Thursday 3 June 2010

SOLAT HAJAT, DEMO DAN DEMO: SEDIAKAN DIRI ANDA!!!!

SOLAT HAJAT PERDANA memohon keselamatan & perlindungan Allah serta menyatakn sokongan ke atas misi konvoi sukarelawan ke Gaza.
TARIKH :3 JUN 2010.
MASA : 6.30PTG.
TEMPAT: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM..Sila bawa sejadah...JEMPUT DATANG BERAMAI!!! & sebarkan!

Harakahdaily Himpunan besar umat Islam bagi mengutuk kezaliman Israel dan memohon perlindungan keselamatan dan serta menyatakan sokongan atas konvoi misi keselamatan. sumber Facebook Harakahdaily. Juga di Palestinkini.
Esoknya kita sediakan diri untuk demo seperti di bawah:


Makluman dari Admin Gerakan Membantah Judi: Dimaklumkan bahawa Demontrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 akan bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika. Pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.Perarakan ini akan dipimpin oleh Presi...den PAS, YB. Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan YB Lim Kit Siang (DAP) serta pimpinan-pimpinan NGO. Wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.

Para Muslimat...kita nak jalan jauh ni..dari Masjid Kampong Baru ke US Embassy, pakailah pakaian yang selesa, kasut yang sesuai dan selesa juga...bawa topi pun ok gak..kotla tak tahan panas..kalau bawa payung lecehla pula atau bawa towel kecil untuk lap-lap peluh.

Sebab waktu solat Jumaat dan bergerak lepas Jumaat apa kata kita bawa plastik atau apa-apa je untuk kita buat lapik supaya kita dapat sama-sama susun saf solat di belakang, bersama solat Jumaat...JOM!!!

Esoknya pula Sabtu...kita sediakan diri untuk bantah kezaliman BN pula!!!...penting untuk keamanan NEGARA!!!!

No comments: