Friday 29 May 2009

Mogok Lapar untuk Bubar DUN

Mogok Lapar untuk Bubar DUN PERAK

Saya salute kepada rakyat Perak yang terus menerus berjuang kerana memiliki seorang MB yang tidak sah dan tidak diingini oleh Rakyatnya.
Terkini mereka melancarkan 'Mogok Lapar' yang sudahpun berakhir pada hari Khamis sebaik masuk waktu maghrib.
Bagi yang beragama Islam mereka berpuasa sunat dan ada juga antara mereka yang 'mogok lapar', tidak makan tetapi mereka masih boleh minum....tidaklah sampai ke tahap memudaratkan diri sendiri seperti yang didakwa oleh pihak tertentu dan media massa milik kerajaan.


Saya sendiri sempat meluangkan masa pada pagi hari Khamis tersebut untuk menziarahi venue mogok lapar dan pemogok lapar di Ipoh. Sementara suami menyelesaikan tugas luarnya di Tanjong Malim.
Sebelum pergi saya bersms dengan YB Lih Kang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan. Beliau menyatakan bahawa beliau juga berada di tempat mogok lapar tersebut di Wisma DAP.
Beliau berpesan 'pakai baju hitam nanti dapat kopi o free'.......ha patutlah..mereka mogok lapar tidak makan, tetapi tetap mengambil air untuk tidak memudaratkan diri...mogok lapar ini adalah satu usaha untuk menunjukkan protes terhadap ketidakadilan yang sedang berlaku.....bukan saja-saja nak 'membunuh diri' atau menyusahkan diri.

Sesampai di kawasan tersebut yang berdekatan dengan tapak pokok demokrasi dan kawasan pentadbiran negeri Perak...terkejut juga walau tidak lah heran sangat dengan kehadiran polis yang begitu ramai sekali...termasuk begitu banyak sekali truck-truck polis bertenggek berbaris di sepanjang jalan masuk ke kawasan tersebut...orang awam sedikit sangat...mereka telah menguasai kawasan tersebut.

Tengok gambar di atas di dalam restoran penuh dengan anggota polis. Tiada siapa yang hiraukan mereka dan mereka juga tidak menghiraukan sesiapa....bahkan hanya membuang masa, tenaga dan wang rakyat dengan duduk lepak-lepak menunggu mangsa...bukannya mencari penjenayah atau mebenteras jenayah!!!!
Ingat lagi peristiwa pada 7 Mei ketika sidang DUN Perak diadakan...rakyat biasa yang duduk, berdiri malah yang sedang makan dalam restoran turut ditangkap dan dikasari....

.
Saya terus singgah di Restoran Nasi Kandar Istana di mana jamuan kopi o percuma diberikan kepada mereka yang berbaju hitam...tapi saya pakai coklat hari tu...so tumpang minum secawan kopi yang sedia ada

Saya mengambil peluang bersembang-sembang dan update berita-berita terkini bersama YB Lih Kang(Adun Teja) di sebelah saya dan YB Thomas Su(Adun Pasir Pinji) mengenai isu Perak, isu GMI dan isu perjuangan rakyat. YB Thomas juga seorang peguam dan masih mengingati insiden penangkapan suami saya di Kuala Kangsar..dia masih mengingati yang saya ada menyebut "selalunya saya yang ditangkap, kali ni..suami pula"...dan kini saya dan suami sudah menjadi part of perjuang rakyat Perak...beberapa kali juga perlu berulang alik ke Kuala Kangsar selagi kes tersebut tidak selesai.
Pagi ini kami perlu ke Ipoh untuk perbincangan bersama peguam dan OKT yang lain bagi membuat persedian untuk kes yang bakal dibicarakan pada bulan Ogos nanti.


Ini adalah antara mereka yang terlibat...lihat uncle yang di atas yang hujung sekali, ada arm band berwarna kuning..menujukkan mereka adalah pemogok lapar....uncle yang di depannya walau sudah agak berusia namun amat bersemangat....bagaimana dengan kita pula...kita patut menanyakan soalan ini kepada diri kita sendiri...beria dia mengatakan kepada saya yang kini kaum china sudah tidak takut lagi kepada orang Islam khususnya kepada orang PAS seperti dahulu....seperti sentimen jahat yang sering dimomokkan oleh UMNO BN.
Saya juga mendengar pengalaman mereka 'bermogok', ya mereka tidak makan sejak hari Selasa 26 Mei...tapi mereka minum. Menurut Lih Kang, mula-mula teruk juga...tapi setelah beberapa lama sudah okay baginya...senanglah nanti bila nak belajar berpuasa:)...kata saya padanya.
Saya sempat berpesan kepadanya untuk tidak terus makan makanan berat bila habiskan mogok nanti, dan Lih Kang berkata dia akan mula dengan makan kurma:)

Lagi gambar dereta kenderaan polis....

Wednesday 27 May 2009

Nak Lihat...wajah Insan yang dikurung tanpa dibicarakan????

Sila tonton di sini...


http://www.tvantara.com/v1/video?id=793

Ayah yang tua juga tahu...mengapa mesti tahan anaknya hingga bertahun-tahun lamanya...

bebaskan sajalah...

apa yang mengancam keselamatan negara pun tak tahulah...

siapa yang jahat sebenarnya...

lihatlah wajah seorang Bumiputera, rakyat Malaysia beragama Islam yang terus menerus ditahan di Kem Kamunting....hampir semua sudah dibebaskan...yang tinggal hanya 10 orang sahaja...bebaskan sajalah mereka...jika mereka bersalah bawa mereka ke mahkamah...

Sudah meninggal pun masih dilengahkan kepulangan...ISA Zalim!!

Hari ini sebenarnya saya plan untuk berehat panjang di Nissan Service Centre sementara menanti kereta saya di servis untuk mileage 90000km yang dah terlanjur ke 93000 sudah. Sejak hari Jumaat saya dan beberapa orang kawan sibuk berniaga dari USJ Summit dari Jumaat ke Ahad, kemudiannya di Kementerian Pelajaran dari Isnin dan Selasa. Sakit-sakit seluruh badan dan kepala pun pening memanjang. Apa nak buat inilah keinginan saya...bukan hanya keinginan tapi untuk mencari pengalaman seterusnya menjadi bahan untuk memperkukuhkan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Ketika sampai di Jalan Ampang dari menghantar suami di Jalan Kelang Lama saya menerima sms dari Cikgu Laila pada jam 8.50am. "Mak Mat Sah meninggal pagi tadi". Cepat2 saya call dia semula..."mak mat sah meninggal jam 8.30 pagi"...wah...baru sangat2 lagi....saya terpaksa terus memandu ke Jalan Peel Cheras kerana appointment pada jam 9.30am. Sambil memandu saya menaip sms..."Mak Mat Sah, mertua Cikgu Laila meninggal dunia jam 8.30am. No 8, Jalan Luas 2 Kg Pandan"...dan menghantar sms kepada seberapa ramai yang termampu...hp saya jenis yang paling murah maka saya perlu send, then, pergi ke sent messages and then forward semula ke contact no yg lain....begitulah seterusnya sehingga saya sampai ke tempat servis center...memang ada juga yang merungut sebab tak dapat berita tersebut cepat, maka saya perlu explain keadaan saya dan keadaan HP yang korok tetapi berguna.

Selesai urusan di kaunter tempat servis sempatla juga saya hantarkan pesanan di blog Merah Hitam agar pengunjung setianya dan mereka yang prihatin tahu akan perkembangan terkini. Sempat juga saya uruskan untuk seseorang pergi ke sekolah Suhaib untuk menjemput Suhaib pulang dari sekolah.

Kemudian terus ambil teksi menuju ke Kampung Pandan, yang rumahnya saya sendiri tak familiar..terpaksa tukar 2 teksi...Alhamdulillah sampai bertemu Cikgu Laila yang senyum meleret melihat saya....Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....ada beberapa orang SB yang seperti biasa datang melninjau keadaan sebenarnya...kemudian terdengar pula bunyi helikopter berlegar di atas bumbung rumah...jelas bunyinya....saya katakan pada Suhaib..."ish...agaknya helikopter ni pun datang nak survey juga"...

Saya dapat infor Mat Sah dikeluarkan dari KEMTA untuk di bawa balik ke KL jam 11.25am...tapi hingga jam 3.30 ptg ketika saya menulis ini beliau belum sampai.

Jam 2.30 petang saya beredar dari rumah Mat Sah, ambil teksi dan pulang semula ke service centre....Mat Sah masih belum sampai...kalau balik pun akan dibawa pulang semula ke KEMTA....

AKHIRNYA DIA PERGI JUA..IBU TAHANAN ISA 7 TAHUN

Akhirnya dia pergi jua...setelah menanti kepulangan anaknya selama 7 tahun lamanya....sepanjang episod tersebut beberapa kali Allahyarham Ibu Mat Sah keluar masuk hospital akibat penyakit yang ditanggungnya...setiap kali Mat Sah pulang walaupun dia terlantar dia akan segar, sehat dan bangun...kali ini dia tidak akan bangun lagi...Ibu pergi buat selamanya...Mat Sah Abah Suhaib entah bila akan kembali lagi...
ISA BENAR-BENAR ZALIM..SAYA AMAT SEDIH UNTUK SAHABAT SAYA INI.....

Nenek, bertahanlah....

"Cepat datang rumah, nenek tenat dan tak sedarkan diri" itu saja yang sempat dinyatakan oleh Mak Su Sarah, ibu saudara Suhaib yang bungsu sebelah Abah.Aku ketika itu baru saja meletakkan kepala dibantal setelah menyelesaikan beberapa urusan.Ku lihat jam menunjukkan 1.50 pagi.Aku segera bersiap-siap dan mengejutkan Suhaib yang sedang tidur lena .Aku mengingatkan diriku beberapa kali supaya jangan panik dan bersangka baik pada Allah SWT serta meminta dari Nya supaya nenek sihat kembali.Aku memandu kereta dengan perlahan walaupun jalanraya lengang ketika itu.

Tiba dirumah nenek, semua adik-beradik Abah telah berada disitu. Ku lihat nenek terbaring , matanya terbeliak keatas dan lidahnya kelu.Nenek tidak kenal kami semua dan beliau tidak dapat bercakap!! Wajah dan tubuh nenek kelihatan bengkak disana-sini. Kak Long, Kak Yah, Kak Jun, Yanti dan Pija asyik menangis saja. Abang Ramli sedang baca Surah Yaasin. Nafas nenek kuat seperti orang berdengkur dan bila ku pegang jari-jemarinya, sukar untuk ku menarik semula dari pegangannya. Kami bergilir-gilir membaca Surah Yaasin yang boleh menjadi ubat bagi memberi ketenangan spiritual pada orang yang sedang sakit.......

Perlahan-lahan ku perhatikan mata nenek tertutup dan dengkurannya menjadi perlahan.Pernafasannya kembali normal walaupun jari-jemarinya masih kelihatan kejang.Nenek baru saja pulang dari wad kerana rawatan kencing manis di HUKM selama hampir tiga minggu. Doktor benarkan nenek pulang untuk berehat beberapa hari dirumah...

Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Walaupun hati ini masih curiga dengan perubahan itu, mataku tidak lepas memerhatikan dada nenek yang masih berombak perlahan ...sambil berdoa supaya beliau akan terus diberi kehidupan oleh Yang Maha Esa, Allah SWT.



(Beberapa orang SB yang mengiringi kepulangan Abah)

Selepas Solat Subuh di pagi Ahad 24 Mei itu, aku minta diri pulang ke rumah untuk menguruskan kepulangan Abah dari Kem Kamunting.Aku memohon pada Allah supaya mepermudahkan segala urusanku. Aku berurusan dengan Kem, dan menyedari hari itu hari Ahad, terpaksalah bersabar dengankerenah warden yang menyambut panggilan ku. Kem meminta ku menghubungi Bukit Aman, namun beberapa nombor yang di beri, tidak memberi sebarang respon terhadap panggilanku....

Akhirnya aku teringat satu nombor kepunyaan seorang SB yang pernah diberikan oleh seorang bekas tahanan ISA yang telah bebas. Aku hubungi nombor itu dan SB tersebut telah memaklumkan permintaanku supaya Abah dibenarkan pulang menziarahi ibunya yang sedang tenat.


Seperti yang telah dijanjikan , Abah dapat pulang untuk menziarahi ibunya. Lebih 10 orang polis berpakaian biasa "mengiringi" kepulangan beliau.Semua adik-beradik dan saudara mara yang hadir ketika itu, sebak dan ramai yang menangis melihat Abah...... Mereka sedih kerana tahanan ISA yang lain semuanya telah dibebaskan, tetapi Abah masih lagi terus menerus dikurung di Kem......

(Abah sedang duduk disebelah nenek )

Nenek kelihatan baring tak bermaya...namun, kami semua terkejut bila saja Abah tiba dari Taiping, beliau kelihatan begitu segar dan mampu bercakap kembali!!.Alhamdulillah !!! Nenek minta duduk disebelah dan makan bersama Abah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulut nenek. Ku perhatikan beberapa orang jiran yang datang, mengesat mata masing-masing melihat keadaan dua beranak itu....


Abah dibenarkan berjumpa nenek selama sejam . Ketika lawatan seperti ini, semua adik beradik dan juga Suhaib dapat bersalaman dan memeluk Abah. Suasana pertemuan itu gembira berbaur sedih. Gembira kerana dapat bertemu namun rasa sedih... lebih lagi dirasakan kerana selepas itu, Abah terpaksa dibawa keluar dari rumah untuk bermalam di salah sebuah balai Polis di Kuala Lumpur...

Keesokan harinya iaitu hari Isnin, Abah dibenarkan melawat nenek untuk kali kedua selama sejam dan selepas itu beliau terus dihantar pulang ke Kem tahanan ISA di Kamunting, Perak.

Friday 22 May 2009

Moga DS Nizar terus tabah...kami bersama....

Ya....berita di terima.....Zambry wins!!!...otak saya tak compute mungkin dok terfikir Nizar...excited saya...tapi baca dan sebut balik...ZAMBRI WINS!!!!....chiitttt...


Sms dari Amer Hamzah...Bungkus 3-0....

What to say......Allah masih ingin kita terus berjuang menentang kezaliman...mereka masih berkuasa di dunia....bak kata orang...apa tu.."kita mentimun"...tergolek ke apa..ke memang lunyai dibuatnya...

Welll...dunia ini mungkin milikmu...tapi bukan untuk selamanya....Balasan Allah pasti akan datang...

KAMI AKAN TERUS BERJUANG!!!!!!.....MATI SYAHID CITA-CITA KAMI!!!!!!

Keputusan kes DS Nizar n Perak...Live dari USJ Summit...

Kecewa....tapi redha....saya tak dapat pergi court...masih terpaksa tersadai di USJ Summit...dah janji dengan suami either one of us kena pergi..at 2pm, dia kata dia pun tak dapat pergi..walhal bila keluar pagi dari rumah both of us dah prepared with camera each one...

Frust...tapi tenang2 kan diri berwifi dari USJ Summit ni...browse thru Malaysiakini jumpa hot topics ni...LIVE dari MAHKAMAH....click di situ...wow..at one time 300++ org bergayut!!!! ramai giller tu...ada la kawan2 yg sms tanya khabar dari court..saya pun sampaikan berita sedih kami tak dapat pergi..

Suddenly suami telefon...buat surprise la konon...."abang dah kat court!!"....."Yes!!!!!....ALhamdulillah"....bukannya apa, ada teman dari JIM Media, adik Wan Am dah pesan minta Mak Cik Nashita nya ni tolong ambil gambar...he...he...perasan la sekejap...

tapi...suami pun dah jadi jurugambar tak bertauliah...baru ni wartawan Harakah minta gambar dari kami untuk ceramah di Stadium Malawati..so dah keluar dalam Harakah semalam...wartawan Saidah...Foto: Bad Latif Mansor....not bad kan.....

So kita tunggu berita dari mahkamah dan gambar2 kita tunggu kemudian...moga kemenangan dalam apa cara jua milik kita!!!!!

Apa perasaan anda hari ini???

Hari ini saya bangun dengan perasaan yang agak 'full of excitement'....kenapa...sebab hari ini saya bakal mencuba menceburkan diri dalam dunia keusahawanan...so, hari ini saya tolak ke tepi dulu tugas saya untuk mengikuti kes tahanan ISA Vs SPR yang akan didengar hari ini...lagipun saya dah ke Palace Of Justice 2 kali..asyik tangguh sahaja...

Suspen juga...sebab petang at 3.30 pm..mahkamah akan buat keputusan bagi kes DS Nizar lawan Zambri...siapakan yang akan diputuskan oleh Mahkamah sebagai MB Perak yang sah.....takdir Allah menentukan segalanya....mereka semua telah berusaha...selepas itu kita pulangkan kepada DS Nizar dan pimpinan PR untuk buat keputusan. Rakyat yang prihatin akan memberikan kerjasama dalam apa jua keputusan yang terbaik yang bakal dibuat.

Seperti biasa awal pagi hantar anak ke sekolah, pulang singgah di Greenwood untuk keluarkan wang and singgah di kedai melihat tajuk utama akhbar...

Hati jadi amat tersentuh...air mata sudah berat nak jatuh ke pipi...meremang bulu roma menahan rasa sedih, pilu dan marah pada masa yang sama.....

Jahatnya manusia...kita sudah tidak aman lagi walaupun berada di dalam rumah sendiri....

Bolehkah kita katakan bahawa dunia ini amat kejam kepada manusia...bagi mereka yang sering dirundung malang akan pasti mengatakan 'kejamnya dunia ini'....benarkah...atau manusia yang kejam dan zalim....kenapa???

Siapakah yang harus kita salahkan bila setiap kali kejadian begini menimpa...kita memang bersyukur kerana ianya tidak menimpa diri kita dan keluarga kita...

Apakah jalan penyelesaiannya.....sekali lagi siapakah yang perlu dipersalahkan...siapa pula yang perlu dipertanggungjawabkan...malang sungguh nasib mereka dan nasib kita sendiri...

Sama-samalah kita fikirkan dan mencari jalan penyelesaian dan cuba menyelesaikannya atau memperbaiki keadaan yang meruncing ini...

Saya terdengar ulasan berita di radio tadi..yang berbunyi lebih kurang "rakyat tidak boleh sering terlalu berfikiran negatif terhadap negara sendiri"...kata-kata dari Dato' Shahrizat...dan komentar dari DJ yg bertugas di IKIM.FM juga membuat saya rasa muak...."kita mesti bersyukur kerana negara kita aman"....aman?????...mungkin bagi anda...cuba luaskan fikiran anda dan lebih prihatin kepada segenap lapisan rakyat dan masyarakat!!!!!

KEJADIAN rompakan di Taman Pinji Seni, Ipoh mengakibatkan ibu, anak dan orang gaji dibunuh perompak. Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah berjaya ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian kira-kira jam 2.45 petang. Kelihatan suami mangsa, Jafri (dua dari kanan) mententeramkan anaknya. - Gambar Muhaizan Yahya

menangislah semahunya...menangislah...agar tangisan itu...dapat mengingatkan kita.....pada hari-hari mati......yang pastikan datang..tanpa mengira usia...siapa kita di belantara hidup ini....menangislah....

Thursday 21 May 2009

Kes DS Nizar Vs Zambri..Pemandangan dari dalam Palace of Justice

Pagi tadi kami relax-relax saja bertolak ke Putrajaya...keluar dari rumah jam 8 pagi dan singgah menjemput Cikgu Laila di rumahnya di Keramat sebelum bertolak ke Putrajaya..jalan clear compared to Monday.

Sesampai kami terus naik ke 1st Floor dan masuk ke kamar Bicara, penuh juga ruang kamar mahkamah..rupanya kes DS Anwar Ibrahim turut akan didengar pada pagi yang sama bersekali dengan kes tahanan ISA melawan SPR. Khabarnya kes DSAI ialah kesnya masa 10 tahun yang lepas...patutla nampak muka-muka yang lain dari mereka yang akan datang mengikuti kes tahanan ISA. Selalunya untuk kes tahanan ISA saya berani mengatakan tak ada yang sudi datang kecuali peguam yang bertugas dan mungkin kami dari GMI....apa pun tak kesah perjuangan mesti diteruskan.

DSAI tak datang pun menghadiri kesnya..mungkin berada di luar negara..

Setelah menunggu hampir sejam..baru kami dimaklumkan yang Kes tahanan ISA melawan SPR ditangguhkan ke esok hari..Maka kami pun turun ke bawah untuk bersama mereka yang menunggu mendengar keputusan kes DS Nizar.


Saya kongsikan gambar keindahan Palace of Justice untuk mereka yang tidak berpeluang ke sana.

He..he..kesian DS Nizar..pantang nampak kelibat dia semua orang kerumun nak ambil gambar..termasuklah tuanpunya blog ni..ini ialah sewaktu sebaik dia keluar dari toilet!!!!!....gambar tak clear..tapi tersemat badge 'Malaysia Bebas Dari ISA' di blazer DS Nizar.


Ha...ini kumpulan peguam Dato' Zambri...kelam kabut keluar camera nak ambil gambar..wartawan dari Harakah kata..buat apa ambil gambar depa..tengok tak ada siapa yang ikut or nak ambil gambar pun....Dato' Zambri tak hadir..ni depa baru jalan balik dari cafe selepas selesai minum dan rehat...kami pun ada kat cafe masa tu...dapat la lihat wajah YB Hamidah yang pernah mengatakan "kalau nampak orang India dan ular..kena pukul India dulu"....Nalini kata..eeee....RACIST!!!!
Ceiling bumbung Palace of Justice...cantikkan...mesti mahal bangat nih...ni lagi satu kes boring tunggu Cikgu Laila dok bersembang dengan adik-adik Gen Y nya...ye lah..kasi chance kat dia..mencari sumber tenaga yang boleh memberi nafas baru untuk membantu kempen membebaskan 'abah suhaib' yang dah masuk tahun ke 8 terperosok dalam KEMTA...kesian....

Masuk dalam van..cikgu laila mengesat airmatanya...katanya sedih pulak dia bila sembang dengan adik-adik Gen Y ni...lately she always cried everytime we talk..especially while I am driving...I am the type yang will buat mcm tak kesah bila she started to cry..sebab saya tak pandai nak pujuk!!!!...but though I am not in her shoes..I can understand how hard it is for her especially when we discussed about his son Suhaib, who has been separated from his father since he was 8, and now he is already 16 years old!!!! sedih bukan?????..issshhh...zalim..zalim...zalim betolllll!!!!saya memang amat simpati...sedihhhh..

Lari dari tajuk pulak...anyway..enjoy more pictures below..hilangkan kesengsaraan di hati...senyum...

Cantik bukan......macam istana..ya lah...namanya pun Palace!!!!

Orang ramai mula berkerumun di corridor kamar mahkamah...boleh tahan ramainya..setiap kali ada peguam yang keluar..mereka akan mengeruminya...ingatkan mungkin kes dah selesai.

Sambil jemu-jemu saya mengisi masa lapang dengan mengambil dari celahan wartawan yang sedang berdiri bersembang..saya dapat duduk dengan selesa di atas kerusi..dari jauh dan dari celah tu..nampak pintu masuk ke kamar bicara..polis mengawal kanan dan kiri..bila ada seorang keluar polis akan tunjukkan sign jari 1 untuk mengajak sesiapa yang nak take over the available seat.


Orang ramai setia menati di hadapan pintu kamar bicara...polis from time to time akan datang tegur kami..."kak...shhhhh.....Hakim kat dalam dah banyak kali tegur.."...tu lah saya rasa mungkin dinding kamar mahkamah tu dibuat tak ikut spesifikasi yang sepatutnya kot...ikutkan kami semua tak lah bising atau cakap dengan kuat sangat pun...cuma bila ramai tu bunyinya macam lebah lah....


Ha..tengok tu cameraman dah bersedia....baru pukul 10.58am...rupanya lama lagi nak habis..kami dapat maklumat melalui sms dari orang dalam...peguam Zambri hujah berjela dan entah apa2...banyak kali kena tegur dengan Yang Arif Hakim...entahlah...bunyinya macam positif...tak tahulah keputusannya macam mana...

Kakak yang pakai grey ni..masa kami di tingkat atas dia pun masuk sama ke kes yang didengar di atas....mungkin SB kot...tak pe...menjalankan tugas...


Dari tingkat atas turut sama meninjau....


Suasana di awal pagi sebelum peguam-peguam DS Nizar keluar seorang demi seorang untuk ke tandas....atau pergi minum..bila mereka mula keluar semua wartawan berlari menuju ke depan...kesian...masing-masing cuba nak dapat shot yang terbaik dan temuramah ekslusif...sampai ada yang terlepak duduk atas lantai dan tak mahu berganjak.

Nasir Isa...turut sama datang beri sokongan...dah lama tak jumpa dia...dulu kalau ada demo pasti jumpa...saya kata saya nampak gambar dia di photo gallery Malaysiakini...dia ada bersama kem BN masa penamaan calon di Bukit Gantang...mencurigakan saya kata...dia kata patutlah dia rasa ada orang pandang dia semacam saja....ye lah tu....

Lagi gambar penunggu setia....kami tak dapat terus menunggu dengan setianya...kami pulang sekitar jam 12 tengahari....hantar Nalini pulang ke pejabat SUARAM di Jalan Gasing Petaling Jaya...sesat barat...terok betolll...berkali kena bayar tol....geram yang amat...geram saya dengan sistem sign board di Malaysia ni...nasib baik satu tol booth di PJS 2 tu dah ditutup..if not mungkin sampai 5 kali kot kami kena bayar tol!!!...entah apa-apa tah....

Keputusan Kes Rayuan DS Nizar ini akan dibuat esok hari jam 3.30 ptg....hhmmm...terpaksa melepaskan diri...dah plan nak berniaga di USJ Summit...kalau tak ramai pengunjung....harap2 dapat excusekan diri sekejap utk bekejar ke sana...

2 Kes di Mahkamah Persekutuan Putrajaya

Pagi ini InsyaAllah saya akan ke Putrajaya...menghadiri 2 kes...(teringinnya nak jadi lawyer pulak:)

Isnin lepas dah pergi...sebutan kes samada mahkamah akan menerima atau tidak rayuan kes Tahanan ISA terhadap SPR...menuntut hak mereka untuk mengundi walaupun disumbat di dalam KEMTA.

Pada Isnin lepas Chief Justice, Tan Sri Zaki telah mengarahkan peguam Edmund Bon untuk decide samada ingin meneruskan kes rayuan tersebut atau tidak kerana sebolehnya Chief Justice tidak mahu menjadi Hakimnya kerana atas beberapa sebab yang saya takut salah pula tafsiran saya jika saya catatkan...tapi dia kata if Edmund tak kesah maka Chief Justice berjanji yang dia akan menjalankan tugas dengan adil dan competent...lebih kurang macam tulah bunyinya....dan dia kata..dia beri peluang untuk Edmund decide supaya "tidaklah nanti ada pula yang tulis dalam blog' tentang dia tidak mahu dengar kes tersebut...lebih kurang macam tulah..tapi apa yang menarik bagi saya ialah kenyataan Chief Justice berkenaan dengan penulisan dalam blog...hhhmmm..ada effect juga ya..

Tan Sri Zaki menangguhkan kes ke hari Khamis (hari ini)..Edmund minta tukar sebab dia juga perlu hadiri kes rayuan DS Nizar pada waktu dan hari yang sama...Tan Sri Zaki kata tak apa...it is just at the same place..just next to the corridor..lebih kurang macam tulah..kiranya bila edmund keluar dari kes tahanan ISA..terus masuk ke pintu hadapannya ke kes DS Nizar pulak...

Ramailah hari ini di Palace of Justice...

Semuanya menuntut keadilan..moga Hakimnya juga boleh mengekalkan prinsip Keadilan....

Wednesday 20 May 2009

KARNIVAL HARMONI: RAHMAT UNTUK SEMUA‏

Saya turut sama ingin mempromosikan program yang di sebut di bawah ini...jom kita semua meraikan dan meramaikan usaha yang murni memperkenalkan tentang keindahan Islam..

Ummuasiah bersama rakan-rakan dari Butik Four Sisters Shoppe juga sahabat rakan dari JIM daerah Gombak akan turut sama meramaikan dan menyerikan majlis tersebut dengan membuka gerai di ruang pameran yang disediakan.

Kami bakal menjual pakaian wanita dan beberapa produk aksesori wanita dan bahan makanan kesehatan...satu usaha untuk meningkatkan ekonomi..InsyaAllah..


Salam sahabat2 yang dikasehi...

JOM KHABARKAN KEPADA DUNIA TENTANG KEINDAHAN ISLAM

Hidayah Centre dengan besar hati menjemput semua menghadiri Karnival Harmoni 2009 yang julung2 kali diadakan.Ajaklah rakan sepejabat muslim dan non muslim untuk turut serta. Tak kenal maka tak cinta....so please come!

Antara objektif Karnival Harmoni yang ingin dicapai:

  1. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat Malaysia
  2. Menyebarluaskan dakwah secara meriah, kreatif, interaktif dan santai dan pelbagai kepada segenap lapisan masyarakat.
  3. Meraikan NGO-NGO dakwah dan juga Saudara Baru
  4. Menjadi medan utama perkongsian dakwah dalam masyarakat majmuk

Tarikh : 22 – 24 MEI 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) 10 pagi -10 malam

Tempat : Summit USJ

Anjuran : Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Dengan Kerjasama: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

Aktiviti Menarik:

  1. Pameran dari pelbagai persatuan/pertubuhan
  2. Jualan (Buku, pakaian, makanan, produk2 halal)
  3. Forum – Spritual Solution to Economics Problems (melibatkan 4 panelis daripada berlainan agama)
  4. Pertandingan Melukis Kanak-kanak
  5. Tayangan Multimedia & Cabutan Bertuah
  6. Tarian Singa dan Kompang – Semasa Perasmian
  7. Malam Karnival Harmoni 2009 (Nasyid, Seni mempertahankan diri Silambam, Gendang India, Sajak, Tarian Kompang
  8. Slot ringkas ceramah

* Talk 1 (Footsteps in the light)

* Talk 2 (Promises of God)

* Talk3 (Mercy like the rain)

Sahabat2 semua boleh menghubungi Joanes Lukas di ibu pejabat 03-4108996 atau 013-3040834 atau melayari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut: www.hidayahcentre.wordpress.com


Rosmawati Zainal
Naib Pengerusi Hidayah Centre
http://ummiroses.blogspot.com

Tuesday 19 May 2009

Krisis Perak : Kuasa Rakyat

Dari semalam saya terfikir2 apa yang ingin saya kongsikan bersama di dalam blog sebagai kenangan, pengajaran dan berkongsi pengalaman. Sebenarnya banyak perkara yang telah saya lalui bersama keluarga sepanjang hari Jumaat hingga ke Sabtu yang lepas...semuanya kisah perjuangan yang belum selesai, kesah tentang perlunya berhadapan dengan ragam manusia yang bermacam terutama sekali mereka yang ego dan tak ingat dunia.

Ramai antara kita sedang menantikan apakah kesudahannya tentang krisis yang melanda PERAK. Perjuangan rakyat Perak khususnya perjuangan MB yang sah DS Nizar Jamaluddin dan seluruh ahli Exco yang sah beserta semua ADUN Perak. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa DS NIZAR adalah MB Perak yang sah...namun masih lagi perlu berjuang hingga ke Mahkamah Persukutuan pula....belum pasti apa outcomenya walau kita semua sudah dimaklumkan siapakah yang bakal menjadi Hakimnya....hakim yang turut disebut dalam kes VK Linggam.

Kes akan didengar di pagi hari Khamis ini di Palace of Justice pada masa dan tempat yang sama sebutan kes Rayuan Tahanan ISA akan didengar di sana...kes rayuan mereka menuntut hak mereka untuk mengundi. Peguamnya juga peguam yang sama Edmund Bon.

Kita juga telah mendengar tentang kesediaan Najib untuk duduk berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan kesedian DS Anwar Ibrahim untuk turut sama berbincang...apakah rakyat juga sedia berbincang dengan orang yang bertanggungjawab merampas negeri Perak secara Haram????

Apapun..saya sebagai rakyat yang yang juga merasa benci dengan perlakuan Najib merampas Perak amat terharu dan berbangga dengan semangat juang DS Nizar....

dipetik dari Malaysiakini....

"At least one Pakatan Rakyat leader is not prepared to swallow the bait dangling from the fishing line held by rival coalition Barisan Nasional (BN).

nizar pc 110509 03
Ousted Perak mentri besar Mohammad Nizar Jamaluddin is far from convinced that BN is sincere in wanting a pow-wow with Pakatan to deal with the political storm that has raged through the state assembly since February.

“It is a political gimmick by (premier) Najib (Abdul Razak) to gain political mileage at the expense of Pakatan Rakyat,” he told Malaysiakini in Ipoh.

“He (Najib) is the head of the crisis (that saw the BN takeover of the state government). It was he who grabbed power from us and it does not make sense (for him to now call for talks) and it is not going to go anywhere.

“It is a lot of hot air being blown by Najib to gain political mileage. He is passing the buck to (BN-appointed MB Zambry (Abd Kadir) andTuanku (Sultan Azlan Shah) to decide the fate of the state.”

“If Najib is really sincere (and committed) to the rights of the people as he has proclaimed under the ‘1Malaysia’ policy, then this is a golden opportunity for him to dissolve the Perak assembly and call for fresh elections. (He should) have the political will to walk the talk.”

Yes DS Nizar...keep on fighting..Allah bersama kita InsyaAllah...

Saya juga tertarik dan bersemangat dengan keratan berita ini juga dipetik dari Malaysiakini...

'When all else fails, we will turn to people's power'
Humayun Kabir | May 18, 09 5:13pm
Pakatan Rakyat will turn to the “people’s court” for judgement after all avenues are exhausted in their endeavour to dissolve the state legislative assembly and call for fresh state elections.

nizar jamaluddin win court case at duta court house 110509 03Pakatan Rakyat Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin toldMalaysiakini: “We will turn to the people’s court if all our options to dissolve the assembly fails.”

“It is the rakyat that has elected us to office and as such we have to go back to them for a fresh mandate to once again allow Pakatan Rakyat to rule the state.”

“We have been knocking at various doors of the monarchy (Perak Sultan Azlan Shah), the executive (Prime Minister Najib Abdul Razak), and the judiciary (High Court, Court of Appeal and the Federal Court) for our democratic rights.”

“We will continue to test all avenues and options open to us and when we have exhausted them, we will then turn to the people’s power for an answer to the problem.”

Saturday 16 May 2009

EGM Bar Council..Bersemangat..Tahniah!!!

Hebat!!!...itulah komen yang tercetus dari hati dan fikiran saya....seramai 1300 orang peguam dari Bar Council telah berkumpul untuk bersama dalam Extraordinary General Meeting EGM mereka. Lantaran peristiwa penangkapan 5 orang peguam muda mereka ketika bertugas, iaitu ketika mereka hadir di hadapan Balai Polis Brickfields untuk membela nasib beberapa orang aktivis yang ditangkap pada hari Khamis lepas.


Saya bukanlah peguam, namun sejak setahun lepas, setiap kali Bar Council mengadakan AGM ataupun AGM mereka kami pasti turut sama hadir setelah mendapat jemputan untuk membuka booth. Pada pandangan saya inilah yang saya dapat lihat begitu ramai peguam yang turut hadir, dan mereka terdiri dari muka-muka baru dan peguam muda.

Saya dimaklumkan untuk mencukupkan korum mesyuarat mereka, mereka memerlukan seramai 500 orang peguam untuk hadir, namun pada EGM tersebut, seramai 1300 orang telah hadir!

Dalam EGM tersebut mereka sebulat suara mendesak Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk meletakkan jawatan!

Memang hebat....kalau semua yang berpesatuan mempunyai semangat begini memang bagus. Saya lihat sendiri semangat yang ada, selepas 5 orang ini ditangkap, seramai lebih kurang 200 orang peguam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang ditangkap. Turut hadir ialah Presiden Bar Council juga yang di sana telah memberikan kenyataan, dan memaklumkan akan mengadakan mesyuarat tergempar beserta EGM...sungguh mereka bersungguh membela nasib rakan mereka. Untung...

Ketika ahli mereka yang ditangkap dan ditahan di Kamunting, mereka juga telah mengadakan EGM, dan setiap kali adanya mesyuarat mereka akan mengedarkan tabung untuk membantu kebajiakan ahli keluarga Hindraf yang suami mereka merupakan ahli Bar Council.


Namun Bar Council juga memberikan komitmen dalam membantu GMI....namun saya tetap merasakan mungkin mereka boleh melakukan lebih lagi dan bersungguh lagi untuk memastikan sekurang2nya kesemua tahanan ISA dibebaskan segera

Seperti biasa kami GMI dijemput untuk membuka booth di majlis mereka...kami berfikiran positif dan optimis akan sekurangnya dapat mengisi tabung GMI untuk keperluan kempen dan usaha membantu keluarga tahanan ISA. Kami bukan sahaja harus memikirkan keperluan kewangan keluarga yang masih menjadi mangsa tahanan ISA di KEMTA, namun kami juga sering menerima panggilan telefon dan sms dari mereka yang suami mereka telah bebas.

Namun semalam walupun ramai peguam yang hadir, sangat kurang yang menyedari kehadiran kami di sana,.....suasana sangat muram buat kami...mungkin juga tempatnya di dewan SIvik MBPJ itu tidak sesuai dan berbeza dengan suasana ketika mereka sering adakan di Grand Ballroom Hotel Legend...tidak ramai yang singgah untuk membeli atau menyumbang.

gambar ehsan dari blog Merah Hitam

Namun Amer Hamzah menjadi penyelamat dan menghilangkan mendung di hati kami bertiga...bila dia berjaya menjual hingga licin semua muffler dan car sticker kami...menyesal pulak tak bawa banyak....dia menjerit dengan suara yang kuat..."NO TO LIVERPOOL, NO TO MANCHESTER NO TO ISA"...terus dia jerit nama teman2 peguam yang lalu lalang dan menghulurkan muffler dan car sticker kepada mereka....ha...ha..terpaksa lah mereka membelinya...

Thank you so much Amer for helping us...otherwise..kemungkinan duit minyak dan duit makan kami pun tak lepas!!!!

Sebelum ke EGM Bar Council..sempat juga kami meluangkan masa menziarahi anak Ketua Pengarang Harakah En Lutfi di Hospital Ampang. Lega rasa hati melihat anak nya Mohd Syafiq sudah keluar dari ICU dan diletakkan di wad biasa...namun keadaannya masih juga dalam tahap yang merbahaya...badan masih merah2 dan bengkak2. Teringat lagi kesah sedih yang menimpa keluarga beliau beberapa tahun lepas apabila anak keduanya juga Allahyarham Syafiqah juga telah meninggal dunia.....Sempat juga saya berpusing2 di sekitar Gombak dan Melawati untuk mencari Jus Kurma yang dipinta oleh Lutfi melalui Cikgu Laila.

Thursday 14 May 2009

Mei 13 dan Perpaduan Rakyat

Saya kongsikan antara gambar2 yang sempat diambil oleh jurukamera blog ummuasiah semalam di Forum 513 to 1Malaysia yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ bermula jam 8 malam.

Membariskan ahli panel yang arif dalam bidang masing-masing dan juga pejuang rakyat!!

Walaupun dengan notis yang amat singkat dewan telah dibanjiri dengan begitu ramai sekali rakyat yang prihatin..saya berani katakan majoriti yang datang adalh dari kaum China..Melayu pun ramai juga, tua hingga muda..Gen Y dan Generasi X...

Apakah wujudnya rasa perkauman seperti yang sering didakyahkan oleh Pemimpin Barisan Nasional untuk menjadikan tarikh 13 mei sebagai satu ugutan yang menakutkan???...jauh sekali..lansung tidak ada.

DS Nizar seperti biasa mendapat sambutan yang menggalakan...sungguh ramai yang 'jatuh cinta' kepadanya,....di atas semangat juang yang tinggi...a great applause was given to him...terasa aura semangatnya menyelinap ke setiap urat darah yang menyebabkan diri ingin terus berjuang hingga ke akhirnya...

Hayatilah gambar-gambar di bawah.....dan diikuti dengan slide untuk entry yang akan datang..

Moga memberi manafaat pada yang tidak dapat hadir terutama yang jauh di mata...dekat di hati...

"The cheers, catcalls, whistles and applause sounded far louder and longer when he walked up to the podium than for Datuk Seri Anwar Ibrahim earlier when the Opposition Leader was opening the event.

Thousands turned up to hear Nizar speak at the city council civic centre, squeezing their rear ends onto narrow chairs in the packed hall, which normally seats about 1,000 people. Those who arrived late had to suffer the ignominy of sitting on the scruffy concrete floor or stand squished to the walls. They did not appear to mind at all; not even the ones dressed to the nines in formal jackets and bling"