Friday 27 August 2010

MENANTI DETIK-DETIK KEMENANGAN

"Ummi dah balik, dah habis ke Ummi?" tanya Asma' anak ketiga kami ketika menjemputnya di Surau sekolah jam 4.45 petang sebaik kami tiba dari Kuala Kangsar.

Asma' nampak sedikit terkejut dengan kehadiran umminya di sekolah petang itu. Apa tidaknya kalau ikut rancangan awal Asma' dan abangnya Ammar harus tidur satu malam lagi di rumah Makcik Arma, sahabat kami yang sering menerima dengan tangan terbuka untuk anak-anak kami menumpang sekiranya kami harus ke Mahkamah di Kuala Kangsar selama dua hari atau lebih.
"Ye lah, dah habis awal, jadi ummi terus balik" jawab ummi tanpa memahami persoalan sebenar dalam fikiran anak tersebut.
"Dah habis ke Ummi?" tanya Asma' lagi dengan senyuman yang terukir.
"Ye lah dah habis pukul 12.30 tengahari tadi, jadi abah ajak balik cepat, tak jadilah nak berbuka di sana" jelas saya pada Asma'.
Rancangan awal sejak kes ditangguhkan pada 20hb lepas ialah untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua OKT, peguam dan sahabat-sahabat. Kes pada hari tersebut sepatutnya adalah ditetapkan sehingga petang, tetapi tiba-tiba Hakim mengatakan bahawa beliau mempunyai kes lain di sebelah petang maka jam 12.45 segalanya telah selesai.
" Wah bestnya. Ummi dengan abah tak payah lagi pergi sana la." seronok sangat Asma'.
"Eh taklah. Mana habis lagi Asma'. Lambat lagi rasanya. Hakim dah bagi tarikh-tarikh lain. Kena pergi lagi." terus saya berikan penjelasan pada Asma' yang terus menghilangkan seri di wajahnya.
"Alah...ye ke...Asma' ingat dah habis", hilang senyuman di wajah Asma'. Memang kami dapat memahami perasaan anak-anak yang setiap bulan pasti terpaksa ditinggalkan selama 3-6 hari.
Memang mengecewakan anak-anak ini, kerana sejak Puan Julia, Timbalan Pendakwaraya bagi kes kami memaklumkan dengan 'confident' kepada Puan Hakim bahawa beliau akan cuba sedaya upaya menghabiskan semuanya pada tarikh 19 dan 20hb Ogos, saya sudah mencanangkan kepada anak-anak dan kawan-kawan berita gembira ini.
Kalau diikutkan kes ini tidaklah mengambil masa yang lama sepertimana kes-kes yang lain yang memakan masa sehingga ada yang 10 tahun lamanya!, tetapi disebabkan ianya dijalankan dengan begitu kerap yang memakan hari cuti tahunan seseorang pekerja maka ianya terasa mengambil masa yang terlalu menekan dan amat lama untuk habis.
Memang mengecewakan dan kadangkala membuat hati rasa panas, sebagai manusia biasa. Bertungkus lumus bertolak dari rumah untuk tiba di mahkamah jam 8.30 pagi tetapi kes bermula lewat hingga mengambil masa menunggu lebih dari dua jam.

menunggu kes bermula dan dipanggil masuk ke dalam mahkamah.
Namun saya khususnya tetap bersyukur kerana kami masih boleh hidup di luar dan bukannya terpaksa merengkuk di dalam penjara kerana kesalahan yang tidak pernah kami lakukan (buat masa ini). Kami masih terus dibicarakan di Mahkamah walaupun kami yakin bahawa polis telah salah menangkap kami, ini kami yakin dan kini peguambela kami berusaha membuktikannya di Mahkamah dan memastikan pihak pendakwaan gagal membuktikan di sebaliknya. Yang 13 orang yang ditangkap itu adalah mereka yang berhimpun secara haram dan merusuh.
Kami bersyukur kerana ramai sahabat dan ahli parti dan jamaah yang prihatin memastikan semua yang ditangkap ketika perhimpunan aman disediakan wang ikat jamin yang secukupnya untuk memastikan mereka dijamin dan dibebaskan dengan jaminan. Setiap kali ada tangkapan wang ikat jamin yang banyak harus disediakan. Bagi kes 13 OKT Kuala Kangsar, wang ikat jamin mereka adalah paling tinggi yang pernah saya dengar bagi satu kes perhimpunan aman. RM 4000 seorang dengan dua orang penjamin.
Syukur kerana jumlah itu dapat dikumpulkan dan disediakan di hari mereka perlu dijamin, yang seterusnya menyelamatkan mereka dari terus terpaksa berada di lokap.
Kami terus harus bersyukur dengan kehadiran sekumpulan peguambela yang terus menerus membela ke semua OKT dengan prinsip menegakkan keadilan hingga ke saat yang terakhir.
Kami bersyukur dengan sokongan sahabat yang berterusan mendo'akan kesejahteraan hidup kami dan secara khusus untuk kemudahan kami melalui perjalanan kes yang panjang.
Memang kami harus terus bersyukur.
Paling bersyukur sudah tentulah kerana sebuah akta yang ZALIM, ISA tidak dikenakan ke atas ke 13 orang OKT Kuala Kangsar kerana sekiranya ianya berlaku semua kebebasan dan hak asasi seorang manusia akan tercabut dari diri mereka dan ahli keluarga akan terus menderita tanpa tahu bila berakhirnya. Ancaman dikenakan ISA turut dicanangkan oleh pegawai polis ketika suami ditahan di dalam lokap selama 4 hari 3 malam.
Pengajaran perit dan sedih saya lihat di hadapan mata di kandang orang salah pada pagi semalam menambahkan lagi rasa kesyukuran dan keinsafan.
Hanya kerana seorang OKT bagi satu kes jenayah gagal mengumpulkan dan menyediakan wang ikat jamin sebanyak RM10,000 yang dikenakan ke atasnya beliau terpaksa merengkuk di dalam penjara selama lebih dari dua tahun menanti hingga perbicaraan bagi kesnya diselesaikan dan hingga Hakim membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.
Selama dua tahun merengkuk di dalam penjara mungkin bagi kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Dipaksa berpisah dari isteri, anak-anak dan keluarga.
Semalam saya lihat sebuah kegembiraan dan sebuah kemenangan untuk diri OKT tersebut yang kebetulan pernah menjadi teman selokap suami saya dan OKT lain untuk kes Ops Bubar DUN PERAK pada Februari tahun lepas. Air mata menitis di wajahnya dan ahli keluarganya. Ahli keluarga mengangkat tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani.
"Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan terdapatnya kes ke atas tertuduh, maka tertuduh dibebaskan tanpa perlu membela diri" begitulah ungkapan Puan Hakim yang mengembalikan sebuah maruah yang mungkin hilang lantaran pertuduhan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya. Kebahagian dan kelegaan dari pihak keluarga yang lama menanti sudah tentu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
.......dan kami menantikan detik tersebut "Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan tertuduh di dalam kes ini berhimpun secara haram dan merusuh, maka mahkamah membebaskan kesemua mereka tanpa perlu membela diri"
Amin...................

Tuesday 24 August 2010

Cabaran dari dalam Mahkamah.

Hari ini hari ke 2 menghabiskan masa-masa yang penuh berkat dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Masa dihabiskan di dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Mahkamah Kuala Lumpur. Menghadiri Kes 'Ops PADAM 3', tangkapan ketika turun berhimpun membantah kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan. Sinis bukan...adakah orang yang bersetuju dengan kenaikan harga barangan?

Mengikuti perbicaraan kes di dalam bulan Ramadan sungguh amat mencabar. Mahu saja berbaring dan tidur. Memang ramai yang berbuat demikian.

Kes ini sudah berjalan lebih dari dua tahun. Hingga semalam 26 saksi sudah dipanggil. Apa tidaknya membosankan, jawapan yang sama dari semua saksi yang dipanggil, berkali-kali perkara yang sama.

Soalan : Adakah kamu bertugas pada 26 hb Januari 2008?

Jawapan : Ada.

Soalan : Bilakah kamu terima arahan untuk bertugas?

Jawapan : Terima arahan pada 26 hb Januari 2008 jam 8.30 pagi.

Soalan : Di manakah kamu bertugas?

Jawapan : Saya bertugas di sekitar KLCC.

Soalan : Atas arahan siapa kamu bertugas di sana?

Jawapan : Atas arahan Pengarah Siasatan Jenayah Dato' Bakri Zinin.

Soalan : Boleh beritahu apa tujuannya?

Jawapan : Untuk melaksanakan tangkapan kepada sesiapa yang menyertai perhimpunan haram Ops PADAM 3 PROTES bagi membantah kenaikan harga minyak dan harga barangan.

Begitulah jawapan standard yang diberikan oleh semua saksi polis yang telah dipanggil sejak dua tahun lepas.

Bahagian kedua yang menarik tentang soalan dan jawapan dari perbicaraan ini ialah tentang spesifikasi cara pemakaian orang-orang yang menjadi mangsa tangkapan polis pada hari tersebut secara khususnya dan yang menyertai perhimpunan aman amnya.

Soalan : Adakah penjelasan diberikan tentang rupabentuk peserta perhimpunan PROTES?

Jawapan : Ada diberikan. Ada tanda-tanda menunjukkan mereka menyertai Gabungan PROTES. Ini berdasarkan kepada tag yang mereka pakai, lilitan kepala, baju kuning , bertanda BERSIH dan membawa sepanduk.

Soalan : Ada tidak penjelasan diberikan?

Jawapan : Ada.

Soalan : Kalau saksi lain telah beri keterangan bahawa tidak ada penjelasan yang diberikan semasa taklimat?

Jawapan : Saya katakan mereka tidak beri tumpuan.

Soalan : Beri penjelasan adakah awak yang tipu atau yang lain yang tipu?

Jawapan : Mereka tidak beri tumpuan.

Soalan : Tadi awak kata mereka yang memakai baju berwarna kuning. Adakah salah memakai baju berwarna kuning?

Jawapan : Ya.

Soalan : Bukankah warna kuning melambangkan warna di Raja?

Jawapan : Ya.

Soalan : Bukankah itu melambangkan mereka menyokong institusi Di Raja?

Jawapan : Ya.

Soalan : Adakah salah memakai baju berwarna kuning?

Jawapan : Tidak salah.

Soalan : Tadi ada beri keterangan mereka yang memakai baju bertulis BERSIH, perhimpunan ini perhimpunan apa?

Jawapan : PROTES.

Soalan : Ejaan B E R S I H bunyinya apa?

Jawapan : BERSIH.

Soalan : Samakah BERSIH dan PROTES?

Jawapan : Tidak sama.

Lagi satu keterangan yang saya rasa menarik dari saksi dalam membuktikan bahawa mereka yang datang ke KLCC untuk himpunan PROTES ialah:

Jawapan : Mereka berjalan di dalam kumpulan, dengan pergerakan yang sama dan kelajuan yang sama.

Keterangan diatas adalah bukti untuk orang yang sama rupabentuk ini untuk ditangkap sebagai peserta perhimpunan HARAM ditambah lagi kerana mereka menghalang lalulintas disebabkan mereka berjalan di lorong pertama.

Atas alasan yang saksi berikan di atas maka kami 45 orang telah ditangkap dan hingga kini kami harus melalui perbicaraan yang entah bila akan habis.

Sekarang jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari, kami masih di sini, tetapi kami OKT boleh juga duduk-duduk santai dengan pelbagai gaya. Peguam-peguam kami di hadapan sana sedang meneruskan usaha murni mereka. Bukan sahaja di dalam kamar Mahkamah ini, malah di mana saja kamar Mahkamah yang mana kes-kes tangkapan perhimpunan Aman dijalankan.

SALUTE kepada anda semua barisan Peguam yang membantu menegakkan keadilan untuk rakyat seperti kami. Kerana anda, saya dan kawan-kawan yang lain akan terus menapakkan kaki kami ke Mahkamah selagi terdaya dan tidak akan membiarkan anda semua berjuang sendirian.....

Jumpa lagi esok kalau tidak di Mahkamah ini, kita jumpa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pula esok InsyaAllah.

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA DI HARI MUKA.

Saturday 21 August 2010

PDRM: Pegawai Penyiasat tapi tak menyiasat,

Barisan Peguambela berbincang, memberi motivasi dan tindakan ke hadapan sebaik kes ditangguhkan di luar kamar Mahkamah.

Perbicaraan Kes 'Ops Bubar Dun Perak' yang bersambung pada tarikh 19-20hb Ogos 2010. Catatan dari soal balas Peguambela Augustine Anthony di bawah ini adalah pada tarikh 20hb Ogos 2010 ke atas Pegawai Penyiasat kes ini iaitu Cif Inspektor Ishak.

Soalan : Awak ada mengatakan awak menangkap seorang yang bernama Asri (OKT 12), awak pasti dia?

Jawapan : Ya.

Soalan : Setuju dengan saya bahawa banyak daripada fakta-fakta siasatan yang awak tak ingat, setuju dengan saya awak sudah lupa?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Setuju dengan saya awak rujuk nota sendiri?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah seorang yang bernama Inspektor Mala?

Jawapan : Ada.

Soalan : OKT 12 tidak pernah ditangkap oleh Cif Inspektor Ishak, setuju?

Soalan : Inspektor Normala bersama-sama dengan peguam Asri, Encik Zambri. Dia tidak pernah ditangkap tetapi dia datang serah diri bersama peguam dia En Zambri?

Jawapan : Tidak setuju.

Ramai berhimpun mengapa hanya tangkap 13 orang OKT?

Soalan : Cif Inspektor Ishak telah ditunjukkan banyak gambar-gambar. Setuju dengan saya selain dari pengecaman OKT, ada juga gambar-gambar orang lain peserta lain yang bersama dengan OKT?

Jawapan : [diam]

Soalan : Kalau tak setuju kita tengok semua gambar-gambar semula.

Jawapan : Setuju

Soalan : Ada tidak orang lain itu bersama OKT di mahkamah?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda siasat identiti-identiti orang yang berkumpul dalam setiap satu gambar?

Jawapan : Ada saya siasat.........

Soalan : Ada tak anda siasat? Yes or no?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda siasat daripada pegawai-pegawai penangkap mengapa orang-orang tersebut tidak ditangkap?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Sebagai seorang penyiasat adakah anda tanya kenapa dikhususkan kepada seseorang dalam gambar dan bukan semua yang ada di situ?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Anda ada beri keterangan "saya terima maklumat dari Hasbullah ada tangkapan terhadap orang-orang yang berhimpun". Setuju dengan saya sebagai pegawai penyiasat ialah untuk lakukan siasatan secara menyeluruh dan bukan hanya terima barang kes?

Jawapan : Setuju.

Siasatan mestilah menyeluruh

Soalan : Siasatan mesti menyeluruh?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat masa hari kejadian ramai antara orang ramai termasuk anak-anak cedera akibat tembakan gas pemedih mata yang bertalu-oleh polis. Siasat atau tidak?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Adakah anda juga buat siasatan gas pemedih mata yang cederakan polis sendiri? Siasat atau tidak?

Jawapan : Siasat, secara menyeluruh tidak.

Soalan : Oleh kerana jawapan di atas tidak secara menyeluruh anda setuju dengan saya bahawa siasatan anda tidak sempurna?

Jawapan : Saya tidak siasat semua.

Soalan : Adakah anda siasat berapa ramai polis di kawasan kejadian pada hari kejadian?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Jadi setuju dengan saya awak tak tahu berapa ramai polis yang bekerja pada hari itu?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi anda tidak tahu berapa ramai polis yang beruniform dan yang tidak beruniform berlegar-legar?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat ketua-ketua PORU, FRU dan lain-lain berapa banyak kelongsong gas pemedih mata yang digunakan pada hari itu?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat dari Ketua-ketua unit berapa kerap kalikah arahan bersurai dikeluarkan?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat daripada ketua-ketua unit yang kononnya telah beri arahan surai tempuh berapa minit untuk orang bersurai?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat dari polis yang kononnya memberi arahan bersurai apakah jalan-jalan yang sepatutnya digunakan?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Proses lakaran ini memang tidak menyeluruh sebab tak ada nama-nama jalan di dalamnya. Adakah anda pernah siasat sebelum tarikh lawatan ada berapa banyak jalan-jalan ?

Jawapan : Ada.

Soalan : Semua jalan-jalan tidak dicatitkan dalam rajah kasar?

Jawapan : Ya.

Soalan : Rujuk pada C 35. Bila terima C 35 adakah anda siasat berapa orang ditangkap setiap kali selepas arahan bersurai dan orang tidak bersurai?

Jawapan : Tidak siasat.

Gas Pemedih mata yang membunuh???

Soalan : Anda tidak tahu berapa banyak kelonsong gas. Anda siasat apakah jenis gas pemedih mata yang digunakan?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Gas pemedih mata type CR adakah anda tahu gas pemedih mata type CR?

Jawapan : Ya.

Soalan : Oleh kerana anda pernah dengar gas pemedih mata type CR amda tahu kesan gas CR atas orang ramai?

Jawapan : Sikit-sikit

Soalan : Adakah anda tahu gas CR akan menyebabkan temporary blindness? Setuju atau tak pasti.

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : CR type gas boleh sebabkan kesesakan nafas?

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Sebab tak siasat, setuju?

Jawapan : Setuju

Soalan : Anda tahu gas CR jika digunakan atas orang ramai akan sebabkan panic?

Jawapan : Angguk


Soalan : Adakah anda siasat?

Jawapan : tidak.

Soalan : Boleh juga sebabkan lemah, tak boleh buat apa?

Jawapan : Ya

Soalan : Boleh juga sebabkan kanser ada unsur karsinogen, siasat?

Jawapan : Tidak.

[Timbalan Pendakwaraya bangun membantah soalan-soalan balas yang diajukan oleh peguambela dengan alasan soalan-soalan yang diajukan tiada kaitan]

[Peguambela bela berhujah atas alasan "asking the IO wether he investigate or not" sebab dia adalah pegawai penyiasat dan beliau telah menyatakan bahwa "investigation must be complete"]

[Puan Hakim mengangguk sambil tersenyum. Peguambela meneruskan soalan balas]


Tak Siasat Tak Siasat Tak Siasat!

Soalan : Kita semua tengok visual gas pemedih mata boleh akibatkan kematian sekiranya terlebih hidu?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Tidak tahu sebab tak siasat.

Soalan : Tahu berapa banyak gas pemedih mata digunakan?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Sebab tak siasat. Adakah anda menyiasat penggunaan beberapa jenis kompaun yang terpilih yang boleh tukarkan keadaan yang aman menjadi liar dan tidak terkawal?

Jawapan : Tidak.

Soalan : Pada hari tersebut yang berkumpul di situ ada juga orang Cina, India, Kokasian, Tamil dan lain-lain lagi?

Jawapan : Tak setuju. Ada India dan Melayu saja.

Soalan : Saya cadangkan bahawa keterangan anda cuma nampak India dan Melayu saja maka anda tak tengok semua dan tak teliti semua VCD-VCD yang ada.

Jawapan : Saya teliti semua VCD-VCD yang ada tetapi tidak 100%.

Soalan : So anda tidak teliti semua babak-babak dalam VCD tersebut. Bila tak tengok 100% jadi anda tidak tahu semua babak-babak.

Jawapan : Semua babak saya lihat ada part-part yang tak lihat.

Soalan : Saya cadangkan ramai orang Cina yang ada pada perhimpunan tersebut.

Jawapan : Tak pasti.

Soalan : Saya cadangkan anda juga telah siarkan gambar seorang India yang kononnya terlibat dalam rusuhan?

Jawapan : Bukan saya.

Soalan : Siapa yang minta Berita Harian siarkan gambar-gambar ini? [rujuk suratkhabar berita harian yang memuatkan berita kejadian]

Jawapan : Polis.

Soalan : Anda tahu ada juga yang dikehendaki ialah orang India?

Jawapan : Tidak tahu.

Siapa Pegawai Penyiasat??


Soalan : Kalau bukan anda siapa lagi yang letak selain anda sebagai pegawai penyiasat yang siarkan gambar-gambar ini?

Jawapan : Saya tidak siarkan gambar ini. PDRM

Soalan : Siapa pihak polis? Mesti melalui Pegawai penyiasat. Siapa orangnya?

Jawapan : Ketua Polis Perak, Dato' Zulkifli.

Soalan : Mengikut siasatan polis didapati 4 orang yang terlibat secara lansung dalam rusuhan dan menghalang kereta Raja Tuanku Dr Nazrin, siapa mereka?

Jawapan : Siasatan awal polis, 4 orang terlibat...

Soalan : Siapa mereka?

Jawapan : Saya tak siasat.

Soalan : Awak IO, tapi awak tak siasat. Adakah lebih dari seorang atau awak seorang sahaja?

Jawapan : Saya seorang sahaja.

Soalan : Dalam siasatan ini juga polis cari 5 orang lain, anda tahu siapa 5 orang lain itu?

Jawapan : Tak ingat.

Soalan : Anda tahu adakah jika 5 orang ini ditangkap atau serah diri siasatan ini akan menjadi lebih menyeluruh dan complete?

Jawapan : Tak setuju.

Soalan : Anda setuju salah satu gambar yang disiarkan seperti orang India? Anda setuju atau tidak?

Jawapan : Mengangguk.

Soalan : Tadi awak kata tak ada India.

Jawapan : Mirip India, Tak pasti.

Soalan : Walaupun terdapat ramai orang Melayu, India, Cina, Kokasian mengapa ke 13 orang yang ditangkap adalah Melayu saja? Ada anda siasat?

Jawapan : Tidak.

Kenapa tangkap Orang Melayu saja??


Soalan : Jadi anda setuju dengan saya anda tidak siasat kenapa tangkapan hanya orang Melayu saja?

Jawapan : Yang saya faham.......saya ada tanya......mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram.

Soalan : Adakah awak tanya, di situ ada ramai Melayu, Cina, India, kenapa Melayu saja ditangkap.

Jawapan : Saya tanya pegawai penangkap kenapa bawa tangkapan kepada saya.

Soalan : Tanya atau tidak itu siasatan IO.

Jawapan : Tak ada.

Soalan : Adakah anda siasat daripada anggota polis, orang ramai, mungkin dari parti politik, seramai berapa orang yang berkumpul pada hari itu?

Jawapan : Tidak siasat.

Soalan : Jadi anda tidak tahu berapa ramai yang berkumpul?

Jawapan : Tidak tahu.

Soalan : Adakah anda setuju kalau saya katakan lebih daripada 3000 orang yang berkumpul?

Jawapan : Saya tak tahu. Tak pasti.

Soalan : Sebagai penyiasat, bukankah anda harus tanya ramai orang berkumpul, kenapa tangkap 13 orang sahaja?

Jawapan : Memang saya tanya, sebab mereka terlibat dalam perhimpunan haram.

Soalan : Ahli parlimen pun ada kenapa tak tangkap? Anda tak tanya apa motif tangkapan?

Establish Motif cari bahan bukti

Jawapan : Motif tangkapan perhimpunan haram.

Soalan : Rujuk laporan polis DSP Fadzil, motif tangkapan ialah merusuh. Berhimpun dan merusuh adalah motif tangkapan. Rujuk P 59, anda setuju motif bukan sahaja berhimpun tetapi merusuh.

Jawapan : Pada awalnya siasatan, motif tangkapan merusuh dan berhimpun. Pada masa laporan dibuat. Kalau ikut lapuran saya setuju. Setuju.

Soalan : Anda buat siasatan mesti ikut laporan setuju? Mengikut laporan polis ialah merusuh setuju?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Berdasarkan pada motif tangkapan hari itu merusuh dan berhimpun 9 orang ditangkap? Setuju.

Jawapan : Setuju.

Soalan : Dari laporan itu polis kemukakan exhibit batu, kayu dan lain-lain untuk tunjukkan contoh merusuh.

Jawapan : Setuju.

Soalan : Jadi exhibit ini dimasukkan dalam mahkamah untuk tunjukkan orang merusuh?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang bekalkan exhibit?

Jawapan : DSP Fadzil.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang baling kayu P 45 dari kalangan 9 orang OKT tu?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Adakah anda siasat siapa yang baling P 47 batu besar?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Selain dari terima barang dari DSP Fadzil adakah anda siasat siapa beri barang kes pada awak?

Jawapan : Tak siasat.

Soalan : Anda ada menonton VCD kejadian, ada orang membaling batu, ada anda nampak sesiapa yang membaling batu?

Jawapan : Tidak nampak.

Soalan : Anda ada menonton semua VCD?

Jawapan : Ya dan saya tidak nampak sesiapa membaling batu.

Peguambela memohon kenyataan Pegawai Penyiasat untuk direkodkan.

Perbicaraan tamat jam 12.30 tengahari dan ditangguhkan ke tarikh 26hb Ogos 2010 untuk sambungan soal balas seterusnya oleh Peguambela Augustine Anthony.

Wednesday 18 August 2010

Peristiwa awal Ramadan.....

Tidak mahu membiarkan blog ini kesepian tanpa berita dek kerana kekangan waktu lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, terlalu banyak perkara pula yang mendatang....


Dari awal Ramadan sudah ada banyak peristiwa penting yang berlaku di dalam negara, yang berkaitan dengan perlanggaran Hak Asasi Manusia.

Kes Himpunan Mansuh

1 Ramadan, kami 29 orang OKT yang ditangkap di perhimpunan Aman 'Himpunan Mansuh' pada 1 Ogos 2009 telah berada di Mahkamah Jalan Duta bagi mengikuti perbicaraan kes tersebut yang bermula sejak 9hb Ogos 2010. 4 orang dari kami telah mengaku bersalah diatas pertuduhan mengikuti perhimpunan 'HARAM' pada hari sebelumnya. Namun pada tarikh 1 Ramadan setelah kami semua duduk berbincang dan bersama memberikan motivasi kesemua 4 orang tersebut telah menarik balik pengakuan mereka dan bersedia untuk bersama kami semua berjuang hingga dakwaan ke atas kami digugurkan.

Niat mereka untuk mengaku bersalah atas pujukan pihak Timbalan Pendakwaraya yang kami yakin sebab utamanya ialah mereka tidak yakin dengan pertuduhan mereka sendiri.

Tahanan ISA lagi!

Pada tarikh 1 Ramadan kami di GMI dan pejuang Hak Asasi Manusia dikejutkan dengan penahanan 3 orang lagi di bawah akta Zalim ISA. Seorang darinya berusia 70 tahun!.

Sebahagian kenyataan SUARAM dan GMI adalah seperti di bawah:

SUARA RAKYAT MALAYSIA & GERAKAN MANSUHKAN ISAPRESS STATEMENT: 11 AUGUST 2010

FASTING MONTH BEGINS WITH HUMAN RIGHTS VIOLATIONS: ANOTHER 3 ARRESTED UNDER THE ISA!

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) are astonished to learn of the latest arrest under the infamous Internal Security Act (ISA) on the first day of the Ramadhan fasting month.

To invoke the ISA against these individuals is absolutely against the fundamental principles of human rights, justice and international human rights standards.

Those 3 are known as:

  1. Mustawan Ahbab (34) Indonesian
  2. Samsul Hamidi (34) Malaysian
  3. Seikh Abdullah Sheikh Junaidi (70) Malaysian
TANGKAPAN DI AMCORP MALL

Pada 16 hb Ogos pula 29 OKT yang ditangkap pada Majlis Candle Light Vigil di hadapan Amcorp Mall pada 1 hb Ogos yang lepas pula telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk disambung ikat jamin mereka. Kami turut ke sana memberi sokongan.

Ikat jamin mereka semuanya telah disambung hingga ke tarikh 1 hb September 2010 dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada jam 8.30. Saya telah turut menjadi penjamin bagi 3 orang OKT maka saya perlu juga ke Mahkamah pada tarikh tersebut.

Kami semua yakin yang pada hakikatnya pihak Pendakwaan sedang dan telah gagal memikirkan apakah pertuduhan yang paling baik untuk dikenakan ke atas semua yang ditangkap kerana mereka bukannya merusuh atau gagal bersurai kerana polis dan FRU yang MERUSUH dan membuatkan keadaan jadi kecoh!.


Sebahagian dari OKT berehat dengan tenang di 'ARJUNAIDI GREENLAND'....wow.......

Inilah dia Ketua Polis Petaling Jaya yang telah mengganasi orang awam pada 1 hb Ogos 2010 di hadapan Amcorp Mall. Ketika menyampaikan aduan ke SUHAKAM Pengerusi GMI telah menyatakan bahawa pemenang pelanggar Hak Asasi Manusia pada hari tersebut ialah Ketua Polis Petaling Jaya!

Walaubagaimanapun saya musykil bagaimana pondok diatas dinamakan di atas nama ARJUNAIDI dan dihadiahkan oleh MK Land????

KES OPS BUBAR DUN PERAK.

Esok 19hb -20hb Ogos 2010 kes ini akan disambung bicara selama dua hari. Pada 2 sesi perbicaraan yang lepas pihak Timbalan Pendakwaraya telah membuat perjanjian yang begitu pasti bahawa beliau akan menyelesaikan kes ini pada tarikh 20hb Ogos kerana ianya akan dijalankan dari jam 8.30 pagi, namun pada sesi dua minggu lepas kami terpaksa menahan marah dan geram bila beliau menambah lagi tarikh 26hb Ogos dan kami juga dapat kesan bahawa kes ini tidak dapat dihabiskan dengan segera walau ianya berjalan hampir setiap dua minggu atau seminggu sekali!!!

KES OPS PADAM 3 PROTES

Kes ini pula akan bersambung pada 24-26hb Ogos..............

Namun....mereka semua dan kita semua terus berjuang dalam cara kita sendiri..

8 Ramadan/ 18 Ogos 2010

Pernyataan-pernyataan yang saya kutip dari twitter yang menyentuh hati dari dua mahkamah untuk 2 kes membela hak asasi manusia hidup atau mati, tahanan atau bebas

Teoh inquest:
Asked if she had to take sides, Dr Pornthip said: "I work for the
rights of the dead and not for Malaysia and Selangor."

Appeal Habeas Corpus Azzahari dll:@syahredzan: There is nothing for people like Amer and rest of NWF to gain. Not money, not fame, not position. Only satisfact
ion.

Court 'commends Amer for fighting for human rights', but 'bound by the law'.
.kes Habeas Corpus Azzahari dll.

semuanya akan terus bersambung...................

Tuesday 10 August 2010

Kes HIMPUNAN MANSUH: Mengaku Bersalah, SIAPA YANG BERSALAH sebenarnya???

'Kami' setelah kes ditangguhkan....memberikan kata-kata semangat, motivasi dan berbincang strategi untuk terus berjuang!!!

Hari ini adalah hari yang sungguh memenatkan dan menduga semangat juang kita yang mengaku diri kita berjuang untuk melawan kezaliman. Apakah sanggup kita meneruskan perjuangan apabila kita tahu di hadapan kita terbentang luas sebuah jalan yang berliku dan berduri.

Menghadiri sesebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh badan-badan NGO, Parti Politik dan Gabungan Aktivis Rakyat memanglah sesuatu yang boleh menaikkan semangat dan melahirkan rasa marah pada pemerintah yang melakukan kezaliman.

Kita turun di jalanan, melaungkan slogan-slogan yang menaikkan semangat tanda rasa benci pada kezaliman. Diserang polis, SB dan FRU yang membedil gas pemedih mata dan pancutan air kimia menambahkan lagi rasa marah dan 'thrill' dalam sesebuah perhimpunan aman yang dituduh polis sebagai perhimpunan haram dan rusuhan. Habis perhimpunan semua pulang semula ke tempat tinggal masing-masing dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

Di dalam mana-mana perhimpunan aman yang menentang secara terang-terangan kezaliman pemerintah pasti akan diganggu polis dan ada yang akan ditangkap.

Saya sedang ingin memperkatakan tentang Himpunan Mansuh yang diadakan pada 1 hb Ogos 2009 bagi menentang akta zalim ISA. Banyak ramalan yang dibuat tentang jumlah yang hadir dalam perhimpunan yang bersejarah tersebut. Ada yang menganggarkan sejumlah lebih dari 50,000 orang yang telah hadir. Dari sejumlah tersebut hampir 600 orang telah ditangkap dan hanya 29 orang yang telah didakwa di Mahkamah termasuk penulis sendiri.

Hingga ke tarikh hari ini perbicaraan belum dapat dimulakan setelah beberapa kali OKT dan peguam terpaksa turun naik mahkamah. Minggu ini kami dikejutkan dengan makluman bahawa Hakim telah menetapkan tarikh perbicaraan bermula dari 9-12hb Ogos. Ramai yang hanya tahu bahawa kes hanya akan berjalan pada 9hb Ogos sahaja. Sungguh simpati pada mereka yang datang jauh dari Terengganu, Johor, Perak dan juga Melaka.

Hari ini pula ketika saya sampai ke Mahkamah saya telah dikejutkan dengan berita bahawa akan ada yang membuat pengakuan bersalah!. Peguam menjalankan tugas mereka menyampaikan 'offer' yang telah dibuat oleh pihak pendakwaan kepada OKT bahawa sekiranya ada yang mengaku bersalah, maka mereka akan hanya didenda RM500.

Maka bermulalah episod yang penuh keluh kesah, marah, bengang bagi kami aktivis yang telah melalui perbicaraan sebelum ini. Namun bagi mereka yang masih baru dan pertama kali melalui kes seumpama ini sudah pasti keliru, bingung dan memikir banyak kali samada untuk terima atau tidak. Apatah lagi bagi mereka yang telahpun mendapat gangguan dari polis, SB dan juga sesiapa saja yang tidak mahu saya sebutkan di sini.

Kata mereka dengan pujuk rayu mengaku bersalah saja senang bayar denda RM 500, nama tidak akan diblacklist, kes ini akan ambil masa bertahun-tahun 3 tahun atau lebih, kes ini belum tentu akan menang, kalau belajar akan ganggu credit hours dan macam-macam lagi.

Kami yakin ini adalah gangguan dari Polis untuk memujuk atau lebih tepat lagi mengugut agar OKT mengaku salah.

Sekiranya pembaca sekelian pernah membaca pengalaman saya serta suami saya melalui kes PROTES dan kes 'Ops Bubar DUN Perak' boleh memahami keperitan yang perlu dilalui oleh mereka yang didakwa di Mahkamah...

Namun pagi tadi di hadapan Hakim 4 orang telah membuat pengakuan....mengaku bersalah 'menghadiri perhimpunan Haram'...namun raut wajah mereka penuh duka yang tiada kata yang dapat menjelaskannya...kami faham apa perasaan mereka....namun semua ini belum pasti pengakhirannya...esok bakal jadi tarikh penentu untuk nasib kes ini dan 4 orang yang telah mengaku bersalah.....

.....bagi kami....perjuangan ini harus dan wajib diteruskan................

Terima Kasih atas sokongan semua.....saya lampirkan kata-kata semangat yang kami terima...

Kita tidak bersalah!Jangan serah diri,lawan smpai menang!Allah bersama pejuang ikhlas, mara kedepan dengan semangat ramadhan badar alkubra dari DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.


Kata-kata semangat yg kami terima dari Kak Aliza yg lalui 10 tahun bicara dan masih continue hingga 7 orang dari OKT telah meninggal dunia!!!! dalam kes tangkapan di Kamunting.


"K.jije rasa DPP dah serik setiap kes akta polis akan membongkar tangkapan adalah arahan politik! Polis tak profesional dan pasti kes kalah! Moga kebenaran tetap menang."

Monday 9 August 2010

Terkini!! - Kereta AJK PROTES di "Tangkap" Polis

Punyala ramai polis kerumun kereta yang tidak bersalah ini!!!

Jam 5 petang tadi, kami semua berkumpul di Kawasan Pasar Malam Flat 17 Kerinchi dengan tujuan memberi kesedaran kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak dan harga barangan

Ramai sekali yang hadir termasuk pimpinan PR dan MGO dan aktivis.

Polis terlalu ramai kelihatan di merata tempat termasuk juga FRU!..

Dua orang peserta program petang tadi telah ditangkap sebelum program bermula.

Bukan sahaja manusia ditangkap malah kereta AJK PROTES Aiman Athirah Al Jundi turut dihurung oleh polis....teruk dan sungguh terdesak mereka ini. Kesian kereta tersebut. Ianya diletakkan di tempat yang selamat dan ramai yang lain juga meletakkan kereta di sana...maklumlah kawasan pasar malam.

Sila lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan di tempat kejadian.....


Pemilik kereta tersebut sedang memberi penjelasan kepada pihak media....

Polis memantau dari jauh, menungguh masa sekiranya ada aksi yang MENGANCAM!!!

Polis mula meluru apabila Saudari Kogi dari JERIT berucap...saya dah beri amaran pada dia..."bila you cakap mesti polis akan dapat vibrationnya"...

Tuan Haji Nahar SUA JIM menyampaikan kata-kata di sidang media, "mengapa kerajaan harus mengambil 5 sen dari wang rakyat????"

Sidang Media mengenai "Kempen SELAMATKAN RAKYAT!!!"


Friday 6 August 2010

Thursday 5 August 2010

OPEN LETTER to OCPD Petaling Jaya - Arjunaidi Mohamed [Contoh Yg Memalukan!]

We are writing to you to express our outrage and our strongest condemnation over the brutality and misuse of power by your personnel at the Anti ISA candlelight vigil on 1st August 2010 at Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya. The candlelight vigil organised by Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) was held to commemorate the passing of the Internal Security Act (ISA) 50 years ago and to call for the abolition of the ISA.

On 1st August, 29 persons were arrested at around Amcorp Mall Petaling Jaya and IPD Petaling Jaya for exercising their right to assemble peacefully as guaranteed under the Federal Constitution. As the Officer in Charge of Police District (OCPD) Petaling Jaya, your violent and heavy handed tactics in dispersing the peaceful assembly was highly unprofessional and uncalled for.

Instead of acceding to the organisers’ request to negotiate terms for the vigil and providing time for the crowd to disperse peacefully, you ordered your officers to move in forcibly on the crowd which resulted in a situation of chaos and fear. In your arrogance, you even denied the legitimacy of the permit given by the Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) to the organisers.

Violence was brutally deployed when your officers moved in to arrest participants of the vigil. Those arrested were shoved, beaten, slapped, dragged, choked and verbally abused by your police officers. Even women were not exempt from the violence. Such extreme use of violence was highly unnecessary as those arrested would have cooperated when informed that they were being arrested. You exercised your powers arbitrarily and as such, you are to be blamed for the human rights violations that occurred on that night.In addition to that, we condemn your various intimidation tactics such as deploying water cannon trucks and the Federal Reserve Unit (FRU) to frighten the good citizens who gathered outside the District Police Headquarters (IPD) Petaling Jaya in solidarity with those arrested.

Vindictively, you also arrested another 3 individuals outside the IPD and deployed traffic police in the wee hours of the morning to summon the vehicles of those who were waiting outside the police station for the arrested to be released.

However, we regard the intimidation of the highest order to be your action to compel the lawyers representing those arrested to give a separate witness statement. We condemn outright violation of the right to seek counsel and the rights of the lawyer when representing their clients.

Even though Section 27 of the Police Act provides police with arbitrary powers to allow or refuse permits for public gatherings, this provision is in contravention of Article 10 of the Federal Constitution of Malaysia which guarantees civil liberties with regards to the right to assembly and free speech.

As an OCPD, you should be ashamed of yourself for being a poor example as a leader to the younger and lower ranking police officers under your charge. As a member and leader of the police force, you should be setting an example to the officers under your charge by respecting fundamental human rights in your endeavours to protect the public from crimes. Contrary to this, you have shown not just your officers but the people of Malaysia that you exercise control over the public by inflicting fear and terror.

(orang yang hendak berunding, Sdra Arut dan Pengerusi GMI berdiri betul di hadapan OCPD, masih nak jerit guna loud hailer)

Due to the above, SUARAM demands that you publicly apologise to the participants of the candlelight vigil, those who were abused by your officers and the lawyers whom you have intimidated. We also urge you not to press charges against those who were arrested as they were merely exercising their Constitutional rights to assemble peacefully.

Like the activists and participants of the candlelight vigil, you are also a citizen of Malaysia. We believe that you would equally benefit from the preservation of the right to assembly and free speech that are essential in a democratic society.

Thank you.
Sincerely,
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Wednesday 4 August 2010

Kenapa tampar muka orang tu!!!!!




cuba tengok di minit 2.21...pesal pi tampar muka orang tu!!!

Monday 2 August 2010

CUKUP 50 tahun!! video keganasan polis

Lagi tahan dan lagi ditangkap tiada yang gentar malah lebih ramai yang turun ke IPD Petaling Jaya tanda sokongan.

Polis mengganas hingga ke dalam shopping complex

menyalakan lilin di dalam Amcorp Mall setelah dikepung oleh Polis.

Ironi...Anda adalah tetamu kami...sekali kena halau dengan truck water cannon!!!!

Solidariti di hadapan IPD Petaling Jaya untuk mereka yg ditahan

Peguam memantau dari luar


Terkurung dan terkepung


Jentera Kerajaan!!!!!

video tangkapan....TANGKAAAAAPPPP, TANGKAAAAAPPP

Polis menganas di Vigil sempena 50 tahun ISA di Armcorp Mall, PJ (Gambar tangkapan)

Polis SB yang berbaju biru inilah yang berulangkali memerli-merli saya kerana membawa anak-anak bersama, geram betul rasanya.

Gambar ini ialah gambar menunjukkan Cikgu Bard mula ditangkap sebaik selepas Tuan Syed Ibrahim ditangkap. Mereka berdua berjalan di belakang dan disebelahan saya dan anak-anak.

Polis dan FRU mula mengerumuni kami. Saat ini polis wanita di belakang saya telahpun menggenggam erat lengan kiri saya, tangan kanan saya menggenggam erat tangan anak saya Asiah yang menjerit ketakutan. Lihat polis yang sedang angkat tangan di belakang saya, beliau juga yang mengarah polis wanita yang bernama HAFIIZAH ini menangkap saya dari arah BELAKANG ketika kami sedang berjalan dengan aman menuju ke dalam Amcopr Mall setelah diarah polis untu bersurai!!!

Lihat aksi Cikgu Bard yang cuba menghalang polis dari menangkap saya. Syed Ibrahim di hadapan saya membelakangkan camera juga dalam aksi menghalang polis dari terus menangkap saya.

Ini sekatan FRU betul-betul di hadapan pintu masuk ke Amcorp Mall.

Rasanya aksi ini sebaik kami melepasi tangkapan polis, Syed Ibrahim dan Cikgu Bard sudah tidak kelihatan kerana mereka sudah ditangkap. Yang kelihatan ialah saudara Nazri bekas Pengerusi 'GERAK'. Kami berjalan menuju ke Amcorp Mall.

Lagi gambar ketika sebelum tangkapan dibuat.

Tuan Syed Ibrahim dan Cikgu Bard serta yang lain telah memastikan supaya polis tidak terus menangkap saya. Asiah menangis sekuat hati. Namun polis yang mengeluarkan arahan di atas, sekali lagi cuba menangkap saya ketika kami berada di hadapan IPD PJ, namun sekali lagi berjaya diselamatkan apabila isteri Tuan Syed Ibrahim berada berdekatan dengan membawa kereta, cepat-cepat kami selamatkan diri dengan menaiki keretanya.

Rupanya kami mendapat maklumat bahawa polis memang mahu menangkap 6 orang AJK GMI.

Polis menganas di Vigil sempena 50 tahun ISA di Armcorp Mall, PJ (Bah 1)

Gambar-gambar di bawah ialah ketika perhimpunan mula diadakan dan Polis dari awal lagi telah menganggu. Ini bertempat di hadapan Padang Timur berhadapan dengan Amcopr Mall.

Pegawai Polis di bawah inilah yang beberapa kali jerit supaya orang ditangkap. "tangkap yang pakai merah!!!!"


Ada yang cedera setelah polis dan FRU mula mengejar dan menolak-nolak orang ramai menuju balik ke arah Amcorp Mall. Gambar di atas ialah Sing Yee salah seorang AJK GMI.

Keadaan bertamnah kecoh apabila polis mula MERUSUH!!!. Kelihatan juga Haris Ibrahim.

Orang ramai para peserta Candle Lite Vigil yang aman bergerak dengan aman.....

FRU seperti biasa membuat benteng menghalang orang ramai masuk atau keluar.

Kelihatan Tuan Syed Ibrahim Pengerusi GMI, Arutchelvam, Nalini dan juga Selvam yang mengetuai team negotiator, menjalankan tugas untuk berunding dengan pihak polis agar memberi peluang untuk semua berkumpul untuk tempuh masa hanya 1 jam sahaja. Kelulusan dari pihak berkuasa tempatan pemilik kawasan tersebut, MBPJ sudah pun diperolehi.

Tengok tu pegawai polis yang menjadi Chief Commandat tu.....menghala loud hailer ke arah Arut yang cuba berunding dengan keras berkata "BIAR SAYA YANG BERCAKAP!!!!!"......sungguh berkuasa dia...tiada perundingan lagi.

Selepas episod ini beliau terus mengeluarkan arahan supaya tangkapan dibuat dan FRU dan polis bervest hijau mula mengganas!!!!

Gambar-gambar ini ketika semua yang hadir dengan diketuai oleh sekretariat program dan AJK GMI bergerak dari tempat letak kereta Amcorp Mall menuju ke Padang Timur untuk mulakan program.

Berjalan secara aman tanpa sebarang laungan jauh sekali PROVOKASI!

Cuba lihat semua pun suka hati dan senyum-senyum sebelum majlis bermula:))

YB Tian Chua datang beri sokongan beliau juga bekas tahanan ISA di tahun 2001-2003. Beliau baru sahaja sampai dari Melaka di mana di sana juga telah diadakan satu perhimpunan Reunion bekas-bekas tahanan ISA. Dari update Twitternya katanya hampir 1000 orang berkumpul di sana, bekas tahanan ISA.