Monday 1 June 2009

Kenangan di Penanti..

Di Penanti, timbul rasa terkilan yang amat sangat di hati saya kerana tidak sedikit pun menyumbangkan bakti kepada perjalanan PRK di sana. Kebiasaannya kami akan sedikit sebanyak akan cuba turun ke gelanggang jika ada kesempatan untuk membantu.

Kali ini, penamaan calon pun kami tidak ikut serta.....di hari-hari akhir ramai yang kata 'pasti akan menang'

Hari Sabtu 30hb Mei, sekali lagi kami turun ke Ipoh kali ini untuk sesi perbincangan bersama peguam dan 11 OKT Kuala Kangsar. Perbincangan berkisar kepada persediaan menghadapi hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada bulan Ogos nanti. Peguam perlu tahu jalan cerita yang sebenarnya yang terjadi pada hari kejadian 6hb Februari di hadapan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

Sebaik selesai perjumpaan dan sesi makan tengahari bersama ke semua rakan OKT yang lain di kedai Nasi Beriani, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Penanti untuk melihat situasi di sana.

Suasana memang jauh berbeza dalam keadaan PRK yang lainnya...bila BN tidak bertanding...tenang setenangnya...polis pun boleh duduk-duduk berehat....orang yang datang pun seumpama datang untuk melancong sahaja...termasuklah kami juga mungkin.

Kami tercari-cari bendera dan banner kempen......cuma kelihatan dan mata menjadi sedikit cerah dan excited bila masuk ke pekan kecilnya...baru ada bendera bergantungan.

Ini umpama kenderaan rasmi PKR bila berkempen.....

Asiah bergambar di banner besar Dr Mansor di hadapan Markas Besar PAS di Kubang Semang...kebiasaannya pila ada Pilihanraya kawasan ini menjadi sangat sesak. Di depannya ada gerai makan dan di sebelahnya ada masjid Besar.

Kami kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke KL...disebabkan sudah hampir waktu magrib kami singgah sebentar berehat dan solat magrib di Masjid PERDA yang ada sejarah tersendiri ketika kempen PRK Permatang Pauh yang lalu, di mana Ustaz Ramlang Porigi membuat pengakuan tentang peristiwa sumpah Saiful Bukhari mengenai kes liwatnya dengan DSAI....pengakuan pertamanya di dalam Masjid ini...kami juga ada di sana ketika itu.

Masjid ini besar dan cantik...namun sayang tak terbela...sawang labah2 memenuhi siling dan karpet yang bersampah....bukan sahaja kawasan masjid tak terbela...namun seluruh kawasan di PERDA ini nampak semak dengan lalang dan rumput yang tinggi tak terjaga...sedangkan ianya menempatkan pejabat yang besar dan JUSCO yang besar.

DS Anwar Ibrahim turut berceramah pada malam tersebut....

Selesai solat Maghrib memandangkan sudah lebih jam 8 malam maka kami membuat keputusan untuk singgah kembali ke Kubang Semang memandangkan sudah terlihat ada ceramah besar malam tersebut.

Kami singgah di Masjid dan terjumpa Kak Salmah Exco Wanita Keadilan Pusat....baru dapat maklumat yang tepat bahawa mereka sebenarnya harus dan terpkasa bekerja dengan lebih kuat dari biasa....iaitu untuk memastikan pengundi keluar mengundi dan berusaha untuk menang besar...dari cerita dari mulut kak Salmah sendiri membuat saya rasa amat bersalah dan terdiam sebentar...memang tidak layak untuk saya menyalahkan sesiapa kerana tidak dapat maklumat yang tepat...seharusnya saya lah yang patut lebih prihatin untuk menghubungi kakak di PKR untuk sebarang bantuan yang diperlukan...saya rasa amat bersalah....namun saya cuba hilangkan rasa tersebut dengan memikirkan akan aktiviti-aktiviti di KL yang perlu dilakukan dan telah dijalankan walaupun tidak banyak.


Ramai sekali yang hadir pada malam tersebut..memenuhi kawasan..duduk-duduk di bawah pohon durian yang sedang berbuah.

Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada malam tersebut juga.....dengan berhenti beberapa kali sepanjang jalan lantaran mengantuk dan letih yang amat sangat.

InsyaAllah...di lain kali kita tidak boleh mengambil mudah dan bersikap lepas tangan...perlu lebih prihati...Alhamdulillah Allah kurniakan kemenangan lantaran ada lagi ramai pejuang yang terusan bekerja kuat...bak kata Kak Salmah...Kak Gee YB Fuziah Salleh telah berada di sana sejak dari awal lagi dan tidak pulang2 ke rumahnya....moga terus kuat untuk berkhidmat.

4 comments:

kulupSakah said...

PERGI TU PUN DAH KIRA SUMBANGAN JUGA TU. SUMBANGAN KEPADA HIGHWAY PLUS KERANA SUDI BAYAR TOL...... HE HE HE...

cikMilah said...

Salam, waktu tu kakcik di KL kalau tak boleh jumpa ya...menyonsang pulak kita.

Kita kat sini tak larat nak komplen dah pasal semak kat situ...M98P kata kontrator, kontraktor kata PERDA, Perda kata MPSP..

ummu asiah said...

KS...

apa nak buat...hidup kita sebagai rakyat marhaen ni sentiasa kena menyumbang untuk negara....sbb pemimpinnya dok menyumbang kat suku sakat depa saja and last sekali masuk poket depa sendiri...rakyat kalau nak senang kena bersusah dulu...nak senang dan selesa semua kena bayar....memang gerammmmm...

ummu asiah said...

kakcik..

tu lah..if not sure dapat homemade cokelat kan..

hhmmm....kami yang lalu sekali pun dah rasa sakit mata and sakit hati...apatah lagi orang yang memang tinggal kat situ...sayang kan..tempat tu memang cantik dan selesa nampaknya...