Monday 18 January 2010

Asiah, Ummi dan Mahkamah

"Aiman kat mana dah ni?"

"Saya dekat traffic light dekat Mahkamah"

"Oooo...akak dah sampai ni, baru dapat parking, penuh, susah nak park, nanti masuk je kat dalam pastu pusing je balik cari parking kat tepi-tepi tu"

"Akak kes kita mula pukul 10 la.."

saya dan Aiman di dalam perkarangan Penjara Pudu...jam hampir 4 pagi..kami masih belum disumbat dalam penjara..mata memang dah tak boleh nak buka dah..letih dan ngatuk selepas ditangkap jam 2.30petang.

"Oh ye ke...bukan pukul 9, okaylah baru pukul 9.10 ni..kita jumpa di cafe lah, akak nak breakfast dulu lah macam tu"

Maka saya pun mengambil 'my own sweet time' bersama Asiah berjalan menuruni ke tingkat bawah menuju ke cafe. Memesan nasi lemak dan bihun goreng untuk kami berdua, belum pun sempat menjamah makanan dapat panggilan lagi dari Aiman.

"Kak, kes dah mula, dah kena panggil"...alamak kelam kabut la juga jamah sedikit makanan, belum sempat pun minum dapat pula pesanan ringkas dari peguam, Bob.

"kes dah mula dipanggil"..."ok Bob akak datang ni"

Maka bergegaslah meninggalkan makanan dan minuman dan terus meluru menuju ke pintu lif.

"Umi, kita naik tangga saja la ummi"..tegur Asiah kepada saya seolah dia tahu bahawa lif di Mahkamah ni memang perlu tunggu lama untuk sampai.

"Tak boleh la Asiah, ummi sakit kaki, kita kena naik tingkat 3, tak larat ummi nak daki tangga tu. Kita tunggu sajala Asiah ye"..Asiah angguk saja.

Sebaik keluar dari lif ke tingkat 3, saya bergegas lari menuju ke Mahkamah Sesyen Jenayah 5 yang letaknya paling jauh dan dari jauh kelihatan peguam saya dan beberapa teman OKT melambai tangan meminta saya relax dan tidak perlu lari....sebaik sampai dekat..Bob memberitahu...kes 'adjourned'.

Hah....tension saya...geram...teringat nasi lemak dan teh panas yang baru sedikit dijamah...ah..apa nak buat...sabar je lah....

Muncul saja saya ke dalam Mahkamah Dr Hatta sempat juga nak mengenakan saya.."eh..mana tadi waran tangkap untuk Nashita??"...saya jawab.."Ha.mana dia..tak kesah pun"

Sesiapa yang tidak hadir tanpa alasan, akan menerima nasib mengikut keadaan Hakim dan Pemdakwaraya, silap-silap waran tangkap akan dikeluarkan...waran saja la..tangkap tu tak pernah lagi kot sebab ada seorang adik tu, entah siapa dia cuma sekali saja datang, sebelum dan selepas tu memang tidak dapat dikesani.

Asiah mengisi masa lapang dalam mahkamah semasa kes dibicarakan

Saya mula jadi tukang cerita pada pagi tu...apa tidaknya pasti ada yang menegur kenapa Asiah ikut saya ke Mahkamah dan tidak ke sekolah.

Mulalah saya bercerita..."Dia ada masalah dalaman..trauma...semalam baru saya discovered".

Saya dapat tahu selepas tiba-tiba dalam diam dia menangis masa saya nak hantar dia ke rumah kawan dia...sayu betul muka dia. Susah juga dia nak jawab soalan-soalan saya. Puas saya tanya dia berkali-kali.

"Asiah, kenapa Asiah nangis"...Asiah membisu sahaja..saya tanya lagi berkali-kali sambil memandu, tangan kanan memegang steering kereta tangan kiri mengusap-ngusap tangan Asiah.
"Asiah, cakapla dengan ummi kenapa Asiah nangis, ummi nak juga tahu"

"Sebab ummi kena pergi Mahkamah"..jawab Asiah antara dengar dengan tidak.

"Kenapa pulak kalau Ummi kena pergi Mahkamah, kan selalu ummi kena pergi Mahkamah sebelum ni?" tanya saya cuba mengorek isi hati Asiah yang baru berumur 9 tahun dan menunggu di luar penjara pudu bila saya ditangkap kali pertama pada 26hb januari 2008 ketika umurnya 7 tahun di darjah 1.

Asiah dilayan oleh 'Atuk KFC' ketika di dalam mahkamah bersama dengan Atuk Unit Amal dan Atuk Parlimen Ampang

"Ye la, nanti umi kena tangkap pastu ummi kena masuk penjara"

"La...kalau ummi masuk penjara pun bukannya ummi sorang-sorang, ada kawan-kawan ummi yang lain, Kak Aiman, dan pakcik2 lain ramai, pastu ada ramai penyokong tunggu ummi kat luar macam dulu tu"

"Ye la, nanti polis tembak ummi macam Kak Lat cerita tu...."....oh..Ya Allah...baru saya teringat rupanya dia mendengar perbualan antara saya, abahnya dan peguam kami Lateefa Koya tentang satu insiden tembakan...

Terpaksalah saya mempositifkan keadaan kepadanya..namun saya baru dapat mengenal pasti, bahawa walaupun dia nampak 'tough' tidak menangis dan kelihatan boleh menerima keadaan, namun pada hakikatnya ianya sebenarnya memberi kesan yang di sebaliknya dalam diri dan fikirannya. Kemungkinan dia merasakan tidak selamat dengan keadaan yang menimpa ibu dan ayahnya.

saya tahu jawapan-jawapan yang saya berikan padanya mungkin tidak sesuai dengan apa yang sebenarnya sedang bermain di fikirannya....namun satu hal yang saya tahu ialah saya perlu mengatasi masalah yang sedang dihadapinya dan tidak boleh mengambil mudah...

Kita yang dewasa menyedari risiko yang terpaksa kita lalui apabila memilih jalan perjuangan ini...tetapi pada masa yang sama nasib anak-anak kecil ini perlu terus ada pembelaan sekiranya sesuatu berlaku kepada ibu dan ayah mereka.....memang mereka memahami perjuangan yang dilalui..namun mereka tetap akan merasa tidak selamat dan memikirkan sesuatu yang buruk yang bakal menimpa kedua ibu bapa mereka....

No comments: