Wednesday 15 December 2010

Hidup perlu diteruskan walau apa jua badai dan isu yang melanda "ANWAR dan NEGARA"

Semalam sekali lagi kami sekeluarga bersantai di tapak ceramah. Kali ini terasa seronok juga sebab ceramah besar diadakan di tapak tidak jauh dari rumah.

Suami kini sangat berminat mengambil gambar suasana untuk dikongsi dan saya suka untuk bersantai memerhatikan gelagat orang ramai sambil menumpukan perhatian kepada isi ceramah seboleh mungkin.

Namun semalam saya tidak pula terlalu teruja untuk membuat liputan 'live' suka-suka melalui kemudahan yang ada. Saya habiskan masa melihat kehadiran orang ramai yang membanjiri tapak pasar malam yang diubahsuai menjadi tempat ceramah.

Kali ini satu kelainan, khemah yang besar berderet dipasang dengan plastik penuh menutupi. Dalam hati mungkin ini adalah syarat ketat polis yang harus diikuti, namun tidak menghalang orang ramai untuk memenuhi setiap ruang yang ada.

Ketika sedang menemani Asiah membeli makanan dan minuman, suami dengan penuh perasaan berkata kepada saya "hah..tu..tengok tu..Anuar Zaini!!" sambil memuncungkan mulutnya. Cepat-cepat saya menoleh ke arahnya. Nama Anuar Zaini...siapa dia??? Dia lah orangnya yang bertanggungjawab melakukan RAMPASAN KUASA ke atas negeri Perak Darul Ridzuan bersama 4 orang yang lain.

DS Ir Nizar akan sering menyebut nama manusia ini di dalam ceramahnya yang berkaitan dengan rampasan kuasa Perak....

Lama dia di sana di celah orang ramai seorangan berpeluk tubuh menghadam isu-isu yang dibangkitkan..

Saya masih terus tidak menaruh minat kepada butir bicara di dalam ceramah. Telefon ditangan di era teknologi twitter dan FB membuatkan saya boleh terus dapat ringkasan intipati ceramah yang penting di kala mata saya terus memberi tumpuan kepada suasana sekeliling. Ibu-ibu, ayah-ayah...ramai generasi di usia emas yang hadir yang saya lihat ada di belakang...berbagai kaum turut hadir.

Ternyata ceramah tetap jadi pilihan alternatif untuk rakyat berkumpul menimba maklumat setelah puas disogok dengan maklumat percuma sepanjang masa di mana saja oleh pihak kerajaan.

Pandangan dan perhatian saya sepanjang masa malam itu tertarik melihat satu pasangan OKU yang sedang gigih berjualan. Si isteri berdiri di di jalan sambil memegang senaskah Warkah Keadilan sambil menjerit kuat.

"Paper Anwar. Paper Anwar". Saya terharu bercampur simpati, tidak ramai yang mahu berhenti dan melihat.


Si suami pula menunggu bekalan naskah yang lainnya yang diletakkan di atas meja. Saya menghampirinya dan membeli senaskah walau di rumah sudah ada satu naskah. Tidak mengapa tanda sokongan dan bantuan.

Saya bersembang ringkas dengannya bertanyakan perihal diri mereka berdua. Mereka tinggal di Kepong dan dihantar ke tapak ceramah oleh seroang kawan yang akan datang mengambil mereka apabila selesai nanti.

Si isteri terus meneriakkan "Paper Anwar, Paper Anwar". Bila ada yang membeli dia akan ke belakang dan mengambil naskah yang lainnya.

Terus saya berdiri di sebelahnya dan cuba membantu...namun ketika sesi ceramah semakin hampir selesai, saya ke belakang dan terus mencapai ke semua naskah dan sama-sama membantu meneriakkan pada orang ramai untuk membeli tetapi tidaklah saya pula jeritkan "Paper Anwar'.

"Warkah Keadilan, warkah keadilan!!!...beli...beli...beri sokongan!!!".

Alahmdulillah...tidak menang tangan kami.....Asiah juga teruja dan turut sama membantu..seronok, puas apabila licin semuanya. Hingga ada lagi yang ingin membeli...namun sudah kehabisan.

"Yeaayyy...kita menang, kita menang!!!"....tiba-tiba jerit wanita OKU tadi. Girang betul dia....Asiah pun turut sama jerit..."yeaaayyy...kita menang".

Kami pulang dan rasa sungguh berbeza....dan mereka gembira...

Hidup perlu diteruskan walau apa jua badai dan isu yang melanda ANWAR dan negara.....

Foto-foto : Abah Anas



6 comments:

otaklunyai said...

Sedar tak sedar ini merupakan bala fitnah dari Allah kepada sekelian umat di Malaysia. Habis semua orang yang mumaiyiz terpalit dengan dosa fitnah ini sekiranya kita tidak membenci dalam hati (selemah2 Iman).

Panduannya cukup senang, ambil Al-Quran dan Hadith sebagai panduan apabila menghukum. Itu saja yang Allah S.W.T suruh. Tapi tak nak ikut... nah bala sampai.

Tak pasal2 makcik pakcik yang umur dah dekat nak pencen dari dunia ini, yang tak tahu menahu, yang tak ada apa2 kepentingan dok mengumpul dosa hari2 sebab hari2 baca akhbar2 yang membawa fitnah dan menonton rangkaian TV yang melaporkan fitnah... Nauzubillah hi minzalik... Sedar tak nih...

Syukurlah, bukan nak meninggi diri tapi aku amat bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk memboikot kesemuanya ini sejak tahun 1988 sedangkan sebelum itu aku dan keluarga aku adalah penyokong dan pemegang jawatan dalam umgok laknat... Syukur Alhamdulillah...

semoga kita semua diselamatkan oleh Allah S.W.T dari fitnah2 ini... berdoalah...

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Anonymous said...

Perjuangan PAS adalah murni... tapi telah dicampur aduk dengan orang kafir termasuk Anuar Al-Juburi... Ini lah tanda-tanda bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

Anonymous said...

Orang Cina / India bertepuk tangan... Melayu dan Melayu bergaduh... Cukup la menyokong Anuar Al-Juburi tu... banyak pentingkan diri sendiri. Tak kan la tak nampak2...buta sangat la tu..

Anonymous said...

Anuar Al-Juburi nak jadikan Malaysia ne seperti Republik. Baru lah nanti kau orang semua tau... menyesal kemudian hari tidak berguna. Keluar air mata darah pun tak guna jugak.. Sehingga ke hari ne... suruh bersumpah pun Anuar Al-Juburi tak mahu. Kenapa????? Takut???? Buat lah kalau tak bersalah.... kenapa lah bodoh sangat...

Anonymous said...

Alhamdullilah.... hidup di Malaysia segala-segala nya diperolehi.. makan/minum/tidur aman dan sebagainya. Jagalah anak-anak tu.. besarkan dengan baik-baik. Beri ilmu dunia / akhirat secukupnya. Jangan la kita susahkah sangat Anuar Al-Juburi.... apa yang kita dapat??????