Tuesday, 2 February 2010

Mobilisasi ke-2. Ke Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta. Wajah-wajah Penyokong Dulu dan Kini

Dikongsikan lagi sebahagian gambar-gambar yang dikutip dari satu lagi detik bersejarah di Malaysia, bermulanya satu konspirasi ,bukan yang baru,tapi siri ke dua.

UMNO BE END seolah tidak ada modal lain untuk dijadikan konspirasi menjatuhkan lawannya..

Mereka fikir rakyat akan percaya???

Gambar-gambar di bawah adalah wajah-wajah mereka yang dulunya juga turut melakarkan sejarah di ketika gelombang reformasi bergema di tahun 1998, mereka masih di sini..ditambah lagi dengan generasi kedua yang turut sama tidak lut ditipu oleh media perdana dan konspirasi Perdana Menteri.

Untuk yang berkesempatan...silakan:

Mobilisasi ke-2. Ke Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta.
Menyambung perbicaraan DSAI.
Mohon saling membantu melengkapkan dan menjayakan mobilisasi ke-2 ini.
2pm. Rabu, 3 Februari.

Mohon bersama berusaha sedayanya.



















'A NATION PREPARES TO GO ON TRIAL!!!' Live dari Mahkamah Jalan Duta-wajah-wajah dan aksi


Di luar kompleks mahkamah sebaik DSAI keluar selepas kes diumumkan ditangguhkan ke jam 2.30pm.....ramai!!!!

Ramai wartawan....

Nice shot from my cameraman :))

Lagi suasana di luar...betul-betul semangat...memang takut punya kerajaan Be End macam ni...bukan sebab DSAI saja..tapi KEZALIMAN!!!!!! harus ditentang!!!!

uuuuuu....memang mendapat liputan...tapi tak tahu apa yang keluar dalam akhbar dan TV.

Suasana di lobby Mahkamah...bermacam-macam aksi...ini di atas tangga..YB Tian Chua sedang berucap...macam biasa polis akan ganggu...tapi tetap proceed.

Perhimpunan Bantah Fitnah ke 2...nampaknya...rakyat masih bersemangat...hari ni kan hari kerja..tapi masih ramai yang luangkan masa....

Kata jurukamera ummu asiah yang ambil gambar ni...DSAI kelihatan amat marah sekali...ini sebaik beliau turun selepas sebutan kes ditangguhkan....baca di blog nya...Sodomy Trial...a Nation prepares to go on Trial!!!

Tengok tu sampai macam tu sekali nak ambil best shot.


Husam turut hadir beberapa lama kemudian setelah DSAI naik ke tingkat 5...mesti beri sokongan!!!

Ini yang sempat diambil oleh cameraman ummu asiah...


gambar ini diambil dari dalam lobby mahkamah ketika kehadiran DSAI ke kompleks mahkamah...
Semangat!!!! YB Mani...dari MP Kapar...

YB Haniza...Timbalan Speaker Selangor...awal lagi dah sampai bersama team wanita PKR...semangat!!!


ANWAR NOT GUILTY....

Tan Sri Khalid antara yang awal datang dan dikerumuni wartawan.

YB Rodziah..Exco Kerajaan Negeri Selangor...banyak membantu keluarga tahanan ISA...dan Kak Hasnah dari wanita PKR

Dr Hatta tidak ketinggalan....dan YB Lee Boon Chye

Dari Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta...Semangat semua...

Alhamdulillah berkesempatan juga berada di Mahkamah Kuala Lumpur...sebaik sampai hairan juga melihat amat mudah masuk ke kawasan parking berbeza dengan hari-hari lain di mana kami mempunyai kes untuk dibicarakan...jam teruk untuk masuk ke dalam dan harus park hingga ke atas pavement...hari ni all clear...walau kon diletakkan di sepanjang pavement untuk mengelakkan orang ramai park di tepi-tepi jalan..Tapi Alhamdulillah..mudah untuk kami.

Wartawan berpusu-pusu mengikut jejak DSAI, gambar ini diambil di hadapan pintu lif untuk naik ke atas....dari luar lagi semua orang bertolakan umpama hari diadakan jualan murah gila-gila di gedung2 besar beli belah...hampir ada saja yang nak jatuh...

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiba beberapa minit selepas DSAI dan rombongan naik ke tingkat 5.

Sebaik suasana depan lif tenang, tiba-tiba ada seorang pakcik tua, tidak dapat menahan emosi dan bercakap dengan lantang sekali...namun sukar untuk difahami..dia speaking...dia pakai tag bergambar DSAI.

Orang ramai dan wartawan sibuk mengambil gambarnya...namun saya tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

Beberapa lama selepas itu kelihatan pakcik tua ini dibaringkan diatas bangku dan dia pengsan mungkin. Berbagai usaha dibuat untuk memulihkannya...saya pula sebuk cuba mencari kalau ada doktor di sekeliling...kemudian pakcik guard minta call ambulance...so buat pertama kali dalam hidup saya dial 999, dan berhubung dengan ambulance dan kemudiannya dengan pihak hospital.

Orang ramai masih mengerumuninya...tak lama kemudian kelihatan dia sudah pulih dan diberi minum dan makan...risau juga saya apabila ambulance belum sampai lagi...ingatkan nak cancel saja..tapi pakcik guard kata tak payah cancel.

Alhamdulillah akhirnya ambulance datang dengan doktor...wartawan semua sibuk ambil gambar..entah apa cerita nak dikaitkan...doktor kata pakcik ni ada kencing manis...akhirnya dia dibawa ke hospital..ALhamdulillah..

Menurut Pn Rozaini dari Wanita PKR, pakcik ni penyokong yang datang jauh dari Pulau Pinang..tadinya dia berpeluang memeluk DSAI.


Wanita PKR meramaikan...kuat semangat...rombongan dari Perak, Pulau Pinang dan lain-lain tempat...Kuasa Wanita!!!!

Usaha terdesak rampas Kelantan: 'TOK GURU HARUS DIHAPUSKAN!!!"

Pada malam Himpunan Rakyat Bersama MB Kelantan yang diadakan di Dewan MPAJ AU2 Taman Keramat, salah seorang penceramah jemputan ialah YB Dr Fadzli Bin Hassan, ADUN Temangan Kelantan.

YB Dr Fadzli becakap tentang Kelantan

Beliau dijemput khas untuk berkongsi tentang keadaan sebenar yang berlaku di Kelantan dari sudut pandang orang yang berada di Kelantan sendiri. Apatah lagi rakyat di luar di seluruh Malaysia sedang memerhatikan pergolakan yang sedang berlaku di negeri itu yang pemerintahannya di bawah Tok Guru dipandang begitu tinggi sekali dan menjadi contoh yang harus diikuti oleh negeri-negeri yang baru diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Kelantan berjaya diperintah di bawah pimpinan Tok Guru 20 tahun lamanya walau mereka dinafikan pelbagai hak yang sepatutnya mereka dapat dari kerajaan Pusat.

YB Dr Fadzli memaklumkan bahawa keadaan Negeri Kelantan kini tidaklah seperti yang kita semua sering dengar dan baca di media massa. Segala laporan yang digembar-gemburkan adalah tersasar.

Beliau memberikan contoh 2 peristiwa besar yang baru sahaja berlaku di negeri itu.

1. Perjumpaan Muhibbah dengan 200 pemimpin pelbagai agama. Seluruh ketua-ketua agama yang ada di Malaysia telah turut hadir. Menurutnya komen seorang Ketua Paderi yang hadir ialah perjumpaan itu adalah sangat bersejarah dalam keadaan negara yang sangat sensitif tentang isu agama.

Ini memang sudah tentu menjadi tamparan yang amat hebat bagi kerajaan BN yang menyangka isu agama khususnya dalam isu Kalimah Allah akan menjahanamkan ikatan perpaduan di antara PAS, DAP dan PKR.

2. Perjumpaan raksaksa di Kelantan mengenai isu tuntutan royalti minyak yang turut dihadiri oleh Ku Li, Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li telah membuat pengakuan bahawa Kelantan ada sebuah negeri yang sah dan patut menerima royalti sebanyak 5% dari PETRONAS.

Menurutnya lagi dengan kejayaan Rakyat dalam PRU Mac 2008 dan dengan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan cukup membuktikan bahawa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu memerintah.

Kelantan telah membuktikan bahawa pimpinannya tidak ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah. Maka dengan sebab itulah mereka cuba buat apa sahaja untuk pastikan mereka menang.

Usaha BN rampas Kelantan

Isu yang penting di fikiran pimpinan Barisan Nasional ialah bagaimana kerajaan BN hendak terus pegang kuasa di Kelantan, bagaimana BN nak rampas semula Kelantan.

Apakah sebab utamanya mereka terlalu rakus dan terdesak mahu merampas Kelantan????

....sebab kekayaan yang ada di Kelantan. Menurut YB Dr Fadzli sudah ada laporan menyebut bahawa dalam tempoh masa 20 tahun Kelantan akan menjadi negeri pengeluar minyak yang terbesar.

Maka UMNO BN telah merekacipta berbagai isu kecil-kecilan untuk pastikan niat mereka untuk merampas Kelantan berjaya.

YB Dr Fadzli
Hilangkan Kepercayaan

Perkara pertama yang mereka perlu dan sedang buat ialah menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada Melayu, bukan Islam kepada Islam.

Komen penulis: inilah yang sedang berlaku kini, dalam isu kalimah Allah, mereka sangka pasti orang Islam dan Melayu khususnya akan 'berperang' dengan orang bukan Islam, namun perkara yang sebaliknya berlaku, semua agama dan bangsa masih boleh terus duduk bersama, berjumpa dan berbincang dengan baik.

Mereka kemudiannya menggunakan kekerasan dan keganasan dengan insiden pembakaran gereja agar orang bukan Islam khususnya benci pada orang Melayu Islam,ianya tetap tidak berjaya, malah rakyat lebih terasa akan adanya propaganda dan konspirasi di sebalik semuanya ini.

Terkini berlaku pula insiden kepala Babi hutan diletakkan dengan kemas beserta duit di beberapa buah masjid. Mereka kira orang Melayu dan Islam akan hilang kewarasan dan bangun mengamok lantaran sifat melayu yang mudah mengamok. Ternyata ianya tidak berlaku...Melayu Islam masih waras...sumber maklumat utama rakyat bukan lagi Utusan Melayu, Berita Harian, RTM dan TV3 tetapi media alternatif dan internet.

Akhirnya...langkah dan alat terakhir mereka ialah dengan menggunakan ISA!!!!!!....kerajaan yang zalim dan dayus!!!!

Matikan Karakter Tok Guru!!

Langkah mereka seterusnya menurut YB Dr Fadzli, ialah cubaan memecahkan perpaduan antara Pakatan Rakyat, DAP-PAS-PKR. Mereka laga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat.

Paling penting di Kelantan ialah mereka mahu rebut kuasa dari PAS, bagi mereka selagi Tok Guru Nik Aziz masih ada, rancangan mereka sudah tentu sukar dan tidak akan berjaya, maka mereka perlu hapuskan Tok Guru, mereka wajib matikan karakter Tok Guru, Character Assasination!!!!!

Bila ini berlaku maka orang ramai akan rasa hilang kepercayaan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hilang rasa hormat kepada kepimpinan Tok Guru yang dianggap sebagai Tiang Seri di dalam PAS. Jika ini berlaku maka dengan mudahnya Kelantan akan dirampas. Dengan terjadinya hal ini, negeri-negeri lain juga mudah untuk mereka rampas.


Bukan kerana Melayu!!

YB Dr Fadzli juga menceritakan tentang pengalaman ayahnya yang juga bekas ADUN dan pernah menerima tawaran rasuah sebanyak RM 4 juta, dan peristiwa ini berlaku di dalam masjid. Tawaran yang diberikan oleh pemimpin UMNO BN untuk ayahnya berpaling tadah dan keluar dari PAS. Sejumlah wang sudahpun dibawa masuk ke dalam masjid untuk diserahkan sekiranya bersetuju. Namun diatas sebab yakin dengan amanah yang dipikul maka tawaran wang berjuta ringgit itu tidak dihiraukan.

Menurutnya lagi dengan suara dan semangat yang lantang " Mereka hendak lagakan orang Melayu dengan bukan Melayu, apa ada pada Melayu???....sanggupkah kita mati kerana Melayu???

Kita semua berjuang atas nama Allah, atas nama Islam dan bukannya Melayu!!!

Beliau mengingatkan kita bahawa kita semua berada di atas landasan yang benar. Contoh yang berlaku di zaman Nabi (SAW) dan para sahabat di mana mereka bukan sahaja berhadapan dengan musuh dari kalangan bangsa malah dari kaum keluarga sendiri.

Kita diajak agar sentiasa merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Kita juga digalakkan untuk menggunakan semua saluran yang ada untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat khususnya kepada pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan.

UMNO BN juga menggunakan segala saluran yang ada untuk menyampaikan bermacam-macam fitnah. Namun ternyata segala tohmahan dan fitnah membawa lebih sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat).

Exco Selangor Dr Hassan Ali juga turut berucap pada malam tersebut, juga menceritakan dengan penuh semangatnya yang tersendiri tentang usaha BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor...namun penulis gagal menumpukan perhatian maka tidak ada laporan yang dapat dituliskan di sini.

Seterusnya hayatilah imej-imej yang berjaya dirakamkan pada malam tersebut.....