Showing posts with label Berjuang. Show all posts
Showing posts with label Berjuang. Show all posts

Friday, 13 February 2009

94:5 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Kadangkala sejak beberapa hari ini saya terfikir....selama ini dengan bantuan sahabat-sahabat yang prihatin khususnya dari GMI, kami membantu keluarga tahanan ISA, saya mendengar masalah mereka, cuba menjadi pendengar yang baik...kalau mereka memerlukan wang kami di Pusat Sokongan Keluarga cuba menyelesaikan keperluan dan permohonan mereka sedaya upaya.
Kini apabila masalah yang ini baru sahaja timbul saya sudah mula resah, gelisah dan sedih...isteri-isteri dan keluaraga tahanan ISA telah melaluinya bertahun lamanya dan belum tentu bilakah akan berakhir.
Entah kenapa saya begitu sedih...sebenarnya saya sedih lebih kepada terharu dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan jauh dan dekat. Banyak sms dan emel yang diterima.
Petang tadi balik dari sekolah, Asma' pula yang bertanyakan kepada saya.."tadi ummi nangis ye..Asiah kata ummi nangis..nape ummi nangis"..
Asiah pula yang menjawab.."ummi kata sebab Asiah nakal"..
Ummi..."Tak lah...ummi tipu...sebenarnya...ummi terharu..."
Asma'..."terharu tu apa ummi"
Ummi.."ye la..ummi terharu sebab kawan-kawan semua baik-baik tolong do'auntuk ummi dan abah."
Sesungguhnya saya dan suami terharu benar-benar terharu...
Saya kongsikan beberapa emel dan sms yang kami terima...bukan berniat untuk menaikkan diri sendiri dan sombong cuma ingin berkongsi kehangatan ukhhuwwah fillah...
Emel 1.
Salam..
Buat akhi,ana mewakili Karisma Daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah diatas kegigihan akh melalui ujian Allah ini.
Kami mendoakan moga Allah menguatkan hati akhi sekeluarga buat melalui ujian ini.
Perjuangan kita masih panjang dan akh telah melalui satu ujian lokap dunia untuk melalui ujian2 lain yg lebih mencabar
Kita percaya sebagai dai' dunia adalah medan ujian dan di syurga insyaAllah kita berehat.
Wassalam
Emel 2:
Assalamualaikum wbt,
Perjuangan Bad dan Nashita sekeluarga menjadi peransang kepada kami di Perak. Wanita JIM KK begitu bersemangat mengiringi Nashita semalam. Memerlukan kekuatan dalaman untuk bersama Nashita apatah lagi dikelilingi FRU dan polis. Sudah tentu kekuatan dalaman terserlah pada Bad dan Nashita. Moga Allah swt mengurniakan kepada kita semua untuk terus berjuang dengan BERANI.

Begitu juga sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan juga dapat dibuat dalam masa singkat. Infaq sahabat semua yang diterajui oleh Dr. Mokhtar, SU JIM Perak amat saya hargai. Ir Megat menjadi penjamin kedua bagi Sdr. Bad turut bersama walau pun baru balik dari cermah Palestin di PJ dan sampai subuh tersebut.

Sesungguhnya perjuangan Bad dan Nashita bersama rakyat perak di Kuala Kangsar pada 6hb Feb 09 penuh dengan hikmahnya yang hanya Allah swt mengetahuinya.

Yahanis
JIM Perak
Emel 3:
Salam.
Semuga Allah memberi ganjaran kepada enta dan keluarga atas setiap kesukaran yang di hadapi untuk menegahkan yang Hak.

94:5 (Malay) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
94:6 (Malay) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
94:7 (Malay) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
94:8 (Malay) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ada apa apa ana leh tolong?

Wassalam

ARAH
SHUQAIQ KSA
sms dari Kak Animah Ferrar:
Yeah,Nash, itulah pahit manis perjuangan tulen-yang pahit amatlah pahit, dan yang manis itu terlalu manis. Ketahuilah Allah akan pastikan setiap orang pejuang itu ada penyokong dan pembantunya, kadangkala yang tak sangka sama sekali!
dari teman blogger..
"it's okay to cry yesterday & today. We'll smile tomorrow & thereafter. InsyaAllah"......
dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan....di lain kali InsyaAllah....
Saya menghantar sms ini kepada kawan-kawan.."now i know, I am not strong at all. I cried everytime I received sms and wishes. But now we r laughing our heart out sbb nama bad disebut2 dari bibir ke bibir dari hp ke hp lepas keluar news and papers..kah..kah..kah.."
Kami hanyalah pejuang kerdil.....

Sunday, 1 February 2009

"LET US BE FIGHTERS IN OUR OWN SMALL WAY"

Alhamdulillah, semalam 31 hb Januari 2009 telah berlangsung Majlis Malam Suara Kemanusiaan Palestine, sebagai penutup Program Karnival Keamanan Bersamamu Palestine 2009.

Program Karnival tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 40 lebih buah kenderaan yang turut berkonvoi. Di sebelah malamnya pula di Dataran Petaling Jaya berhadapan dengan Kompleks Amcorp Mall telah berlansung Malam Suara Kemanusiaan Palestine.


Di bawah saya sertakan luahan hati seorang rakyat Palestine -Australian yang ditulis dan dibacakan oleh Sister Azra dari Complete dalam majlis di sebelah malamnya dan type semula oleh ummuasiah.

Semoga kita diantara golongan yang ingin berada di bumi Palestine dapat mengutip semangat dari kata-kata Sister Lana Mohd.....

"....LET US BE FIGHTERS IN OUR OWN SMALL WAY AND CREATE FIGHTERS AMONG OUR CHILDREN....."

As a young Palestinian-Australian, the Palestinian issue used to be nothing more than a very loud discussion. The issue was a hot and passionate one between my father and his friends every time they met. It made them so angry; they seemed to talk about nothing else. All I recall were words like P.L.O, Yasser Arafat, Yahudieen and Zionists being thrown around. All I knew was Zionists equal evil.

Imagine I knew nothing about history of Palestine. Almost nothing about the atrocities upon the Palestinians. I don’t want my children to be like I was. Totally ignorant of the pain and suffering of our brothers and sisters in Palestine. Do your children know and understand the truth. What are you teaching them about our role in all this? Are we indifferent and so creating indifference in our children?

Now, understanding and knowing the true picture I put my heart in Gaza, I put my heart in Palestine. I visualize my father, at the age of 6, in 1948, in a state of terror, leaving everything behind, being forced to leave his homeland. Let us be fighters in our own small way and cerate fighters among our children. For victory let us all turn to Allah. That’s where hope lies.

As a fellow Palestinian in Australia, now it is definitely personal. I took at their faces and see my face in theirs. I feel a physical and emotional pain. It’s the pain of those whom Allah has made my brothers and sisters in Islam.

FREE, FREE PALESTINE

NASRUN MINALLAH WAFATHUU KARIB

HELP FROM ALLAH, VICTORY IS AT HAND