Thursday 24 June 2010

Himpunan Mansuh: Waran tangkap dikeluarkan...Jangan la tangkap lagi.

Hari ini bermula buat kali pertamanya perbicaraan kes tangkapan 29 orang peserta Perhimpunan Aman, 'HIMPUNAN MANSUH' bagi membantah mendesak akta ISA dimansuhkan.

Seramai hampir 600 orang telah ditangkap pada hari kejadian, ramai juga yang ditangkap awal lagi sebelum perhimpunan dijadualkan bermula, termasuk kumpulan saya dan rakan-rakan yang lain.

Pemandangan di tempat kami 600 orang yang telah ditangkap diletakkan sementara pada 1hb Ogos 2009.

Dari sejumlah 600 orang tersebut cuma kira2 dalam 60 orang yang telah disumbatkan ke dalam penjara baru Bukit Jalil yang lainnya telah dibebaskan. Dari jumlah 60 orang tersebut pula, hanya 29 orang yang telah didakwa di Mahkamah, dengan yang lainnya telah dibebaskan oleh Majistret di perbicaraan permohonan reman yang dijalankan di sebuah bilik di Penjara Bukit Jalil.

Gambaran kami yang tidak puas hati dengan sikap polis yang menipu ini..dia kata peguam kami tak kesah pun, tak ada peguam kami yang datang bila kami mohon untuk jumpa peguam yang dah ada diluar..bila dia dah tak boleh berhujah dan kalah sebab dia meniupu dia kata saya tak betul macam orang gila

Setelah beberapa kali sebutan kes dijalankan Hakim menetapkan hari ini bermulanya perbicaraan walaupun pada tarikh sebutan kes dijalankan sudah sedia maklum bahawa pihak Pendakwaraya belumpun menyediakan dokumen kepada pihak peguambela.

Hari ini kami yang didakwa telah hadir di Mahkamah tepat pada masanya dengan ada juga yang datang lewat. Kelewatan pihak OKT walaupun seorang akan menyebabkan kes terganggu dan terhalang. Kes terpksa ditangguh beberapa lama.

Perut lapar...terpaksa ditahan...banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam mahkamah selain duduk dan mendengar..Sebagai selingan hari ini dapat khabar berita siling di kafe mahkamah pula runtuh dan runtuh lagi akibat kebocoran....

Inilah ujian yang sering perlu dilalui...menunggu dan menunggu....memang payah apabila ramai OKT yang terlibat. Pihak DPP pula tidak memberikan peluang yang mudah untuk yang tidak mematuhi peraturan. Siapa yang gagal hadir akan dimohon supaya waran tangkap dikeluarkan. Maka setiap orang OKT sentiasa harus mematuhi segala peraturan untuk menjaga kebaikan diri lebih-lebih lagi rakan OKT yang lain yang cuba sedaya upaya berdisiplin.

Buat persembahan isi masa luang...

Seorang dari kami OKT telah melanjutkan pelajarannya ke Yaman maka sudah tentu beliau tidak hadir, dan DPP membuat permohonan agar waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kerana tidak mengikut prosedur mahkamah untuk memohon pelepasan bagi ke luar negara untuk satu tempoh masa.

Teringat saya nasib Adik Faiz, OKT Kuala Kangsar bersama suami saya yang ditangkap di Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009. Beliau mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke Jordan selepas ditangkap. Peguambela membuat representasi khusus di Mahkamah agar beliau diberi pelepasan selama dua tahun untuk melanjutkan pelajaran. Permohonannya telah ditolak dan beliau gagal melanjutkan pelajaran ke luar negara..namun tidak bermakna beliau tidak boleh teruskan pengajiannya, rezekinya masih di bumi yang tercinta.

Sebahagian teman selokap kami yang dibebaskan sehari awal dari kami...saya, cikgu laila, aiman, kak yat dan kak salma bermalam semalam lagi dan didakwa di mahkamah.

Syukur...untuk kes adik yang sedang berada di Yaman, penjaminnya telah dipanggil ke hadapan dan Hakim mendapatkan penjelasan. Ustazah Nuridah yang duduk di sebelah saya tidak henti-henti berdo'a dengan menyebut nama-nama Allah yang Maha Tinggi, Mulia dan Berkuasa. Alhamdulillah, keputusan yang baik berpihak kepada OKT.

Masih ada 3 orang OKT yang gagal hadir pada awal pagi tersebut, maka peguam memohon agar kes ditangguhkan kerana kes ini harus dibicarakan sekali dengan semua OKT hadir.

Suami bersama penyokong yang menanti memberi sokongan kepada kami di perkarangan Penjara Bukit Jalil...ketika ini kami tidak tahu di mana anak kami Ammar yang juga ditangkap dipenjarakan...siksanya jiwa...

Peguambela juga memaklumkan kepada Hakim bahawa dokumen yang diperlukan untuk menjalankan perbicaraan kes ini belum mereka dapati dari pihak Pendakwaraya dan disokong oleh semua peguambela bagi 29 orang OKT dengan hujah yang sama.

Maka kes ini terpaksa juga ditangguhkan ke satu tarikh yang lain iaitu pada 7-9hb Julai dengan syarat Pihak Pendakwaraya perlulah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Jangan terus menganiayai kami dengan hanya tahu menangkap, sumbat dalam penjara, buat tuduhan dan fitnah yang tidak berasas, tetapi akhirnya semuanya hanya rekaan semata.

Di dalam truck polis...panas berbahang...merenung masa hadapan...

Perhimpunan Aman lagi

3 hb Julai..bakal tiba dengan satu lagi perhimpunan aman yang telah dirancang bagi membantah pemberian Lesen Judi oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Aiman Athirah sahabat yang sama-sama saya ditangkap dalam kes Mansuh juga kes PROTES yang masih di dalam perbicaraan berkata...."Macam mana ni kak...serik la kena datang ke mahkamah ni"

Memang bunyinya macam orang putus asa dan keletihan...tetapi sebenarnya kami tak suka ditangkap...tapi...siapa yang suka ditangkap??..adakah orang yang suka ditangkap???.....persoalannya juga..kenapa mesti tangkap.....soalan yang tiada kesudahan...

Bicara saya pada Aiman " 3hb Julai ni..kita kena berhimpun lagi....takkan pula kita tidak mahu turun berhimpun sebab 'takut ditangkap'...Ini jalan yang kita pilih..."

Aiman menyambung lagi sambil tersenyum meleret..."Kita lari nak kak, kalau polis nak tangkap kita...."

Jawap saya.."Ha...ini baru betul jadi kes seperti kes PROTES kita, Inspektor Anand tuduh kita cuba melarikan diri bila ditangkap....".....ha...ha....kami gelak bersama-sama....

Akhirnya saya katakan pada Aiman...sambil menunjuk jari ke arah muka..."Kita pakai purdah nak tak Aiman".....ha...ha....sekali lagi kami ketawa membuang rasa jemu, bosan dan marah dalam hati sebab sentiasa perlu tunggu dan terus menunggu....

Moga Allahh tetapkan hati-hati kami di landasan yang benar yang telah kami pilih dan menghitungnya sebagai pahala amal yang bakal menaglir juga kepada ibu bapa kami yang telah melahirkan kami ke dunia untuk menjadi golongan yang menentang segala kezaliman bagi memastikan anak-anak dan generasi yang bakal dilahirkan oleh anak-anak kami dan kita semua hidup dalam dunia yang benar-benar selamat dari pemerintah yang ZALIM.

Ha..ha...Aiman dalam mood tidak puas hati dan marah sambil merenung kad pengenalannya..gambar ini mungkin boleh jadi bukti bahawa ada kad pengenalan bersama kami kerana polis membuat tuduhan bahawa kami tidak mempunyai kad pengenalan diri ketika diminta..alasan sebenar kami ialah kami tidak mahu memberikan IC kami pada polis yang tidak beruniform..tah siap pula dia...kami nyatakan kami akan tunjuk IC dan beri maklumat yang dikehendaki...tetapi polis itu mengugut untuk mendakwa kami dan memang benar, saya, aiman, dan Cikgu Laila didakwa di mahkamah dengan satu tuduhan tambahan dari yang lainnya.

Ironinya ialah, Kak Salmah dan Kak Yati yang ditangkap bersama kami telah menyerahkan IC mereka kepada polis, namun setelah dibebaskan IC mereka tidak dipulangkan dan tidak tahu di mana. Mereka telah membuat laporan polis...dan kalau anda nak tahu...HARI INI DI MAHKAMAH BARU SEORANG POLIS YANG BERNAMA YANTI DATANG MEMBERIKAN IC MEREKA BERDUA!!!!!

Gambaran dari dalam truck...kami 'diseksa' dan 'dihukum' dengan dikurung dalam truck berjam-jam kerana kami tidak menyerahkan IC kami..kami solat Zuhur di dalam truck ini....kenangan......

Wednesday 23 June 2010

"Mengapa Kerajaan BN Berbohong" drmaza.com.

Merujuk kepada entri saya yang baru lepas,,,,,,,syukur dah keluar satu kenyataan tegas dari mereka-mereka yang dituduh oleh Kerajaan BN melalui agen-agen pencacai mereka tentang kaitan beberapa individu dan pertubuhan dengan kumpulan keganasan dan Wahabi...

Bagus...memang benarlah Kerajaan BN suka berbohong demi mematikan isu yang akan mematikan dan menguburkan mereka dengan lebih cepat lagi...

dipetik dari sini.

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010

Takutnyaaaaaa........

Ya Allah, apa cerita semua ni..saya dah baca tentang isu ni sejak hari Khamis minggu lepas kalau tak silap saya bila terlihat muka hadapan New Straits Time.

Pelik rasa hati..apa pasal perkara ni dibangkit-bangkitkan lagi. Nak bom sana nak bom sini....teringat la pulak cerita-cerita dan sangkaan bodoh Ketua Perisik ZIONIS tempatan ni.

Memandangkan isu bodoh yang dibangkitkan oleh pakar perisik negara yang dikatakan sangat intelligent sukalah saya memaparkan kembali apa yang pernah saya tulis ketika 10 orang warga asing ini ditangkap dan berkaitan dengan perjumpaan GMI dengan pihak Kementerian Dalam Negeri

boleh baca di sini.
.
...................................................................................................

"Puan mana tahu apa aktiviti suami Puan, kami tahu beliau aktif dan kalau ikut saya saya tidak akan membebaskan suami Puan"

"Tahu tak kalau kita tidak menggunakan ISA, entah entah akan ada banyak letupan di sana sini di Malaysia ini".

"Nordin Mat Top tu kalau tak ditangkap dan tidak mati, dia dah plan nak letupkan Singapore Causeway!!!"

Seorang lagi tu Ahmad Kamil tu dah merancang nak letupkan satu bangunan di Kuala Lumpur....

Oh My God!!! Hebat orang Malaysia ni.

"Kesian anak-anak dia yang kecik-kecik lagi". Begitulah lebih kurang yang keluar dari mulut seorang Ketua SB yang bernama Dato' Fuzi ni...
.............................................................................................

Ni la muka-muka agen perisik dalam negara yang suka hati menuduh orang nak bom sana bom sini tanpa bukti.....sssshhhh...takut gak saya...tapi saya puas hati dapat menuding jari di muka dia...jauhla....

Sekarang dah join seorang lagi pulak yang jadi pakar dalam perisikan ni dan kemungkinan besar untuk menghalalkan penggunaan akta yang zalim ni dengan menuduh-nuduh dan membuat fitnah kononnya hendak melakukan keganasan..paling malang dan memalukan apabila dianya adalah tokoh agama!!!

Siapa dia????...

Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin . Beliau memberikan penerangan tentang JI dan Wahabi yang dikaitkan dengan keganasan!!!! Baca di lampiran berita di bawah.

Apa yang nak ditakut-takutkan sangat pada rakyat tentang isu JI dan Wahabi ni..pelik dan geram betul rasa hati.

10 orang warga asing yang dituduh sebagai Wahabi atau JI ni dah selamat dihalau pulang ke negara mereka masing-masing. Setelah mereka dizalimi di bawah akta zalim ISA selama lebih dari sebulan. Kini di negara mereka mereka bebas terutama sekali bagi warganegara Nigeri, suami kepada Bashirah dan Khaleeda yang banyak berhubung dengan kami sehingga kami menguruskan segala keperluan mereka untuk pulang.

Begitu juga ahli keluarga Sheikh Aiman, semuanya telah selamat pulang ke tempat asal mereka dengan bantuan rakan-rakan yang prihatin dengan nasib mereka yang tidak pernah dibuktikan bersalah.

Tu dia depa ni...habis semua depa dok kaitkan dengan Wahabi...tak dak kerja lain ka si Zamihan ni....

Saya yakin kalau tanya bekas tahanan ISA tentu banyak cerita rahsia dari balik tembok Kem Tahanan Kamunting untuk diceritakan tentang si Zamihan ni...

Apa cerita la pulak tentang Dr Asri yang dikhabarkan nak masuk UMNO Jumaat ni...kalau masuk UMNO selamat ke dia dari ISA??????

JI briefing: 'Asri, Hadi linked to Wahhabism'
(http://www.malaysiakini.com/news/135269)

Another high-level briefing was held at the Bukit Aman federal police headquarters last night as part of efforts to send out the red alert amongst the government's senior echelon on the Jemaah Islamiah (JI) threat.

Apart from the movement's terrorist threat, participants at the briefing also heard that JI subscribed to Wahhabism, an ultra-conservative, hardline form of Islam. This sparked fear among some present that a witch-hunt may be on the cards.

Wahhabism, although widely practised in Saudi Arabia, is 'not encouraged' by the Malaysian Islamic institution.

The high-ranking officials attending the meeting – among them the police task force on terrorism, public university vice-chancellors and heads of security departments – were clearly uneasy with what they heard.

This due to the deputy director of the Al-Quran and Core Knowledge of Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin who alleged a link between Wahhabism and several notable Islamic figures in the country.

Among the names mentioned were former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidi, the state's current mufti Juanda Jaya, former Perlis menteri besar Shahidan Kassim and PAS president Abdul Hadi Awang.

PAS denounced the alleged link at a press conference in Parliament this morning, claiming the government was merely using the JI threat as a smokescreen to make the Islamist party a scapegoat in Malaysia's 'war against terror'.

Witch-hunt fears

Zamihan had also linked the radical Middle Eastern Islamic school of thought to local NGO Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), causing more uneasiness among the officers who were present at the briefing.

"We don't want this to turn into a witch-hunt," said a source who had attended the briefing.

The source also complained that the briefing by Zamihan, which did not touch on the militant aspects of Wahhabism, may have influenced university administrators unfamiliar with the subject.

"It was essentially a flawed briefing. Simply linking Wahhabism to JI can create panic among those who don't know better.

"And then people can simply accuse their enemies of being Wahhabist, and get them into trouble because of this so-called terrorism links," the source told Malaysiakini.

The police briefing, chaired by Higher Education Minister Mohamed Khaled Nordin (right) , was the second one on the JI threat in public universities.

News of the threat broke out last week after Inspector-General of Police Musa Hassan revealed that 10 foreigners had been arrested and deported since the beginning of this year under the suspicion of being JI operatives.

Musa said that the foreign suspects were trying to recruit 20 to 30 university students to join their group.

Local targets planned

Jemaah Islamiah is a militant Islamic group that has claimed responsibility for the 2002 Bali bombings (below), the 2004 bombing of the Australian embassy in Jakarta and the bombing of the JW Marriot Hotel also in Jakarta in 2003 all of which took more 300 lives.

They are also suspected to be involved in several other terror attacks across South East Asia.

The group is on the UN's list of terrorist organisations with links to the Al-Qaeda.

JI was recently reported to have been planning to blow up the Kek Lok Si Temple in Penang as Justify Fullwell as the Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Hindu temple at Batu Caves.

Tuesday 22 June 2010

PENJARA PUDU 1895-2010 DAN SAYA MENGHUNINYA!!!

Gambar Kenangan dari album kami di Penjara Pudu.

Sempat juga bergaya tu.....


Jeriji Besi memisahkan ruang legar tempat kami lepak sebelum dimasukkan ke dalam lokap...sekarang sebab dah diruntuhkan..ianya bukan rahsia lagi...

Ini di ruang legar sebelum dimasukkan ke dalam lokap yang sebenarnya...letih sangat semua terbaring seadanya.


Malam ini pada jam 10 malam tembok Penjara Pudu benteng pertama dan terakhir akan dirobohkan. Rupanya ramai yang bernostalgia dan bersedih dan kesal dengan peristiwa ini.

Bagi kebanyakan mereka yang bersedih dan kesal kerana ianya adalah satu sejarah, lambang sejarah dan warisan walaupun ianya menempatkan orang-orang yang dituduh dan didakwa telah melakukan kesalahan.

Sayangnya Menteri di Malaysia memandang tempat ini sebagai sesuatu yang tidak ada faedahnya.
gambar dari Fan Page 'Pudu Jail Do You Remember'

Tidak mahu saya mengulas panjang tentang ini, dan saya juga sekiranya tidak membaca keluhan-keluhan rakan-rakan di Facebook, Twitter dan blog, mungkin saya juga tergolong di dalam rakyat yang tidak tahu dan tidak ambil tahu.

Penjara Pudu mempunyai kesah nostalgianya yang tersendiri pada diri saya, suami, anak-anak dan kawan-kawan, kerana siapa sangka, saya sendiri jauh dari dapat menduga bahawa nama saya terpahat dalam senarai penghuni penjara Pudu!

Ketika kami dipenjarakan, anak-anak, suami dan kawan-kawan berdemonstrasi setiap masa. Asiah anak yang kecil ketika itu berumur 7 tahun...tidak dapat ditafsirkan perasaannya dan anak-anak yang lain..namun dari maklumat kawan-kawan bukan main lagi dia bersemangat berdemonstrasi. Ketika ada yang hendak pergi solat dia beria katakan yang dia mesti solat sebab nak berdo'a untuk umminya.

Saya dan 44 yang lain tiba di perkarangan Penjara Pudu pada jam lebih kurang 3 pagi 27hb Januari 2008. Kami semua kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap pada jam hampir masuk waktu subuh.

Lansung tidak dapat menerima kenyataan itu, tidak pasti apa perasaan sebenar yang bermain dalam fikiran kami semua.

Saya, Nora, Aiman Athirah, Azi, Fatimah, Mai Suharah, Ginie, Saraswathy, Vijaya, Kogi dan seorang lagi lupa pula namanya. Kami semua tahanan politik wanita disumbatkan di dalam satu sel.

Perkara pertama yang sangat saya takuti dan cuak sebenarnya ialah tentang kesah-kesah yang pernah saya dengar tentang betapa kotornya tandas penjara dan betapa ianya tiada dinding menutup aurat!....Ya Allah itulah satunya perkara pertama yang menjadi tandatanya...bagaimana nak memijak kaki di lantai tandas yang kotor....eeeeuuuuuuu.....

Kami melepasi syarat untuk ditanggal pakaian dan memakai baju lokap kerana kami membantah bahawa kami bukannya banduan!!!. Seperkara lagi kami juga membantah apabila warden penjara menjerit kepada kami untuk masing-masing bertinggung di atas lantai. Sekali lagi kami jelaskan yang kami bukannya banduan. Alhamdulillah kami lulus dua saringan tersebut.

Oleh kerana kami tiba di dalam lokap sebaik azan berkumandang kami memohon untuk ke tandas mengambil wuduk dan membersihkan diri ala kadar dengan barang keperluan penjara yang diberikan. Berus gigi separuh batangnya, sebutir kecil sabun dan satu tuala good morning.

Oh..lupa untuk dinyatakan bahawa syarat khusus masuk penjara ialah anda dicabut nikmat dari memakai kasut.

Kami memohon menggunakan tandas warden, Alhamdulillah dibenarkan maka ianya bersih...Syukur!!!

Kami mengambil wuduk dan solat berjamaah, terasa syahdunya, membaca mathurat beramai-ramai, airmata mengalir deras.

Rakan-rakan bukan muslim sudah masuk ke dalam sel, kami menyusul kemudiannya memasuki ke dalam sel dengan melalui banyak sel-sel lain di kiri dan kanan...kejutan budaya melihat cara pakaian mereka dan kami beristighfar berkali-kali dengan pandangan yang sungguh menjolok mata.

Kami masuk ke dalam sel dan mencari ruang untuk melabuhkan diri di celah rakan-rakan yang nampak nyenyak tidur...saya cuba melelapkan mata namun gagal. Kesejukan simen begitu menggigit hingga ke tulang-tulang, bingkas bangun dan duduk bernasyid dan bernyanyi sendirian. Saya tidak keseorangan dan disambut dengan merdu suara Aiman Athirah.

Kami menyanyikan lagu-lagu yang mendidik jiwa dan nasyid perjuangan....keenakan semua dibuai mimpi dan kesyahduan perasaan saya dan Aiman terusik dengan bauan yang menusuk hingga ke kerongkong dan menyesakkan dada....hancing sekali. Rupanya sel kami letaknya betul-betul berhadapan dengan tandas dan waktu itu ialah masa di mana semua tahanan yang lainnya 'dilepaskan' untuk ke tandas.

Rupanya mereka mempunyai masa yang tertentu sahaja untuk ke tandas, sekiranya tidak tahan maka mereka membuang air di dalam plastik atau mungkin terbarai di mana sahaja.....

Terlalu banyak lagi kesah yang pernah saya rakamkan sebelum ini....maka kali ini saya ingin sekali berkongsi tentang kesah hantu di dalam salah satu sel, yang sebenarnya terletak betul-betul juga berdekatan sel kami.

Kesah hantu ini diceritakan oleh salah seorang warden. Lebih kurang ceritanya banduan itu adalah banduan akhir. Dia pandai melukis dan suka melukis. Beliau melukis satu potret wajah di dalam selnya. Saya tidak lagi ingat jalan ceritanya samada beliau membunuh diri atau dia dihukum bunuh. Cerita warden tersebut, apabila malam menjelma dan bila suasana gelap potret wajah tersebut akan menjelma dan bercahaya seolah hidup. Mereka sering nampak bayang-bayang berkeliaran dan wajah yang 'glowing' di dalam sel tersebut.

Warden-warden disitu mengajak kami untuk pergi sendiri melihat. Tak silap saya semua kawan-kawan saya pergi mengikut warden dan lihat sel tersebut, kecuali saya...saya memang penakut. Khabar mereka kepada saya memang benar mereka melihat wajah yang bercahaya tersebut.

Pada malam tersebut kebetulan rakan-rakan kami yang lain ramai yang telah dibebaskan oleh majistret kecuali saya, Aiman, Mai Suharah, Azi dan Fatimah. Maka pada malam keduanya kami memohon untuk tidur di luar sel kami. Kami memohon untuk tidur di ruang yang terbuka betul-betul di hadapan pintu lokap yang di hadapan. Kami membentangakan kain yang ada sebagai alas dan kami berlima mula mengambil tempat tidur masing-masing. Saya dengan cepat memastikan agar saya dapat di ruang yang tengah dan Aiman tidur di tepi saya.

Memang saya benar-benar gerun dan takut sekiranya saya terjaga sendirian di waktu malam. Syukur saya tidur dengan lenanya hinggalah ke waktu Subuh, cuma Aiman menegur saya kerana saya telah menolak semua orang jauh ke tepi!!...Terbawa kesah hantu dalam mimpi mungkin.

Cukup ini sahaja kesah dari saya buat malam terakhir tembok Penjara Pudu yang mungkin sedang diruntuhkan...banyak lagi yang telah dikesahkan...mungkin patut saya bukukan.....

Forgotten Memories - Pudu from fatul ghazali on Vimeo.

Thursday 17 June 2010

Kepulan Awan yang cantik di langit : di pagi Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri.

Tidak pula saya peka tentang keindahan awan yang memayungi bumi pada pagi tersebut....memang sering juga melihat kepulan awan sebegini memayungi bumi, cuma tidak berpeluang 'menangkap' panoramanya....kini secara tidak disengajakan ianya terpapar di beberapa imej yang sempat diambil disekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri...jadi dari ianya tersimpan di dalam 'hard disk' komputer peribadi keluarga ummu asiah lebih baik untuk dipaparkan keindahan alam ciptaan Allah kepada semua yang hadir di blog ini.


















Wednesday 16 June 2010

Mesti Runtuhkan,Hancurkan, Hapuskan Kerajaan yang habiskan wang NEGARA!!!

KEMBARA PUTIK-Kuala Terengganu-Gombak


Pulang dari Muktamar PAS ke 56 di PUTIK Kelantan, kami mengambil peluang mengambil jalan Pantai menuju ke Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Satu pilihan yang amat baik buat kami yang sudah lama tidak dapat berpeluang berjalan jauh 'makan angin'.

Tidak berpeluang untuk bercuti dan berehat di tepian mana-mana pantai yang indah maka kami ambil keputusan untuk berhenti di beberapa pantai untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah tanpa di'eksploitasi' oleh mana-mana pihak lagi atau 'dikotori' dengan pemandangan adegan yang tak ingin anda lihat.

Memang sungguh indah dan masih bersih...puas mata memandang walau hati berbisik tidak puas menikmati keindahannya.

Maka perjalanan kami diteruskan dengan memerhatikan semua keindahan alam yang ada sepanjang jalan dan apa-apa tanda atau mercu tanda yang menarik perhatian dan menambah pengalaman dan pengajaran.

Melayu BANGKIT????

Sampai di persimpangan Pekan Marang kalau tidak silap saya, di pagar Bangunan UMNO yang tersergam itu terlihat banner yang menarik hati kami. Tidak sudah-sudah dan tidak habis-habis dengan sifat perkaumannya. Melayu mana yang masih tidur dan tak bangun-bangun ni???

Namun keesokan harinya mendapat maklumat bahawa program tersebut tidak mendapat sambutan atau tidak jadi dilaksanakan.

Perjalanan kami diteruskan dengan memasuki Kuala Terengganu, dari atas jambatan yang menghubung ke pekan Kuala Terengganu kelihatan di sebelahnya Masjid Kristal yang menjadi sebutan ramai. Tidak pula timbul keinginan untuk ke sana, dan tidak pula sempat untuk mengambil gambar, lihat sahajalah kerlipan kristalnya yang malap itu.

Runtuhan

Secara tidak disengajakan dari jauh kelihatan satu bangunan yang tersergam dan papan tanda menunjukkan Stadium Terengganu...Subhanallah, memang terpegun melihatnya...terbayangkan kekuasaan Allah dalam runtuhan bangunan Stadium tersebut.

Kalau di Acheh dan kawasan lain di dunia, pemandangan sebegini hanya dilihat apabila berlakunya gempa bumi berskala besar atau ribut taufan malah dalam tanah runtuh, namun di Malaysia bencana Allah adalah akibat sifat tamak manusia, tipu helah, rasuah dan tidak mementingkan hak orang ramai terutama rakyat kebanyakannya. Sungguh tragis, sungguh sedih, sungguh pilu. Namun perasaan yang lebih layak untuk menyatakan rasa hati ini ialah perasaan benci dan marah yang meluap-luap dengan apa yang berlaku di depan mata dengan apa yang cuba disembunyikan oleh pihak pemerintah yang berkuasa. Yang terus-terusan membaham semua harta negara seumpama milik mereka.

Saksikan sendiri gambar-gambar di hadapan mata. Pemandangan ini pernah dilihat di dalam akhbar dan internet, namun apabila ianya dilihat dengan mata kepala sendiri ianya adalah sebuah pandangan yang sungguh berbeza. Kita melihat dengan mata dan berfikir dengan hati dan perasaan yang benci akan apa yang menyebabkan ianya berlaku.

Asiah anak kami yang bongsu juga terpegun dengan apa yang dilihat di depan matanya. Apakah sanggup kita membiarkan anak-anak kita hidup dengan masa depan yang gelap dan penuh dengan pelbagai jenis keruntuhan??????......bukan sahaja keruntuhan senibina manusia malah paling menakutkan keruntuhan akhlak dan tidak takut dengan hari pembalasan, akibat dari sikap tidak prihatin pemerintah.



Bangunan Stadium ini sekiranya kerajaan tiada niat untuk memperbaikinya...eloklah dijadikan sebagai sebuah monumen lambang keruntuhan kerajaan Barisan Nasional hasil dari sikap mereka yang boros dan perasuah!!!!

Juta-juta macam lekat celah gigi saja agaknya.

Rakyat kini harus didedahkan dengan perkara sebegini. Bukti di depan mata bahawa mereka yang bertanggungjawab membina Stadium ini adalah tidak amanah, perasuah dan macam-macam lagi perkataan buruk yang selayaknya dilontarkan kepda mereka. Kini kita dimaklumkan pula bahawa mereka jugalah salah satu kontraktor yang membina ISTANA NEGARA yang kini dilaporkan kos pembinaannya melonjak ke angak RM811 JUTA dan kos awalnya di tahun 2006 RM400 JUTA (angka ini pun tidak layak untuk diletakkan di hadapannya dengan perkataan HANYA)

KUALA LUMPUR: Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mungkin terancam jika kerajaan terus membenarkan Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad menjadi kontraktor utama membina istana baru di Jalan Duta, di sini.

Ini kerana syarikat itu merupakan kontraktor utama yang bertanggungjawab dalam pembinaan Stadium Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang menelan belanja RM280 juta, namun runtuh hanya selepas 10 bulan digunakan pada tahun lalu..

baca di sini.

Parlimen Baru

Dari maklumat yang dibaca juga KERAjaan juga bercadang membina Bangunan Parlimen yang baru dengan anggaran kosnya ialah RM800JUTA!!!! Baca di sini.

Apa lagi nak dikata...sanggupkah kita melihat wang berjuta dileburkan dan dimusnahkan sebegitu sahaja...

Bangun dan lawan...tapi bagaimana?????

Keresahan dan kebencian hilang seketika bila menyaksikan keindahan alam yang pada pandangan mata hanya percuma tanpa Pemiliknya meletakkan sebarang bayaran hanya terus tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.

Tuesday 15 June 2010

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri : Gambar-gambar sekitar Solat Jenazah.

Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai....baca kesahnya di sini.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Pintu Gerbang Markaz Tarbiyyah Taman Melewar


Tetamu dari luar negara

Tuan Subky Latif, seperti yang diceritakan oleh isteri beliau, Puan Naznah Taha, mereka bertiga bertolak dari Kota Bharu bertiga dan Allahyarham Ustaz Hassan Syukri memandu dari Kuala Krai hingga ke Kuala Lipis dan kemudiannya mengadu sakit dada.

Suasana di jalan hadapan Markaz sebaik jenazah dibawa pergi untuk dikebumikan.

Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.

Orang ramai bergerak keluar sebaik selesai solat jenazah.

Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong-DAP turut kelihatan hadir memberi penghormatan-ahli politik veteran. Semuanya kini merasakan keindahan bekerjasama dan bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.

DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah.

Tuan Guru berjalan keluar sebaik selesai solat jenazah. (pemandangan di bahagian tepi-pintu utama Markaz Taman Melewar dulunya-nampak gah kini)



Tuan Guru duduk sebentar sementara menanti solat Jenazah bermula. (sila klik gambar ini untuk dibesarkan dan kelihatan Tuan Guru tidak dapat menahan sebak dan sedihnya)

Jenazah diusung beramai-ramai keluar dari rumah untuk disembahyangkan.

Bersiap sedia menanti jenazah diletakkan di tempatnya untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Tuan Presiden PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan masuk menuju ke rumah Allahyarham. Terbaca di Tweeter Tuan Guru, semalam beliau masih punyai satu program pelancaran satu majlis di Kelantan, dan beberapa hari sebelumnya sebagaiamana ramai yang lain penuh dengan aktiviti di Muktamar PAS yang ke 5. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepadanya.

Kelihatan Markaz Taman Melewar yang dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah Kolej.

Di hadapan rumah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri.

Memenuhi ruang jalan di sepanjang jalan masuk ke Markaz Taman Melewar dan ke rumah Allahyarham.


Dr Lo' Lo kelihatan bersama Muslimat dan teman Nisa' Izzah Halim...semua ni masih muka penat bertugas di Muktamar.

Dr MAZA tiba dan dibawa masuk ke dalam rumah untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.