Saturday 31 July 2010

POLIS Jangan ganggu kami!!!

"Kak Nashita, saya rasa you cuma ambil-ambil gambar saja, tak mahu ditangkap lagi" kata adik Nalini setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA kepada saya ketika saya menghantar barang-barang untuk persediaan kami mengadakan Candle Lite Vigil serentak di 8 buah tempat di seluruh negara.

"Ya lah Nalini, penat lah kena pergi Mahkamah, buang banyak masa" jawab saya mempersetujui cadangan Nalini.

"Tapi kita juga nak bersama tunjukkan solidariti, tapi janganlah tangkap kita" sambung lagi hujah saya pada Nalini.

Ketika kami bermesyuarat kali terakhir di tapak tempat Vigil yang bakal diadakan pada 1 hb Ogos adik Temme dari SUARAM Suara Rakyat Malaysia menyuarakan pendapatnya "kalau polis nak tangkap tak apa, tangkaplah, tapi janganlah dakwa kita".

Saya bersetuju sangat dengan ungkapan itu, kalau Polis terlalu terdesak untuk membuktikan bahawa perhimpunan yang diadakan adalah 'HARAM' dan sesiapa yang hadir akan ditangkap, okay, fine, okay bagi semua, tangkap semua kami, soal siasat kami mengikut peruntukan yang ada, tapi lepaskan sajalah. Tidak ada apa-apa kesalahan yang kami lakukan atau bakal kami lakukan.

"Membuang masa, sangat membuang masa". Masa kita seolah tidak penting lagi. Tidak ada budi bicara yang dipertimbangkan di pihak OKT.

Bayangkan contoh yang berlaku dalam kes suami saya yang berjalan di Mahkamah Kuala Kangsar. Untuk bulan Julai ini, beliau telah mengambil cuti 13, 14 dan 15 Julai. Kemudiannya mengambil cuti 3 hari lagi 28, 29 dan 30 hb Julai. Sudahpun 6 hari semuanya. Namun untuk 3 hari cuti yang diambil tersebut, perbicaraan yang dijalankan ialah pada 28hb bermula jam 10.25 pagi dan berkahir jam 11.30 pagi. Hari ke 2 bermula jam 9 pagi berkahir jam 10.25 pagi. Sambung semula jam 3.30 petang dan berakhir jam 4.45 petang. 30 hb ditiadakan maka kami pulang semula ke Kuala Lumpur.

Saya hanya tahu untuk meluahkan perasaan mengenai sistem Mahkamah yang perlu kami lalui. Semua OKT perlu ada di Mahkamah jam 8.30 pagi tetapi tidak tahu jam berapa sebenarnya ianya akan bermula. Kebanyakan kes yang pernah saya tempuhi, kebanyakan penangguhan adalah di atas faktor-faktor yang ditimbulkan oleh pihak pendakwaan, maka kami menjadi mangsa.

Menjelang rancangan Gerakan Mansuhkan ISA ingin mengadakan Candle Light Vigil pada 8 malam 1 hb Ogos di Padang Timur Petaling Jaya dan di beberapa tempat di seluruh negara kami sudah mendapat maklumat bahawa Polis sudah mengeluarkan amaran perhimpunan ini tidak dibenarkan dan sesiapa yang hadir akan ditangkap. Malah pihak Polis telah maju setapak daripada biasa dengan menghantar surat dan arahan kepada media agar mereka juga tidak hadir dan memaklumkan kepada orang ramai untuk tidak hadir ke Majlis tersebut.

Makluman yang kami terima juga ialah 3 orang Pesuruhjaya SUHAKAM bersama pegawai mereka telah berjanji untuk hadir bagi memantau dan melihat akan perjalanan perhimpunan ini. Begitu juga pihak Persatuan Peguam, Bar Council akan menghantar ramai ahli mereka sebagai 'monitoring team'.

Perhimpunan ini diadakan sebagai memperingati 50 tahun kewujudan Akta ISA yang zalim di bumi Malaysia sempena tarikh 1 hb Ogos. Ianya sebuah perhimpunan aman dengan semua akan hanya berkumpul dan memegang sebatang lilin setiap seorang dengan sedikit ucapan dan persembahan.

Kenapa pihak Polis mesti takut dan ingin mengganggu perhimpunan ini adalah satu soalan yang sudah ada jawapannya.


Friday 30 July 2010

Apa akan jadi kalau Ketua Polis tidak faham Kanun Tatacara Jenayah?

Adakah benar mereka tidak tahu...lepas tu beri alasan tidak ingat atau mencipta alasan.....

[Di bawah adalah catatan perbicaraan kes yang berlansung pada 28hb Julai 2010 di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Peguambela Tuan Agustine Anthony menyoal balas saksi yang ke 36 iaitu Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar yang bertanggungjawab kepada unit-unit polis yang bertugas menghalang perhimpunan aman yang diadakan di perkarangan Masjid Ubudiyyah dan Istana Iskandariah pada hari Jumaat 6hb Februari 2009 di hari perlantikan Menteri Besar Perak setelah Negeri Perak dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional.

Soal jawab ini juga adalah susulan dari lawatan ke tempat kejadian di sesi yang lepas bertarikh 15hb Julai 2010..baca di sini.]


Soalan: Ada sebut ada bahagian-bahagian(unit) lain di bawah OCPD?

Jawapan: Setuju.

Soalan: Setuju ada dari unit trafik juga?

Jawapan: Setuju.

Soalan: Setuju bahawa bahagian trafik memang arif tentang lorong-lorong dan jalan-jalan di kawasan Kuala Kangsar?

Jawapan: Setuju.

Soalan: Fokus bahagian trafik sebagai 1 unit mestilah arif tentang lorong-lorong dan jalan di situ?

Jawapan: Setuju.

Soalan: Bermakna pejabat Daerah Kuala Kangsar mesti mempunyai peta setiap jalan-jalan dan lorong di Kuala Kangsar?.

Jawapan : Kita memang ada, tapi tidaklah detail hingga ke jalan-jalan yang tidak penting.

Soalan : Tuan punyai kediaman rasmi?

Jawapan : Ya

Soalan: Disediakan kerajaan?

Jawapan: Ya.

Soalan: Memang arif dengan jalan-jalan dan lorong?

Jawapan: Lebih kurang macam tu.

Soalan : Boleh beritahu bahawa semua anggota-anggota dan unit knows all the roads in Kuala Kangsar?

Jawapan: Tidak boleh.

Soalan: Setuju bahawa mungkin ada pegawai polis yang tahu?

Jawapan: Mungkin,saya tak tahu.

Soalan: Berapa orang pegawai yang ditugaskan pada 6 Februari 2009 di Masjid Ubudiyyah dan Istana?

Jawapan: Secara detail tidak boleh beritahu..

Soalan: How many officers? Tak pasti, tak pasti, jadi?

Jawapan: Saya dah jawap Yang Arif.

Hakim: Tak pasti.

Jawapan: Saya bukan tak pasti tapi tak ingat.

Soalan : Mereka dari Kuala Kangsar atau diarah dari kawasan lain?

Jawapan: Ada dari Kuala Kangsar ada dari kawasan lain.

Soalan: Setuju dengan saya orang yang diberi arahan bersurai tidak arif dengan kawasan-kawasan dan lorong-lorong di kawasan Istana dan Masjid?

Jawapan: Mungkin Ya.

Soalan: Rujuk pada P35A dan B, dua rajah kasar. Beritahu berapa jalan yang telah dihuraikan dalam rajah kasar itu?

Jawapan: Bukan jalan utama, ya. Lakaran dibuat Ketua Siasatan Jenayah hanya 1 jalan utama saja.

Soalan : Setuju ada jalan-jalan lain yang dilakarkan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Tuan Mohd Asyraf Syukur, siapa dia?

Jawapan : Ketua Siasatan Jenayah.

Soalan : Sila jelaskan pada mahkamah berapa banyak jalan besar dalam Kuala Kangsar dan berapa lorong seluruh Kuala Kangsar?

Jawapan : Banyak, tapi tak boleh ingat nama.

Soalan : Banyak lorong tapi tak ingat namakan? Dari Bulatan ke Masjid Ubudiyyah ke Istana Iskandariah berapa banyak jalan dan lorong?

Jawapan : Banyak jalan tapi detail tak tahu?

Soalan : Tuan OCPD beri arahan pada unit yang tanggungjawap, ada tak beri arahan supaya bersurai dan beri arahan bersurai mengikut satu jalan yang khusus?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Tuan OCPD sendiri tak tahu adakah mereka beri arahan pada mereka yang berhimpun bersurai mengikut jalan-jalan yang tertentu?

Jawapan : Tak tahu.

Soalan : Setiap arahan yang diberikan hanya bersurai saja?

Jawapan : Surai saja dengan serta-merta tapi tak sebut jalan.

Soalan : OCPD arif bahawa ada kawasan letak kereta di Masjid?

Jawapan : Arif.

Soalan : Tujuan letak kereta ialah supaya orang boleh letak kenderaan sebelum sembahyang atau sebelum lihat tempat?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Kawasan sekitar istana juga ada tempat letak kenderaan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Pada 6/2/09 OCPD tahu berapa tempat telah diblock oleh polis?

Jawapan : Ada beberapa tempat termasuk tempat letak kereta Istana, kawasan roundabout, jalan besar.

Soalan : Masjid Ubudiyyah?

Jawapan : Tak buat.

Soalan : Setuju dengan saya di kawasan Masjid Ubudiyyah PORU buat sekatan?

Jawapan : Tak, kenderaan masih boleh berjalan. Tak ada benteng sebab masih boleh bergerak, dekat Istana ada, di bawah ada.

Soalan : Dari kawasan roadblock Masjid ke Istana ada sepanjang masa tu gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke arah orang ramai?

Jawapan : Ya dari jam 2-3 petang.

Soalan : Ada tak polis tembak gas pada orang ramai?

Jawpan : Saya hanya serang di tempat yang tertentu masa tertentu dan bukan bertalu-talu.

Soalan : Di bulatan, kawasan Istana, kawasan tertentu. Setuju ada gas di Masjid Ubudiyyah?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Orang ramai yang ada datang ke Masjid adakah tahu bagaimana mereka yang datang?

Jawapan : Ada naik kenderaan dan jalan kaki. Ada kereta, van, lori, pacuan 4 roda dan pelbagai lagi.

Soalan : Setuju dengan saya orang-orang yang datang memang yang letak kereta di masjid dan di sekitar kawasan itu?

Jawapan : Tempat letak kereta Masjid dan kawasan lapang.

Soalan : Adakah Tuan OCPD tahu ramai datang naik kenderaan letak di Masjid tak dapat keluar kerana banyak aktiviti di depan situ?

Soalan : Arahan surai yang dikeluarkan oleh polis ke lorong kawasan sekitar tak dikenali, adakah boleh bersurai kalau letak kereta di Masjid?

Jawapan : Tidak, arahan bersurai polis arah bersurai mereka keluar terpulang pada mereka akan keluar atau tidak.

Soalan : Ramai terkandas di perkarangan Masjid?

Jawapan : Tak setuju.

Soalan : Setuju kemungkinan mereka yang terkandas tak dapat keluar sebab aktiviti depan masjid?

Jawapan : Kalau kemungkinan, saya tak boleh jawap.

Soalan : Ada sebutkan tak ada permit.

Jawapan : Tak tekankan keperluan permit untuk sembahyang.

Soalan : Orang yang kumpul untuk sembahyang tidak wajib sebarang permit ?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Anda tahu siapa hadir untuk solat dan siapa untuk berhimpun?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : ada tak pada hari itu atau sebelum disyaki kemungkinan akan ada 1 himpunan?

Jawapan : Kita tak syaki tapi kita ambil langkah berhati-hati.

Soalan : Ada anda ada professional instinct bahawa orang akan kumpul hari itu di situ?

Jawapan : Memang percaya sebab hari itu Jumaat, kalau ada function memang biasa ramai tanpa gangguan.

Soalan : Exactly Tuan OCPD beri taklimat berapa orang polis hadir?

Jawapan : Tak ingat.

Soalan : Semua government people mesti ada rekod?

Jawapan : Saya dah jawab tak ingat.

Soalan : Specific berapa orang?

Jawapan : Tak ingat.

Soalan : Ada list mereka semua?

Jawapan : Ada.

Soalan : Saya cadangkan yang hadir adalah polis maka polis ada maklumat yang orang akan berkumpul di situ?

Jawapan : Saya tahu akan kumpul sebab waktu solat Jumaat.

Soalan : Itu awak dah jawab, soalan saya adakah awak ada buat permohonan dalam mahkamah pada hari itu atau sebelum itu?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Sek 83 dalam Criminal Procedure Code, adakah Tuan OCPD tahu?

Jawapan : Tak ingat, Yang Arif.

Soalan : Pada lebihkurang jam 12 lebih bila orangramai kumpul adakah Tuan buat sebarang permohonan di bawah S 83 CPC?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Rujuk gambar P 89 Setuju keadaan pada 6hb ada sedikit kucar kacir?

Jawapan : Memang kucar kacir.

Soalan : So setuju ada state of urgency?

Jawapan : Ya

Soalan : Adakah Tuan buat sebarang permohonan di Mahkamah mengikut seksyen di bawah CPC ?

Jawapan : Kalau tanya pasal seksyen.......

Soalan : If you do not know i will explain...Soalan saya adakah Tuan buat permohonan, kalau kata tak tahu saya akan explain. Please record Puan.

Jawapan : Bukan tak tahu, tapi tak ingat.

Soalan : Soalan saya, adakah permohonan, jawapan?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Setuju tugas Tuan OCPD berasaskan pada Chief Commandant?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Sekarang ada orang atasan pada hari itu yang memakai uniform dan beliau beri apa yang disebut sebagai lawful command adakah perlu ikut, obliged to follow or not?

Jawapan : Tidak semestinya.

Soalan : Are you under duty to comply if your superior give a lawful command, adakah patut ikut atau tidak turut?

Jawapan : Di mana-mana tempat?

Soalan : On that day.

Jawapan : Tidak semstinya.

Soalan : Tadi beri keterangan tugas ialah untuk beri arahan kepada ketua-ketua unit, beri arahan pada unit-unit untuk lakukan tugas masing-masing?

Jawapan : Ya.

Soalan : Adakan Tuan sendiri yang keluarkan loudhailer?

Jawapan : Tak semestinya.

Soalan : Ada tak ?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Adakah Tuan sendiri yang beri arahan untuk tembak ke arah orang ramai?

Jawapan : Tak

Soalan : Adakah Tuan sendiri telah terlibat dalam mana-mana tangkapan pada OKT yang ada dalam mahkamah pada hari ini?

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Tuan OCPD bilakah kali pertama arahan bersurai dikeluarkan?

Jawapan : Masa menuju ke Istana, lepas Solat Jumaat dalam 2 lebih arahan pertama.

Soalan : Selepas arahan bersurai sekiranya polis biarkan orang kumpul sememangnya polis benarkan?

Jawapan : Tak mahu menahan......

Soalan : Ini bermakna polis beri kebenaran untuk kumpul?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Saya cadangkan mereka telah ditangkap secara salah orang yang sebenarnya merusuh dan buat kecoh terlepas.

Jawapan : Tak setuju, mereka yang ditangkap adalah yang terlibat.

Soalan : Berapa ramai yang berkumpul?

Jawapan : 13 orang.

Soalan : seluruh orang yang berkumpul di situ, termasuk wartawan, pelancung, budak sekolah etc....

Jawapan : Lebih dari 1000 orang. Jemaah 1000 orang termasuk polis lebih dari 1000 orang.

Peguambela: Saya tiada lagi soalan Puan.

Selesai soal balas diantara Peguambela Tuan Augustine Anthony kepada saksi yang ke 36 ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

Thursday 29 July 2010

Nak senang ikut 'demo kepala lembu'

Pagi 28 Julai 2010, semua 13 orang OKT 'Ops Bubar Dun Perak' datang ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar seperti biasa dan seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah. 8.30 pagi adalah masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah untuk bermula.

Kami adalah antara yang perlu datang dari jauh. Bertolak seawal jam 5 pagi dan sampai di Kuala Kangsar sebelum jarum jam tiba ke jam 8 pagi. Bersiap dengan barangan untuk tinggal di Kuala Kangsar selama 3 hari.

Bila Hakim masuk, pegawai polis dengan arahan Timbalan Pendakwaraya baru terkial-kial memasang dua TV besar dengan satunya diletakkan di atas meja Hakim. Pada sesi yang lepas 13-15 julai, TV yang digunakan juga telah meragam yang menyebabkan hanya satu TV dikongsi antara saksi, peguambela, Pendakwaraya dan Hakim. Kali ini kedua-dua TV masih lagi bermasalah, maka perbicaraan terpaksa bermula lewat, jam 10.25 baru ianya dapat dimulakan. Justify FullNamun hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat didengar, sedangkan kes ini berpandukan kepada rakaman video kejadian.

Maka perbicaraan pagi tadi diteruskan dengan sesi soal balas peguambela kepada saksi yang ke 36 iaitu Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar sendiri. Beliau telah beri keterangan sejak sesi yang lepas.

Peguambela selesai menyoal balas saksi ke 36 kurang dari sejam, dan Timbalan Pendakwaraya kemudiannya dengan senyum tenang memohon agar perbicaraan ditangguh ke keesokan harinya dengan alasan yang berbunyi begini:

"Puan, kami ingin memohon agar kes disambung esok kerana saksi kami tidak dapat hadir hari ini, dan saya sangkakan cross dari pihak pembelaan akan mengambil masa yang lama".

Dalam hati mengurut rasa ingin marah yang amat sangat dengan kata-kata hikmah yang menjadi pengubat segala resah dan marah "sabar sajalah".

Apa nak buat, terpaksa diterima, Puan Hakim juga perlu menerima, saksi tidak ada, rakaman video tidak dapat dimainkan, apa yang boleh diteruskan??. Maka kami semua berjalan longlai keluar dari mahkamah. 11.30 pagi semuanya berkahir, sejam sahaja masa keemasan digunakan.

Mengeluh, resah, duka, kesal dengan apa yang berlaku....anda punya pilihan sebenarnya, buat apa susahkan diri, mengaku salah sahajalah, semuanya selesai. Alhamdulillah, rasanya untuk kes ini belum dengar dengan berbukti lagi ada pihak yang membuat tawaran sebegini, "mengaku salah, bayar RM1000 lepas tu semua selesai". Tidak perlu menyusahkan diri, tidak perlu menghabiskan wang berulang alik ke Mahkamah. Peguam juga boleh mengisi masa tersebut dengan kes-kes mereka yang lainnya.

Ambil pilihan yang dibuat oleh peserta 'demo kepala lembu', mengaku salah, didenda antara RM1000 hingga RM 3000 dan ada yang dipenjara seminggu, habis selesai. Bagi mereka yang menjadi OKT 'Ops Bubar DUN Perak' wang ikat jamin mereka sahaja ialah RM4000 seorang.

"Apa yang ingin anda capai diakhir episod perbicaraan ini?" persoalan yang dilontarkan oleh peguambela yang perlu direnung dan difikirkan dalam-dalam dan masak-masak.

Ya, apa yang ingin dicapai dan perlu difahami oleh mereka yang mengikuti perkembangan kes ini dan secara umum apa yang ingin disampaikan kepada rakyat dan pihak berkuasa yang telah menangkap?

Kami yang berhimpun dengan tujuan menyampaikan rasa hati dengan cara yang dibenarkan di dalam perlembagaan. Kami berhimpun dengan aman tanpa sebarang niat melakukan keganasan.

"Saya cadangkan mereka yang telah ditangkap adalah secara salah, orang yang sebenarnya merusuh dan buat kecoh terlepas" cadangan peguambela kepada Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar di akhir sesi soal balas di dalam mahkamah pagi tadi.

Saya tidak jelas dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan OCPD, namun saya tekankan kepada peguambela kami bahawa inilah yang kami semua mahu tegakkan, Bersihkan nama kesemua mereka yang ditangkap, buktikan bahawa pihak polis telah tersalah tangkap dan pihak polis juga yang melakukan kekerasan dan menimbulkan kekecohan pada hari kejadian 6hb February 2009 di hari di mana rakyat bangun membantah tindakan melantik Menteri Besar Perak yang dianggap sebagai tidak sah.

'At the end of the day', kita terima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah hatta jika terpaksa dipenjarakan demi perjuangan. InsyaAllah.

"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"

Wednesday 28 July 2010

Mereka membantu polis, mereka telah ditangkap. Bagaimana akhirnya?

[nota: soal jawap di bawah adalah koleksi peribadi dan catatan yang dibuat sambil mendengar dan mengikuti perbicaraan yang melibatkan suami penulis. Beliau telah ditangkap ketika bersama rakyat yang ingin menuntut keadilan dari Tuanku Sultan dalam peristiwa rampasan kuasa di Perak pada 6 hb Februari 2009. Catatan peribadi ini telah menjadi sumber rujukan bagi pihak peguambela sebelum mendapatkan transkrip sebenar dari Mahkamah. Alhamdulillah.]


Soal jawap di bawah ialah catatan perbicaraan Kes 'OPS BUBAR DUN PERAK' yang dijalankan pada sesi yang lepas bermula 13hb Julai hingga 15hb Julai.

Untuk siri soal jawap dibawah ialah yang berlansung pada hari Rabu 14hb Julai 2010. Peguam Augustine Anthony menyoal balas saksi yang ke 35.

Soalan : Rujuk gambar F29 berdekatan perkarangan masjid. Ramai di situ seolah sedang marah dengan polis, setuju?


Jawapan : Setuju.

Soalan : Apa yang mereka buat?

Jawapan : Duduk dalam kumpulan.

Soalan : Apa aksi mereka?

Jawapan : Yang pakai vest sedang angkat tangan, menahan.

Soalan : Setuju dengan saya mereka sedang menahan orang-orang dari memarahi polis?

Jawapan : Setuju

Soalan : Melalui aksi mereka juga, setuju dengan saya aksi-aksi mereka ini sememangnya membantu polis?

Jawapan : Membantu polis?

Soalan : 'calm down'

Jawapan : Setuju (angguk).

Soalan : Yang empat orang ni ada dalam mahkamah sekarang?

Jawapan : Ada.

Soalan : Seorang lagi yang pakai kopiah putih dan pegang kamera?

Jawapan : Sedang ambil gambar dan angkat tangan.

Soalan : Yang pakai baju biru?

Jawapan : Baling barang.

Soalan : (merujuk kepada aksi OKT yang memakai kopiah dan pegang kamera) aksi dia? Angkat tangan dan halang orang jangan baling objek. Setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Aksi ini bukankah membantu polis?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Anda telah beri keterangan di mahkamah tindakan 5 orang tadi adalah membantu polis, setuju?

Jawapan : [Angguk-angguk]

Soalan : Lihat P 19C, lihat keadaan, lihat pada seseorang yang memakai barret merah dan baju hitam, apa reaksi dia? Apakah keadaan dalam gambar?

Jawapan : Orang ramai membaling objek pada polis.

Soalan : Orang yang membaling objek pada polis adakah mereka berada di dalam mahkamah pada hari ini?

Jawapan : [Tidak ada]

Soalan : Berapa orang dalam aksi membaling batu kepada polis?

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Mainkan video. Berapa ramai yang baling batu?

Jawapan : Seorang, dalam aksi.

Soalan : Adakah orang yang baling batu ada di dalam mahkamah? Sebab tadi kata ada yang dalam mahkamah ini sekarang yang baling batu.

Jawapan : Tak ada yang dalam frame la.

Soalan : Ramai yang baling batu, lihat pada yang pakai barret merah. Setuju dengan saya dua orang yang pakai baju hitam dan barret merah dalam aksi menghalang orang baling objek pada polis?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dua orang ini yang dalam aksi menghalang orang dari membaling objek pada polis, cuba tumpukan perhatian pada orang ini [rujuk video]. Setuju dengan saya dua orang ini menuju ke perkarangan masjid dan menghalang orang? Setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya aksi ini membantu polis?

Jawapan : Pada hari itu, Ya.

Soalan : Kenal siapa mereka? Lihat video, ada mereka di mahkamah?

Jawapan : Ada.

Soalan : Orang yang ke 6 membantu polis yang ada di mahkamah?

Jawapan : Ada.

Soalan : Tahu uniform apa yang dipakai?

Jawapan : Tak tahu.

Soalan : Setuju mereka yang telah membantu polis ada di mahkamah pada hari ini?

Jawapan : Ada.

Soalan : Yang membuat kecoh pada hari itu yang baling batu, tak ada di mahkamah pada hari ini, setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya anda di situ bersama polis yang lain?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya ada masa polis minta tolong orang awam bantu polis pada ketika itu?

(polis memohon bantuan dari seseorang)

Jawapan : Tak setuju.

Soalan : Polis minta seseorang yang ada jawatan dalam parti politik menyuraikan keadaan dan naik ke atas truck polis?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju polis minta bantuan orang ramai suraikan keadaan?

Jawapan : Selepas kejadian ya ada.

Soalan : Pada hari itu lah kan?

Jawapan : Setuju.

(aksi polis berpangkat tinggi yang membelasah suspek OKT Idris pada hari kejadian yang mengatakan dalam keterangan 'ini adalah tindakan yang paling minima yang telah diambil)

Soalan : Semasa ditangkap bilakah seseorang dianggap tidak bekerjasama dengan polis?

Jawapan : Bila ditangkap dipegang [melawan]

Soalan : Polis beri sebab-sebab tangkapan dan orang yang ditangkap itu tidak ikut arahan maka dianggap tidak ikut arahan dan tidak beri kerjasama?

Jawapan : Setuju.

(lagi aksi 'paling minima')

Soalan : Polis mesti kenalkan diri? Amalan Polis?

Jawapan : Ikut keadaan. Kalau orang yang menyamun takkan terus nak angkat tangan perkenalkan diri. Selepas ditangkap kadang-kadang dibawa ke balai terus.

Soalan : Mengapa kekerasan dilakukan?

Jawapan : Suspek tidak beri kerjasama.

Soalan : Adakah anggapan pada masa ini bersama orang lain atau seorang saja?

Jawapan : Seorang saja.

Soalan : Adakah dia (suspek OKT) di sini?

Jawapan : Ya, Idris.

Soalan : Rujuk F 37, sudah ditangkap?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Rujuk F 37, ada ramai polis di situ?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Ada tak beri sebab-sebab tangkapan?

(team tangkapan yang telah tidak berjaya menangkap orang di peringkat awal maka mereka telah membuat operasi tangkapan rambang, main tangkap cekup saja hingga ada yang sedang berdiri bertenggek di tepi kereta turut dicekup dengan menjerit 'pickup,pickup, pickup')

Jawapan : Tak ada kalau ikut frame.

Soalan : [rujuk rakaman video] audio- ada sebut rileks, rileks, ada 1 tangkapan dan ramai polis, siapa yang cakap rileks , rileks?

Jawapan : Saya pun tidak tahu.

Soalan : [rujuk kepada percakapan polis dalam rakaman video] "nanti kena tangkap lagi, nak kena tangkap lagi ke ?" Yang keliling tu adakah semua polis?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Lihat apa dia buat. Suspek sudah ditangkap, aksi menumbuk orang yang ditangkap.

Jawapan : Setuju.

Soalan : [rujuk F 70] Berdasarkan pada aksi polis yang bervest polis sedang menuju ke arah dalam masjid. Setuju?

Jawapan : Sedang menuju.

Soalan : 2 tangkapan berlaku selepas polis hala ke masjid?

Jawapan : setuju.

Soalan : Setuju atau tidak itu adalah team tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dalam aksi nak buat tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Destinasi membuat tangkapan ialah di sekitar Masjid?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dan mereka tidak ada tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setakat frame ini tidak ada tangkapan?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dua tangkapan dalam frame adalah kerana gagal buat tangkapan di awal tadi di pintu pagar. Setuju atau tidak tangkapan dibuat apabila gagal [di peringkat awal]?

Jawapan : [setuju].

Tamat soal balas dari peguambela Tuan Augustine Anthony.

Tuesday 27 July 2010

50 tahun dia masih menzalimi: Malam Seni Tahan Tanpa Bicara

Sempena mengingati 50 tahun wujudnya akta zalim ISA di tanahair kita. Gerakan Mansuhkan ISA telah merancang beberapa aktiviti bagi menyemarakkan dalam diri dan fikiran rakyat Malaysia tentang undang-undang zalim ini yang masih lagi wujud.

Aktiviti pertama yang telah dijalankan ialah Malam Seni Tahan Tanpa Bicara yang telah dilansungkan pada 24 hb Julai 2010 bertempat di Dewan MBPJ Seksyen 7 Kota Damansara. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Pejabat ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir Hashim.

Program seumpama ini pertama kalinya telah dijalankan di DUN Hulu Kelang dengan kerjasama YB Saari Sungib di tahun 2009. Majlis ini dirancang untuk dilaksanakan di beberapa kawasan DUN di Selangor demi mendidik rakyat tentang akta zalim ini dan bagaimana kerajaan Malaysia menzalimi rakyat dengan penggunaan akta ini.

Pada tahun ini GMI mengambil langkah yang berbeza dari tahun lepas di mana pada 1 hb Ogos 2009 satu perhimpunan raksasa telah diadakan. "HIMPUNAN MANSUH' akan terus dikenang kerana pada tarikh tersebut berpuluh ribu rakyat telah turun di jalanan bagi menunjukkan rasa benci mereka pada akta zalim ISA.

MALAM SENI TAHAN TANPA BICARA ISA
TEMA: MANSUH SAJA ISA BUKAN PINDA

ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir juga bekas tahanan ISA dalam Ops Lalang menyampaikan sajak hasil ciptaannya ketika merengkok di dalam kem Kamunting.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan aksi-aksi sketsa dari kumpulan anak teater Short Eyes. Menarik persembahan mereka dan amat kreatif dan bertenaga sekali.

Kita harus memikirkan dengan mendalam apa yang cuba mereka sampaikan dari aksi-aksi yang dipertontonkan dan bukan sedar menonton.

Berlatarkan suara-suara dari Ucapan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak, dua orang anak muda ini mula melakukan aktiviti-aktiviti aktif seumpama anak-anak kecil yang tidak tahu duduk dengan diam, berlari, meloncat dan berlari lagi.



Akhirnya mereka longlai, kepenatan, kelesuan dan mungkin sekali kebingungan dan GERAM, STRESS dan macam-macam persoalan yang tiada jawapan.....

Dengan berlatar belakangkan gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia yang pelbagai yang terus tersenyum walau rakyat dibiar dengan persoalan yang tiada ada jawapannya, rakyat dibiar lesu dalam susah payah mengharungi kehidupan seharian......itu yang cuba difahami dari sketsa pendek yang sungguh aktif.

Aksi pada malam tersebut terus dihangatkan lagi dengan deraian tawa dari sketsa solo penuh dengan teguran sinis dari Kartun yang mengancam keselamatan pimpinan tertinggi negara.

Zunar Kartunis dengan sketsa pendeknya yang berjudul KARRAM. KARTUN YANG DIHARAMKAN. menarik.



Saudara Nik yang membawakan lagu-lagu yang berjiwa rakyat.



Meor juga memukau para hadirin dengan lagu Rakyat Bersatu....'Rakyat Berani perompak akan lari...Rakyat sekolah tidak akan dikalah...rakyat bersatu tidak akan ditipu'.

Lagu ISA satu lagu wajib yang mesti disampaikan.

Tukar Tiub Hishamuddin Rais juga bekas tahanan ISA menyampaikan sajak yang menyentuh hati.....
JANJI LELAKI ITU

mereka datang tidak di jemput
mereka sampai tidak memberi salam
mereka masuk tidak mengetuk pintu

mereka datang ditengah tengah gelap yang hitam
mereka datang dengan muka tertutup
mereka datang dengan menendang pintu

datang untuk menangkap
datang untuk mencekup
datang untuk menggempar
datang untuk menakutkan sesiapa saja yang akan takut

ayah itu di gari
isterinya memandang
anaknya menangis
tentangga mengintai intai
lalu dia di bawa pergi

sang isteri bingong
sang anak meraung lagi
tetangga menjauhkan diri
takut telibat berimplikasi

kemana agaknya sang suami di bawa lari
kemana agaknya sang ayah di bawa pergi
kemana agaknya polis ganas itu membawa dia pergi

heboh
heboh
heboh satu negeri
ada pengganas sedang beroperasi
untuk menjatuhkan kerjaan negeri

dua bulan kemudian sang ayah mucul kembali
dari kuala lumpur dia naik lori
waktu malam dinihari
dia dipindah ke sebuah penjara lagi

....panjang lagi namun menarik untuk dibaca dan dihayati.
sambung baca di sini.


Friday 23 July 2010

Ops Bubar Dun Perak "Apakah akan bertemu jalan keluar"

"Bersurai segera atau kami akan suraikan dengan kekerasan" inilah amaran yang sering diberikan oleh pihak polis terutamanya dari unit FRU setiap kali sesuatu perhimpunan aman diadakan.

Ketua Unit PORU yang berdiri di atas salah satu Truck FRU akan menggunakan hailer dan menyuarakan arahan ini untuk mengarahkan orang ramai untuk bersurai.

Arahan ini juga akan dijadikan bukti oleh pihak pendakwaan bahawa amaran bersurai telah dikeluarkan berkali-kali namun peserta perhimpunan aman gagal mematuhinya yang akhirnya pihak FRU akan mengambil langkah yang benar-benar menggunakan kekerasan.

Perhimpunan Aman seringkali diadakan di sekitar Kuala Lumpur, KLCC, Masjid Jamek, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan juga Istana Negara. Kawasan ini adalah kawasan yang terkenal dan mempunyai jalan keluar dan jalan untuk peserta perhimpunan aman bertebaran lari menyelamatkan diri dengan mudah.

Perhimpunan aman yang berakhir dengan kekerasan sering berlaku di sekitar kawasan di atas, tetapi untuk sebuah daerah kecil di Kuala Kangsar saya kira ianya adalah pertama kali diadakan. Kami antara segelintir orang luar yang bersama dalam perhimpunan aman di Masjid Ubudiyyah dan Istana di Kuala Kangsar.

Apabila kekerasan digunakan oleh pihak polis dan FRU dengan menembak gas pemedih mata semua lari menyelamatkan diri ke kawasan perkarangan Masjid yang terletak di atas bukit. Di hadapannya ialah Sekolah Agama Idrisiah yang sudah tentu mempunyai halangan dan berpagar. Sekitarnya adalah kawasan semak, tanah wakaf dan tanah perkuburan termasuk rumah penduduk setempat. Di kawasan inilah para peserta lari menyelamatkan diri dari peluru gas pemedih mata yang ditembak bertubi-tubi tanpa belas simpati.

Sepanjang perbicaraan kes Ops Bubar DUN Perak ini, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa orang yang ditangkap adalah 'perusuh', mereka tidak bersurai apabila diarahkan bersurai. Pihak pembelaan pula cuba membuktikan dari rakaman bahawa amaran bersurai tidak kedengaran dengan jelas oleh kerana suasana yang bising dan kecoh apabila gas pemedih mata ditembak tepat ke arah orang ramai.

" Puan Hakim, kami ingin memohon kepada Mahkamah agar satu lawatan ke tempat kejadian diadakan esok, Puan" mohon Puan Julia dari pihak Pendakwaraya kepada Puan Hakim sebaik kes hampir ditamatkan pada hari kedua perbicaraan pada 14hb Julai 2010, bersamaan hari Rabu.

"Okay tiada bantahan dari pihak peguambela, maka esok semua datang ke mahkamah jam 2.30 petang dan semua akan bergerak ke kawasan Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah" tambah Puan Hakim sambil mengakhiri sesi perbicaraan pada hari itu.

"Yes, inilah yang kita sudah lama mohon dari Puan. Sejak dari awal bicara lagi kita sudah mohon untuk lihat sekitar kawasan kejadian. Mereka sebut saja ada lorong ada jalan untuk semua bersurai, sekarang kita semua boleh pergi lihat sendiri", gembira dan puas hati nampaknya peguambela kami pada petang itu kerana apa yang diharapkan akan berlaku pada keesokan harinya.

Maka keesokan harinya semua sudah sedia awal-awal lagi sebaik jam 2.30 petang di perkarangan Mahkamah. Semua OKT dibawa menaiki MPV polis. Turut serta ialah Puan Hakim sendiri dan pihak pendakwaraya.


Salah satu tempat yang polis berhenti dan semua yang lain turut turun dan melihat kawasan sekitarnya. Bermula dari Masjid Ubudiyyah, kemudiannya Istana Iskandariah.

Saya sendiri turut mengikuti rombongan tersebut menaiki kenderaan sendiri bersama suami yang juga OKT dan peguambela kami, Augustine Anthony yang melihat setiap jalan, lorong dan bangunan yang ada di sekitarnya.

"Excited", teruja begitulah perasaan saya ketika itu. Ianya seolah satu peristiwa ekspedisi, eksplorasi dan sebuah pencarian.

Teruja juga kerana ada polis yang mengiringi kami, depan, belakang dan tepi. Bila tiba di persimpangan jalan ada polis trafik yang menahan kenderaan dan memudahkan perjalanan kami.

Semua nampak buntu dan pening dengan semua laluan yang dibawa.

Sungguh banyak jalan, lorong, kawasan perumahan, kuil, tokong, tanah perkuburan hingga ke jalan mati yang tidak membolehkan kenderaan melaluinya, kami dibawa oleh Ketua Polis Kuala Kangsar (OCPD) demi menunjukkan bahawa ada jalan keluar sebenarnya dari Masjid Ubudiyyah dan Istana Iskandariah yang membolehkan semua yang berhimpun bersurai dan meninggalkan tempat kejadian. Namun komen orang setempat sendiri, mereka juga tidak arif dengan semua jalan di sana.

Namun, akhirnya bagi setiap pencarian dan permulaan pasti ada akhirnya, pasti akan menemui jawapannya. Pengakhiran pencarian kami pada hari itu ialah di sini, demikian juga berakhirnya episod ke 13 orang OKT itu ketika ditangkap dan dipenjarakan, adalah juga di sini. Episod perjuangan mereka membongkarkan kezaliman polis, salah laku polis, ikut arahan membuta tuli juga adalah di sini. Dan dengan ketentuan dari Allah keputusan apakah mereka bersalah atau tidak juga akan berkahir di sini. Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

"Apakah akan ada Jalan Keluar"

Wednesday 21 July 2010

"Ganjaran hanya di akhirat kelak"

"Macam mana ni cuti 3 hari untuk minggu depan belum lagi diminta" tanya suami sambil kami berjalan ke kedai mamak di hadapan rumah untuk makan lewat malam.

"mmmmm.......kenapa ada cuti lagi ke?" saya tambah dengan soalan lagi kerana sudah sedia maklum yang sudah tidak ada lebihan cuti tahunan lagi untuk suami dari syarikatnya sejak dua bulan yang lepas.

Semalam ketika cuba memohon cuti 3 hari secara online suami bertanyakan lagi memohon pendapat " nak minta unpaid leave ke?"

Soalan juga yang saya jawapkan "ada cuti lagi ke?". Bayangkan sekiranya setiap bulan mengambil cuti sehingga tujuh hari maka sudah tentu sejak awal lagi licin semua cuti yang ada. Saya juga menghayati keresahan yang sama yang dialami oleh rakan-rakan OKT dalam kes PROTES. Namun semua pasrah dan reda dengan apa yang perlu dilalui kerana inilah jalan yang telah dipilih demi untuk membela nasib rakyat secara umum.

Itulah persoalan dan keresahan yang terbit di dalam hati sebaik mahkamah menangguhkan sesi perbicaraan dan tarikh-tarikh baru diberikan.

"Okay tarikh yang akan datang 28,29 dan 30hb Julai. 28 dan 29 hb jam 8.30 pagi dan 30hb kita mula jam 2.3o petang. Jangan lewat" begitulah pesanan Puan Hakim setiap kali selesai sesi perbicaraan yang diadakan selang seminggu sekali sejak dua bulan ini dan seminggu sekali di bulan Mei.

Sebaik selesai semua OKT akan bangun dari bangku keluar dari kandang orang salah dan suami akan memandang muka saya yang duduk di galeri awam dengan senyum kelat tanda peritnya untuk memohon cuti lagi dan lagi.

Kali terakhir perbicaraan diadakan ialah pada 13,14 dan 15hb Julai.

Kali pertama ianya disebut di Mahkamah ialah pada 11 hb February 2009 dan terus dibicarakan hampir setiap bulan dengan jarak 2 minggu sekali hingga kini.

36 orang saksi telah dipanggil memberikan keterangan, 1000 keping gambar dibawa ke dalam mahkamah sebagai bukti kehadiran OKT di tempat kejadian. Batu-batu dijalan, besar dan kecil diletakkan sebagai tanda bahawa batu ini telah dibaling ke arah polis. Pasir, botol plastik bertanda air cincau keluaran Jabatan Pertanian Perak, kayu sepanjang 2 kaki 14 cm (menurut saksi polis), helmet FRU yang pecah, kaki dan jari FRU yang didakwa luka dibaling objek dan termasuk juga penyaksian polis dan FRU yang pelbagai.

5-6 keping CD rakaman hari kejadian di tempat kejadian dimainkan berulang-ulang kali. Maka CD rakaman kejadian menjadi bukti penting polis dan pihak pendakwaan atas salah laku 13 orang OKT yang telah ditangkap.

Namun peguambela mengambil usaha dan inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk mencari aksi-aksi di dalam CD rakaman bahawa hampir kesemua mereka yang ditangkap tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya telah membantu polis mengamankan keadaan yang didakwa kecoh dan tidak aman.

Alhamdulillah, setelah setahun setengah peristiwa ini berlalu dan setahun setengah juga semua OKT termasuk peguam dan ahli keluarga berkorban masa, tenaga dan wang ringgit 'turun naik mahkamah', InsyaAllah semua cabaran dan dugaan ini akan berkahir juga dalam jangka masa yang terdekat ini. Hanya 3 orang saksi sahaja lagi yang tinggal untuk dipanggil memberi keterangan dan akan disoal balas oleh peguambela.

Kesyukuran sesungguhnya hanya pada Allah kerana terlalu banyak kesukaran yang perlu dilalui, dan setiap kali ianya dilalui semuanya menjadi mudah dan lancar hingga apa yang sukar pada awalnya seolah tidak pernah wujud.

Syukur tidak terhingga bila ianya selesai dan kami semua bersedia dengan apa jua keputusan yang bakal diberikan oleh Puan Hakim. Peguambela telah menjalankan tugas mereka dengan baik, bersedia sebelum kes bermula dengan hujah-hujah dan fakta-fakta dari kejadian yang sebenarnya. OKT juga ramai yang berdisiplin tanpa ponteng walau sekali malah untuk lewat juga akan sedaya upaya dielakkan.

Puan Hakim dengan sifat yang agak 'strict' sebenarnya mengajar semua untuk berdisiplin dan menghormati adab-adab yang sedia termaktub dalam etika Mahkamah. Memang sukar untuk saya sendiri menerima pakainya kerana terlalu biasa dengan cara yang sering dilalui di Mahkamah Kuala Lumpur.

Saya yakin bukan hanya apa yang dibicarakan di dalam Mahkamah yang akan diambil kira namun sikap kesungguhan dan disiplin semua yang terlibat akan memberi kesan kepada masa depan kes ini. Allah jua yang menentukan namun kita manusia berusaha dan terus berusaha. Peringatan ini sering diberikan oleh peguambela kepada kami semua setiap kali selesai kes dibicarakan pada sesuatu sesi.

Perjalanan kes ini memberi banyak pengajaran dalam hidup...siapa kawan, siapa lawan, hormat sesama insan, kawal diri, sabar, meletak sepenuh harapan pada Allah, cekal, yakin, bersungguh-sungguh dan pengorbanan, memberi erti yang besar dalam hidup.

"Ganjaran hanya di akhirat kelak" kata-kata Augustine peguambela kami terngiang-ngiang di fikiran saya........

Tuesday 20 July 2010

Moga yang tidak bersalah dibebaskan segera...

Beberapa minggu lalu. saya menerima sms dari rakan yang mengatakan ada pemuda yang ditangkap di bawah ISA. Memang runsing rasa hati. Bila ada tangkapan maka saya terbayangkan ada keluarga yang bakal menderita.

"Kak jomla, GMI tak nak ziarah keluarga dia ke. Kesian dia anak kecil-kecil lagi". Begitulah lebih kurang mesej yang saya terima.

"Betul ke dia kena tangkap ISA, biar akak pastikan dulu atau tolong dapatkan maklumat mengenai dia" kata saya untuk memastikan status tangkapan pemuda yang diwar-warkan sebagai tahanan ISA tersebut.

Ini kerana sekiranya beliau ditangkap ISA maka tindakan susulan dan segera perlu diambil seperti mengeluarkan kenyataan akhbar mengutuk tangkapan tersebut serta menyediakan peguam untuk orang yang ditangkap agar permohonan Habeas Corpus dapat segera dibuat untuk tahanan.

Melalui no telefon yang diberi kepada saya segera saya hubungi No tersebut "Saya dapat berita Ustaz ditangkap ISA?" tanya saya.
"Ha...saya kena ISA, minta simpangla..." jawap suara di hujung talian.

"Alamak saya tersilap maklumat ni"...segera saya mohon maaf. Rupanya orang yang saya hubungi adalah Ketua Pemuda PAS Padang Rengas. Saya sepatutnya meminta maklumat darinya mengenai seorang pemuda Unit Amal dari Kawasan Padang Rengas yang telah ditangkap oleh polis.

Melalui perbualan tersebut saya mendapat kepastian akan status tangkapannya iaitu bukanlah di bawah akta ISA tetapi disabitkan dengan kesalahan di bawah akta Senjata Api. Namun beliau baru dituduh dan ditahan reman oleh polis dan dibawa ke Melaka.

Seorang lagi sahabat di FB menghantar mesej kepada saya mengenai pemuda yang sama dan menyatakan hasrat untuk ziarah dan memberitahu bahawa anak-anaknya masih kecil lagi. Terbit keinginan untuk menziarahi keluarganya juga yang tinggal di kawasan Kuala Kangsar Perak. Kebetulan kami perlu ke sana selama 3 hari untuk menghadiri perbicaraan.

Pada hari ke dua perbicaraan, sebaik tiba di Mahkamah saya terlihat sebuah keluarga yang besar bersama anak-anak kecil di perkarangan Mahkamah. Dari dalam Mahkamah saya terdengar tangisan dan jeritan anak kecil yang memanggil-manggil ayahnya " Ayah..ayah..ayah.." bertalu-talu.

Rupanya keluarga yang berada di luar tadi ialah keluarga pemuda yang ditangkap dan direman tersebut. Sebaik mendapat maklumat bahawa dia berada di kamar mahkamah yang bersebelahan segera saya masuk ke mahkamah tersebut. Kebetulan peguam kes suami saya adalah peguam yang sama yang akan mewakilinya.

Syukur kerana saya berpeluang berjumpa keluarganya dan juga dapat berjumpa dengan Saudara Sofi sendiri di dalam kamar Mahkamah. Sempat saya bisikkan kepadanya kata-kata nasihat yang saya dapati dari peguam-peguam dan dari pengalaman sendiri apabila ditahan reman.

"Jangan jawab apa-apa, beritahu pada polis yang saya hanya akan jawab di Mahkamah di hadapan peguam saya. Jika polis cuba bawa ke Mahkamah tanpa pengetahuan keluarga dan peguam mesti lawan dan beritahu yang saya mahu bercakap dengan keluarga dan peguam". Dia mengangguk tanda faham.


Di luar mahkamah anak yang paling kecil terus menangis dan meronta-ronta memanggil-manggil ayahnya berulang kali. Semua yang ada tidak dapat menahan air mata dari mengalir melihat suasana pilu tersebut. Di dalam hati saya berkata-kata "pasti anak ini terlalu rapat dengan ayahnya" kerana sebaik ayahnya memegang dan mendukungnya dia terus berhenti menangis dan sebaik dilepaskan tangisannya seolah tiada akhirnya meraung dan menjerit memanggil ayahnya.

Ibu Sofi dibelakangnya mengelap airmata kesedihan. Saya cuba meredakan sedikit kesedihannya. Katanya ramai yang datang menziarahi mereka dan majlis solat hajat turut diadakan khusus untuk keselamatan anaknya dan segera dibebaskan dari pertuduhan.


Awal pagi tadi saya telah menghubungi isterinya untuk bertanya khabar, kali pertama dan terakhir saya menghubunginya ialah pada hari Jumaat lepas iaitu hari yang sepatutnya dia dibawa ke Mahkamah Tinggi Taiping untuk ditambah reman atau didakwa. Di hari kami berjumpa di Mahkamah Kuala Kangsar saya telah menyampaikan pesanan kepada mereka melalui pengalaman suami dan saya sendiri yang ditahan reman oleh polis.

"Okay, Mahkamah benarkan Sofi ditahan reman polis selama 3 hari, maknanya hari ini Rabu, Khamis dan Jumaat dia sepatutnya dibawa keluar dari Lokap polis untuk dibawa ke Mahkamah. Jadi kalau ada kelapangan, awal-awal pagi Jumaat datang segera dan tunggu di hadapan balai takut-takut polis bawa dia keluar awal tanpa pengetahuan keluarga".

Alhamdulillah dari panggilan telefon awal pagi tadi saya mendapat berita Saudara Sofi telah pun dibebaskan pada hari Jumaat dan hanya dengan jaminan polis. Syukur yang teramat dengan berita tersebut dan kami semua tumpang gembira dengan berita tersebut.

Kini kita harus ke depan membela nasib Saudara Mohammad Fadzullah bin Abdul Razak 28 tahun yang ditahan di bawah akta ISA pada 15hb Julai yang lepas atas kaitan pengganas antarabangsa hanya kerana beliau membantu perjuangan rakyat seagama di negara jiran......bilakah semua ini akan berakhir di mana umat Islam sering dilabel sebagai pengganas....

"Apakah nilai RM 50 pada anda??"

Apa nilai RM 50 pada kita, pada anda???

"Ummi, jom pegi Amcorp Mall. Nak beli CD la, nak beli Nanny MacPhee"....jerit Asiah dengan Asma'.

"Ok jom la kita pergi, boleh lepak-lepak tengok CD di rumah"...kata ummi pula.

Apa harga CD tersebut di Amcorp Mall? RM 8 per CD dan kalau beli 5 keping percuma satu dengan bayaran RM40.....campur tambang itu ini makan minum dan lain-lain lebih RM 50 dibelanjakan begitu sahaja.

Itu hanya satu contoh yang terfikir di hati, kadangkala berbelanja di kedai runcit untuk membeli bahan masakan dan barangan dapur boleh mencecah ke angka tersebut, maka sambil berjalan balik ke rumah menghitung sendirian di dalam fikiran "apa yang aku beli tadi".

Terpulang kepada taraf kewangan masing-masing akan kedudukan nilai RM 5o tersebut.

Mempunyai akaun facebook dan dan melayari blog dan gambar rakan seronok melihat bagaimana wang dibelanjakan dan berapa banyak wang yang ada dalam simpanan seseorang. Buang rasa cemburu jauh-jauh kerana rezeki adalah pemberian dari Allah walau ke tahap mana usaha kita.

"Salam Puan. Maaf menggangu. Saya 'N' ni. Puan Kalau tak keberatan saya minta pertolongan Puan RM 50 sahaja...Buat masa ini pekerjaan suami tidak tetap..Kereta yang dibawanya untuk membawa penumpang rosak dan ada lagi saman yang belum dibayar....saya cuma pakai RM 50 saja untuk membayar pinjaman saya. Saya betul terdesak puan..memerlukan RM50....Tak tahu nak pinjam dengan siapa. Ada rezeki InsyaAllah saya bayar semula"

Saya lansung tidak berfikir panjang apabila menerima sms ini yang di 'forwardkan' kepada saya dari isteri bekas tahanan ISA Cikgu Laila. Ini kali kedua Puan N hanya memohon RM 50 sahaja dari kami.

" Okay I will bank in the money" laju saya balas sebaik membaca sms.

"Bank mana?" tanya Cikgu Laila lagi.

"Mana-mana pun tak apa, I di luar, kalau jumpa bank I will bank in kan"...saya jawab dengan yakin akan mahu bank in segera.

Selesai tugasan mengambil, menunggu dan menghantar anak-anak saya selamat sampai ke rumah.

"Assalamu'alaikum puan, maaf sangat mengganggu. Tadi Puan kata dah masuk? Sekarang saya di bank, saya cek belum ada Puan?"....satu lagi sms diterima dari Cikgu Laila.

Dalam hati saya menjerit sekuatnya..."Ya Allah sungguh terdesak dia, kenapa aku leka dan cuai!!" saya memarahi diri sendiri kerana tidak memikirkan kesusahan orang lain.

"Ya Allah, minta dia tunggu sekejap, I transfer sekarang juga"...balas saya pada Cikgu Laila.

Segera saya hidupkan modem dan komputer saya, Syukur semuanya tidak memberi masalah dan wang yang diperlukan dengan sedikit penambahan disalurkan ke padanya yang berada di Negeri Bawah Bayu....moga ada senyuman di wajahnya....syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Kenaikan harga barangan hanyalah satu pelarasan.....dan tidak membebankan rakyat!!

Thursday 15 July 2010

"Cintaku di Mahkamah"

"Cintaku di Mahkamah"

Cinta...dikaitkan dengan perasaan kasih sayang yang mendalam. "Bercinta" juga kita sebut apabila kita rasa berat untuk melakukan sesuatu bukan? Bahasa pasar mungkin. "Bercinta betullah nak pergi ke sana tu"...membawa maksud beratnya rasa hati untuk pergi.

Mungkin itulah perasaan yang ada bagi mereka yang mempunyai kes akibat tangkapan dalam peristiwa perhimpunan Aman yang dilabelkan oleh polis sebagai perhimpunan haram, maka pesertanya harus ditangkap.

Namun bukan semua yang hadir ditangkap, hanya beberapa orang sahaja terpilih untuk ditangkap dan mengharungi episod perbicaraan yang panjang dan penuh ranjau dan duri mengikut nasib seseorang itu.

Bercinta betul untuk ke Mahkamah, cuti harus dipohon, bukan sekadar sehari, tetapi dua, tiga malah menjangkau lima hari tanpa henti. Bercinta betul.....

Duduk di dalam mahkamah ada etika dan tertib yang perlu diikuti...harus terbit rasa cinta yang tinggi dalam perjuangan menegakkan keadilan dalam diri dan semua yang terlibat untuk terus tegak duduk di dalam kandang orang salah dan bangku mahkamah.

Itu hanya sebahagian kisah cinta yang perlu dilalui tanpa menaruh hati kepada sesiapa, cuma selalunya terbit rasa benci dan marah yang meluap-luap kepada mereka yang mendakwa kita. Rasa mahu jerit di telinga mereka bahawa "kami tidak lakukan semua yang awak dakwa tu, tahu tak!!!".

"Setujukah awak jika tindakan itu adalah cubaan dia untuk menyuruh orang ramai membaling batu kepada polis" tanya Timbalan Pendakwaraya kepada saksi polis yang lebih awal membuat kesaksian bahawa tindakan orang yang ditangkap itu ialah untuk membantu polis menghalang orang membaling batu kearah polis.

Benci dan marah bukan kita pada dakwaan yang berbau fitnah itu.

Cintanya Peguambela dengan Keadilan.....Memastikan Keadilan tertegak.

Ya..perlu terbit tinggi rasa cinta mereka dalam membela nasib individu yang ditangkap dan dituduh. Demi memastikan Keadilan tertegak, mereka yang tidak bersalah dibebaskan dari pertuduhan. Bermatian mereka bekerja dan berusaha tanpa bayaran demi membela mereka yang teraniaya akibat satu kezaliman penguasa.

Hari ini dan semalam saya belajar erti cinta para peguambela yang membela suami saya dan 12 orang OKT yang lain dalam kes 'Ops Bubar DUN Perak' walaupun ianya sudah berjalan lebih dari setahun. Malah saya belajar banyak perkara sepanjang kes berjalan.

Moga dengan CINTA CINTA ini kami semua akan beroleh kejayaan, walau apa keputusan yang mendatang......................................

"I rest my case".....buat masa ini.....

Tuesday 6 July 2010

Pengubat Letih......

Lama betul saya tidak memasukkan apa-apa berita dalam blog mahupun Facebook. Kali terakhir entry dalam blog ini ialah pada 24 hb June 2010. Hari ini sudahpun 6hb Julai, hampir dua minggu juga tu. Banyak peristiwa yang telah berlaku.
Perbicaraan Kes Himpunan Mansuh seperti di entri yang lepas dan 3 hari berturut-turut untuk perbicaraan kes PROTES dan pada masa yang sama Perbicaraan kes OPS BUBAR DUN PERAK berlansung selama 3 hari juga.
Sekali sekala melepaskan diri dari dunia blogging dan internet ini terasa lapang juga di dada. Sempat menghabiskan sebuah buku yang sangat mendidik diri walaupun ianya sesuatu yang telah lama terjadi. Buku 'Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu..." tulisan Roza Roslan keluaran PTS Islamika Sdn Bhd.. Saya membaca dengan sepenuh hati sambil pemikiran saya menerawang ke alam kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan yang dilalui oleh penulis. Sungguh mengujakan untuk dibaca dan dihayati...kalaulah dapat kita ambil iktibar dalam mendidik anak-anak kita dan generasi akan datang akan kepayahan dalam meneruskan kehidupan.
Kini ada dua buku yang sering ada di sisi saya dan di dalam beg ke mana saja saya pergi sedang menanti saat untuk keduanya habis dilangsaikan pembacaannya.
"STANZA CINTA"...tulisan adik yang dikenali Nurull Halawati terbitan Galeri Ilmu Sendirian Behad, sememangnya ianya sebuah novel percintaan sesuai untuk anak muda dan remaja...namun untuk saya yang sudah layak menerima menantu dan kehadiran cucu tetapi menjadi sebuah buku yang menarik untuk dibaca dan berupaya mendidik jiwa mengingati Allah dan cuba menjadi hamba yang terbaik di sisiNya.
Sebuah buku yang terlebih dahulu dibeli dan masuk ke dalam beg saya ialah buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil keluaran Galeri Ilmu Sendirian Berhad. Tajuknya "Secangkir Teh Pengubat Letih". Juga seronok untuk dibaca mengenai pengalaman penulis di perantauan. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan dan tajam pemikiran. Semuanya yang ditulis mengenai pengalaman lampau yang dimasukkan ke dalam blog dan akhirnya terhasil sebuah buku, namun tetap tidak jemu untuk dibaca..begitu juga dengan penulisan buku oleh Roza Roslan. dari blog terus menjadi sebuah buku..menguntungkan bukan...dan dapat jadi koleksi peribadi orang yang membeli, kekal selagi ianya ada...
Akhirnya sebuah buku 'latest edition' saya ialah "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" sebuah buku sensasi.
Ketika mengambil buku ini untuk dibeli anak yang bongsu Asiah menegur "Ummi, kenapa ummi beli buku ni, kan ada gambar Mahathir kat depan"...wah 'allergic' rupanya dia dengan wajah pemimpin negara....jawab saya, "Asiah, buku ni bongkarkan kesah kezaliman Dr Mahathir"..terus dia diam seolah faham.
Kini hanya ada edisi 'hard cover sahaja di kedai buku Popular dan MPH. Namun ketika saya membeli di MPH ada tawaran istimewa untuk pemegang kad MPH dengan 30% potongan dan jika anda pemegang kad POPULAR anda bakal mendapat potongan 20%.
Buku-buku sudah ada di genggaman cuma kini perlu bersikap adil dengan masa yang ada untuk dibahagikan dengan pelbagai tugas yang ada...terutamanya tugas ibu kepada anak-anak dalam zaman yang serba mencabar ini dan tugas sebagai warganegara sebuah negara yang merdeka yang ingin melihat kemerdekaan yang sejati benar-benar wujud.
sekian dulu untuk waktu ini...silakanlah tonton paparan wajah-wajah di sekitar demo tak nak judi yang diadakan di perkarangan masjid Negara pada hari Sabtu 3hb Julai...ramai juga yang datang dan ramai juga yang datang dari jauh....gambar-gambar di entri sebelum ini dimasukkan sendiri oleh jurugambar yang mungkin jemu melihat blog yang tidak dikemaskinikan:)
Moga saya masih belum 'letih' untuk menyampaikan.....