Tuesday 25 May 2010

KES PROTES : POLIS TAK TAHU KENAPA TANGKAP

Bulan Mei dan Jun ini merupakan bulan bagi kami suami isteri diadili di Mahkamah kerana mengikuti perhimpunan aman. Minggu ini bermula hari Isnin 24hb Mei hingga 26hb Mei kes tangkapan menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga barangan PROTES disambung semula. Kes tangkapan Ops Bubar DUN Perak pula juga bermula pada 26 dan 27hb.

Siang tadinya awal pagi lagi saya sudah menapakkan kaki menuju ke Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Aras 3, Sayap Kiri Mahkamah Jalan Duta. Kebiasaan semua OKT dipinta hadir jam 9 pagi.

Alhamdulillah hari ini walau majoriti kelewatan dan peguam kesemuanya datang hampir jam 10 pagi, Tuan Hakim menghadiahkan senyuman jua. Syukur, sehingga ke petang tiada unsur stress kecuali yang diakibatkan dari saksi polis yang bertaraf Inspektor yang menjawap soalan bagaikan burung kakak tua kata peguambela Hanipa Maidin.

Saksi yang dipanggil pada hari pertama ini ialah seorang Inspektor dari Unit Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Inspektor Hussin. Beliau ditugaskan sebagai pegawai penangkap pada hari kejadian.

Soalan mula dari Timbalan Pendakwaraya seperti biasa ialah : " Apakah bidang tugas kamu".

Jawapan : Menerima arahan-arahan lain dari pegawai atasan.

Soalan : Pada 26/1/08 adakah kamu ditugaskan di hadapan KLCC? Apakah tugas kamu?

Jawapan : Ops PADAM PROTES kenaikan harga barang. Terlibat sebagai pegawai tangkapan.

Soalan : Siapa beri arahan?

Jawapan : OCPD Dang Wangi, ACP Zulkarnain.

Soalan : Apakah arahan?

Jawapan : Taklimat pada pagi 26/1/08 10am, di hadapan KLCC bersama kawan-kawan diarahkan untuk jalankan pengawasan di bangjnan Avenue K.

Soalan : Siapa beri taklimat?

Jawapan : OCPD Dang Wangi.

Soalan : Pengawasan untuk apa?

Jawapan : Halang sebarang perhimpunan dari di jalankan.

Soalan : Ada dimaklumkan kenapa perhimpunan perlu dihalang?

Jawapan : Jelaskan bahawa perintah mahkamah dikeluarkan bagi menghalang perhimpunan diadakan 1 km radius dari bangunan KLCC.

Soalan : Ada lihat perintah mahkamah?

Jawapan : Tiada.

Soalan : Setelah diarah buat pengawasan apa yang berlaku?

Jawapan : Saya bersama pasukan bergerak terus ke kawasan yang ditugaskan iaitu di Avenue K.

Soalan : Bagaimana keadaan ketika itu?

Jawapan : Keadaan tenang. Keadaan seperti biasa tiada kelam kabut.

Jawapan : Pada jam 2.30ptg 6-7 orang sedang berkumpul di hadapan Avenue K. Mereka juga sedang berjalan jarak 40-50m dari saya.

Soalan : Apa yang dilakukan?

Jawapan : Saya bergerak ke kumpulan 6-7 orang dan melintas jalan. Bila hampir kumpulan tersebut, mereka berpecah. Ada yang naik kenderaan dan ada yang menuju ke KLCC. Kemudian saya berpatah balik ke tempat yang ditugaskan di Avenue K.

Soalan : Apa yang dilakukan?

Jawapan : Saya berusaha suraikan mereka.

Soalan : Bagaimana?

Jawapan : Ada di seberang jalan, saya bersuara dengan nada yang kuat supaya tidak berkumpul di situ.

Soalan : Masa bersuara dengan kuat berapa jarak dengan kumpulan?

Jawapan : 10-20m.

Soalan : Apa yang dilaungkan?

Jawapan : Jangan berkumpul.

Soalan : Selepas itu apa yang dilakukan?

Jawapan : Saya terus hampiri mereka dan mereka bergegas untuk bergerak dari situ.

Soalan : Sebelum laungkan apa yang diperhatikan?

Jawapan : Sebelum tu perhatikan selama 15 minit, tidak lakukan apa-apa selain dari berkumpul di tempat tersebut.

Soalan : Di jarak yang diperhatikan mereka, dapat lihat siapa orang-orang itu?

Jawapan : Saya ingat pakaian mereka, pakai baju hijau kuning dan sangat menarik perhatian saya dan kelibat wanita memakai tudung yang menarik perhatian saya.

Soalan : Lihat gambar no 3 dimana?

Jawapan : Tempat saya ditugaskan di Avenue K.

Soalan : Apa yang nampak?

Jawapan : baju yang menarik perhatian saya hijau kekuningan dan wanita yang memakai tudung purple. Saya memang berada betul-betuk di hadapan Avenue K dan memerhati kumpulan tersebut. Selepas bersuara bergerak ke arah mereka. Kumpulan tersebut berpecah ada yang naik kereta pergi KLCC. Wanita naik kenderaan pacuan 4 roda dan lelaki bergerak ke Ampang Park.

Soalan : Selepas itu apa yang berlaku?

Ditangkap kerana tidak tahu di mana motor

Jawapan : Lelaki yang berpakaian hijau kuning datang hampiri saya di tempat saya bertugas dan saya menahannya dan minta kada pengenalan beliau. Saya bertanya apa tujuan berada di situ. Dia beritahu dia nak ambil motor. Bila ditanya di mana motor, dia jawab tak tahu, saya pun lakukan tangkapan ke atas dia.

Soalan : Keadaan kelam kabut.

jawapan : Orang ramai berkumpul, ada yang jerit REFORMASI, pakaian pakai pakaian kuning BERSIH dan Unit AMAL.

Soalan : Selepas 4.30ptg?

Jawapan : Saya diarahkan oleh OCPD Dang Wangi ACP Zulkarnain untuk bantu satu pasukan tangkapan yang diketuai oleh ASP Ishak.

Soalan : Arahan diberi bagaimana?

Jawapan : Jumpa saya dan arahan secara lisan.

Soalan : [rujuk gambar] Pertengkaran antara En Jonson dengan pegawai tangkapan Inspektor Ishak, tahu kenapa mereka ditangkap?

Jawapan : Tak tahu.

Soal balas diteruskan oleh Saudara Jonson Chong yang mewakili dirinya sendiri.

Soalan : Tadi kamu katakan kalau ada 5 orang atau lebih suraikan. Jadi kalau ada ada 5 orang atau lebih berkumpul mereka tidak akan ditangkap serta merta, mereka akan disuraikan?

Jawapan : Ya.

Soalan : kamu diarahkan oleh ACP Zulkarnain ikut Inspektor Ishak ikut tangkap orang, arah pergi mana?

Jawapan : Ikut Inspektor Ishak.

Soalan : So ikut segala?

jawapan : Ke arah lokasi tangkapan

Soalan : Would you say you are above average intelligent? Lebih cerdik dari orang biasa sebab Inspektor dan ada latihan? Soalan ini ada kaitan dengan soalan yang akan saya tanya selepas ini.

Jawapan : [Mengambil masa yang lama menjawab] ya.

Soalan : [rujuk kepada pelan lokasi perintah mahkamah] Kalau orang biasa yang lihat dan baca perintah mahkamah ini apakah orang biasa akan rasa yang 2 tanda X itu ada dalam pelan lokasi?

Jawapan : Berada di luar dari bulatan.

Soalan : Tadi OCPD Dang Wangi arah ikut Inspektor Ishak buat tangkapan, tapi kenapa Inspektor Ishak yang baca perintah mahkamah bila ada di Ramai Corner, apakah Inspektor Ishak pegawai tangkapan?

Jawapan : Saya diserahkan perintah mahkamah oleh ACP Zulkarnain di sekitar Avenue K dan KLCC sebelum bergerak ke Ramai Corner.

Soalan : Tahu kenapa 3 orang ini ditangkap (Jonson, Dr hatta dan Tian Chua)

Jawapan : tak tahu.

Soalan : Orang yang berhimpun apakah mereka akan memakai pakaian yang berjenama mahal?

Jawapan : tak faham.

Soalan : Wear branded clothings.

Jawapan : Ada kemungkinan.

Soalan : ACP Zulkarnain arah ikut ASP Ishak tangkap orang, ada bagitahu nama tak siapa yang nak ditangkap?

jawapan : Tak.

Soalan : Bilangan?

jawapan : Tak.

Soalan : Masa 3 orang ditangkap adakah menjadi satu kesalahan kerana saya bertanyakan kenapa mereka ditangkap?

Jawapan : Tak tahu.

=================================================

Soal balas disambung oleh Peguambela Hanipa Maidin.

Soalan : Awak faham awak tak boleh bercakap bohong, kalau bohong boleh masuk penjara?

Jawapan : Faham Yang Arif.

Soalan : Awak nampak 6-7 orang berkumpul?

Jawapan : betul.

Soalan : Awak kata awak tak tahu kenapa mereka berkumpul, awak tanya kenapa mereka berkumpul, kumpulan tu tak buat apa-apa selain dari berkumpul.

Jawapan : betul.

Soalan : jadi awak setuju mereka tak buat apa-apa kesalahan?

Jawapan : tak setuju.

Soalan : Awak diamanah untuk tangkap sesiapa saja.

Jawapan : Tak setuju, tangkap orang 5-6 orang atau lebih.

Soalan : Awak nampak 6-7 orang mereka tak buat apa-apa kenapa tangkap? Mereka tak bawa sepanduk, tak laung apa-apa, tak berpakaian demonstrasi, so salah apa?

Jawapan : Sebab berkumpul.

Soalan : Berdasarkan definisi awak walaupun famili ada Datuk, Nenek, bapa Mertua, Anak salah juga?

Jawapan : Tak.

Soalan : Apa beza?

Jawapan : Saya tak tahu.

Soalan : Awak tak boleh tangkap orang yang tak buat salah.

Jawapan : Sebab arahan suruh suraikan.

Soalan : Walaupun salah atau tak salah? Rujuk laporan polis yang awak buat. Awak tangkap pada jam 3.30ptg, tak sebut surai-surai.

Jawapan : tak pasti

Soalan : Awak sendiri tak pasti orang yang berkumpul tu salah atau tidak?

Jawapan : Tak faham. Semasa dalam taklimat disebut mana-mana orang yang berhimpun dalam radius 1 km hendaklah disuraikan.

Selepas dari catatan di atas saya tidak mencatat dengan teliti kerana kami mengisi masa terpegun dan tertawa dengan setiap jawapan yang diberikan oleh saksi bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh peguambela dengan jawapan standard TIDAK TAHU, TIDAK PASTI, TAK FAHAM.

Hinggakan apabila peguambela yang seterusnya membuat soal balas dimulakan dengan soalan seperti di bawah:

" Sebagai pegawai polis boleh kah awak tidak tahu kenapa menangkap?"

Kemudiannya beliau menyoal : " Awak menjawap lebih kurang 20 kali sebut di mahkamah TAK PASTI, TAK PASTI, betul tak?

Jawapan : TAK PASTI.

Soalan : Saya juga kira lebihkurang 10 kali sebut TAK TAHU TAK TAHU TAK TAHU?

Jawapan : Anggaran Mungkin YA.

Memang sungguh membuangkan masa, dan membuat kita terfikir tentang tahap pemikiran polis-polis ini. Apakah mereka sampai ke tahap sudah tidak boleh berfikir lantaran terlau mengikut arahan. Adakah contoh jawapan dan apa yang berlaku seperti di atas mencerminkan apa yang berlaku kini dengan segala cerita negatif mengenai PDRM????

Apa jua jawapannya, Polis ini telah menangkap orang yang berkumpul tanpa melakukan sebarang kesalahan, mereka dipenjarakan dan didakwa, dan kini perlu diadili di Mahkamah dengan saksi-saksi yang terus beri keterangan yang menurut arahan.

Perbicaraan bersambung lagi bermula jam 9 pagi 25hb Mei 2010.

No comments: