Saturday, 5 July 2008

Allahyarhamah Adik Aina Mardhiah dalam kenangan

(Allahyarhamah Aina di hujung sekali bertudung hitam....jauh renungannya)
klik gambar untuk lebih jelas

Saya dan suami banyak mengambil gambar-gambar di sekitar aktiviti GMI, tapi memang sukar nak cari gambar adik Aina, kerana Allahyarham jarang mengikuti program bersama GMI kecuali 2 orang adik perempuannya. Kini baru saya tahu dia juga sering melepaskan peluang menziarahi ayahnya di Kamunting bukan hanya atas satu faktor besar iaitu kos yang tidak mampu mereka tanggung, tetapi juga kerana Allahyarham juga sering kurang sehat.

Gambar di atas kebetulan sempat dirakam oleh suami saya ketika di program Candlelight Vigil di Kamunting pada hari Sabtu 7hb Jun 2008. Gambar tersebut dirakamkan ketika kami semua sedang menunggu masa untuk program tersebut dimulakan pada jam 8 malam. Bersama didalam gambar tersebut ialah 3 orang isteri tahanan ISA, 2 orang yang berpurdah dan seorang lagi Sharmila isteri kepada Sanjeev Kumar yang telah diseksa hingga lumpuh. Sharmila duduk membelakangkan kamera berbaju berwarna merah.

Pada program tersebut ramai isteri dan ahli keluarga tahanan ISA yang dapat turut serta kerana kerajaan negeri Selangor telah bermurah hati menyediakan bas untuk perjalanan pergi dan balik manakala kerajaan negeri Perak menyediakan tempat untuk mereka bermalam. Ini ada pertemuan kedua terakhir Aina dan ayahnya kerana lebihkurang dua minggu lepas mereka dapat bertemu sekali lagi di Bukit Aman apabila Shahrial dan beberapa orang tahanan ISA yang berasal dari Indonesia dibawa ke Bukit Aman. Ini adalah menjadi rutin bagi polis cawangan khas untuk membawa mereka untuk 'proses kaunseling' atau apa saja yang mereka suka....

Friday, 4 July 2008

SB OH SB-Episod 1

SB adalah bermaksud Special Branch...banyak lagi term-term yang digunakan oleh ramai orang mengenai SB ini. Yang semuanya menunjukkan keburukan dan kejahatan yang mereka lakukan. Mereka ini sepanjang yang saya kenal dan terlibat dengan aktiviti GMI, reformasi, PROTES serta demonstrasi ialah mereka yang sering bersama disetiap program yang kita jalankan. Mereka tidak berpakaian seragam, mencatat segala maklumat, mengambil gambar, mengintip perlakuan kita hatta mengintip perbualan telefon kita.

Dalam kes tahanan ISA merekalah orangnya yang ditugaskan untuk mengintip keluarga dan anak isteri. Mereka jugalah orangnya yang membelasah dan membogelkan ke semua tahanan ISA. Kalau nak tahu cubalah cari buku-buku mengenai tahanan ISA.

Jadi disebabkan perkara di atas dan banyak perkara lain lagi membuatkan kami memang sangat marah dan menyimpan dendam yang amat sangat kepada mereka.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang peristiwa yang berlaku ketika proses membawa balik Shahrial Sirin dari KEMTA. Seperti yang saya ceritakan, Cikgu Laila dan saya terpaksa bertekak dengan ketua SB tu...ACP Ayub demi untuk memastikan yang proses membawa pulang Shahrial disegerakan. Macam-macam alasan yang diberi.

Ayub:..."sekarang ada undang-undang baru, menteri mesti sign, dulu kami pernah bawa tahanan balik tanpa menteri sign, kami juga yang kena"...beria dia menerangkan..dia ingat kami ingin percaya kata-kata yang keluar dari mulut dia..

Ayub:.."saya dah call PA menteri, menteri belum sign lagi"..

Saya:.."dah tengok keadaan pesakit macam ni pun..takkan tak boleh minta suruh cepat sikit".....

Ayub.."tak boleh, kami kena tunggu menteri sign"
Cikgu Laila.."okay tak apa, kalau jadi apa-apa..silalah bertanggungjawab"
Ayub.."Awak ni memang kurang ajarla..."...sebenarnya ada satu insiden yang berlaku dimana Ayub benar-benar berlaku biadab kepada Cikgu Laila dan suaminya....saya perlu mencari artikel tersebut..
Kami berdua kemudiannya terus beredar...malas lagi hendak melayan apatah lagi melihat wajahnya..
Selang beberapa minit, seorang SB wanita datang ke katil dan memanggil jiran Fatma yang setia menunggu bersama.."encik, encik, Boss nak jumpa".
Bergegas encik ini menuju ke boss SB tersebut yang menunggu di hadapan lift..saya juga menyibukkan diri mengikuti dari belakang. Saya turut mendengar apa yang dikatakan oleh Ayub.
Ayub ni agaknya dah tak tahan berdepan dengan kami maka dipanggilnya orang lain yang tidak akan bertekak dengannya.
Ayub.."okay...menteri dah sign surat, sekarang pukul 12.45, dalam pukul 1 mereka akan bertolak dari KEMTA, kalau cepat dapat lah sampai dalam pukul 5"...wah confident dia menerangakan...cepat-cepat saya berlari dan memaklumkan pada yang lain.
Cikgu Laila dan saya membebel sesama sendiri.."Hah...boleh pulak menteri tu sign cepat"...begitulah skrip nya bila berhadapan birokrasi dengan SB ni...hak kita hanya boleh diperolehi dengan bertekak...melawan...hanya untuk mendpat hak kita..tidak ada jalan mudah lansung.
Dalam urusan hidup dan mati ini...maka kita berpegang juga kepada janji SB tu...
Saya pulang dari Hospital dan Cikgu Laila terus tinggal menemani keluarga Fatma. Setelah Adik Aina meninggal dunia, saya bercakap dengan Cikgu Laila melalui telefon. Ceritanya kepada saya, mereka beramai-ramai turun ke bawah di kawasan hadapan pintu masuk blok wad sekitar jam 5.30 ptng. kerana ingin menunggu ketibaan Shahrial, namun kelibat nya tidak juga muncul...yang akhirnya mereka semua terlepas detik-detik akhir bersama Allahyarham adik Aina.
Bersambung ke episod 2....lagi kejam dan menyakitkan hati!!!!!!!

Thursday, 3 July 2008

KAU PERGI JUA...

Baru mendapat berita...sekitar jam 6.35 ptg....

Adik Aina telah dijemput bertemu dengan Penciptanya....Allah yang Maha Mengasihani Anak Yang dizalimi ini...

Namun....

Tanpa sempat merasai kehangatan pelukan dari seorang yang bernama AYAH..
Tanpa sempat merasai kemanisan kucupan dari seorang yan bernama AYAH...
Tanpa sempat mendengar suara ayah yang dirindui dan dicintai...

Semoga kau berbahagia bersama golongan hamba-hamba yang beriman..
Berakhir sudah penderitaan hidup mu di dunia yang sementara ini.

Semoga Ibu dan adik-adikmu sabar menempuh dugaan yang maha berat ini..

Kami akan terus berada di samping keluarga membantu mereka di saat-saat mereka memerlukan.

Kami akan terus berjuang membebaskan Ayah, Ibu, dan adik-adikmu serta isteri, anak-anak serta keluarga tahanan ISA lain dari terus dizalimi...

InsyaAllah..

"Pulangkan Ayah Aina...do'akan kesejahteraan mereka"


(Ini Afrah, adik Aina yang kecil)
Sekiranya posting saya yang terakhir adalah mengenai peristiwa kematian...rupanya hari ini juga saya dan kawan-kawan sedang risau dan sedih mengenangkan keadaan Adik Aina Mardhiah Bt Shahrial. Adik Aina anak sulong belajar di Tingkatan Lima. Emaknya Fatma Bt Masrum.



Shahrial Sirin ayahnya seorang tahanan ISA yang telah dilanjutkan penahanannya selama dua tahun lagi setelah tamat tempuh penahanan selama enam tahun Februari lepas.


Adik Aina kini sedang coma dan bergantung penuh kepada mesin pernafasan. Semalam Adik Aina terjatuh di rumahnya, muntah,kejang dan terus tidak sedarkan diri. Dia dibawa dengan ambulans ke Hospital Kajang. Sepatutnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah, namun oleh kerana cecair di dalam otaknya tidak stabil doktor terpaksa menangguhkan pembedahan.

(Fatma dua dari kanan dengan 2 orang anaknya, Afrah dan Izzah)


Pagi tadi saya dan seorang lagi isteri tahanan ISA, Cikgu Laila telah ke Hospital Kajang. Kami tiba sekitar jam 11.45 pagi. Sebaik sampai di perkarangan Hospital, kami di sambut oleh dua orang lagi anak Fatma iaitu Afrah dan Izzah. Ketika itu juga anak kedua Fatma, Ehsan baru turun dengan wajah sugul dan risau memberitahu kami bahawa kakaknya dah teruk. Kami bergegas naik dan cuba merayu untuk dilepaskan naik kerana bukan lagi waktu melawat.

Kami bernasib baik keran bertembung dengan doctor yang datang memberikan penerangan terkini mengenai kondisi adik Aina...Menurut doctor sudah tidak ada harapan lagi untuk Aina survive...organ dalamannya menunggu masa untuk 'shut down'...dan bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan. Menurut doctor..ketumbuhan mungkin sudah sedia ada di otaknya sejak dari kecil tapi tidak dikesan.

Semasa kami tiba juga kebetulan sekumpulan 4 orang lelaki dan seorang wanita yang berpakaian kemas tiab bersama. Dalam hati saya sudah terdetik...mereka ini mesti SB...polis Special Branch...tugas mereka memang begitu..sebaik menerima berita mereka akan datang menyiasat..

Procedurenya bila ada saudara, anak, ibu atau ayah tahanan yang sakit, keluarga perlu memohon kepada Kem Tahanan Kamunting dan melaporkan ke balai polis berdekatan, yang kemudiannya akan melaporkan ke Bukit Aman.

Sebelum tiba ke wad saya telah menalipon ke KEMTA bertanyakan apakah Shahrial telah dibawa keluar dari Kemta untuk melawat anaknya...jawapan mereka "belum lagi...masih menunggu arahan Bukit Aman"...saya pun mengambil peluang bertanyakan kepada bos SB-SB yang datang tu ACP Ayub..katanya mereka dah buat permohonan ke Putrajaya..sedang tunggu menteri sign...Tanya saya pada dia lagi.."dah tengok keadaan pesakit macam ni pun..takkan tak boleh minta suruh cepat sikit".....jawapan standard mereka ialah..."tak boleh..procedure baru..menteri kena sign juga".....Tanya saya lagi...."habis tu menteri ada tak???".....Ayub..."Ada"...


Memang la geram kami pada SB-SB ni dan juga menteri......kami terus bertekak untuk mendapat hak bagi mereka yang dizalimi..sehinggakan Ayub mengatakan kepada Cikgu Laila.."Puan ni memang kurang ajar la..cakap tu baik-baik sikit"...hanya kerana Cikgu Laila mengatakan kepadanya..."sekiranya ada apa-apa yang berlaku..mereka akan dipertanggungjawabkan"


Begitulah kisahnya..kesusahan dan kepayahan yang perlu tahanan ISA dan keluarga merek perlu lalui...sudahlah dipisahkan dari keluarga bertahun-tahun...di saat genting begini pun perikemanusiaan masih tidak boleh digunakan....Kesihan Aina..sekiranya dia di Tingkatan Lima, umurnya kini 17 tahun, bermakna 6 tahun 6 bulan yang lalu ketika ayahnya ditangkap secara kejam dan disumbatkan ke KEMTA, umurnya baru 11 tahun, baru di darjah Lima...baru 11 tahun dibelai oleh seorang ayah...kini dia menanti saat-saat ketentuan Allah...semoga Ayahnya sempat tiba.....Fatma berkali-kali bertanyakan kepada kami..."Abang mana kak, Abang mana Kak????..."

Saturday, 28 June 2008

Peringatan melalui peristiwa kematian

Hampir seminggu saya biarkan blog ini tak diupdate...

Peristiwa yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan kami sekeluarga berlaku pada hari Sabtu 21hb Jun 2008.

Hari Sabtu kami pada minggu tersebut bermula dengan acara kami sekeluarga keluar awal pagi untuk mengambil kad laporan 3 orang anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Ammar darjah 6, Asma' darjah 3 dan yang kecil sekali Asiah darjah 1. Rancangan awal ialah untuk singgah minum pagi dulu sebelum ke sekolah. Tetapi dua orang anak perempuan kami memang dah tak sabar lagi untuk ke sekolah untuk menerima kad laporan masing-masing. Untuk dua orang anak perempuan ni, kami tidak lah begitu risau sangat dalam bidang matapelajaran agama atau subjek KBSR. Tetapi untuk abangya memang agak rasa 'lemah' sedikit bila perlu mengambil kad laporan.

Ammar anak kedua...bila menceritakan kisah diri anak saya ini..ramai yang memberi komen ianya adalah 'sindrom anak kedua'...entah ye entah tidak..

Seperti biasa keputusan peperiksaannya adalah tidak bagus....Hari Isnin ini pelajar-pelajar rangkaian sekolah Islam Al-Amin akan menduduki peperiksaan PEKERTI, iaitu peperiksaan subjek Islami..Jadi dengan keputusan yang tidak memberangsangkan saya dan suami berazam akan membuat last minute crash revisiom dengan dia..jadi sebaik habis berehat sekitar jam 3 petang kami mula duduk dengannya untuk mengulangkaji. Untuk lebih concentrate saya telah silentkan handphone.

Sekitar jam 4.30ptg menjenguk sebentar handphone...rupanya ada 3 missed call dari Angah..kakak suami saya. Cepat-cepat return call Angah. Angah memaklumkan yang, Ainol, suami kepada Ipah, adik suami saya telah kemalangan di Felda Palong dan keadaan dia critical. Pada masa tu dihantar ke hospital Segamat.

Sukar juga nak dipercayai, macamana kemalangan di kawasan kampung sebegitu boleh jadi begitu parah. Kami berpesan kepada Angah untuk pergi lihat dulu Ainol di hospital dan hubungi kami semula. Beberapa minit kemudian Angah mengesahkan keadaan Ainol dan dia sedang dihantar ke hospital Muar.

Kami sekeluarga bergegas bersiap menyediakan pakaian untuk ke Muar. Bersiap sedia membawa pakaian untuk 3 hari jika perlu. Kami bertolak sekitar jam 6ptg dan tiba di bandar Muar jam 8 mlm. Itulah pertama kali kami sekeluarga tiba di Bandar Maharani itu. Waktu malam kelihatan sangat cantik ada sungai besar yang mengalir...sayang tak dapat menikmatinya dengan lebih lama.

Kami terus menuju ke hospital Muar dan bertemu Ipah dan keluarga suaminya di sana. Ipah nampak tenang menceritakan keadaan suaminya. Doctor akan membedah nya malam itu juga. Keadaan luarannya tidak ada luka atau pendarahan. Tetapi organ dalamannya banyak yang rosak. Limpanya pecah, hati juga perlu dibuang, ususnya juga luka. Sudah tentu dia berada dalam kesakitan yg amat sangat. Doctor memberitahu yang keadaannya dalah kritikal dan tidak stabil. Ipah, adik ipar saya nampak begitu tenang sekali menerima berita tersebut.

Kami semua berkumpul di hadapan bilik bedah, dan dapat melihat dengan jelas suasana di dalam tempat ruang pesakit. Ipah dibenarkan berada disisi suaminya sebelum dibawa masuk ke bilik bedah. Kami melihat dari hujung katilnya. Ipah memgang erat tangan suaminya sambil berkali-kali menunduk dan mengucupi tangan dan jari jemari suaminya...penuh kasih sayang. Kemungkinan ada pesanan-pesanan dan kata-kata terakhir yang ingin disampaikan.

Sebaik keluar suami saya bertanya kepada adiknya..ada tak minta dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum masuk ke bilik bedah..Ipah mengangguk.

Setelah dibawa masuk ke bilik bedah kami beredar keluar untuk mencari hotel untuk bermalam di bandar Muar. Kami bermalam di Hotel Classic. Sekitar jam 2 pagi suami menerima panggilan dari adiknya mengatakan suaminya dah selamat dibedah dan doktor berjaya mencari punca pendarahan dalaman iaitu di bahagian ususnya. Pembedahan berjaya menghentikan pendarahan. Alhamdulillah, lega sedikit rasanya.

Keesokan paginya, kami bangun sedikit lewat jam 6.30 pagi. Angah menalipon saya bertanyakan khabar Ainol...saya katakan dia dah selamat dibedah. Lega Angah mendengarnya. Kemudian teringat saya untuk melihat handphone suami, ada 1 missed call dan 1 sms. Cepat-cepat saya buka, miss call dari Ipah dan sms dari Ipah.."Bang, Ainol dah meninggal"..sms pada jam 4.39am. Terkejut saya dibuatnya...cepat2 saya menjerit memanggil suami saya yang berada di dalam bilik air...begitulah akhirnya..Allahyarham Ainol Azlan binti Saini..suami kepada adik ipar saya pergi jua menghadap Ilahi...begitu cepat..begitulah ketentuan Allah kepada setiap manusia.....

Ipah adik ipar saya tetap nampak tenang dan sabar menghadapi kenyataan tersebut ketika kami bertemunya di rumah mayat hospital Muar. Sekujur tubuh suaminya dapat dilihat menunggu saat untuk dibedah siasat oleh pihak hospital kerana itu procedurenya. Selepas itu seua proses mandi, kafan dn solah jenazah dilakukan di Rumah Mayat tersebut.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Bangkahulu, perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Ipah dan ibu mertuanya naik bersama kereta jenazah. Sebaik tiba di kawasan rumah, sudah begitu ramai orang yang sedia menanti. Penuh kawasan rumah dan sepanjang jalan. Ipah dan Allahyarham suaminya adalah guru di Sekolah Menengah di Felda Palong.

Sebaik pintu van jenazah dibuka...Ipah telah jatuh pengsan dan terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah...mungkin kesabaran, kepedihan dan kesdihan kehilangan seorang suami dipendam dan sampai ke kemuncaknya...keadaan menjadi semakin pilu, sedu dan tangis jelas kedengaran....anak-anak mereka Aliff 11 tahun, Aiman Hakimi 8 thn menangis tersedu-sedu..Aina Nabilah 4 thn masih terpinga-pinga tidak memahami apa-apa..anak-anak saudara termasuk anak saya Asiah menangis teresak2 melihat Mak Itamnya pengsan dan diapapah masuk.

Semangat Ipah pulih kembali untuk mengucupi dahi suami tercinta dan mengiringi jenazah ke kuburan....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya sebaik jenazah disemadikan....selepas itu bermula hidup adik Ipar saya Latipah Mansor dalam dunia tanpa suaminya...semoga Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan...saya sendiri mengambil masa beberapa hari untuk 'back to normal' selepas meneriam berita kematian dan menyaksikan sebuah kematian berlaku..apatah lagi untuk Ipah dan ahli keluarga mereka yang terdekat...

Bacaan Talkin di tanah perkuburan juga membuat saya merenung akan kehidupan saya sendiri...Syukur kerana Allah sering beri peringatan untuk kita yang hidup....

Thursday, 19 June 2008

Asiah, GMI dan Perjuangan....

Semalam seperti malam Rabu yang lain saya telah meluangkan masa menghadiri mesyuarat GMI di Petaling Jaya. Mesyuarat malam semalam adalah mesyuarat untuk ad-hoc committee bagi program "MALAM HIMPUNAN RAKYAT ANTI-ISA" yang akan diadakan pada 28hb Jun 2008 jam 8.30mlm - 11.00 malam di stadium Malawati Shah Alam.


Saya pergi juga ke mesyuarat tersebut untuk bersama memastikan persediaan yang dibuat untuk kelancaran program tersebut lebih-lebih lagi untuk part kewangan, kerana program besar ini pasti akan menelan belanja yang besar dan GMI bukanlah sebuah organisasi yang mempunyai dana yang banyak. Kebanyakan dana disalurkan untuk kebajikan keluarga tahanan ISA dan juga program kempen yang berterusan.

Seperti biasa saya mesti membawa sekurangnya seorang anak untuk bersama saya ke mesyuarat tersebut. Seperti biasa Asiah anak saya yang bongsu (7 tahun) menjadi teman setia saya. Dia juga sudah biasa dengan keadaan di tempat mesyuarat dan pandai membawa diri. Selalunya juga dia akan duduk bersama di meja mesyuarat. Bila jemu dia bangun dan berbual dan bergurau dengan staff di pejabat SUARAM, mereka yang dia panggil Abang John atau Kak Chai Yi.
(Asiah menghabiskan kerja rumahnya di meja mesyuarat ketika kami bermesyuarat)
Semalam mesyuarat berbincang mengenai bagaimana nak mempromosi program kami pada 28hb ini. Ini kerana target GMI ialah untuk mengumpul seramai 10,000-15,000 orang untuk datang memberi sokongan. Satu cara untuk kami mempromosi ialah dengan mencari program besar yang diadakan pada masa terdekat sebelum tarikh program kami. Satu program besar yang akan diadakan ialah Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat pada 20hb ini di Stadium Shah Alam.

Pengarah Program Malam Himpunan Rakyat GMI ialah Ustaz Ramadhan Fitri. Beliau menyarankan agar semua AJK GMI untuk turun padang pada malam Karnival Sempena 100 hari Pakatan Rakyat 20hb ini untuk sama-sama mengedarkan flyers untuk promosi program kami pula pada 28hb ini. Asiah juga tidak ketinggalan disebut oleh Ustaz Ramadhan untuk turut serta.
Secara bergurau Ustaz Ramadhan berkata kepada Asiah... " ok Asiah, nanti Asiah ajak kawan-kawan datang ye"..Asiah pula secara spontan menjawab dan bertanya..."hari apa?"...dengan muka selambanya tetapi serius....

Kami semua yang ada dalam mesyuarat tu tertawa dengan jawapan spontan Asiah tu...tetapi Asiah tetap serius. Asiah sebenarnya memang suka dan agak biasa dengan kerja-kerja bersama GMI. Bukan saya memaksanya atau dia buat tanpa ada apa-apa pemahaman mengenai isu-isu kezaliman, hak asasi maupun politik, tetapi dia sudah mampu memahami melalui percakapan dan pemerhatian dia sendiri tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

Semasa saya memandu pulang dari Petaling Jaya sebaik habis mesyuarat, di dalam kereta Asiah bertanya lagi kepada saya....ini pertanyaan ikhlas dari seorang anak kecil....

Asiah.."Ummi...macamana rupa Agong Ummi?"...spontan lagi soalannya..tetapi dalam hati saya terfikir mungkin juga sebab peristiwa hari Sabtu lepas dimana dia juga bersama kumpulan anak-anak lain ke Istana untuk menyampaikan hadiah teddy bear kepada Agong..

Ummi.."Ingat tak yang kita tengok di TV dulu tu...masa hari keputeraan Agong tu, yang ada Pak Lah, Jeane tu..??.."

Asiah.."..ooooo...Asiah ingat...Asiah ingat"

Asiah.."Ummi...Agong tu orang BN ke Ummi?"..

Ummi..dalam hati..susah nak jawab ni..." kalau jadi Agong..dia tak boleh tunjuk dia sokong mana-mana...tapi Ummi rasala...dia....(sensored)".

Asiah..."Ummi...kalau jadi Agong..dia tak boleh cakap banyak ke?"

Ummi.."Kalau jadi Agong, dia ada adab-adap dan cara-cara dia sendiri nak layan orang"

Asiah..(macam faham saja).."Asiah rasa memang kalau jadi Agong tak boleh banyak cakap"....

Sebaik kereta melalui jalan di hadapan KL Sentral, Asiah menjerit pada saya sambil menunjuk gambar di bangunan KL Sentral...."Ha..Ummi...tu ha gambar Agong..."...tapi entahla gambar apa yang dia tunjuk sebab saya tak dapat nak toleh tengok disebabkan sedang memandu.

Itulah sedikit perbualan Asiah yang menunjukkan dia juga 'membaca' dan 'memahami' melalui pemerhatiannya sendiri....

Peristiwa ini juga membuatkan saya terkenang kan dengan seorang individu yang bernama Ezam Mohd Noor. Di tahun 2001 hingga 2003 saya agak rapat dengan isterinya serta ibunya Mak Cik Esah. Semuanyan kerana pada 2 tahun complete tersebut, kami sama-sama berjuang dalam GMI untuk membebaskan bukan sahaja Ezam, tetapi 10 orang tahanan reformasi yang lain ketika mereka ditahan di bawah akta ISA. Mak Cik Esah menceritakan yang beliau dulunya sangat aktif dalam pertubuhan UMNO bersama Wanita UMNO. Mak cik sentiasa membawa Ezam bersamanya di setiap mesyuarat dan aktiviti. Menurut Mak Cik Esah, mungkin disebabkan itu, Ezam juga telah menjadi seorang ahli politik...yang ketika itu bersama-sama rakyat berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Sejak Ezam dibebaskan di dalam tahun 2003 saya sudah lama tidak bertemu kembali dengan Mak Cik Esah dan keluarga.Pada waktu dulu kami sering ke rumahnya bila ada mesyuarat mingguan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA. Kami juga bergilir-gilir ke rumah keluarga yang lain termasuk rumah keluarga Ustaz Badrulamin, Lokman Nor Adam dan juga Saari Sungib,yang sama-sama ditahan di KEMTA tapi paling kerap sudah tentu di rumah Mak Cik Esah sendiri.

Alhamdulillah, kini ke semua tahanan reformasi tersebut sudah pun dibebaskan sebaik tamat tempuh tahanan 2 tahun mereka di Kamunting. Syukur juga kepada Allah kerana saya, Asiah dan keluarga serta rakan-rakan di GMI masih bersama untuk memastikan ke semua tahanan ISA dibebaskan segera, tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama mahupun fahaman politik mereka. Semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah (SWT).


Tuesday, 17 June 2008

2+2+2+2=LAPAN TAHUN....

Akhirnya pada hari Ahad 15hb Jun 2008..sahabat saya Cikgu Norlaila Othman menerima berita yang suaminya telah disambung lagi penahanan selama 2 tahun yang keempat i.e menjadi lapan tahun. Surat penyambungan tahanan diterima oleh suaminya pada hari Khamis 12hb June.

Pada petang Jumaat Cikgu Laila memberitahu saya yang ketika kami berdua sedang berbual di telefon ada panggilan dari KEMTA masuk. Tetapi bila dia menghubungi semula KEMTA, talian sibuk dan bila dapat bercakap dengan pegawai KEMTA jawapan yg diberikan ialah, pejabat dah tutup, sila telefon pada hari lain.
Bila Cikgu Laila melawat suami, barulah dimaklumkan oleh suaminya yang suaminya lah yang cuba menghubunginya melalui telefon untuk memaklumkan tentang tempuh tahanan yang disambung semula.

2+2+2+2=Lapan tahun....lama kan...tahan tanpa dibicarakan...entahlah tak tahu saya nak cakap apa. Tahun ini Cikgu Laila mengambil cuti tanpa gaji dari sekolahnya bermula dari awal April lalu. Sepatutnya unpaid leavenya berakhir pada hujung bulan Jun ini dengan harapan besar kami, Menteri Dalam Negeri ataupun Perdana Menteri dapat berfikir waras dan berperikemanusiaan untuk tidak menyambung lagi penahanan mereka yang ditahan di bawah akta zalim ini.
Malangnya...nampaknya penahanan disambung lagi....kami perlu lebihkan usaha dengan gigih dan keras lagi.(baca kisah sedihnya di http://www.harakahdaily.net/.)

Sebaik Menteri Dalam Negeri yang baru mengambil alih tugas, kami telah menghantar beberapa surat untuk membuat temu janji, namun satu pun tidak mendapat layanan.Surat permohonan temujanji kepada Dr Mahathir di zaman beliau menjadi Perdana Menteri, hinggalah diambil alih oleh Abdulllah Badawi...semuanya tidak mendapat perhatian...itu yang membuatkan akhirnya kami terpaksa mencari jalan untuk ambush sahaja mereka sekiranya ada peluang. Sehingga kini saya bersama GMI pernah sekali ambush Dr Mahathir di persidangan Agong UMNO di PWTC di tahun 2002, kemudiannya ambush Pak Lah di Parlimen dan sekali lagi di Felda Sendayan..

Mungkin kami perlu fikirkan beberapa tindakan yang drastic...hhmm....wait n see....