Monday 30 November 2009

Kursus BTN-akhirnya Kabinet bersetuju rombak modul Kursus

Menarik ni...baru terbaca hasil dari browsing tajuk-tajuk isu hari ini dari Laman Perakexpress, terjumpa tajuk ini, Sukatan kursus BTN akan dirombak dipetik dari Malaysiakini.

Kan sudah dikata, kita mesti berani melawan arus, berani berhujah dan melawan sekiranya kita rasakan sesuatu itu tidak kena dan ada yang tidak kena. Apatah lagi apabila ianya disahut pula di laman-laman web dan blog-blog peribadi dan blog pro Pakatan Rakyat..pemerintah pasti juga akan mengikutnya sedikit kalau tidak kesemuanya.

Maka memang benarlah dakwaan-dakwaan yang kita dengar bahawa kursus BTN ini cuba mewujudkan semangat perkauman yang negatif dan boleh membawa perpecahan dan mewujudkan rasa benci di antara kaum. Mewujudkan perasaan bahawa Malaysia ini adalah milik BANGSA Melayu...itulah yang cuba disampaikan melalui lirik 'Anak Kecil Main Api' yang kini beberapa baitnya telah ditukarkan sedikit bagi mengurangkan semangat kemelayuan itu sendiri.

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri (asalnya pribumi merintih sendiri)

Maka apa pula jadinya dengan respon dan komen dua orang Menteri iaitu Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa kursus BTN mempunyai tujuan yang baik dan bukannya untuk membawa peserta menyokong BN dan UMNO.

Dato' Seri Nazri Aziz pula berkata Kabinet telah bersetu merombak sukatan kursus BTN, bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

Maka benarlah sudah segala dakwaan tersebut dan yang lebih menarik juga ialah kenyataan bahawa kerajaan telah banyak membelanjakan BANYAK WANG bagi menjayakan program 1Malaysia....sedih dan kesal membacanya...wajarkah perkara ini berlaku. Mereka yang menyuntik semangat perkauman tersebut mengajak sesama kaum membenci di antara satu sama lain dan kini terpaksa berbelanja banyak untuk membuktikan bahawa hanya ada 1 Malaysia...

Kami semuanya adalah anak Malaysia dan cintakan Negara dan tanah air kami....


Sukatan kursus BTN akan dirombak

Rahmah Ghazali
Nov 30, 09
1:19pm

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.

Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

ISA masih kekal dan masih menzalimi...

3. Kerajaan masih mengekal dan menggunakan Internal Security Act (ISA) 1960 kerana

A. masih relevan kerana negara masih banyak menghadapi ancaman dalaman.

B. kerajaan dengan bebas boleh membuat penahanan.

C. memberi kuasa tertinggi kepada polis untuk menjalankan tugas.

D. berupaya menahan seseorang untuk tempoh lama tanpa perbicaraan.

Saya memetik soalan di atas dari tajuk kursus BTN, dan jawaban sebenar yang dikehendaki sudah tentulah A, walaupun jawapan sebenarnya ialah semua selain dari dari A.

Memandangkan buat masa ini saya sedang berada di daerah Kamunting yang menempatkan sebuah Kem yang pernah mengurung puluhan ribu rakyat Malaysia dan luar negara di bawah akta Zalim ISA membuatkan saya terkenang kembali kepada nasib keluarga mangsa yang pernah dan sedang dizalimi di bawah akta ini.

Saya masih ingat ketika saya dan rakan-rakan yang bergabung di bawah GMI memulakan secara bersungguh-sungguh dan terancang berkempen memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan ISA, terdapat lebih dari dua ratus orang tahanan ISA di KEMTA. Sepanjang tempoh tersebut ramai yang telah dibebaskan sehingga kini hanya tinggal kurang dari 10 orang di KEMTA.

Hakikatnya walaupun sedikit masih ada yang dizalimi..satu hakikat yang kita semua jangan pernah lupakan..

Dan bagi mereka yang telah dibebaskan kezaliman yang menimpa mereka dulunya masih lagi menghimpit dan mengahntui kehidupan mereka.

Ramai lagi keluarga yang masih menderita dengan pelbagai cabaran yang perlu mereka lalui...buat masa ini saya mengambil contoh sebuah keluarga di Sandakan.

Puan Jobaida, ibu kepada 5 orang anak, suaminya ditahan di bawah ISA pada tahun 2006 dan baru dibebaskan beberapa bulan yang sudah. Sudah tentu membawa sinar bahagia kepada keluarga ini. Namun tiada siapa tahu masalah apa pula yang membebani kehidupan mereka kini.

baca kesah penderitaan mereka di sini..satu waktu dulu..

Suaminya masih gagal untuk mendapat sebarang pekerjaan, maka kehidupan mereka masih susah dan masih memerlukan bantuan.

"Terima Kasih banyak ya kak, semoga kak dn keluarga sentiasa di Rahmati Allah, dimurahkan rezki yg melimpah ruah,dgn sumbgn ni dptla anak2 Jo menyambut aidladha dgn gembira,terima Kasih banyak2 ya kak,maaf sekali lg sbb terlalu byk sgt susahkn kak Nashitah dan kak lailah,maklum sajala kak suami jo sampai skrg masih blm dpt pekrjaan,bukan tidak berupaya @ berusaha tp tiada org2 yg ingin bagi peluang padanya yg menyebabkan dia tension pula sbb tidak dpt membela nasib anak2nya walaupun dia sudah bebas.Jadi jo tiada jalan lain melainkan mengadu pd kak dan kak laila itupun jika masih ada ruang2 bagi kami memohon bantuan.Syukur pada Allah dan terima Kasih kerana sudi menjadi pendengar suara2 bekas tahanan ISA.. "

Alhamdulillah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita...dan kita tidak boleh lupa dan leka hingga kita melupakan nasib mereka yang terus dizalimi. Hasil kutipan dari para dermawan dari rakyat Malaysia, kami di PSK mempunyai sedikit lebihan wang dan dapatlah kami terus menggembirakan mereka dan memudahkan sedikit segala urusan mereka. Alhamdulillah...

Di malam menjelang tibanya Eidul Adha PSK GMI telah menyumbang sejumlah wang untuk keluarga Jobaida...dan inilah sms yang telah diterima darinya sebagai balasan...bagi kita yang punya segalanya sudah pasti tidak dapat sepenuh hati menghayati nimkat sebuah pemberian yang kecil ini...

"Alhamdulillah syukur ya Allah,terima Kasih ya kak, malam ni juga kami nak p pasar..Belanja utk aidladha..T.Ksi byk2 ya kak."

Itulah kegembiraan mereka...dan ISA masih wujud dan menzalimi rakyat Malaysia.

Saturday 28 November 2009

Kursus BTN dan lagu Anak Kecil Main Api

Isu BTN menjadi isu utama sejak beberapa hari ini. Tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana membangkitkan isu ini. Ini bakal membuatkan rakyat berfikir dan mencari maklumat dan bukan sekadar menjadi rakyat atau individu yang hanya menerima dan menurut bagai pak turut sahaja.



Dalam isu ini dua orang Menteri Kabinet telah bersungguh mempertahankan kewujudan dan kepentingan kursus BTN ini. Dato' Zahid Hamidi mempertahankan dengan mengatakan tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Baca di sini.

Membaca komen-komen orang ramai yang telahpun mengikuti kursus ini di laman-laman blog dan khususnya di portal web Malaysiakini membuatkan saya terfikir dan merenung...kehairanan memikirkan sikap Menteri-menteri kita dari UMNO BN ini. Apakah mereka mengira bahawa kita ini tidak punya akal untuk berfikir, apakah mereka masih berada di zaman gua dan memikirkan bahawa rakyat adalah seumpama haiwan yang boleh dicucuk hidung dan ditarik ikut suka hati tuannya...memang geram memikirkannya.

Sekiranya anda punya masa, sila klik di sini dan baca komen-komen dari mereka yang pernah mengikuti kursus BTN ini. Saya perturunkan sedikit komen yang dipetik dari sana.

Gblk7277: I have attended this BTN course. Yes, it is a brainwashing session where they were telling us that the other races must get a lesser amount of 'durian' because we are the 'pendatang' and we had agreed to accept a lesser amount.

Therefore we could not question anything, just shut up and eat the 'durian' you get or go back to China or India. It's very much politically biased and they were showing recordings of the Bersih and Hindraf rallies saying chaos will take place if we don't support BN.

And that our country will be destroyed. 'Learning about 1Malaysia, about nationalism and unity'? My foot.

Eagle: Publish the contents of the BTN course and let us decide whether it is a racial hatred and incitement programme. And stop telling us what is good for us, the rakyat. We can decide for ourselves and we can also decide on your future too when the time comes.

Ya, saya bersetuju dengan pendapat dan komen 'Eagle' di atas, dedahkan isi kandungan program tersebut dan segala risalah yang digunakan kemudian biar rakyat yang buat keputusan samada ianya benar-benar bersifat perkauman dan mengajak rakyat memberikan sokongan hanya kepada kerajaan yang memrintah walaupun kerajaan tersebut bersifat ZALIM.

Lebih bagus lagi sekiranya anda baca pengalaman mereka yang pernah mengikuti kursus ini dan menceritakan pengalaman mereka di sini. Brain-washing Induction Course for Malaysian House-officers.

Satu lagi laman blog yang sempat saya ziarah dan baca hasil rujukan dari YB Nik Nazmi di laman FB nya ialah catatan peserta kursus BTN yang menulis semula contoh-contoh soalan kuiz yang perlu dijawab oleh peserta. Menarik, memang menarik...susah nak perturunkan jawapan. Bukan kerana ianya sukar, tetapi kerana kita tahu apa tujuan orang yang membuat soalan tersebut dan apa muslihat di sebalik soalan-soalan tersebut. Baca di sini. Now you try tell me they’re not propagandising…

Soalan di bawah yang saya petik dari blog tersebut saya rasakan amat menarik dan benar-benar menguji minda sekiranya kita ambil kira siapa yang perlu kita julang demi menjawap soalan ini.

2. Menara KL, menara Petronas, dan Multimedia Super Corridor merupakan

A. pembaziran wang rakyat.
B. (insert obviously wrong answer here)
C. mercu tanda kejayaan dasar-dasar ekonomi negara.
D. (insert obviously wrong answer here)

This was a no-brainer. Really. NO-brainer. ini komen penulis tersebut. Berani penulis-penulis blog ini...ya lah sebab mereka punya akal untuk berfikir...

Kedua-dua artikel tersebut di tulis pada awal bulan Oktober yang lepas dan bukannya selepas isu ini dibangkitkan semula oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.

"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. Dipetik dari Utusan Online.

Kesimpulannya memang amat bagus dan tepat sekali saranan Dr Halimah Ali dan Kerajaan Negeri Selangor dalam membangkitkan isu ini. Teruskan usaha ini kerana akhirya kerajaan terpaksa juga menjawab walaupun jawapan mereka ternyata bodoh sombong.

Saya bukanlah secara khususnya pernah mengikuti kursus BTN ini, namun saya masih ingat pernah diwajibkan menghadiri satu kursus yang diadakan di UPM di tahun 1985 sebelum saya dan sekumpulan pelajar lepasan SPM berlepas ke luar negara bagi menyambung pelajaran masing-masing. Ianya sudah 24 tahun berlalu dan saya tidak mengingati lansung apa yang telah saya lalui. Namun 1 lagu ini tidak dapat saya lupakan dan saya masih menghafal beberapa rangkap lagunya.

Satu perkara lagi yang masih segar di ingatan saya ialah tayangan video Tragedi Memali seperti yang dikeluarkan oleh RTM turut dipertontonkan kepada pelajar Malaysia oleh kakitangan Malaysian Students Department (MSD) di Dewan Malaysia Sydney, Australia. Ingatan tersebut masih segar di minda saya, dan kini baru saya tahu bahawa itulah cara mereka 'membasuh otak' pelajar mereka agar mempercayai apa yang ingin mereka mahu kita percayai...menanam semangat benci kepada orang kampong Memali yang kononnya melawan pihak berkuasa dan kerajaan. Ketika kami sampai ke Australia peristiwa Memali mungkin baru berlaku iaitu pada 19 hb November 1985...24 tahun yang lalu...kini syukur kerana saya sedar siapa yang zalim dan penipu...

Saya mencari di internet dan terjumpa lirik lagu tersebut di atas Anak Kecil Main Api....seperti di bawah dan ternyata menerusi tulisan di dalam laman tersebut menyatakan bahawa ianya adalah satu lagu wajib untuk kursus BTN. Anda hayatilah lirik lagu tersebut.

Tanyakan soalan ini...siapakah sebenarnya kini yang memijak-mijak kepala kita, siapakah yang merampas seluruh harta rakyat, harta negara, siapakah yang mewujudkan rasa perkauman, agar membenci di antara kaum....siapa..siapa...siapa????

ANAK KECIL MAIN API

Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia

Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kardi

Lirik dari sini.

Wednesday 25 November 2009

Semalam bersama Pengarah SPRM Selangor.....

Semalam bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.....

WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor

Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Saya telah menghadirinya....

hhhhmmmm....apa perasaan saya???....ish..dalam kekalutan tentang berbagai isu yang berkaitan dengan rasuah...dengan segala tuduhan orang ramai terhadap sikap SPRM...apa lagi yang boleh kita harapkan ke atas mereka di balik pengurusan dan perlaksanaan pencegahan rasuah ini ye...

Bila lihat sendiri susuk tubuh Pengarah ini dan cara penyampaiaannya...secara telus dan tanpa selindung saya boleh katakan memang hampeh betul la...memang sah SPRM tidak boleh diharapkan....kewujudan mereka sekadar memenuhi janji dan keinginan Mantan PM kita yang lalu...tapi bak kata YB Teng...Pak Lah pun political will nya untuk menubuhkan SPRM ini tidaklah kuat sangat..kerana ianya ditubuhkan di akhir tempoh masanya menjadi PM..patutnya awal lagi dikala dia kata dia ingin membenteras rasuah...

Kalau kita mendakwa bahawa SPRM tidak jalankan tugas dengan sikap professionalisme yang tinggi, tidak menjalankan tugas mereka, tidak membawa orang yang dituduh menerima rasuah ke muka pengadilan,tidak menyiasat mereka dengan telus memang benar...memang benar...memang sah sekali....walau sebenarnya tidak lah Dato' Jaafar Mahad ni memang sebut sendiri begitu..tapi dari segi persepsi dan tafsiran atas apa yang dia katakan memang begitulah.

Tuan Syed Ibrahim, moderator dan disebelahnya...Tuan Pengarah SPRM Selangor...macam jeling je kat cameraman:))

Dato' Jaafar memberi contoh pengalamannya pernah menyisat seorang ahli politik yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kini ahli politik tersebut katanya sudah pun menjadi menteri.

Ceritanya,ketika disoal siasat ahli politik tersebut memang telah mengakui bahawa beliau menerima rasuah...tapi katanya bila orang tersebut pulang, ada pula kawan-kawan ahli politik tersebut yang menegurnya bahawa kenapa dia buat pengakuan tersebut...lalu ahli politik ni pun menukar kenyataannya dan menarik balik pengakuannya dan terus membuat laporan polis bahawa beliau telah diugut oleh SPRM....jadi terpaksa la tutup kes tersebut..begitu mudah sekali untuk melepaskan diri.

Dato' Jaafar juga menyebut dari segi cabaran mereka ialah, dari segi orang yang dituduh tersebut, orang yang dituduh mungkin buat masa ini adalah orang yang sudah tidak punya kuasa, jka SPRM menjalankan siasatan keatasnya dan suatu hari nanti bila orang itu kembali berkuasa sudah tentu akan mengambil tindakan keatas mereka pula..orang yang buat tuduhan dan org yang menyiasat mereka...

Jadi tidakkah anda rasa jelas bahawa SPRM tidak professional,tidak mengambil tindakan dan tidak menyiasat dengan menyeluruh keatas semua dakwaan yang dibuat oleh orang ramai ke atas perasuah dari parti Barisan Nasional.

Kita ambil saja contoh yang paling dekat di Negeri Selangor...kes yang paling sering diperkatakan..iaitulah Kes salahguna kuasa dan pemilikan harta yang berjuta oleh bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Anda boleh baca di sini mengenai siasatan SELCAT.

Orang yang menuduh sudah pun mengeluarkan bukti tentang pemilikan rumah dan harta...bahkan satu jawatankuasa yang sah di sisi undang-undang yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor sudah pun mendedahkan dengan jelas berserta bukti dan keluar juga dari mulut orang yang memberi namun pihak SPRM tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas Khir Toyo. Malah beliau hanya disoal siasat selama 6 jam sahaja dan tidak ada apa tindakan yang diambil ke atasnya..ianya terhenti di situ sahaja...walhal...dakwaan ke atas beliau adalah berat melibatkan puluhan juta ringgit.

rumah Khir Toyo.gambar diambil dari blog ini.

Perkara di atas dibangkitkan oleh YB Teng Chang Kim yang merupakan Pengerusi SELCAT yang bertindak mencari kebenaran di sebalik urus tadbir harta kerajaan negeri. Beliau menyatakan bahawa SELCAT tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Khir Toyo dan mereka yang terbabit. Tugas mereka ialah untuk menyemak segala urus tadbir pegawai dan penjawat awam. Tetapi dari segi tindakan, SPRM merupakan institusi yang bertanggungjawab mengambil tindakan dan menyiasat. Namun perkara ini tidak berlaku...

Kenapa...???...mungkin jawapannya ialah seperti yang disebutkan oleh Dato' Jaafar di atas..'orang yang disiasat dan dituduh mungkin tidak ada kuasa kerana mereka tidak memerintah sekarang, namun suatu hari nanti mereka mungkin akan kembali berkuasa...ketika itu mungkin tindakan akan diambil ke atas mereka".....jadi apa harapan kita yang tinggal ke atas kewujudan SPRM ini.

YB Teng sebagaimana kita juga membangkitkan tentang isu Teoh Beng Hock, seorang yang hanya menjadi seorang saksi bagi kes yang melibatkan penggunaan wang sebanyak RM2400.00 berbanding dakwaan terhadap Khir Toyo sebanyak RM24 JUTA!!!.

Memang tidak dapat dinafikan..Dato' Jaafar ada menyebutkan bahawa sekiranya kita nak benteras rasuah, kita kena betul-betul buat tak kira besar atau kecil jumlahnya..guna perimeter yang sama, siasat semua. Tidak perlulah menyebut soal unsur-unsur integriti dan amanah yang menjadi teras SPRM....kerana ianya amat samar sekali....dan benarkah ianya berlaku...jadi tidak usahlah SPRM bercakap tentang badan yang bebas, adil, telus, urus tadbir yang baik...kerana ianya tidak nampak jelas di mata rakyat.

YB Teng menyentuh soal professionalisme, beliau mengaitkan dengan dirinya yang berlatarbelakangkan sebagai seorang peguam. Beliau memberi contoh bahawa di dalam kamar mahkamah mereka 'bergaduh dan bertekak' namun di luar mahkamah mereka masih boleh bertepuk bertampar dan bertegur sapa...itu yang dinamakan sebagai professional...tugas adalah tugas, selain dari itu tidak boleh dicampur adukkan, barulah dapat bekerja secara telus dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.


Kenyataan paling menarik keluar dari mulut Pengarah SPRM ini ialah ketika diminta membuat rumusan beliau mengambil contoh cerita melayu lama..iaitu trend menuntut bela...dan beliau menyebut dengan menujukan kepada YB Teng sebagai Pengerusi SELCAT...katanya lebih kurang..."SELCAT kena berhati-hati kerana orang pasti akan menuntut bela"...

Apa persepsi anda bila mendengar kenyataan yang sebegini????

AMARAN?????

Tuesday 24 November 2009

'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya'

Jom...semua...kita dapatkan maklumat dan ilmu...moga dapat menambah pengetahuan dan memperbaiki keadaan kearah sebuah negara yang benar-benar bebas merdeka...bebas dari rasuah, penindasan dan kezaliman...

Masih belum terlambat untuk memikirkan untuk pergi....percuma....bayar tambang dan kos pengangkutan sahaja..dan gunakan masa yang diberikan Allah sebaik mungkin...

JOM PERGI....saya nak pergi InsyaAllah....

From: Syed Ibrahim
Subject: Wacana CAT esok 24 Nov, Hotel Singgahsana....Ahli panel sah hadir!

Date: Monday, 23 November, 2009, 12:51 PM

Salam & Greetings,
Saya mengalu-alukan kehadiran semua ke WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor pada hari Selasa (HARI INI), 24 Nov 2009, jam 8.15 malam - 11.30 malam di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.
Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Setiap hari jika kita meneliti akhbar cetak dan elektronik serta blog-blog, kita akan dapati isu tadbir urus atau good governance menjadi topik perbualan hangat. Mungkin topiknya tidak dicatatkan sebagai tadbir urus namun apa-apa yang berkait dengan isu rasuah, kuasa, ketelusan, kecekapan, keadilan, akauntabiliti (pertanggungjawaban ), profesionalisme, kedudukan dan ketirisan adalah berkait rapat dengan amalan tadbir urus. Dalam Islam, amanah, kebebasan dan ketelusan berkait rapat dengan prinsip keadilan.

Antara isu-isu yang disebut ialah kes V.K. Lingam, pembunuhan Altantuya Shaariibuu & komisen kapal selam, penyelewengan wang PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, penyelewengan wang Balkis, politik wang, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan lain-lain...
Amalan rasuah dianggap dosa besar dalam Islam. Pengharaman rasuah ini adalah jelas melalui firman Allah berikut:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan uyang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ” (2:188)

Hadith berikut juga memperkuatkan hujah pengharaman rasuah :

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"

( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu, mari kita fahami makna urustadbir baik atau good governance, fahami peranan badan-badan terlibat dan cabaran-cabaran yang dilalui. Nilai sejauh manakah pelaksanaan kecekapan, penjagaan amanah dan ketelusan tadbir urus negara dan negeri. Kemukakan soalan untuk mendapatkan lebih kefahaman. Ajukan komen dan saranan ke arah melihat masa depan urustadbir negara yang lebih baik.
Datang dan war-warkan WACANA ISU SEMASA, Selasa 24 Nov ini! Masuk adalah percuma namun sumbangan amat dialu-alukan.
Syed Ibrahim Alhabshi

Monday 23 November 2009

Konsert Amal Bersama Opick, Jodoh Pertemuan dan Penghargaan..

gambar yang diambil oleh Nazri Abdullah...terima kasih...

22hb November...juga satu hari yang agak sebuk...dan menyebukkan...pagi hantar anak ke UIA, kemudiannya membantu kawan yang mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya yang kedua dalam tahun yang sama dalam tempoh hanya 3 bulan...waduuuhhh....ramai yang bertanya..."kenapa tak buat sekali sahaja dengan yang pertama"....jenuh la siibu dan ayah hendak menjawabnya mungkin.

...apa nak buat itulah yang dinamakan jodoh pertemuan di tangan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana...apa pun tahniah kepada kawan saya kerana bakal naik pangkat satu level setelah menjadi ibu dan mungkin dalam masa 6 bulan lagi akan menjadi nenek dalam usia yang muda...tahniah...segala pengorbananmu menjadi seorang ibu kepada 8 orang anak-anak yang semuanya bijak pandai akan terbalas jua..di samping tugasmu sebagai aktivis dakwah yang cekal dan sebegitu sebuk sekali...pasti ganjaran di sisi Allah begitu tinggi dengan segala dugaan yang perlu dihadapi...

Saya juga bertanya kepada seorang sahabat yang sama bertugas dengan saya di majlis tersebut.."akak kan nak kenduri bulan 12 ni kan...tak jemput pun lagi..jadi tak.."..jawabnya.."tak jadi..tak ada jodoh"...itulah dia juga yang dikatakan Jodoh pertemuan di tangan Tuhan...kita hanya berusaha Allah jua yang menentukan...perlu bersabar dan reda...pasti ada hikmah di balik setiap satu kejadian yang Allah tentukan ke atas diri hamba-hambaNya...

Kami bertugas menyambut tetamu dan menjaga makanan tetapi tetamu yang dikenali mencari kami..he...he...seronok peluang bertemu ramai sahabat...bersembang dan bersembang dan bersembang dan.......

Petang pula ialah hari penyampaian hadiah anak yang ke 3 mendapat Anugerah Ahli Usrah Terbaik Tahun 4 2009. Majlis Takrim Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Malamnya selesi solat Maghrib cepat-cepat bergegas ke Bangsar...Malam Amal Konsert Opick..Alhamdulillah...syukur dapat juga berhibur sambil berzikir...bagus sekali suaranya dan persembahannya...rasa ingin bangun bernyanyi bersama...tapi tika Opick menjemput anak-anak yang ingin naik ke pentas...dia bilang..."anak-anak nya saja ya...ibu-ibunya jangan..."

Wah...Opick memang bijak berinteraksi sama penonton...bijak mengambil hati penonton...katanya.."wah..gembira saya bersama penonton-penonton yang LUARBIASA...bagus-bagus...semuanya bakal ahli-ahli Syurga....mari kita semua bertasbih bersama...Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...wabihamdihi..."....Semesta alam Bertasbih kepadaMU...

Memang amat memukaukan....

Namun persembahan kumpulan Nasyid tanahair juga memang juga hebat...Inteam...mereka tidak menghampakan penonton yang datang ingin menonton persembahan Opick...tika Opick berhenti rehat dengan waktu yang agak panjang..kumpulan Inteam membuat persembahan yang lansung tidak menjemukan dengan penampilan semula Penasyid Suhaimi...memang best suara mereka...dan terkesan di hati dan dan jiwa...

Di akhir persembahan Opick mengajak seorang anak untuk naik ke pentas bernasyid bersamanya...tidak ada yang muncul mahu naik ke pentas bersama Opick...malu mungkin...Asiah dari awal lagi mahu naik ke pentas...tapi juga malu...maka bila dijemput anak naik ke pentas..umminya pun bersungguh merealisasikan impian anak...memimpin si anak menuju ke pentas...maka Asiah menjadi perintis anak-anak yang naik ke pentas...selepas itu berduyun-duyun anak-anak yang lain turut serta naik ke pentas....senyum memanjang lagi Asiah di malam itu...moga berbahagia dan besar nanti semuanya bisa menjadi pemimpin tersohor di Malaysia bak kata Pak Opick...InsyaAllah...Amin....

Tidak punya kamera yang bagus untuk mengambil gambar-gambar yang cantik...cameraman sudah ada jauh beribu batu...menunggu teman FB dan teman blogger "sikidal' untuk memuatnaikkan gambar-gambar yang bagus-bagus...












Ini seorang lagi Ustaz yang luarbiasa dari Indonesia di sebelah Opick...Namanya Pak Abu...memang hebat...bisa bernasyid dan menyanyi sambil berlenggok mengikut rentak irama...mantap suaranya...



Sunday 22 November 2009

Buku..buku..buku...Terapi Minda dan Diri..

(ini adalah tulisan-tulisan yang sebelumnya hanya muncul dalam 'notes' di Facebook)

Alhamdulillah, Ahad lepas sempat juga saya dan anak-anak menjalankan beberapa terapi, terapi minda, kaki, badan dan perut...semuanya dalam satu...

Sebaik setelah selesai urusan cuba untuk menjamin kehidupan anak-anak di masa hadapan dengan menggunakan khidmat anak saudara yang bijak dan berani bekerja sepenuh masa sebagai agen insurans, setelah 2 orang anak saudara dengan baik hati dan mesra melayan Mak Tam mereka makan satey Hj Samuri dan roti John, saya membawa anak-anak pulang dan menyimpang ke arah Balakong menuju ke Mines Shopping Complex.

Sebelum itu ketika dalam perjalanan menuju ke rumah abang di Presint 16 kami melalui pusat membeli belah Alamanda, terlopong juga melihat tanda bahawa semua parking penuh!!...berderet juga kereta sedang berbaris untuk masuk ke satu-satunya pusat membeli belah di Putrajaya itu.

Alhamdulillah, ketika masuk mencari tempat meletakkan kereta di Mines, sudah rezeki kami untuk dapat satu tempat yang baik dengan 2 kali pusing...amat mudah untuk mencari tempat parking kosong dengan mengikut tanda yang bertulis samada park full atau ada beberapa yang kosong dan kita dapat mengesan dengan lampu hijau utk lot yg kosong dan merah jika berisi di bahagian atas...bagus juga...

Tempat tujuan yang pertama ialah mencari kedai buku yang baru dibuka setelah membaca di blog SAIFULISLAM.COM, GRAMEDIA Bookstores...memang luas dan lapang...puaslah anak yang bongsu, Asiah berlari berkejaran di dalamnya...Kebanyakan buku-bukunya sama seperti yang ada di kedai-kedai buku yang lainnya. Namun kelainannya ialah buku-buku terbitan dari negara Indonesia.

Sambil jalan saya 'scan' sahaja semua buku-buku yang tersusun kemas, dan terus ke rak bahagian buku-buku Indonesia. Saya terus terhenti di bahagian buku-buku karangan Pramoedya Ananta Toer. Terus mengambil 3 buah buku untuk dimiliki, satunya ialah bertajuk JEJAK LANGKAH. Saya memilihnya berdasarkan kata-kata yang tertulis di belakangnya:

" Sudah lama aku dengar dan aku baca ada suatu negeri di mana semua orang sama di depan HUKUM. Tidak seperti di Hindia ini.

Kata dongeng itu juga: negeri itu memashurkan, menjunjung dan memuliakan kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Aku ingin melihat negeri dongengan itu dalam kenyataan."

**Pramoedya Ananta Toer**

Sebenarnya timbulnya minat untuk membaca buku-bukunya ialah hasil 'rujukan' dari Puan Aliza isteri kepada YB Saari Sungib @ Pak Abu. Kak Aliza sering memberitahu saya buku-buku yang telah dibaca oleh Pak Abu ketika beliau berada di balik tembok Kem Tahanan Kamunting selama 2 tahun ketika ditahan di bawah akta zalim ISA. Saya pasti akan teruja untuk membacanya. Kak Aliza akan meminjamkan buku-buku tersebut kepada saya, dan kebiasaanya selepas itu saya pasti akan mencarinya di kedai-kedai buku.

Antara buku-buku yang dirujuk kepada saya oleh kak Aliza ialah seperti di bawah:

1. Do They Hear You When You Cry : Faudziya Kassindja
"The harrowig story of one woman who defied tribal custom and fought fro her freedom in the west"
Memang best buku ni...

2. Stolen Lives : Twenty Years in a Desert Jail : Malika Oufkir...ini pun terlalu asyek membaca dan tidak dapat membayangkan sekiranya ianya berlaku ke atas diri sendiri...sungguh mendebarkan dan menakutkan.

2 tajuk di atas ialah kesah-kesah perjuangan insan yang dipenjarakan dengan zalim dan perjuangan mereka menuntut pembebasan hingga berjaya akhirnya dengan segala dugaan hebat.

3.Memoir Khatijah Sidek : Puteri Kesatria Bangsa...kita juga punya wanita yang berjuang untuk Bangsa Malaysia...dah lama saya baca buku-buku ini jadi sudah lupa jalan kesahnya yang sebenar untuk dikongsi di sini...namun sungguh membakar semangat perjuangan.

4. Long Walk To Freedom: Nelson Mandela(separuh jalan baca)

Ada beberapa lagi buku dalam koleksi selepas dari membaca buku-buku di atas:

5. Prisoner of Tehran: Marina Nemat

6. Neraka Guantanamo : Moazzam Begg(separuh jalan baca)

7 Mayada Daughter of Iraq : Jean Sasson

Begitulah kesahnya tentang spa minda melalui pembacaan....

Bersama anak-anak...selepas meneroka kedai buku ialah berjalan sekitar Mines Shopping Complex...sungguh agak besar....Namun anak-anak gembira...belum lagi masuk cuti sekolah...bila cuti sekolah perlu lagi fikir aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka agar minda sentiasa segar:)


Hand Painting..baru beli terus guna pakai, tak sempat tunggu balik rumah.


Antara buku karya Pramoedya Ananta Toer yang dibeli...


Dalam gedung buku Gramedia..disediakan shopping bag..brilliant idea...senang dan selesa...

"Tunggangan yang Selamat dan menyelamatkan"

"waa...baguslah akak ni,boleh rasa aa..van ada rosak, selalunya orang perempuan mesti tak dak tahu tak kesah punya"

Wah macam bagus saja adik mekanik tu memuji pelanggannya sambil dia memandu uji van saya untuk dengar bunyi dan gegaran yang saya maksudkan bila pedal minyak ditekan. Apa yang saya tidak beritahunya ialah suami saya yang mula sedar akan kelainan bunyi van apabila mula bergerak laju. Sudah hampir 3 minggu sebenarnya bunyi dan rasa itu dikesan. Tapi saya masih tangguh-tangguh menghantar van tersebut ke mekanik. Saya agak phobia dan benci kalau-kalau saya ditipu dan 'diketuk' oleh workshop.

Adik mekanik menceritakan kepada saya ada sesetengah pelanggan wanita mereka yang lansung tidak sedar akan kerosakan bearing kenderaan mereka hingga mengundang bahaya dan kos yang lebih tinggi, samada tayar akan terus tercabut atau kereta akan terus berhenti dan besi pemegang tayar akan patah..kini baru saya tahu fungsi bearing tersebut, dan kenapakan kadangkala saya lihat ada kereta tersadai di atas jalan dengan tayarnya 'terpeleok' keluar. Bahaya.

Namun saya juga agak kerugian dan meletakkan diri saya dalam bahaya apabila saya membiarkan sahaja van tersebut tidak dibaiki walau telah menyedari akan kelainannya sejak 3 minggu yang lepas...itulah bahaya dan padahnya bila menangguh sesuatu kerja.

Mekanik memaklumkan kepada saya kos untuk menukar satu bearing dengan kos upahnya. Dia juga mengajak saya memegang bahagian besi pemegang tayar untuk mengesan bahawa sememangnya bearing itu telah rosak. Akhirnya dia memaklumkan kepada saya akibat dari bearing yang telah rosak dengan tempuh agak lama, drive shaftnya atau pump (kalau saya tidak silap dengar entahla saya pun tak faham) juga telah pecah dan perlu dibaiki....memang ada kesan minyak hitam mengalir keluar...kan dah kena tambah kos yang tinggi...

Akhirnya allignment dan entah apa lagi istilahnya juga perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan...semuanya saya terima bulat-bulat demi untuk keselamatan...cuma saya tidak pasti adakah kosnya tidak dikenakan secara terlalu melambung...tapi yang pasti pada mulanya dia caj saya RM 50 untuk allignmet dan entah apa tah betulkan skru? dengan harga tersebut...nasib baik sedang online chatting dengan suami dan terus dia katakan 'mahal tu'...alamak...mentang-mentangla perempuan mesti nak ketuk punya...terus saya tanyakan dan diturunkan harga ke RM30...tak suka saya namun terpaksa menerimanya....lain kali mesti fight!!!!!

Jadi untuk teman-teman wanita saya, pandai-pandai menjaga kereta anda, prihatin dan peka dengan segala bunyi yang pelik dan luar biasa, segera hantar untuk dibaiki. Jangan terima sahaja segala sebutharga yang diberi...fight for your right to get the best deal!!!!!!

he...he...he...sekian....perkongsian kali ini...


tu lah dia benda yang rosak akibat bearing yang rosak...katanya kalau benda tu rosak dan patah terus harga nya mencecah RM1000 sebelah...ye ke???...tapi dia cuma repair bahagian getah yg macam pam yang dah pecah tu..katanya lah....


Demi keselamatan...lakukanlah apa yang terbaik...itulah tanggungannya bila memiliki kenderaan...kena maintain..selenggara...sam
a juga dengan nasib bila memiliki rumah...kos selenggaraan perlu juga diambil kira di samping kos bayaran rumah....sabar dan reda....


Bila saya beritahu kos keseluruhan suami kata tak pe lah..kita dah belasah sakan van tu..menjadi 'ferry' membawa berbagai kumpulan penumpang..gambar ini ialah gambar 3 orang mangsa ISA...dan van ini telah dituduh oleh Ketua Polis Negara sebagai tempat dimana aktivis GMI menahan keluarga tahanan ISA...memang mendebarkan..baca di sini.."Aktivis GMI menahan keluarga tahanan ISA selama 3 jam dalam kenderaan"...

Thursday 19 November 2009

Blogger Sentiasa Bersama Perubahan Dan Rakyat...Sesi Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pada hari Rabu 18 November saya telah berkesempatan bersama-sama dengan beberapa orang blogger hebat Pakatan Rakyat bertemu dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya hanya menumpang rezki atas jemputan teman blogger yang lainnya. Rezeki kerana saya dapat mendengar luahan rasa blogger yang ingin melihat perubahan ke arah pemerintahan negara yang lebih baik dan menjamin kehidupan rakyat. Rezeki kerana dapat mendengar sendiri apa harapan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada bloggers untuk disampaikan kepada rakyat.

Saya hanya menumpang mendengar dan membuat analisa tersendiri kerana saya hanyalah blogger biasa-biasa sahaja namun tetap mempunyai aspirasi yang sama untuk menyampaikan dan ingin bersama arus perubahan ke arah negara yang lebih baik dan benar-benar merdeka dan terlepas dari cengkaman pemimpin yang zalim.

Banyak isu yang diutarakan berkait dengan isu semasa, dan banyak juga yang saya sendiri agak ketinggalan. Bila pulang ke rumah saya mulakan operasi mencari maklumat dengan meneropong 'google' di alam maya. Saya menggunakan 'key word' dari soalan-soalan yang diajukan dan isu-isu yang dibangkitkan.

Pertama-tamanya saya google dengan menaip 'Zulkifli Noordin', bukan kerana saya tidak mengenalinya tetapi saya ingin tahu apa topik yang berkisar berkenaannya yang memberi impak kepada Pakatan Rakyat. Terjumpa saya dengan dua tulisan ini:[Raja Petra] Apakah pilihan yang ada? (What are the choices?) dan ini : Bukan Zul Noordin, bukan Hasan Ali

Saya tertarik dan terkesan di hati dengan dua topik yang senada dan hampir serupa yang ditulis oleh dua orang blogger yang terkenal dan mereka juga adalah bekas tahanan ISA di era yang sama. Satunya ditulis oleh Hishamuddin Rais dan satu laginya ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin...menarik...kedua mereka mengaitkan isu-isu semasa ini dengan aspirasi rakyat-kehendak rakyat masakini yang sungguh amat inginkan perubahan sungguh ingin melihat satu kerajaan dan pimpinan alternatif dari kerajaan pimpinan BN yang sedia ada yang ternyata amat zalim apatah lagi di bawah pimpinan Najib Tun Razak.

(tentang kezaliman Najib dan Rosmah..peristiwa terkini tentang tangkapan pelajar yang dikaitkan dengan isu 'perempuan puaka' amat membuatkan saya merasa amat zalimnya Najib ni..hingga mencari pelajar ini hingga ke 'lubang cacing'...baca di sini Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'..tak boleh tengok orang senang...polis pun sedia berkhidmat!!!!)

Saya mengambil poin yang ditulis oleh Hisham Rais seperti di bawah:

"Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok."

"Lapan tiga dua kosong kosong lapan (832008) menjadi contoh bagaimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan."

Ini pula keratan dari tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan:

"Ramai antara kita yang kecewa dengan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, kita lebih rela mati daripada menyokong Barisan Nasional. Tetapi pilihan kita terhad. Jadi, kita memerlukan platform yang baru. Jika Gerakan dapat memainkan peranan sebagai platform baru itu, maka mereka pasti diberikan peluang untuk muncul sebagai kerajaan....."

Inilah yang terjadi sekarang, rakyat semakin bijak menilai...di kala Pilihanraya Umum ke 12 dahulu memang ramai yang bernasib baik kerana dalam diam dan nyata, ramai amat membenci BN dan UMNO, maka ramai calon parti pembangkang bernasib baik dan berjaya. Hanya kerana rakyat sudah muak dengan BN dan UMNO, rakyat inginkan perubahan.

Kini kita sedang menilai dan terus akan menilai prestasi pemimpin Pakatan Rakyat, ramai yang sudah menujukkan belang mereka dan segala tipu helah dan salah laku mereka turut telah dapat dihidu dan didedahkan....semua hanya kerana kita ingin terus pastikan pimpinan dan kerajaan alternatif yang dipilih benar-benar bersih dan ingin menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Pilihan untuk bergabung dengan BN ditutup rapat oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat.

No Way!!!...kami masih sanggup berjuang...maka kami harapkan pimpinan Pakatan Rakyat mendokong kehendak rakyat...memang buat masa ini kita hanya ada satu alternatif sahaja iaitulah Pakatan Rakyat, tetapi kita masih boleh bijak memilih pemimpin mana yang kita suka dan percaya dan membuang mana-mana pemimpin yang kita tidak suka berdasarkan rekod mereka...rekod ini kini dengan mudah boleh didapati di alam maya dengan hanya satu klik sahaja...itulah dia peranan blogger di masa kini, inilah juga yang dikatakan Kuasa terletak di tangan rakyat.

Saya rasa tajuk atau 'key word' berkenaan dengan 'Zulkifli Noordin' ini ialah juga perkara yang sama jika tekan dan taip 'key word' 'Hassan Ali' dan yang berkaitan dengan 'UG'...semuanya sebagai amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat....Berhati-hati....rakyat inginkan perubahan dan akan berjuang untuk memastikan adanya perubahan...

Arus kebangkitan rakyat yang mampu merempuh kerajaan dan pemimpin yang zalim telah dibuktikan dan akan terus berlaku...

Itulah dia harapan dan tujuan pertemuan di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan sebilangan blogger di petang Rabu yang lepas...

Kumpulan blogger menyampaikan persoalan dan mungkin juga apa yang tidak puas hati di pehak mereka dan DSAI mendengar dan menjelaskan, walau ada kalanya memang DSAI menyatakan dengan terus terang bahawa beliau juga tidak senang dan tidak puas hati dengan tulisan bloggers yang 'membelasah' beliau dan pimpinan PR. Namun harapan besar beliau yang juag harapan pimpinan PR ialah blogger harus memainkan peranan besar juga dalam menyampaikan segala perkara yang baik yang telah kerajaan PR berjaya laksanakan.

Selepas ini saya ingin mencari maklumat lain lagi seperti isu-isu PKR di Sabah dan isu-isu berkenaan Negara Islam dan Negara Sekular. Namun sebagai permulaan bolehlah anda klik di sini untuk isu tentang Negara Islam yang turut disentuh oleh blogger dan DSAI.

Saya tidak perlu mencari maklumat tentang gambar apa yang berlaku di ruang makan ahli Parlimen seperti yang banyak disebarkan di Facebook...tentang DSAI yang duduk tersenyum bersembang dengan DS Najib sambil minum teh tarik sambil diperhatikan oleh Nazri Aziz, kerana DSAI telah secara tidak lansung menceritakan dalam pertemuan di petang tersebut....semuanya berkait rapat dengan persepsi yang sentiasa berbaur prasangaka yang negatif...namun prasangka tentang zalimnya DS Najib ini memang terbukti...juga borosnya dia menghabiskan wang rakyat untuk memenuhi nafsu serakahnya...disebut juga oleh DSAI pada petang tersebut....eeee.....gerrraaaammmnyya...nak C4!!!

Kenyataan di bawah saya petik dari blog sya~reformis yang turut memaparkan gambar-gambar blogger terkenal terkecuali ummuasiah:)

Blogger Sentiasa Bersama Perubahan Dan Rakyat

Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.

Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.

Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.

Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.

ANWAR IBRAHIM

Haris Ibrahim (tunduk) tidak bersetuju bila teman blogger yang berkacamata menyebut kepada DSAI bahawa 'you are our only hope"..kata Haris...no, rakyat is our hope..begitulah lebih kurangnya...ya saya juga bersetuju kerana era kini kita sudah tidak meletakkan sepenuh harapan kepada seseorang pemimpin sahaja..masa kini ada lah masa terbaik untuk kita menilai sikap dan corak kepimpinan seseorang itu...dan PR masih lagi satu-satunya alternatif yang kita ada kecuali muncul satu gerakan yang baru...

Zorro pula sempat bertanyakan tentang calon di DUN Kota Siputeh nanti...his only choice is 'MAT SABU'..yes the man...dia sangat suka..bukan sahaja atas dasar suka tapi bagi Zorro untuk memperkukuhkan barisan pemimpin PR Kedah...namun DSAI lebih berpendapat bahawa suara Mat Sabu lebih layak kedengaran dengan lantangnya di Parlimen...

Berkerut juga dahi Dato' Seri Anwar Ibrahim....tercabar juga kadangkalanya...apatah lagi isu 16 September dan hajat pada hari 16hb September yang tak jadi itu dibangkitkan oleh wartawan muda dan berani Zainulfaqar.

Zainulfaqar, MSK dan Sya...dari jauh...


Thank you sya for this pic....2 mummy blogger...yang sorang tu blogger terkenal M3M dari team Perak Express...pertama kali berjumpa di alam nyata...

Monday 16 November 2009

Dipenjarakan atau Tidak Dipenjarakan...Perjalanan Yang Menyeksakan..

Perjalanan yang menyeksakan

Perjalanan dengan truck polis adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan menekan jiwa kami semua. Tangkapan polis tidak menakutkan kami tetapi cara kami dikejarkan ke IPK KL didalam truck tersebut benar-benar menakutkan. Pemandu membawa truck seperti lagak orang yang tidak sedarkan diri. Dia membunyikan hon berkali-kali dengan kuat di sepanjang jalan sambil terdengar jeritan dari kereta polis yang lain “BERI LALUAN, BERI LALUAN”.


Di setiap belokan ke kiri dan ke kanan kami terpaksa berpaut kuat di jaring besi. Belakang kami terhentak dengan kuatnya ke dinding besi truck tersebut. Di satu belokan yang amat tajam dan merbahaya sahabat wanita saya yang lain telah terhumban jatuh dari bangku. Saya sempat berpaut pada besi. Kami menjerit-jerit agar pemandu tidak membawa dengan laju dan merbahaya.


Tidak cukup dengan keadaan seumpama itu, kami turut diriingi dengan sebuah kenderaan polis dan seorang polis trafik yang bermotor. Siren dipasang sepanjang perjalanan. Dari saat itu lagi kami secara langsung telah diseksa oleh Polis Di Raja Malaysia. Apakah sepatutnya perkara seperti itu dilakukan. Apakah kenderaan polis tersebut tidak boleh dibawa dengan sopan dan berhemah??? Inilah persoalan yang bermain di kepala saya.


Tidak cukup dengan itu, kedengaran pula bunyi helikopter berlegar-legar di atas mengikuti kami. Hebat memang hebat…Kami benar-benar dibuat seperti penjenayah yang amat merbahaya, sedangkan kami semua adalah rakyat yang bangun menuntut keadilan dan memohon pemerintah menghentikan tindakan mereka menzalimi rakyat dengan menaikkan harga barangan tanpa belas kasihan.


Kami menyimpan azam dan keinginan untuk menumbuk muka pemandu yang tidak berhati perut tersebut, menunjukkan betapa marahnya kami terhadap perbuatannya. Namun peluang tersebut tidak tercapai kerana kami semuanya diarah naik ke IPK KL dengan segera sebaik sampai di sana.


Polis Berniat Jahat…Mala Fide



Polis dan Penguasanya memang berniat jahat, ini adalah kerana sebaik tiba di kantin IPK KL kelihatan tersedia 2 baris meja yang panjang di kiri kanan koridor kantin, dengan deretan polis dan SB bersedia menjalankan tugas. Kami rupanya bukan kumpulan pertama yang ditangkap. Di sana telah ada beberapa orang yang telah dibawa lebih awal. Mereka terdiri dari beberapa orang anggota Unit Amal, termasuk 2 orang pakcik unit amal yang sudah agak berumur iaitu Pakcik Zamhuri dan Pak Mat. Namun saya amat mengenali mereka kerana sering nampak mereka berdua bertugas di setiap demonstrasi yang diadakan.


Selepas dari itu semakin ramai lagi orang kena tahan yang dibawa masuk bersama kami, termasuklah para pimpinan iaitu Tian Chua, Dr Nasir, Ustaz Badrulamin, Mohd Sabu, Dr Hatta, Dr Zulkifli, Ustazah Nuridah dan lain-lain lagi. Sudah tentu itu memberi semangat kepada kami semua yang sudah lebih awal ditangkap. Kami melaungkan takbir dan kata-kata semangat setiap kali ada kumpulan baru yang dibawa masuk.


Suasana di tempat kami dikumpulkan amat sibuk sekali di pihak pegawai polis. Macam-macam urusan yang perlu mereka selesaikan. Macam-macam kesalahan dan bukti-bukti yang cuba mereka cari dari kami. Bagi pihak kami, kami tidak memudahkan urusan mereka, kerana kami tidak bersalah dan ditangkap tanpa sebarang alasan.



Beberapa orang pegawai polis dan SB cuba memaksa beberapa orang muslimat untuk menyerahkan vest-vest yang mereka pakai, kerana mereka mendakwa ada tanda-tanda lambang yang tidak mereka sukai di situ. Sudah tentu kami tidak ingin meyerahkan kepada mereka. Seorang pegawai polis mengugut akan membawa satu ‘search list’ yang akan memaksa kami menyerahkan barang yang mereka kehendaki. Kami tidak menghiraukannya sebaliknya terus berkeras dan melawan arahan mereka. Akhirnya tidak ada sebarang ‘search list’ yang dibawa kepada kami. Sebaliknya seorang pegawai polis datang membawa satu borang untuk kami tandatangani yang mengatakan bahawa tiada rampasan barangan yang dilakukan.



Sepanjang masa kami ditahan di IPK KL mereka tidak memberi sebarang makanan kepada kami kecuali bekalan air mineral. Walaupun ada kantin di sana , tetapi kami tidak dbenarkan untuk membeli makanan. Kami ditahan di sana sejak dari jam 3 petang hingga jam 2.30 pagi. Sepanjang masa setiap perkara yang kami ingini kami terpaksa meminta berkali-kali dan kadangkala terpaksa menjerit beramai-ramai. Untuk makan kami terpaksa menunggu dengan lama untuk mendapatkannya dari sahabat-sahabat yang mengirim dari luar.


Kami dapat makan roti canai setelah terpaksa menunggu hampir sejam. Itupun setelah beberapa kali saya terpaksa memohon kebenaran dari pegawai polis. Terima Kasih kepada sahabat baik saya yang bersusah payah membeli dan membawa kepada kami.



Kaum wanita didahulukan untuk menjamah roti canai yang masih panas itu.Namun selepas itu kami semua berkongsi makan beramai-ramai.Terasa nikmat benar makanan yang sedikit itu. Selepas dari itu kami mendapat banyak juga bekalan makanan yang dibawa dari luar oleh para penyokong yang datang tanda solidarity kepada kami yang ditahan.


Sebelum ini saya sentiasa cuba meluangkan masa memberi sokongan kepada mereka yang ditahan setiap kali ada orang yang ditahan semasa demonstrasi aman. Tapi untuk kali ini saya pula berada di dalam dan saya tertanya-tanya adakah sahabat dan penyokong di luar, ramaikah mereka?.



Rupanya memang ramai di luar menanti kami dengan penuh kesabaran. Mereka menunggu sejak kami mula ditangkap hingga lewat malam. Kami dapat melihat mereka dari kejauhan dan terdengar jelas laungan mereka kepada kami. Mereka turut menyalakan lilin tanda protes terhadap penahanan kami dan tanda sokongan yang tak berbelah bagi. Itu memberikan kami kekuatan untuk terus berjuang dari dalam tahanan.


Penantian dan Penyeksaan


Ramai juga yang menyangkakan kami semua pasti dibebaskan segera dan tidak kurang juga yang yang sudah membuat ramalan yang kami akan menghabiskan masa 24 jam kami di lokap. Kami yang ditangkap berada di dalam keadaan tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Penantian kami memang penuh dengan ‘mental torture’ dari pihak polis dan SB. Mereka seolah-olah mempermain dan mempersendakan kami. Tidak tahulah apa tujuan sebenar mereka.


Ini berlaku apabila Inspektor Anand datang mengumpulkan semua yang ditahan. Semua nama kami dipanggil untuk memastikan semuanya ada di situ. Kemudian dia membuat pengumuman bahawa keputusan akhir nasib kami semua hanya akan diketahui selepas dia dan pegawai polis yang lain mengadakan mesyuarat di tingkat atas. Hebat sekali kes penahanan kami. Sesudah ditahan mereka masih tidak tahu apa yang patut dilakukan atau mereka menunggu arahan keras dari pihak atasan yang ingin memadamkan api kebangkitan rakyat.


Dia kemudiannya beredar dari sana. Peristiwa ini berlaku sekitar jam 10.30 malam. Kami terus menunggu dan menunggu lagi. Nasib baik bekalan makanan dan minuman masih banyak lagi. Dalam masa kami menunggu tersebut, beberapa orang tahanan dari PSM telah dibebaskan. Mereka dituduh di atas dakwaan lain iaitu ‘gangsterism’, walaupun mereka ditangkap dalam peristiwa yang sama.


Saudara Arutchelvan juga sudah tidak lagi kelihatan bersama kami, tetapi kami yakin beliau telah dibawa lebih awal ke lokap. Begitu juga Pakcik Zamhuri dan Pak Mat, kami sudah tidak melihat kelibat mereka berdua sejak lewat petang. Kami menyangka mereka berdua sudah dibebaskan kerana tergolong dalam kategori warga emas!. Tetapi kami agak pelik kerana polis masih menyebut nama mereka setiap kali kami dikumpulkan.


Di penjara atau tidak dipenjarakan…Pening Lagi Polis



Seketika selepas Inspektor Anand pergi, datang seorang pegawai yang tidak beruniform mengarahkan supaya nama-nama yang bakal disebutnya untuk bangun berdiri dan berkumpul setempat. Hampir separuh dari kami dipanggil, kumpulan tersebut termasuklah sahabat-sahabat wanita dari PSM iaitu Kohila, Saraswathy, Vijaya dan Saudari Ginie Lim.


Kami kumpulan beberapa orang muslimat dan lelaki yang lain, dimasukkan dalam kumpulan yang lain. Selepas beberapa lama menunggu kedengaranlah khabar-khabar yang mengatakan bahawa kumpulan yang pertama ini akan di bawa ke lokap Jalan Hang Tuah (Pudu Jail). Apa nasib yang bakal menimpa kami yang lainnya belum tentu lagi. Saya mula menghantarkan sms kepada suami dan rakan-rakan yang lain akan apa yang berlaku. Kemungkinan suami saya merasa agak lega apabila saya membalas smsnya dan mengatakan bahawa saya berada di kumpulan yang kedua.


Namun setelah menunggu dan menunggu beberapa lama, tidak ada apa-apa yang berlaku juga. Maka kami terus bersatu kembali di dalam satu kumpulan yang besar. Seketika kemudian datang lagi seorang pegawai yang lain pula dan mengarahkan agar semua OKT wanita bangun dan berkumpul di satu tempat. Tanpa apa-apa bantahan kami bangun dan membuat satu kumpulan yang baru. Sekali lagi kami menunggu dan menunggu. Sekali lagi tidak ada apa-apa yang berlaku lalu kami bersurai dan bersatu kembali.


Kali ketiganya datang lagi seorang pegawai yang lain memberi arahan kepada kami semua, agar semua OKT lelaki bangun dan berbaris berdua-dua di hadapan. Seperti kami, OKT lelaki bangun mengikut arahan dan berbaris berdua tanpa apa-apa bantahan.


Namun seperti sebelumnya tiada ada apa yang berlaku. Kami mula merasakan sesuatu yang tidak sepatutnya sedang berlaku. Inspektor Anand yang katanya sedang bermesyuarat masih belum turun-turun lagi, namun kami telah dipermainkan beberapa kali.


Keadaan tersebut tidak berhenti di situ sahaja, tiba-tiba datang seorang lagi pegawai yang membuat pengumuman yang katanya datang dari Ketua Bahagian Jenayah Kuala Lumpur yang kami semua akan dihantar ke Lokap Jalan Hang Tuah. Ketika itu kami semua membantah tanda tidak percaya dengan maklumat tersebut. Akhirnya lelaki tersebut beredar saja dari tempat kami.


Peristiwa ini berlaku sekitar jam 11.30 malam. Selama kami berada di kantin IPK KL kami dibenarkan untuk solat di surau IPK tersebut yang berada di tingkat bawah. Namun segala pergerakan kami perlu ditemani oleh 2 orang SB wanita yang turut menunggu di luar pintu surau tersebut dan mengiringi kami balik semula ke atas. Maka 3 kali jugalah SB tersebut membuat tugas-tugas khas tersebut. Kami menyempurnakan 3 solat fardhu kami di sana, Asar, Maghrib dan Isya’.


Jangkaan saya bahawa solat Isya’malam itu mungkin merupakan solat akhir saya di sana adalah tepat sekali kerana selepas itu Allah mengurniakan anugerah peluang kepada saya dan sahabat-sahabat OKT yang lain untuk melakukan solat di dalam PENJARA!!!


OKT yang ‘POWER’



Kami semua beruntung kerana ditahan bersama orang-orang yang ‘power’ dan berpengalaman. Bersama kami juga ada seorang peguam dan juga seorang wartawan. Maka kami menerima banyak panduan dan nasihat. Nasihat yang utamanya ialah jangan layan SB iaitu mereka-mereka yang tidak beruniform dan tidak memakai tanda nama. Memang SB ini sentiasa menyakitkan hati manusia. Mereka juga diberi ruang dan masa untuk memanggil kami seorang demi seorang untuk diambil maklumat peribadi diri. Memang tak kuasa kami melayan mereka. Kami juga dinasihati agar menjawab tidak tahu atau tak perlu jawab lansung untuk setiap soalan yang diajukan oleh pihak polis dalam soal siasat mereka.


Soalan-soalan yang ditanyakan kepada kami dalam ‘statement 112’ ialah lebih kurang seperti berikut:

- Kemana awak pergi

- Adakah anda menerima sebarang bayaran

- Adakah polis memberi sebarang arahan untuk bersurai di dalam perhimpunan tersebut

Sudah tentu kami menjawab tidak atau tidak tahu. Seorang anggota polis yang duduk bersebelahan dengan pegawai yang menyoal siasat siasat tiba-tiba mencelah dan bertanya kepada saya “Macamana akak ni boleh terbabas”. Apa lagi saya naik berang dengan soalannya dan terus berkata kepada dia agar tidak campor tangan dalam soal-siasat saya.


Satu lagi proses yang terpaksa dilalui oleh OKT ialah sesi mengambil cap jari oleh pegawai yang kemungkinan didatangkan khas dari Bukit Aman agaknya. Bukan satu cap jari ibu jari saja yang diambil, tidak sama sekali. Ke sepuluh-sepuluh jari diambil, bukannya perlu diturunkan ke satu borang, tidak sama sekali, tetapi entah ke atas berapa borang pun tidak dapat dipastikan.


Kemudiannya pula ialah sesi mengambil gambar dengan memegang papan di atas dada, papan yang bertulis ‘OPS PADAM3’. Wah hebat!...macam dalam cerita jenayah lagaknya. Paling menyakitkan hati ialah nama kami, sehingga ke nama ayah dan binnya sekali perlu dinyatakan dan lain-lain perlu ditanya berkali-kali untuk setiap pegawai yang bertugas bertanya. Melampau betul! Sudah tentu ianya mencabar kesabaran kami.


Saudari Aiman telah mula membantah apabila nama ayahnya ditanya lagi, lalu dia terus membantah ketika gambarnya hendak diambil. Saya juga lansung membantah apabila giliran saya untuk diambil cap jari. Pegawai polis tersebut tidak dapat memaksa saya.


Siapa yang menyusahkan siapa?


Perkara yang paling menyakitkan jiwa-jiwa kami yang tidak bersalah ini ialah apabila polis dan SB mengatakan kepada kami, setiap kali kami ‘menyusahkan’ kerja mereka ialah…


”Tolonglah kak/puan, sabarlah, janganlah melawan, kami ni pun penat, kami ni ada anak isteri di rumah, kami ni kerja dari pagi sampai malam”.


Apa lagi kami pun menjawab dengan keras juga…” Apa awak ingat kami tak penat, kami tak ada keluarga, kami lansung tak salah tau. Lain kali jangan tangkap kami”. Hah…puas rasa hati.



Kami juga dinasihatkan oleh Jonson Chong peguam yang turut ditangkap agar kami semua membuat laporan polis di atas tangkapan yang dibuat keatas kami. Mulalah semua kami menceritakan kembali apa yang terjadi dengan menulis di atas kertas kertas yang ada. Kemudiannya kami diberikan seorang satu borang rasmi untuk membuat laporan polis. Namun seketika kemudian Inspektor Anand datang kembali dan meminta agar semua borang aduan tersebut dikembalikan dan kami hanya boleh membuat laporan polis di Balai Polis Hang Tuah.



Hah..entah apa-apa punya arahan yang mereka terima dan beri kepada kami. Sekali lagi kami terbiar dan menunggu-nunggu akan apa yang terjadi seterusnya. Sebahagian dari kami termasuklah Dr Hatta, Mohd Sabu, Ustaz Badrul dan lain-lain telahpun berbaring dan berehat di hujung kantin tersebut di mana ada sebuah pangkin yang dilindungi oleh sebuah meja panjang.



Kami yang lain duduk-duduk dan bersembang-sembang di barisan meja di hujung yang lain pula. Ketika inilah beberapa orang pegawai polis yang beruniform sudah berdiri seperti bersedia untuk datang kepada kami. Kemudiannya pula beberapa orang SB lelaki dan wanita (berpewatakan lelaki) pula naik memenuhi ruang hadapan kantin. Kebanyakan dari mereka membawa gari. Mereka dengan sengaja menggoyang-goyang gari-gari tersebut untuk mengeluarkan bunyi yang menggerunkan agaknya.


Operasi Gari bermula



Suasana ketika itu juga agak sunyi. Jam sudah hampir dua pagi ketika itu. Suara penyokong di luar juga sudah tidak kedengaran lagi. Mereka semua sebenarnya telah dihalau keluar oleh FRU. Inilah tindakan polis kepada penyokong iaitu menghalau mereka agar mereka tidak menyaksikan kami semua dibawa pergi di dalam truck polis.


Saya sempat menghantar sms terakhir kepada suami dan sahabat tentang kejadian tersebut sebelum segala barangan kami seperti bag dan handphone diserahkan kepada Ustazah Nuridah dan suami yang dibebaskan pada malam tersebut. Namun Ustazah Nuridah dan suami hanya meninggalkan tempat tersebut semasa polis dan SB menjalankan operasi mereka ‘menawan’ kami.



Kami semua berkumpul di atas pangkin di hujung kantin beramai-ramai. OKT lelaki di sebelah kiri dan kami wanita duduk di sebelah kanan. Kebanyakan OKT lelaki berbaring dan tidur tanda protes. Apabila sekumpulan pegawai polis memulakan operasi cubaan menggari OKT lelaki untuk dibawa turun ke truck, kami semua berzikir dan berselawat beramai.


Semakin ganas sikap polis semakin kuat kami berselawat..”Laa Ilaha illallah…Laa Ilaha illallah…berulangkali. Polis mula bersikap kasar dan terus menggari dan menarik semua OKT. Ada yang menjerit kesakitan apabila ditarik dengan kasar. Dr Hatta Ramli terus memprotes dan terus membaringkan dirinya. Beberapa orang SB terpaksa mengangkatnya keluar, begitu juga Sdr Tian Chua dan beberapa orang yang lain sehingga mereka terpaksa diangkat dan diletakkan diatas troli untuk dibawa pergi. Polis juga bertindak ganas dengan menarik rambut dan memukul beberapa orang OKT termasuk Syed Jeymal, wartawan Malaysiakini.


“Kamu akan dibuka pakaian!”


Kami OKT wanita didatangi dan dihampiri oleh beberapa orang SB wanita seperti lelaki memujuk kami untuk bekerjasama dengan mereka dan mengikut perintah mereka untuk turun ke bawah. Kami juga turut memprotes dengan berdiam diri. Mengapa pula kami perlu memudahkan tugas mereka yang menangkap kami dengan niat jahat mereka.


Mereka terus memujuk dengan mengatakan bahawa mereka tidak mahu menggari kami, tapi jika kami berkeras juga mereka tidak ada pilihan selain dari menggari kami. Kami terus memprotes dan berdiam diri. Kemudiannya kami didatangi pula oleh ramai lagi pegawai polis.


Seorang SB wanita seperti lelaki menggugut dengan mengatakan bahawa semua kami akan diarahkan membuka pakaian apabila berada di Penjara Pudu. Apa lagi sudah tentu ianya membuat kami naik berang. Akhirnya setelah bosan mendengar suara-suara SB tersebut kami membuat keputusan untuk bangun dan berjalan sendiri.


Namun sahabat kami Ginie terus memprotes tidak mahu turun. Inspektor Anand sekali terpaksa datang untuk memaksa Ginie bekerjasama. Ginie terus memprotes dengan berbagai desakan. Kami kemudiannya dipanggil oleh SB naik semula ke atas. Rupa-rupanya Ginie hanya akan turun sekiranya kami sama-sama mengiringnya dan tidak mahu ada pegawai polis lelaki berhampiran hanya dengan polis wanita sahaja. Macam-macam ragam OKT kali ini. Memang pening, marah dan bosan SB dan polis yang mengawal kami.



Kami dibawa turun dan diarah menaiki sebuah truck polis yang bertutup semuanya. Malam yang kelam menambahkan lagi suasana kegelapan di dalam truck tersebut. Kami tidak dapat melihat antara satu sama lain. Hanya suara-suara kami yang kedengaran sebagai petunjuk setiap kami telah ada di di dalam.


Sebelum menaiki truck tersebut kami memberi amaran kepada SB-SB itu supaya berpesan kepada pemandu untuk tidak membawa kami dengan laju dan ganas. SB mempersendakan kami dengan mengatakan..”tak lajulah…perlahan saja”. Namun sebaik kami duduk di dalam truck, mereka mengarahkan kami untuk berpaut kuat pada palang besi. Geram betul kami. Mereka berdiri di luar dan terus berkata-kata dengan niat mempermainkan kami.


Balasan Allah, tak perlu tunggu lama


Setelah tiba di dalam kompleks Penjara Pudu, SB-SB wanita tersebut turun terlebih dahulu. Kami menunggu giliran kami. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang yang terjatuh..”berdebuk” ke tanah. Rupa-rupanya SB wanita yang bernama Milah yang menggugut tentang kami akan dibuka baju tersebut telah jatuh ketika turun dari tangga truck.


Kami beramai-ramai di dalam..menjerit dan melaungkan “Takbir!!!!....Allah hu Akbar!!!” berkali-kali.Puas rasanya hati kami. Itulah akibatnya menzalimi orang yang tidak bersalah. Selepas itu, kami tidak pula mahu nasib yang serupa menimpa diri kami, maka Aiman berpesan supaya kami turun dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Saya turun dahulu dengan sangat berhati-hati dan memimpin tangan sahabat seperjuangan yang lain turun dari truck dengan selamatnya. Alhamdulillah. Subhanallah.


Saudari Aiman juga telah berpesan kepada seorang SB yang lain untuk memberi amaran kepada Milah untuk menjaga mulutnya dari mengatakan yang bukan-bukan kepada kami. Tidak tahulah samada amaran tersebut sampai atau tidak kepada si Milah ini. Namun yang jelas dan ketaranya ialah si Milah ni terus terlebih baik pula kepada kami selepas itu sehingga menyebut sayang, sayang pulak. Uwwekkk….nak termuntah kami dibuatnya. Apabila kami mengadu dahaga, dia dengan segera pergi mengambil air kotak yang sejuk dan menghulurkan kepada kami. Bila ada yang menyebut dahaga lagi, dia lansung mengambil bag plastik dan membawa beberapa kotak lagi air. SB oh SB….