Showing posts with label Asiah. Show all posts
Showing posts with label Asiah. Show all posts

Friday, 6 March 2009

Dad, I miss You So Much!!!

Title : Dad, I miss you So Much!
Illustration : Dad, where are you?

Why your effort to push for a thorough reform of the electoral process in Malaysia has been denied? Free My Dad, I want to be together wit you always!

Date & Event : 09 December 2007

Candlelight vigil gathering to support arrested BERSIH and Hindraf leaders at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Shot by: See Tho Chee Seong

Gambar di atas ialah sebuah kalendar meja yang dikeluarkan oleh FAN FNF Alumni Network Malaysia. FNF @ Friedrich Naumann Foundation.

'This calendar project was carried out in conjuction with "works of Freedom" photo competition nd exhibition organized by FAN Malaysia on 1-7 December 2008 at Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur.

Calendar ini dihadiahkan kepada saya oleh Mun Hui dan staff SUARAM yang lainnya semalam, ketika saya dan Cikgu Laila bersama mereka makan tengari dan berbincang mengenai projek kami "Lobby Internationally".

Gambar Asiah memegang lilin bersama kakaknya Asma' dan yang lainnya.

Gambar Asiah dan Asma' sering diambil oleh jurugambar dan akan tertera di akhbar dan media milik media alternatif. Alhamdulillah digunakan untuk tujuan yang baik. Walaupun mereka bukanlah anak kepada mana-mana tahanan ISA, namun mereka sejak dari tahun 2001, juga tahun di mana Asiah telah dilahirkan telah bersama berjuang membebaskan tahanan ISA dan memperjuangkan agar ISA dimansuhkan.



Mereka mewakili ratusan anak-anak tahanan ISA yang lain yang telah menderita merindui ayah mereka dan puluhan yang lain yang masih menunggu kepulanan ayah mereka ke pangkuan setelah dikurung bertahun lamanya....entah bila akan pulang....

Anak-anak tahanan ISA bersama ibu mereka Puan Dayang...masih menunggu dengan penuh pengharapan dan rindu dendam.

We miss you dad....so much....we need you by our side...to be with us...guide us...see us grow in front of you....to ease the pain in our mum's heart who have lost the love of her life....how much longer must we wait....?????

Puan Hapipah yang mengalami masalah jantung bersama anaknya...masih lagi meneruskan kehidupan dalam kepayahan semenjak suami ditahan bertahun lamanya..

Walaupun Asiah dan Asma' bukanlah anak tahanan ISA....mereka juga dapat merasakan kezaliman yang menimpa ke atas sahabat-sahabat mereka yang lain....bahkan Asma' dan Asiah juga pernah menyaksikan bagaimana ayahnya sendiri juga ditahan dan digari, dipisahkan selama 4 hari.....juga pernah dipisahkan dengan ibu apabila ibu mereka juga dipenjarakan selama 4 hari tanpa alasan yang benar...hanya atas alasan yang direka-reka....namun mereka juga tidak pernah gentar dan takut untuk terus sama berjuang...dan tidak mahu melepaskan peluang sekiranya ada sebarang demonstrasi ataupun perhimpunan aman.

Gambar ini diambil pada 9 December 2007 juga...ketika menyertai peace walk bersama kumpulan peguam dari Bar Council....di tahun berikutnya ketika musim kempen Pilihanraya Mac 2008 RTM telah menyalahgunakan klip video yang mereka ambil ketika Peace Walk ini dan ditayangkan di kesemua saluran berita di TV1 dan TV2..ketika prime Hour..sekitar jm 8.10, setiap malam, petang dan siang without fail....mereka menggunakan dakyah bahawa...'menggunakan anak-anak'....mohon maaf wahai Kementerian Penerangan...anak-anak kecil ini pun sudah faham tentang hak-hak seorang manusia...yang bebas..

Moga Keadilan akan tertegak dan Kezaliman dihapuskan..

Thursday, 5 February 2009

Nak pegi Perak???..Tulisan tanpa noktah....dari Asiah

Malam tadi dengan berat hati saya meninggalkan juga rumah pada jam 8 malam untuk menghadiri meeting GMI, Gerakan Mansuhkan ISA di Petaling Jaya. Meeting dijadualkan at 8pm dan saya keluar dari rumah di Gombak at 8.12pm.

Saya hantar sms pada Pengerusi GMI, Syed Ibrahim, "sorry lambat sikit. STRESS!!"....sempat juga Pengerusi reply: " Jangan biar stress menguasai diri".....he..he...lawakla pulak...memang saya stress dan kelam kabut hingga saya lupa bawa pamplet GMI yang terkini yang ada 50 ribu keping di rumah saya...

Seperti biasa peneman setia saya Asiah menemani. Sebaik sampai...terkejut saya tengok meja mesyuarat yang besar tu dipenuhi dengan AJK...penuh!!!..12 orang tak termasuk saya dan Asiah....selalunya cuma paling ramai 6 orang yang datang..paling teruk mungkin 3 orang. Alhamdulillah...saya berseloroh "okay lah dah ramai bolehla saya balik"...marah semua orang...

Meeting kali ini penting untuk decide samada GMI mahu teruskan atau tidak HIMPUNAN MANSUH yang dicadangkan diadakan pada 21hb Mac...mulanya concern kami ialah kerana perhimpunan besar2an oleh Gabungan PPSMI..berkenaan isu penggunaan BI yang dicadangkan diadakan pada 7hb Mac...namun kini..yang lebih menjadi concern ialah keadaan politik semasa yang tak menentu.....namun kami juga terfikir yang rakyat perlu terus dingatkan tentang undang-undang kuno ISA ini...kerana inilah senjata kerajaan pemerintah apabila mereka tersepit...

di perkarangan Masjed Jamek pada 10-11 demo bersih 2007


.....apa-apa pun belum ada keputusan yang dibuat...perlu rujuk kembali kepada Jawatankuasa Induk yang diwakili oleh pimpinan Parti Politik dan NGO...namun kini tumpuan semua adalah isu politik semasa di Perak....

Asiah lencun rahmat...diberikan garam untuk hilangkan keperitan disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia dari truck FRU-demo bersih 10-11-07

Sebenarnya...saya ingin kongsikan catatan anak saya Asiah 8 tahun di dalam blognya....dia tulis ketika saya sedang meeting GMI...kami bawa bersama notebook untuk terus updated dgn isu-isu panas....buat masa ni ISU kezaliman dalam negara terasa dekat di hati....tapi Asiah belum dapat merasainya lagi...dia menulis tentang Palestin...masih dekat di hati kita..


Rocky Bru bergambar dengan 'the young marcher' pada peace walk sempena Human Rights Day 2007

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya tanya Asiah.."Asiah tahu tak apa yang sedang terjadi di negeri Perak"...jawab Asiah...."entah, Asiah tak tahu"

Saya pun cerita la sikit-sikit pada dia.....namun akhirnya Asiah menjawab "entahla...kalau ummi cerita pun Asiah bukannya faham".

Ummi sambung lagi.."kalau esok kita nak pergi Ipoh rumah MB Perak ada perhimpunan, nak tak????"

Asiah dengan bersemangat..."naaaaakkkk"....he...he...dalam tak faham tu....yang dia tahu...itu maknanya dapat pergi jalan-jalan....

Ini lah hasil tulisan Asiah dalam blognya...

hai asiah di sini siape tengok iklan mu' min die ade kate halal sebab die ade kate pasal palestine aaa.... ape lagi ye? hmm... ha bau tahu ape nak cakap pastu mase asiah kat sekolah ade sorang banin(lelaki)(boy) name die syed muaz die bawak tabong palestine tau pastu die mintak derme kat asiah pastu asiah bagi duet lime puloh sen kat die pastu die mintak dermekat orang laen pulak patot nye bagos tak derme tabong paletine kat orang hmm... ha mestila bagos kan good job oke lah asiah nak pergi tengok blog orang laen pulak ok ta-ta bye-bye wassalammualai kom

...sebenarnya lepas tu dia kacau ummi meeting ajak pegi toilet pulak...eee...gerammm...

ummuasiah:...ini kes tak boleh tidor...bnykla posting keluar...pecah rekod....