Bukit Aman.."itulah sms pertama ku terima dari W, adik perempuan seseorang bernama Agus Salim yang dikatakan sudah ditahan dibawah ISA.

baca di sini

Begitulah bermulanya misi kami di PSK GMI untuk membantu keluarga tahanan ISA yang malang ini.Namun akhirnya setelah pertemuan dengan Agus Salim di Bukit Aman selama 4 jam dengan dikelilingi oleh SB dan gambar-gambar yang diambil oleh ramai SB..mereka akhirnya telah pergi meninggalkan rumah yang mereka tumpangi tanpa memaklumkan kepada kami, walaupun kami telahpun berusaha ke puduraya bersama mereka dan telah membeli tiket untuk pulang ke johor ke rumah tumpangan adiknya.

Sepatutnya misi terakhir untuk membantu mereka ialah untuk membawa mereka ke Kedutaan Indonesia bagi melaporkan tentang tangakapan Agus di bawah akta ISA dan peristiwa yang menimpa mereka di Bukit Aman di hari Isnin.

Walaupun kami telahpun membelikan tiket untuk mereka berdua pulang ke Johor pada jam 2 petang hari Selasa, namun akhirnya Junaidi terpaksa akur dengan desakan ibunya untuk segera pulang ke Johor dan kemudiannya terus segera pulang ke Medan.

Maka tanpa memaklumkan kami mereka telahpun berada di Hentian Puduraya pada jam 8pagi...walaupun sebelum ini ke mana sahaja mereka pergi saya atau Cikgu Laila yang akan mengiringi....Ibunya memang telah benar-benar nekad..tidak mahu lagi berada di Kuala Lumpur dan Malaysia...Sememangnya kami amat-amat sedih dengan pemergian mereka dengan tanpa sempat bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan...tapi apakan daya...kami sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka dan apa sebenarnya tohmahan yang telah dilemparkan terhadap kami oleh SB kepada mereka terutama sekali pada Ibu...sehinggakan dia lansung tidak mahu bercakap dengan kami dan terus mendiamkan diri dan menangis sepanjang masa...walaupun pada awalnya sebaik keluar dari kereta SB dia begitu ceria dan gembira setelah mendapat 'layanan baik dan mesra' oleh SB...

sekumpulan wartawan Indonesia dari RCTI dan TVOne yang amat membantu kami...

Maka pada jam 11 pagi hari Selasa..GMI meneruskan niat untuk berjumpa wakil di Kedutaan Indonesia untuk membawa kes Agus Salim walaupun tanpa kehadiran Junaidi dan ibunya.

SMS terakhir yang diterima oleh Cikgu Laila daripada Junaidi ketika mereka di dalam bas dalam perjalanan untuk ke Johor berbunyi:

"Assalamu'alaikum kak..mamak kirim salam pada semua kakak yang sudah membantu kami. Terima kasih banyak. kami sudah bisa jumpa bang agus. kak saya nanti tak nak ditelefon pihak media nanti, tolong akak aja yang jadi wakil. terima kasih banyak kak"

Kami akur dengan keputusan mereka...kami sedar akan tekanan berat yang diterima mereka...apatah lagi mereka ada orang asing di negara ini...baru tiba beberapa hari terus menerima tekanan hebat dari SB yang terkenal amat terror dalam usaha ini...lihat saja terlalu ramai ahli keluarga tahanan ISA yang sanggup berdiam diri dan tidak mahu mendedahkan tentang kezaliman yang menimpa diri....
Memorandum kami diserahkan dan diterima oleh setiausaha 1 kedutaan, Slamet Nugroho di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak jam 11.55 pagi...

Mereka menerima kehadiran kami dengan amat baik..dibawa masuk ke ruangan media mereka tidak seperti nasib yang diterima oleh kami setahun yang lepas apabila kami dihalau keluar dengan kasar dan angkuhnya...

Namun akhirnya mereka tetap mendapat tekanan apabila satu pihak lagi telah datang dan cuba berkali-kali untuk sidang media dan pertemuan tersebut dengan segera dihentikan...kami diarah dengan baik untuk keluar dan adakan taklimat kepada wartawan di luar bangunan iaitu di pavement jalanraya....kami akur dengan kehendak mereka kerana kami sedar akan tekanan yang diterima apabila isu ISA dibangkitkan...Walauapapun....kami bersyukur kerana sejak najib mengumumkan tentang 'pembebasan' 13 orang tahanan ISA...yang akhirnya membuatkan ramai pemimpin UMNO yang lain terutamanya Rais Yatim terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menegakkan tindakan najib dan menegakkan tindakan kerajaan untuk terus mengekalkan ISA...isu ISA mendapat tempat di hati media....setiap kali ada event kami pasti ramai pihak media yang turut hadir berbanding dengan sebelumnya yang kebiasannya hanya Harakah dan Malaysiakini yang consistent membuat liputan......

Di akhir sidang media di tepi jalan...wartawan2 dari Indonesia yang menjemput kami telah memohon maaf bagi pihak kakitangan kedutaan mereka yang mengarahakan kami keluar dan cuba hentikan sidang media tersebut....namun kami jelaskan kepada mereka yang kami amat faham akan situasi sebenar...selagi isu ISA cuba ditekankan selagi itulah ada pihak yang terasa tertekan...namun perjuangan harus diteruskan...

Monday 20 April 2009

ISA ZALIM...POLIS SB BAAAAIIIIIKKKKK...GMI JAHAT!!!!

Pemergian kami ke Bukit Aman semalam turut disertai oleh Nalini, setiausaha GMI dan Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga AJK GMI. Kami bertemu di hadapan pintu utama ke Bukit Aman. Disana pegawai SB yang bernama Encik Syahrul berkali-kali menelefon Junaidi untuk bertanya tentang kedatangannya. Dia kemudiannya mengarahkan kami untuk menunggu sebelum mengarahkan kami mengekori keretanya ke sebuah lokasi yang lain, katanya pertemuan tersebut bukannya di situ.

Sebaik mengiringi kereta tersebut, perasaan saya terus menjadi berdebar-debar, dengan segera saya menghubungi Cikgu Laila untuk memberikan perkembangan. Akhirnya kami dibawa ke Bukit Aman juga cuma mengikuti entrance di bahagian belakang bersebelahan Masjid Negara. Di sana kami hanya dibenarkan meninggalkan Junaidi dan ibunya yang dibawa naik ke sebuah bangunan yang lain. Maka kami meletakkan kereta di tepi jalan dan menunggu. Akhirnya saya katakan pada Nalini dan Ustazah, pulanglah dahulu dan biarkan saya menunggu seorang, kerana ada polis yang sudah datang dan tidak membenarkan kami meletakkan kereta di tepi jalan. Saya pula dibawa oleh polis untuk park kereta di tempat parking kereta.

Setelah menunggu di dalam van hampir sejam saya buat keputusan untuk turun dan meninjau ke satu bangunan di hadapan saya. Sebaik menuruni anak tangga terpampang papan tanda "pejabat bekas-bekas anggota polis"...dan sejurus kemudian, hati saya berdegup kencang dan terus berpatah balik...kerana di hadapan saya ialah seorang manusia yang saya pernah amat marah dan geram padanya...dia adalah Ayub...ketua SB! Dia juga nampak terkejut dan pandangan matanya tertumpu tepat ke muka saya.....sahlah dia...dan dia mungkin mengenali saya......segera saya beredar dan keluar ikut satu pintu pagar yang terbuka dan turun anak tangga ke bawah bukit....kemudiannya saya berpatah balik ke arah van saya...namun sekali lagi saya terserempak dengan AYUB....apabila saya melepasinya dan dan saya mengalihkan kepala untuk melihatnya...kelihatan dia masih memerhatikan saya...terus segera saya masuk ke dalam van dan menguncikan semua pintu...

baca kesah AYUB di sini..


Seketika kemudian, muncul Junaidi membawa sebuah bakul diringi oleh seorang lelaki yang juga SB..dia terus memasuki van, menutup pintu dan mengajak saya pulang ke rumah...Bila saya pandang mkanya dia kelihatan seperti seorang yang amat takut dan hilang keceriaan di wajahnya....saya juga kembali berdebar...

"Kak polisi arah saya pulang ke rumah, ambil pakaian, kemudian datang semula ke sini...."

"Mamaknya mana....?"

"Mamak di dalam sama polisi.."

"Ha.....mana boleh tinggalkan mamak sendirian di dalam sama polis. Apa yang terjadi di dalam, apa polis cakap??"

"Tak apalah kak..bawa saja...saya cerita kemudian saja..bukan di sini.."

"mana boleh..ceritalah...."

"Iya kak...bawa saya pulang ambil pakaian, lepas tu datang kembali ke sini, polis akan bawa kami pulang ke Johor, kemudiannya terus pulang ke Medan...saya ceritakan kemudian saja...."

"Eh....mana boleh macam tu....mana boleh tinggalkan ibu di sini...polis tidak ada hak untuk hantar junaidi sama mamak pulang ke johor terus pulang ke Medan. Junaidi datang sini dengan pasport, visa dan tambang sendiri....kita manusia bebas..mana boleh polis arah macam tu.."
"Tak tau la kak...polis bilang begitu..bawa saja saya balik...untuk kebaikan kakak saja..."

Saya dah mula cemas dan panik...maklumlah sendirian..mulalah saya menyesal kerana meminta nalini dan ustazah pulang...cepat2 saya hubungi Cikgu Laila dan Nalini....

"Emergency ni....Junaidi dah masuk ke kereta...tapi mak dia tinggal di dalam dengan SB...SB suruh dia balik ambil barang, lepas tu datang balik sini dan polis akan hantar depa balik ke Johor dan kena balik ke Medan....macam mana ni.....cepat call sesiapa saja...call lawyer mana-mana untuk datang sini cepat..."

"Ok...ok...tak pe...I akan call Lat and Fat...u stay saja kat situ...."....pesan cikgu laila pada saya..

"Ok...ok...kak nash...I akan call Syed, and buat urgent appeal and inform semua press...kak nash try pergi minta mak dia keluar..."...kata nalini pula...

"What...jumpa SB tu...no...no....I will just wait here...nanti I kena cekup sapa pun tak tahu..."...jerit saya pula...

"ok...tak pe...kak nash tunggu saja....saya akan ambil cab ke sana secepat mungkin...."....janji nalini pula....

Ketika ini seorang SB yang mengiring tadi berdiri tanpa bergerak-gerak berdekatan dengan van saya....

Kemudian bermulalah detik di mana saya menelefon sesiapa sahaja yang dapat saya hubungi dan tak dilupakan suami sendiri untuk maklumkan keadaan saya....suami bertanya kepada saya sekiranya dia perlu datang menemani saya...saya kata tak apa tak perlu...nanti kalau jadi apa-apa susah pulak kalau kami berdua yang dicekup polis...apa pulak akan jadi pada anak-anak kami....tapi suami berpesan untuk terus update dia....


Saya cuba menghubungi Lateefa Koya berkali-kali tapi semuanya tak berhasil...lansung tidak ada bunyi....(later pada waktu malam dia menelefon saya yang dia sebenarnya memang sedang berada di Bukit Aman menghadiri satu appointment lain dengan polis atas isu lain...pada waktu yang sama dari jam 11.30-1.30 tgh...peliknya lansung tidak ada miss call di HPnya yang terpaksa ditinggalkan bersama polis ketika appointment dijalankan).

Fadiah seorang lagi lawyer GMI menelefon saya dan berpesan untuk saya dan Junaidi tidak meninggalkan tempat tersebut dan tidak meninggalkan ibunya seorang...kerana polis SB tidak ada hak berbuat demikian.

Berkali-kali lagi saya menelefon Cikgu Laila dan Nalini...."Cikgu Laila...can u come here A.S.A.P?"....."ok...ok...I akan datang...cepat.."..katanya...

Kemudian saya cuba pula menghubungi Kak Aliza berkali-kali..juga tak dapat...akhirnya bila dapat bercakap saya tanyakan.."Kak Jije....kat mana ni...pak abu ada tak....Kak Jije boleh tak datang ke Bukit Aman..."...kak jije dah pun dapat Info dari cikgu Laila...tapi kak jije tak dapat datang sebab perlu hadiri majlis rasmi bersama Sultan Selangor....hhmm...okay tak apalah....

Kemudiannya saya cuba pula menghubungi Alex, wartawan dari RCTI Indonesia..."Alex..where are you now...?"...."saya lagi dalam perjalanan ke airport...kenapa ya Puan.."....mulalah saya bercerita kepadanya....dia pada awal pagi tadi sudah cuba datang bersama kami...namun telah tersesat dan terus balik....."okay...tak apa puan...saya akan berikan no telefon Dodie seorang lagi wartawan dari TV1..."

Seketika kemudiannya muka saya berseri dan lega...kerana dari jauh sudah kelihatan sebuah teksi dengan nalini di dalamnya...dia terus masuk ke dalam van, dan kami mula berbincang akan langkah seterusnya....Nalini menelefon Pak Abraham setiausha sulit Duta Besar Indonesia dengan no yang diberi oleh wartawan Indonesia...dan maklumkan akan nasib rakyatnya Agus Salim dan ibunya...

Ketika di dalam van Junaidi menceritakan sedikit apa yang terjadi di dalam ketika perjumpaan dengan Abangnya Agus dan SB....katanya ada ramai sekali polis....ramai juga yang mengambil gambar mereka....Agus kata...dia senang saja di dalam bersama polis, polis tak berkasar....kes yang disabitkan dengannya ialah..kasus...rompakan bank di Indonesia.....dikaitkan dengan Jamaah Islamiyyah......

Wah...peleknya....apa pulak...tuduhannya kes rompakan bank di Indonesia....kenapa pula ditahan oleh polis di malaysia...kenapa ditahan di bawah ISA...Akta Keselamatan Dalam Negeri....kenapa tidak menghubungi polis di Indonesia....apa-apa pun adakah ada kesalahan tersebut atau hanya baru direkacipta oleh SB setelah menahan Agus selama lebih dari 50 hari????

Laginya...Junaidi bilang....SB tanya..."macamana kamu boleh datang dengan kakak tu?....jangan berbaik dengan mereka tu di GMI...nanti semuanya jadi susah...mereka akan buat bising buat kacau...hubungi wartawan...."......hah...memang benar pun...kami ni jahat di mata SB!!!!

Tambah junaidi lagi...."SB kata...kakak cuma mau mencari nama...mahu jadi terkenal..."....kah....kah...kah...nak juga saya gelak besar macam Hishamuddin Rais di Tukar Tiub....

Saya maklumkan pada Nalini yang saya terserempak dengan Ayub dan describe pada Nalini rupa Ayub untuk mengingatkan nalini....terus junaidi bersuara.."oh...iya kak....dia itulah KEPALAnya...dialah yang paling banyak bercakap...."...wah memang benarlah tadinya saya telah hampir dengan sarang SB!!!!!...wah....meremang juga bulu roma saya!!!!...saya pun terus menceritakan tentang kejahatan Ayub ini pada Junaidi...


Akhirnya Cikgu Laila sampai setelah tersesat dan tersasar jauh...kesian dia...saya telah buat dia panic dan tidak tentu arah...hingga bila dalam perjalanan dia call saya..."I di jalan Tun Razak ni....u tau dak u buat I panic .....sampai I pakai baju terbalik..."....ya Allah...kesiannya dia......tetapi selepas itu...bila saya terkenangkannya saya tersenyum sendirian...:)

Sebaik Cikgu laila sampai seorang anggota polis bermotor mengekorinya dan mengarahkan dengan baik agar kereta wira hitam ini dipark di tempat lain di tepi jalan..

.katanya..."minta maaf Puan...saya terima arahan dari dalam kereta ni mesti dipark di tempat lain"....okaylah kami tidak membantah...kami semua menaiki kereta Cikgu Laila dan keluar mencari tempat parking yang sesuai....tapi kemudiannya kami diberhentikan lagi di kawal oleh polis...sebelumnya tidak ada...polis tadi sekali lagi memberitahu..lain pulak...

"minta maaf Puan...Puan diarahkan bawa kereta dan park di pintu utama Bukit Aman berdekatan dengan Lake garden".....

wah saya cuba membantah kali ini..."jauh tu...nak kena jalan balik ke sini.....kami nak berurusan dengan keluarga tahanan ISA di sini.."

"tak boleh puan..itu arahannya...puan berurusan saja di sana..."

Okaylah kami terus beredar dengan diekori sebuah kereta wartawan dari Indonesia...kami mencari parking di hadapan Bukit Aman....berdiri seketika di situ sambil menunggu Cikgu Laila menukar pakaian di dalam tolilet...wartawan Indonesia terus mewawancara Junaidi...kemudiannya kami beredar ke gerai makanan dan duduk makan dan minum sambil plan apa yang harus dibuat...dan wartawan Indonesia terus menemuramah Junaidi...

Kemudiannya saya baru terfikir untuk mengarahkan nalini menelefon Encik Syahrul SB yang membawa kami tadi...."En Syahrul...kami nak bertanyakan tentang Ibu Agus Salim"

"Ok...tak pa...saya dah nak hantar dia ni...."

"Tak apa...kami akan pergi ambil dia.."

"Tak apa...saya akan hantar...saya dah nampak awak di mana"

Maka keluarlah ibu tadi dari kereta wira putih ditemani seorang SB wanita dengan wajah yang tersenyum ceria....."Agus baik saja...polis bilang...semua orang sayang sama Agus....polis semua sayang sama Agus....Ibu boleh saja tinggal dan bersembang dengan Agus berapa lama yang dia suka....polis bilang seminggu lagi Agus boleh dibebaskan..."

Ketika ini Ibu Agus sudah tidak lagi memandang muka kami dan mengelak dari memandang kami.....Cikgu Laila juga terasa seperti Ibu bercakap lebih kasar dari biasa dengan dia...kami yakin dalam masa beberapa jam ibu ditinggalakan bersama SB, ibu telah dipsychokan oleh SB untuk membenci kami...

Rupa-rupanya..mengikut Ibu...mereka sudah lama mengekori kami hingga ke kedai makan...."saya bilang sama polisi...keluarkan saja saya...polis tu bilang..iyalah nanti merka kata kita nak simpan pulak ibu di sini...kecoh nanti..."

Hah...tahu pun...memang kami sudah berjaya dengan buat kecoh pada ramai pihak....
Selepas itu ibu terus sedih dan menangis sepanjang masa dan tidak mahu lagi menjawap persoalan kami.....Ibu terus mahu pulang ke Johor walaupun sebelumnya dia sangat excited sebab SB kata dai boleh lagi ziarah Agus keesokkan harinya...Ibu terus menagis di dalam kenderaan perlahan-lahan...

To cut the story short...cikgu laila pulang ke rumahnya..saya bawa mereka pulang ambil pakaian...kemudian menjemput Cikgu laila..kemudian kami ke puduraya mencari tiket untuk pualng ke Johor semalam..namun tidak ada tiket malam..terus beli tiket untuk jam 2 ptg hari ini....hantar semula mereka pulang ke rumah...ibu terus diam...katanya Agus tidur di hotel sama polis...

Saya hantar mereka pulang ke rumah...saya sampai ke rumah saya jam 9 malam...cuba menghubungi junaidi...tapi tak berjawab..Cikgu laila juga cuba hubungi..juga gagal....aiknya di johor juga cuba hubungi..juga gagal...pagi ini kami dapat khabar dia sudahpun berada di puduraya...nak balik ke Johor....

berakhirlah sebentar sebuah episod perjuangan...namun kami teruskan misi hari ini ke kedutaan Indonesia tanpa mereka...

Kata-kata Dodie wartawan Indonesia kepada kami semalam menyentuh hati-hati kami...

sambil meletakkan kedua tangan di dada..dodie bilang...

"saya sebagai wakil kepada negara Indonesia..ingin mengucapkan Terima kasih kerana membantu mereka..."....

ISA ZALIM....saat kegembiraan seorang ibu sebelum bertukar menjadi murung:(

“Assalamu’alaikum kak, kami jalan2 sama buk nasyta, senang sangat mak saya di sini. Saya sangat bersyukur”....SMS yang diforwardkan Cikgu Laila kepada saya dari Junaidi, adik kepada Agus Salim.

“you bawa dia orang pegi jalan mana ye?... happy sangat makcik tu dengan anak dia”..itulah pertanyaan Cikgu Laila kepada saya bila kami bercakap di telefon setelah dia pulang dari kampung untuk merehatkan diri setelah mengalami stress yang amat sangat setelah Najib menghebohkan tentang ‘pembebasan 13 orang tahanan ISA”…tetapi malangya suaminya Mat Sah yang ditahan lebih dari 6 tahun semenjak April 2001 masih tidak dibebaskan tanpa sebarang alasan.

“Alah…I bawa dia orang jalan ke KLCC dengan Dataran Merdeka saja, tu pun sampai KLCC jam 9.45mlm….kedai semua dah nak tutup dah…tengok bangunan KLCC, air pancut, ambik gambar pas tu bawa ke Dataran Merdeka…tu je…apa yang bestnye sangat”…..soal saya balik pada Cikgu Laila.
.

Ya lah…saya hanya keluar dari rumah pada jam 9 malam, itupun bila suami mengingatkan saya yang saya nak bawa Ibu Agus Salim dan adiknya Junaidi bersiar-siar melawat KLCC…ikutkan hati…malas dan letih dengan cuaca yang panas. Tapi bila ingatkan kata-kata ibu Agus, bila nampak dari jauh bangunan KLCC..”inilah bangunannya yang sering nampak di telivisi”….ah…tak sampai hati pula untuk tidak meluangkan masa untuk membawa mereka keluar bersiar-siar. Maka saya pun mengajak Ammar bersama sama menemani saya keluar pada malam tersebut…dengan berbekalkan cameranya.

“Ye lah…u lainlah..dah biasa sangat dengan tempat tu…memang la kata tak menarik dan tak ada apa-apa. Dia orang tu orang susah, mana pernah datang sini…memanglah appreciate habis”…memang betul lah juga…saya tak boleh lupa diri dan mesti meletakkan diri saya di tempat mereka untuk melayan tetamu yang yang datang ‘ke rumah’ kita. Tambahan pula mereka adalah keluarga yang dizalimi di bawah akta yang zalim ISA.

"Kak, tak pe lah kak mak dah biasa duk di rumah ..nanti sampai di johor saya bawa jalan2..kasian akak penat..makasih bnyk2 ye kak. di zaman mcm ni masih ada org yg iklas nak tlg..tk tau saya nk ckp dgn akak. hanya do'a n airmata yg saya ada tanda rasa bersyukur"...sms yang diforwardkan dari Cikgu Laila yang diterima dari Fatin, seorang lagi adik Agus Salim yg tinggal bekerja di Johor.

Tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk mereka..saya Cuma bawa bersiar di waktu malam, pulangnya kami singgah makan dan minum, sebelum saya hantar mereka semula pulang ke rumah tumpangan mereka. Saya maklumkan yang saya tidak dapat menziarahi mereka lagi pada hari Ahad, kerana saya perlu menghadiri GMI Consultation Meeting dengan NGO-NGO keesokan harinya. Namun saya berjanji pada hari Isnin saya akan menjemput mereka untuk membawa mereka bertemu dengan Agus Salim seperti yang telah dijanjikan oleh pihak polis SB.

Itulah tujuan utama mereka bersusah payah datang jauh dari Indonesia semata untuk bertemu dengan Agus Salim yang sudah 55 hari ‘hilang’ dibawah kawalan polis SB di Malaysia.

(saat gembira...bersedia untuk bertolak ke Bukit Aman...cikgu laila menyiapkan bekalan..tapi beliau tidak turut serta)

Pertemuan dijanjikan pada jam 12 tengahari di Bukit Aman. (ketika saya menulis ini saya sedang menunggu mereka di tempat letak kereta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka telah mengikuti polis SB yang bernama Encik Syahrul menaiki pejabat polis jam 11.15 tadi..kini sudah jam 12.10tghari….saya mengisi masa lapang dengan menaip entry ini)

(gambar bangunan pejabat polis di hadapan saya..saya berada di dalam van...later baru saya tahu di sinilah tempat pertemuannya)
Pertemuan yang dijanjikan pada jam 12 tgh telah dimohon tukar oleh polis pada jam 11 pagi, maka saya dan Cikgu Laila juga perlu tukar planning awal kami..semuanya perlu disegerakan. Cikgu Laila membantu membawa mereka dari rumah tumpangan mereka, membawa mereka membeli makanan, minuman, pinggan, cawan, makan kering dan sebagainya untuk di bawa kepada Agus Salim. Kami sudah didedahkan dengan pengalaman tahanan ISA ketika ditahan selama 60 hari di bawah kawalan polis tidak mendapat makanan yang sempurna.

Saya menjemput mereka di rumah Cikgu Laila jam 10.30 pagi, dengan mereka sudahpun bersiap dengan sebakul bahan makanan dan makanan kering yang lainnya. Ibunya juga telah membawa bekalan pakaian, Al-Quran, madu, kurma dan lain-lain lagi dari kampung halaman mereka.

Cikgu Laila berpesan kepada saya untuk cuba request supaya saya dibenarkan untuk masuk kje dalam bagi menemani mereka kerana SB yang menelefon Junaidi telah berkata bahawa mereka ingin bertanyakan soalan kepada ahli keluarga Agus Salim.

"Kak bawa saya pulang ambil pakaian.....untuk kebaikan kakak juga..."

"Mamak nya...ibu nya mana?????....."

?????????????????

(entry ini berhenti setakat ini dahulu sebelum bersambung ke episod kedua yang lebih mendebarkan dan penuh adegan suspens....)

Sunday 19 April 2009

"Apakah Pendakwah juga TERRORIST?"

Bukan mudah untuk memecahkan tembok penghalang paling kuat dan utama bila sesebuah keluarga dicengkam dengan akta zalim ISA. Satu tembok penghalang tersebut ialah 'takut'...takutkan gangguan polis dan SB, takut diwawancara dan disapa oleh wartawan, takut malu.....ya...malu sekiranya orang tahu ada anak atau saudara kita sendiri ditangkap..
Memang benar...itulah tanggapan yang ada pada manusia...bila seseorang ditangkap bermakna beliau bersalah...walaupun tiada bukti dikemukakan.

Inilah perkara asas yang harus GMI tekankan kepada ahli keluarga yang terlibat....jangan takut...selagi kita takut mereka akan terus menekan kita..."jangan jumpa GMI...jangan pergi SUHAKAM, jangan jumpa reporter, jika buat semua ini maka lebih lama anak atau suami anda akan merengkok di Kamunting di bawah akta ISA."

Ini dilakukan dengan segala pergerakan ahli keluarga dipantau dan diikuti, siap dengan camera dan video...untuk membuat ahli keluarga terus berada dalam ketakutan.

Namun asas yang utama juga yang perlu ditekankan pada ahli keluarga ialah.."Jangan percaya SB, Jangan percaya SB dan jangan percaya SB"....mereka ini cakap sentiasa menipu....janji tapi tak pernah dikotakan...."kalau awak duduk diam-diam,tak buat apa-apa, tak melawan, suami akan bebas cepat"..."kami akan bebaskan suami awak sebelum hari raya"...dan macam-macam janji manis lagi.


Inilah juga fakta yang harus kami tekankan pada ibu dan adik Agus Salim...jangan takut, jangan malu...ISA adalah satu alat politik..sesiapa yang ditahan di bawah ISA adalah mangsa politik pemimpin kerajaan...untuk menakutkan rakyat.

Bagi mereka yang berjuang dan cuba menegakkan Islam..juga akan menjadi mangsa ISA...mereka dituduh sebagai anggota Jamaah Islamiyyah...dikaitkan dengan Al Qaeda...dikaitkan dengan terrorist yang bermula dengan pengeboman WTC..bermula dengan kebencian Presiden Bush dengan pejuang Islam....di situlah bermulanya..maka lebih seratus orang rakyat Malaysia 'dikambing hitamkan' oleh pemimpin negara sendiri.

Rakyat Indonesia yang bermastautin di sini juga tidak terlepas dengan nasib yang malang ini...turut ditahan bertahun lamanya...namun dalam hal Hak Asasi ini...kerajaan Indonesia lebih baik dan prihatin..mereka yang dikeluarkan dari KEMTA dan dihantar balik ke Indonesia terus dibebaskan dan Bebas sepenuhnya...mereka ini dikaitkan dengan ketuanya iaitu Ustaz Abu Bakar Basyir..namun Ustas Abu Bakar Basyir diadili di Mahkamah dan didapati tidak bersalah, namun pengikutnya di Malaysia dikurung bertahun-tahun tanpa bukti yang sah.


Semalam kami membawa ibu dan adik Agus Salim untuk diwawancara oleh 2 buah stesen TV yang terkenal di Indonesia iaitu TV 1 dan RCTI Rajawali Citra Televisi Indonesia dan juga bersama seorang wartawan TEMPO, Faisal Mustafa.

Liputan Faisal di Suhakam pada hari sebelumnya telah menarik minat syarikat TV Indonesia yang ada di Malaysia yang ingin turut mendedahkan nasib rakyat mereka yang ditahan oleh kerajaan Malaysia tanpa tahu dimana mereka berada.

Wartawan ini juga telah banyak membantu usaha GMi dengan mendedahkan hal rakyat mereka yang ditahan dibawah ISA dan disiarkan rencananya di Indonesia...maka dengan berkat usaha tersebut...majority rakyat Indonesia yang ditahan di bawah ISA telah dihantar pulang ke negaranya...Alhamdulillah...

Di akhir wawancara..saudara Faisal telah memberitahu kami..."Kak, saya tanya Junaidi..apakah abangnya seorang terrorist, Jawab Junaidi...Apakah sebagai seorang pendakwah juga boleh dianggap sebagai terrorist????"..

Alhamdulillah..Junaidi faham akan situasi sebenarnya melalui pendedahan sedikit yang dapat kami berikan dan melalui pembacaan sedikit dari buku Ia Sah Aniaya...yang menceritakan tentang testimony mereka yang ditahan ISA.

Friday 17 April 2009

ISA ZALIM....13 ORANG 'DIBEBASKAN' 3 LAGI 'DICULIK' OLEH POLIS MALAYSIA

Apakah perasaan anda sekiranya orang yang tersayang, apatah lagi seorang anak yang menjadi harapan keluarga tiba-tiba hilang....tentu sedih, pedih dan remuk redam rasa hati...
Khabar yang diterima ialah 'polis telah menangkap dan menahan anak saya'....polis beri no telefon ini untuk dihubungi di Bukit Aman. Adik yang tercinta cuba sedaya upaya menghubungi no yang diberikan, namun jawapan yang diberikan ialah tiada tahanan bernama Agus Salim di PRC Bukit Aman....ini adalah perkara biasa yang terpaksa dilalui oleh kesemua keluarga mangsa tahanan ISA.
Penahanan itu diketuai oleh ASP Zaini Akhir dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (No telefon: 0322627475).
Agus Salim seorang warga Indonesia, datang mencari nafkah dengan bekerja di sebuah restoran Tom Yam di Larkin, Johor. Adiknya, Fatin juga bekerja di sebuah restoran di pekan yang sama. Agus ditahan sebaik mahu memulakan kerja sebaik selesai solat Asar. Kejadian penangkapannya dirakam oleh pihak polis, dan 5 buah kenderaan polis mengiringi Agus Salim ketika dibawa pergi. Berita penangkapannya disampaikan kepada adiknya melalui taukeh restoran tersebut.
Hari ini ibu dan Adik lelaki Agus datang jauh dari Medan, memenuhi undangan GMI untuk membawa nasib dan masalah mereka untuk diadukan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia SUHAKAM. Memang SUHAKAM tidak punya hak atau kuasa untuk membebaskan tahanan ISA, namun mereka dapat berusaha untuk mencari di mana tahanan berada, mereka berupaya memastikan nasib tahanan sedikit terbela.
Alhamdulillah, bersyukur kerana keluarga Agus Salim, ibu dan adik-adiknya masih berani untuk keluar mendedahkan tentang penangkapan Agus Salim di bawah ISA. Tidak ramai yang berani untuk keluar mendedahkan tentang kezaliman yang menimpa diri mereka bila dicengkam dengan akta zalim ISA.
Hari ini kami bersyukur kerana dapat melayan keluarga yang dizalimi ini. Mereka datang jauh dari Medan, sampai lewat tengah malam semalam dan dijemput oleh Cikgu Laila ke rumahnya. Pagi ini saya bersama Kak Aliza telah membawa mereka berdua ke SUHAKAM untuk bersama menyerahkan memorandum tentang penangkapan terkini 3 orang ke semuanya.
Mereka yang ditahan paling terkini dan tidak didedahkan oleh kerajaan baru Malaysia, adalah Agus Salim yang ditahan pada 5 Mac 2009 , Abdul Matin Bin Anol Rahmat yang ditahan pada 1 April 2009 dan Johar Bin Hassan yang tidak diketahui bila ditahan (tiada maklumat terperinci diperolehi setakat ini).
Abdul Matin berumur 61 tahun adalah bapa kepada Saodah Matin, yang mana suaminya Zaini Zakaria juga telah ditahan dibawah ISA selama lebihkurang 4 tahun dan baru dibebaskan beberapa bulan yang lepas. Mereka juga tinggal di Johor.
Untuk penahanan Abdul Matin, walaupun keluarganya pernah melalui episod hitam penahanan ISA, keluarganya tidak memaklumkan kepada GMI mengenai penahanan Pakcik Matin, kami hanya mendapat maklumat dari isteri bekas tahanan ISA yang lain.
Inilah yang cuba didedahkan oleh Puan Aliza (gambar di atas), betapa ISA ini amat menakutkan bagi mangsa dan keluarganya...hinggakan tidak berani mendedahkan mengenai tangkapan yang berlaku. Keluarga Pakcik Matin juga masih menunggu masa yang ditetapkan oleh polis untuk mendapat peluang perjumpaan.


Dato' Siva Subramaniam amat memahami isu-isu mengenai ISA, beliau telah beberapa kali melawat Kem Kamunting dan mendengar dan melihat sendiri nasib tahanan ISA. Beliau juga tahu yang tahanan ISA hanya boleh bertemu dengan keluarga hanya disebalik dinding cermin, mereka tidak dapat menyentuh sesama sendiri, isteri tidak dapat bersalaman dengan suami, anak tidak dapat memeluk ayahnya...bercakap juga hanya melalui interkom.
Beliau juga menyelar sikap kerajaan yang sewenangnya menahan seseorang tanpa dibicarakan hingga bertahun lamanya...beliau menyebut bahawa ketika Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayah kepada Najib mula hendak menggunakan ISA, beliau telah berjanji bahawa akta ISA tidak akan menahan dan menangkap seseorang sewenangnya dan tidak menangkap mereka yang tidak bersalah.
Kini ISA bukan sahaja digunakan sewenangnya malah ahli keluarga juga tidak dimaklumkan mengenai tangkapan dan di mana tahanan berada. Untuk kes Agus Salim sudah 50 hari berlalu dan mereka tidak tahu di mana Agus Salim berada.
Datuk S Subramaniam juga berkata, beliau berjanji akan mengesan tahanan dan melawat mereka."Saya memberi jaminan untuk menemui tiga orang ini untuk dapatkan maklumat dan akan memaklumkannya kepada GMI dan ahli keluarga."
Ketika di dalam perjalanan ke SUHAKAM kami telah cuba memberi sedikit maklumat kepada adik dan ibu Agus Salim..kami menekankan bahawa apa yang penting untuk disemat dengan yakin dihati ialah..seseorang tidak boleh ditahan tanpa dibicarakan, setiap orang punya hak untuk mengambil peguam dan membela dirinya dan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dibuktikan setiap pertuduhan yang dilemparkan.
Alhamdulillah, Junaidi memahami dan menjawap dengan tenang setiap persoalan yang ditujukan oleh wartawan.
"Saya harap polis Malaysia bebaskan abang kerana abang saya belum tahu apa salahnya."
" Agus perlu dibicarakan di mahkamah untuk mengetahui beliau bersalah atau tidak."
Sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur, mereka akan menjadi tamu Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA, GMI dengan bantuan YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang.
Pengerusi GMI juga mendedahkan kisah yang terkini yang menimpa keluarga tahanan ISA, di mana seorang tahanan ISA yang baru dibebaskan telah mengalami tekanan perasaan dan mengugut untuk membunuh diri. Sebelumnya dia telah memecahkan handphone isterinya dan melarang isterinya keluar bekerja.

Inilah tekanan yang dihadapi oleh bekas tahanan ISA setelah mereka dibebaskan......Bebas.....setelah bertahun ditahan...namun kezaliman masih mencengkam hidup mereka...
ISA ZALIM!!!!!

Thursday 16 April 2009

Perarakan Hak Asasi: Peguam dan Aktivis dibebaskan..Alhamdulillah..

Balik dari menghadiri kes di Kuala Kangsar, saya memang 'down' untuk beberapa hari..saya berkurung di rumah dan hanya memaksa diri untuk update blog dgn berita dari Kuala Kangsar..bila down..migraine pun menyerang...saya kurung diri di rumah kecuali melakukan perkara yang wajib, menghantar dan mengambil anak.

Petang semalam, sahabat saya Cikgu Laila berkeras mengajak saya keluar dari 'kepompong'..saya beri berbagai alasan..akhirnya dengan berat hati saya keluar juga menuju destinasi favourite..makan dan lepak2 di food court JJ AU2. Alhamdulillah..mata terasa bulat dan cerah sebaik memandu menyusuri DUKE Highway walau terpaksa bayar tol RM4 pergi balik....Alhamdulillah..pulih sedikit semangat....
Sebelah malamnya pula menerima sms ini..."Tommorrow is D-day for the Human Rights Day March Illegal assembly trial 9am, Session 1, 4th Floor, Facing the odds are Sivarasa Rasiah(YB), N.Surendran, Amer Hamzah, Latheefa Koya, Eric paulsen, Johhny Andu and Noorazah."

Wah...terdetik di hati, saya mesti pergi, Cikgu Laila juga menyatakan hasrat untuk pergi...Ya..kami mesti pergi untuk memberikan moral support kepada rakan-rakan peguam yang sentiasa membantu, yang sentiasa akan datang a.s.a.p, tak kira masa dan ketika sekiranya ada yang ditangkap ketika menghadiri perhimpunan aman...Latheefa...memang sudah tidak asing lagi..begitu juga Sivarasa..Amer pula peguam yang membela saya dan puluhan yang lain ketika kami ditangkap di demonstrasi aman di KLCC pada 26 januari 2007..terpaksa hadir membela walau pada hari cuti iaitu pada hari Ahad dan terus membela...begitu juga mereka2 yang lain.

Kes ini juga diharapkan dan dido'akan dapat memberi petunjuk yang baik bagi kes-kes lain yang serupa termasuk kes saya dan suami...itupun bergantung kepada Hakim yang mengadili....

Cikgu Laila, saya dan anak-anak, Ammar, Asma' dan Asiah juga turut sama menghadiri perarakan aman tersebut pada 9 december 2007. Dan dari gambar-gambar yang diambil di hari perarakan tersebut RTM telah mengeksploitkan gambar-gambar kami dan anak-anak ketika event tersebut untuk tujuan dakyah jahat sempena kempen PRU12 yang lalu..videoclip tersebut ditayangkan saban malam dan petang di siaran berita perdana jam 5 ptg dan 8 malam, TV1, TV2....dakyah mereka..."mereka memperalatkan anak-anak!!!"...

diambil dari the meesh experience.

Kes yang mereka lalui juga adalah sama seperti kes-kes tangkapan lain yang berlaku ketika perhimpunan aman diadakan...polis main tangkap ikut suka hati dan juga terpilih....mesti tangkap ikut arahan dari pihak atasan..lepas tu rekacipta bukti....

another young "marcher" amidst the adults....demanding a bright and fair future.....brave little girl !..saya copy paste dari blog Shanghai Fish

Inilah yang berlaku setiap kali....

Alhamdulillah....hari ini Hakim telah membuat keputusan mengikut prinsip Keadilan yang perlu ditegakkan oleh Mahkamah.
Hakim SM Komathy Suppiah berkata, pihak pendakwa telah gagal membuktikan sebarang kes terhadap mereka.Berikutan keputusan tersebut, ketujuh-tujuh mereka tidak perlu membela diri.

Happy and proud faces.....yes...kita berjaya...semoga keadilan terus tertegak....16-04-09

Seperti biasa pertuduhan yang dibuat ialah perarakan aman dianggap sebagai perhimpunan haram, mengganggu lalulintas dan orang awam, gagal mematuhi arahan polis untuk bersurai, perhimpunan tiada permit dan membawa banner serta placards..semua ini dianggap sebagai sesuatu yang salah di pihak polis yang membuatkan peserta perhimpunan aman boleh ditangkap dan disabitkan kesalahan.

kami tumpang bersyukur dan bergembira...bersama Latheefa dan Amer Hamzah

Alhamdulillah, Hakim setelah meneliti segala bukti melalui gambar dan vidieo clip serta hujahan peguambela telah membebaskan mereka dari pertuduhan..

Hujah Hakim lebih kurangnya..
..perhimpunan diadakan pada Hari Ahad dan di awal pagi sekitar jam 8 pagi, orang dan lalulintas belum pun sesak, kedai juga belum dibuka, peserta berjalan dengan aman di atas pavement dan teratur dan tidak mengganggu keselamatan awam dan melanggar apa-apa undang-undang....peserta juga belum sempat bersurai kerana masa yang diberikan belum tamat...polis sudah menyerbu untuk menghalang pergerakan.
Alhamdulillah...kami yang duduk betul2 di belakang kandang tertuduh sangat gembira...bersyukur..dalam diam dan perlahan kami bertepuk tangan dan bertakbir...Alhamdulillah...Allah hu Akbar.....Syukur ke hadrat Allah yang memberikan keringanan kepada hambaNya.....

Tuesday 14 April 2009

"we are ready to proceed!"...TRIAL BY AMBUSH!!!!

"Asiah okay tak kalau Asiah sorang saja teman ummi pegi Kuala Kangsar, Asiah berani tak?"...tanya saya pada Asiah.
"Okay...nak...Asiah berani. Asiah boleh tolong jaga ummi, teman ummi drive"...jawab Asiah confident...
"Bestnye..Asiah dapat jalan dengan ummi sorang saja.."..happy dan excited betul Asiah dapat teman umminya berseorangan.

gambar yg diambil oleh asiah ketika tunggu ummi di luar:)

Saya terpaksa bertolak seorang untuk menghadiri perbicaraan kes suami saya yang ditangkap di Kuala kangsar pada 6hb Februari yang lepas. Kes dibicarakan pada 13hb April di mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Suami tidak dapat menghadiri kes tersebut kerana sakit dan telah mendapat MC dari HUKM. Saya perlu menghadiri kes tersebut sebagai penjamin.

Saya membuat keputusan untuk bertolak pada petang Ahad dan bermalam di Rest House Kuala kangsar bersama Asiah untuk mengelakkan dari mengantuk dan keletihan, kami bertolak pada jam 4.30 ptg Ahad.

gambar 9 orang OKT ketika di mahkamah pada 11hb Februari.

Kes dibicarakan di mahkamah pada jam 8.45 pagi. Saya membawa Asiah bersama saya ke mahkamah, tetapi Asiah tidak dibenarkan untuk memasuki ke kamar mahkamah. Kesian Asiah, mulanya dia nampak muram dan membantah, namun selepas itu dia menolak saya untuk masuk ke kamar mahkamah..."tak pe..ummi masukla...Asiah tunggu kat luar, Asiah okay.."..sambil senyum sumbing pada saya..

"betul ni Asiah, okay...ummi tinggal Hp pada Asiah ye...Asiah duduk kat bangku tu...jangan pergi ,mana-mana tau..nanti ummi keluar tengok Asiah"..

Alhamdulillah..Asiah seolah faham tanggungjawab saya sebagai penjamin kepada Abahnya dan perlu berada di dalam.

Semua 8 orang OKT telah hadir kecuali suami saya. Di sana juga saya berkenalan dan bertemu dengan 4 orang lagi OKT yang baru yang ditangkap hasil dari pencarian polis melalui gambar di suratkhabar dan TV. Mereka semua nampak bersemangat dan faham dengan jelas dan ikhlas dengan apa yang berlaku dan bakal dihadapi oleh mereka semua.

Kes ini diibaratkan sebagai satu kes yang 'berprofil tinggi' dan mendapat perhatian..'public interest'. Dari awal lagi ketika mereka mula dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Hakim telah meletakkan 'hukuman' yang keras dengan ikat jamin sebanyak RM4,000.00 dengan dua orang penjamin dan passport antarabangsa mereka dirampas dan tidak boleh diperbaharui.


kami berbincang bersama semua OKT dan wakil peguam tentang tindakan kami seterusnya..kumpul pada satu tarikh utk tonton videoclip yang disediakan oleh polis!!!. Pakcik yg berdiri dilantik sebagai ketua dan seorang bendahari dilantik. Kami melancarkan 'Tabung Jihad Kuala Kangsar' untuk kegunaan semua proses perbicaraan.

Oleh kerana suami saya OKT ke 5 tidak hadir, saya telah dipanggil oleh puan hakim untuk ke hadapan...dengan suara yang bernada tinggi puan Hakim bersuara "Ni OKT yang ke 5 tidak hadir dengan MC, penjaminnya ada tidak?"...terus saya ke hadapan menonjolkan diri.
"mana penjamin yang ke 2"..saya ditanya lagi...dengan berani dan confident juga saya harus menjawab.."saya dah tanya dari awal, katanya seorang penjamin sudah cukup untuk hadir"...memang saya sudah tanya pada hari mereka didakwa dulu, maka saya lansung tidak menghubungi penjamin ke 2 untuk datang kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

"sakit apa ni OKT ke 5?"...dengan nada yang tinggi sekali lagi Puan Hakim menyoal.

"Slip Disc"...jawab saya ringkas..sambil saya lihat wartawan di sebelah sibuk menulis dan bertanya teman sebelah..apa sakitnya...

Saya dipinta untuk berdiri sebaris dengan OKT yang lain, tiba-tiba terdengar suara dari pihak DPP dengan tegas bangun berhujah....

" We are ready to proceed with this case!!!!"......terbeliak mata saya, panas seluruh kepala terasa..pandangan saya tertumpu ke muka YB Kulasegaran yang turut hadir sebagai peguambela untuk ke semua yang tertuduh.

Dalam beberapa saat tersebut, fikiran saya sempat ligat berfikir akan apa yang harus saya lalui sekiranya kes ini bakal diterima oleh puan hakim untuk diteruskan dengan perbicaraan. tarikh bicara yang telah ditetapkan oleh mahkamah ialah selama 5 hari straight...13-17hb April. saya benar-benar tidak bersedia.......

"macamana saya nak terus tinggal hanya dengan Asiah di Kuala Kangsar selama 5 hari?"

"macamana dengan 2 orang anak lagi yang saya tinggalkan di rumah.."

"macamana kalau kes ini dengan segera dibicarakan, sudah tentu hukumannya juga akan lebih segera dijatuhkan..berbanding dengan kes yang saya lalui yang lebih dari setahun masih terus ditangguhkan dan belum dibicarakan"...

macam-macam persoalan yang bermain di fikiran saya...memang saya risau dan sedih...

kemudian Sdr Augustine..peguambela untuk semua OKT segera bangun untuk membantah dan menyampaikan hujahan beliau berteraskan kepada 3 sebab-sebab utama. Augustine juga menyifatkan ianyanya sebagai "TRIAL BY AMBUSH"

1. atas asas MC yang diberikan oleh OKT yang ke 5
2. atas asas yang kukuh lagi penting iaitu dokumen-dokumen dari pihak pendakwaraya baru diterima oleh pihak peguambela pada jam pagi tersebut!!!!!
dokumen yang ada bersama termasuklah hampir 1000 keping gambar!!!!!!!! dan vcd dari tempat kejadian.
3. seorang pegumbela yang baru dilantik oleh OKT.

antara barisan peguam yang membela bergambar bersama OKT. YB Idham Lim (berdiri tengah dibelakang) turut hadir memberikan sokongan. Terima kasih YB!!


Augustine merujuk kepada s 51 A bagi alasan yang ke dua. S51 A ini juga sedang hangat dibincangkan di Parlimen dan YB Kula sebagai seorang ahli Parlimen terlibat secara lansung. Untuk asas ini ianya merujuk kepada keperluan dokumen "procedural fairness" untuk diserahkan kepada pihak peguam dengan lebih awal lagi untuk disemak, dikaji dan diteliti sebelum proses perbicaraan dijalankan.

Dalam hal ini ianya jelas bertentangan, tidak adil dan menzalimi semua pihak OKT kerana dokumen yang tebal dan banyak berserta barang bukti dalam bentuk 1000 keping gambar dan VCD hanya sampai ke tangan peguambela pada pagi tarikh perbicaraan dijalankan.

YB Kulasegaran memberikan kata2 semangat


Pihak peguambela memaklumkan yang mereka telah pun menghantar surat sebanyak dua kali ke pejabat pendakwaraya untuk mendapatkan dokumen. Pada tarikh 20 hb Februari 2009 dan 25 hb februari 2009, namun tiada sebarang maklumbalas yang diterima.



Malangya pihak peguam hanya menerima fax dari pejabat pendakwaraya pada 10hb April hari Jumaat jam 4 petang! untuk pihak peguam memungut semua dokumen di pejabat pendakwaraya....sedangkan menurut Augustine sepatutnya pihak Pendakwaraya seharusnya menghantar dokumen tersebut kepada pihak peguam.

Augustine mengambil masa yang lama selama satu sentengah jam untuk menyampaikan segala hujahan beliau kepada Puan hakim dengan merujuk kepada banyak kes, dan juga isu mengenai perbincangan mengenai Bill untuk s 51A yang dibincangkan di Parlimen turut di hilitekan oleh beliau.

"Mengenai s 51 A..tidak perlulah mahkamah mengambil masa yang lama untuk mendengar tentang perbincangan ini, biarlah ianya hanya dibincangkan di Parlimen"...begitulah lebih kurang kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hakim.

Membuatkan saya teringat hujahan yang sama yang keluar dari mulut beliau, ketika Augustine bangun untuk membantah mengenai ikat jamin sebanyak RM1500 yang cuba dikenakan oleh pihak pendakwaraya ke atas semua OKT. Augustine merujuk kepada beberapa kes di mahkamah lain yang satunya ialah dalam kes Hindraf yang didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam..kes ini adalah lebih berat..'cubaan membunuh' namun setelah dirayu mahkamah memutuskan yang ikat jamin untuk OKT Hindraf hanyalah RM500 sahaja.

Untuk ini Puan Hakim telah berkata lebih kurang maksudnya.."ini mahkamah Kuala Kangsar, kita tidak mengambil kira dengan kes di mahkamah lain...maka ikat jamin dijatuhkan sebanyak RM4 ribu!!!

Selesai hujahan Augustine turut menyelitkan ayat yang berbunyi lebih kurang begini " saya telah biasa berhujah dan berhadapan dengan Puan Hakim dalam beberapa kes, Puan Hakim berlaku adil dan menegakkan keadilan"...

Selesai hujahan Augustine bangun pula En Othman wakil DPP berhujah...belum apa-apa beliau memang telah menaikkan darah semua orang....dia berkata lebih kurang "Puan Hakim, setelah puas peguambela membelasah Puan dengan berbagai hujahan, dia juga memuji-muji puan hingga ke langit yang ke tujuh!!!"......wah...mana pula dia mendapat idea tu..entah dia yang lebih berkhayal hingga naik ke cloud 9!!!..geram betul...dia juga cuba memtutarbelitkan dan membuat andaian yang bukan-bukan hingga mengatakan pihak peguam bukan sahaja memuji Hakim malah mengugut Hakim...memang marah betut Augustine selepas itu apabila dia bangun berhujah balas dan mengatakan DPP tersebut membuat serangan peribadi.

DPP cuba menegakkan benang basah mereka dengan mengatakan bahawa dokumen tersebut telah cuba diserahkan tetapi pihak peguam yang tidak mahu menerima...macamana peguam nak menerima apabila dihantar IO pegawai polis yang menyiasat untuk menghantar..salah seorang peguam juga mendakwa bahawa mereka telah diminta untuk membayar sebanyak RM300 untuk dokumen tersebut.

DPP juga mempersoalkan tentang kesahihan MC OKT ke 5 kerana bertarikh pada 13hb. katanya "macamana MC ni tarikh 13hb, iaitu hari ini, dan penjamin membawa dari Kuala Lumpur dari HUKM, berapa jam untuk sampai, dan lagi tak ada pula doktor yang mencatatkan sakit apa OKT ni"...itu bukan asas yang penting la...yang penting ialah kerja awak yang disiapkan at the 11th hour!!!!...

Malas lagi untuk saya ingatkan segala kata-kata dan apa yang berlaku di mahkamah semalam..pening dan menaikkan darah...

Apa-apa pun saya rasa berbangga dengan semua OKT...walaupun ada tawaran untuk mereka mengaku bersalah, namun tidak seorang pun yang sudi membuat perakuan tersebut...

Untuk apa mengaku...untuk rasa diri bebas dari dibelenggu dengan pendakwaan, tarikh perbicaraan, kemungkinan kehilangan kerja, hilang punca nafkah untuk keluarga????...macam-macam...namun ini semua adalah soal maruah sebuah perjuangan....ianya memang membuatkan kita rasa payah, susah, keluh kesah.....tapi inilah perjuangan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin berjuang.

YB Kulasegaran dalam pertemuan dengan semua yang terlibat telah mengingatkan bahawa semua kita berjuang untuk memastikan DUN PERAK DIBUBARKAN...agar kerajaan haram Perak ditumbangkan dan rakyat Perak keseluruhannya dapat memiliki kembali pemerintahan yang sah.

Beliau memohon maaf bagi pihak ADUN Perak serta Exco kerajaan Perak yang lain yang tidak dapat hadir kerana ramai diantara mereka berada di Putrajaya untuk mengikuti kes MB Perak.

Walau apa pun saya amat terharu dengan segala sokongan yang diberikan oleh ke semua Peguam 8 orang semuanya dari Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP dan PAS. Mereka menggembeling tenaga untuk membantu kami semua. Ada rakan peguam saya yang telah warn saya "masa kena tangkap ramailah peguam yang akan datang untuk dapatkan political mileage, later on mungkin mereka tak akan datang lagi"...nampaknya ianya tidak benar...mereka tetap datang hingga ada yang terpaksa membatalkan temujanji dan kes lain yang lebih awal....

Anda juga boleh baca di sini: Berhujah dua jam untuk dapatkan penangguhan

Juga di sini: Perbicaraan rusuhan Bukit Chandan ditangguh

Tahniah dan terima kasih pada semua...

Allah bersama kita.....!!!!!