Saturday, 29 August 2015
Wednesday, 26 August 2015
KUASA DI TANGAN RAKYAT
Posted by ummu asiah at 17:23 3 comments
Tuesday, 25 November 2014
Gombak ke Kuala Kangsar: Itulah jalan yang kami pilih.
Posted by ummu asiah at 02:00 2 comments
Sunday, 23 November 2014
Gombak ke Taiping: Sempatkah kami bertemu Abah?
Posted by ummu asiah at 21:37 1 comments
Saturday, 13 September 2014
Baik! jangan rampas hak kami. Semangat Chubadak Tambahan.
Rumah kami dengan Kampong Chubadak tidak jauh sekitar 10 minit memandu. Jadi bila dapat mesej saya dengan cepat dapat berkejar ke sana.
Bila saya sampai makcik-makcik dan nenek Kampong Chubadak tenang saja. Saya salam mereka dan katakan saya rasa berdebar-debar. Ketarq perut.
Makcik Wahidah pun tenang saja. Rumahnya di sebelah pondok ini dirobohkan kira-kira dua bulan yang lepas dan kini dengan sumbangan oramg ramai bengkel kereta diubahsuai menjadi tempat tinggal. Tiada bilik tiada dapur juga bilik air hanya tinggalan bilik air di tapak rumah yang lama.
Kita mungkin biasa mendengar yang orang tua kita lebih sanggup tinggal sendirian di kampong halaman rumah mereka. Bila bertandang ke rumah anak mahu cepat pulang kerana mengenangkan ayam itik di rumah.
Begitulah juga mungkin perasaan makcik Wahidah dan Pakcik Halim setelah lebih 40 tahun menginap di sini. Mereka sanggup mempertahankan hak mereka. Rumah ganti hanyalah rumah flat kecil yang perlu dibayar sewa kepada DBKL nun di tingkat atas di kawasan yang sesak dengan penduduk.
Wang pampasan tak diberi pemaju dan kini pemaju masih mahu berkeras walau bangsal daif ini tempat Makcik, pakcik dan cucu-cucu berteduh masih mahu dirobohkan.
Saya tetap tidak akan dapat rasa apa yang mereka rasa.
Namun mereka penduduk Chubadak sekali lagi dapat mempertahankan hak mereka dengan hujah yang kukuh.
Pemaju pulang tangan kosong.
Rakyat Berani Perompak akan lari.
Posted by ummu asiah at 08:22 1 comments
Wednesday, 18 September 2013
Tagisan seorang anak Dari Penjara Tapah
"Pihak pembelaan telah gagal membuktikan.......pihak pendakwaan berjaya......" Kata Puan Hakim Nor Salha.
Saya mencari kekuatan...masih kuat.
"Bersalah" tegas Puan Hakim lagi.
Mahkamah ditangguh sebentar.
Kami pasrah dan sabar.
Puan Hakim masuk kembali.
"Demi kepentingan awam dan demi Institusi Raja dan pengajaran kepada yang lain....hukumannya Penjara Dua Tahun dan Denda RM5000!"
Ya Allah!
"Ummiiiiiiii!!!!!!" Jerit Asiah. Tangisan Asiah jelas kedengaran. Seorang polis wanita bangun seolah mahu memberikan amaran. Saya menjeling ke arah polis tersebut, Dalam hati biarkan anakku menangis sepuas hatinya . Biar Puan Hakim tahu dan rasa atau memang hatinya sudah keras dan kezaliman hukumannya.
Kami berpelukan dan tangisan Asiah sudah tidak dapat dibendung lagi.
Aku mencari kekuatan namun gagal.
Anakku kuatlah, Abah seorang pejuang.
Posted by ummu asiah at 21:04 2 comments
Isteri terpaksa jual Rumah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya
Isteri terpaksa jual rumah untuk tanggung sara hidup.
Ya bunyinya sangat teruk dan tindakan yang tidak matang dan rasional.
Bukan lama pun tak sampai dua tahun...
"Tolonglah jangan jual rumah tu."
Pelbagai komen yang saya terima dari kenyataan saya ini dan saya tidak sangka yang ianya akan jadi satu berita agak besar.
"Hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000" putus Puan Hakim.
Serasa seperti batu yang menghempap ke atas kepala. Apatah lagi hukuman adalah serta merta.
Saya hanyalah seorang suri rumah dan aktivis sepenuh masa. Saya penjual Tupperware kecil-kecilan dan saya berusaha sesungguh mungkin.
Saya tidak menagih simpati dari sesiapa tetapi Allah kirimkan kepada saya kawan-kawan yang amat prihatin.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
"Abang, kita jual rumah ya abang." Bisik saya kepada suami sebaik Puan Hakim menjatuhkan hukuman tersebut. Suami saya sekadar mengangguk.
Adi Hilmee yang duduk di sebelah suami saya berbisik juga pada saya "Kak saya lagi susah tak ada harta, kerja tak tetap isteri pun tak kerja." Berkaca matanya. Saya tak terkata apa.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Kami tidak menagih simpati sesiapa. Kami juga tidak sombong diri jika ada yang ingin membantu.
Akhirnya saya tidak malu dan rasa menyesal dengan apa yang telah saya ungkakan. Ini penderitaan saya yang terungkap. Bagaimana penderitaan 12 keluarga lain yang tidak terungkap???
Hanya Allah tempat kami mohon pertolongan.
Posted by ummu asiah at 17:13 11 comments