Saturday, 6 March 2010

GST akan miskinkan lagi rakyat Miskin: usaha kesedaran masyarakat

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.[link]

Dalam usaha menyedarkan rakyat tentang bebanan yang harus ditanggung sekiranya Cukai GST Goods & Services Tax ini berjaya dilaksanakan, satu aktiviti kesedaran masyarakat telah dijalankan oleh ahli Gabungan PROTES.

Edaran risalah ini bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang tepat mengenai GST yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen yang akan bermula pada 15 Mac ini. (sumber harakahdaily).

Dengan usaha ini diharapkan rakyat yang membaca dan mencari maklumat akan mendapat pendedahan mengenai apakah sebenarnya GST dan mengapa kita berkeras untuk menolaknya dan mahu rakyat keseluruhannya bangun sama menolak rancangan ini yang hanya memberikan keuntungan kepada mereka yang punya wang untuk dibelanjakan dan disimpan.

berkumpul membuat perancangan sebelum bertindak dan bergerak.

GST akan miskinkan lagi rakyat rakyat miskin!

GST akan mengakibatkan 80% rakyat Malaysia mengalami penurunan pendapatan dan kualiti hidup. Ia juga akan mengakibatkan jurang antara yang kaya dan miskin menjadi sangat kebar.

Alhamdulillah dalam usaha pengedaran risalah ini secara tidak lansung kita dapat melihat dan mentafsir tentang sikap rakyat mengenai sesuatu isu yang sebenarnya mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan rakyat.

Apakah rakyat mengambil tahu, ingin tahu, sudah tahu dan faham atau tidak ambil endah dan ambil pusing.

"Adik ambil risalah ni dan baca. Ianya mengenai GST, cukai tambahan dari kerajaan, semua rakyat akan menanggung cukai jika ianya dilaksanakan".

Dalam usaha melakukan aktiviti mengedarkan risalah kita tidak perlu malu dan segan kerana kita bukannya memaksa orang membeli atau menerima. Kita memberi maklumat dengan percuma. Kalau tidak ada masa membaca pun kerana sedang berjalan atau membeli belah, ambil, lipat dan simpan. Bila punya masa dan masih ingat tentang risalah itu, keluarkan dan baca.


Kita bukan sahaja menyerahkan risalah pada yang menerima, jika ada peluang kita akan cuba terangkan pada mereka, ada juga yang mengambil peluang untuk bertanya, maka mereka yang mengedarkan perlu ada maklumat dan faham terlebih dahulu, agar proses memberi maklumat lebih berkesan.

Kalau ada yang berjalan tanpa sudi untuk memandang kita maka jangan risau atau sedih kerana kita berusaha untuk mendidik, terpulang kepada seseorang, sebab itu mulut perlu ringan untuk menyapa mereka yang lalu lalang dan bukan sekadar menghulur bahan kerana mereka mungkin fikir yang tidak lain dari kita sedang mempromosi jualan dan khidmat.

"Encik, ambillah risalah ni, ada maklumat tentang satu cukai baru yang akan membebankan rakyat. Boleh ambil, lipat dan simpan kalau tak ada masa baca, Terima kasih"...satu contoh sapaan yang digunakan.

Cuaca pada tengahari tersebut memang terlalu amat panas. Dua orang wartawan Harakah dan Harakahdaily turut hadir membuat liputan untuk kemudiannya membantu menyampaikan kepada masyarakat melalui saluran media alternatif.

Alhamdulillah, ada yang terus membaca, maklumlah waktu tersebut adalah waktu sebelum masuknya waktu solat Jumaat dan aktiviti ini dijalankan sekitar kawasan Masjid India. Mereka yang punya masa luang sebelum masuknya waktu solat boleh saja membacanya dan mendapatkan maklumat.

Alhamdulillah usaha pada tengahari sebelum masuk waktu solat Jumaat ini berjaya dilaksanakan. Masih lebih ramai rakyat yang perlu diberikan kesedaran tentang isu ini. Usaha edaran risalah akan terus dijalankan.

Friday, 5 March 2010

Tahanan ISA warga Asing: dibebaskan atau dihantar pulang??

Pagi tadi sekali lagi saya menerima panggilan dari Bashirah memohon pertolongan untuk mengambil anaknya dari sekolah.

Katanya beliau mendapat panggilan telefon bahawa beliau sekali lagi dapat bertemu suaminya di Bukit Aman. Anaknya Abdullah telahpun ke sekolah dan dia mahu membawanya bersama ke Bukit Aman untuk pertemuan tersebut.

Maka pada jam 10 pagi tadi saya menjemputnya dan kami sama-sama bertolak menjemput Abdullah dari sekolahnya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah di Cafe On The Run dan saya membelikan nasi ayam dan 3 ketul ayam panggang beserta air minuman dan makanan kering untuk mereka bawa makan bersama di pertemuan petang ini. Tidak tahulah apa perasaan Bashirah menanti detik pertemuan petang nanti.

Abdul Rahman 5 tahun dan adiknya Abdullah 3 tahun menikmati makanan di stesen minyak esso sementara menanti nasi ayam beserta ayam panggang siap dibungkus untuk dibawa makan bersama ayah mereka di Bukit Aman.

Dalam perjalanan bersamanya tadi memang berkali2 dia menyatakan harapan agar suaminya dibebaskan segera seterusnya dapat menyambung kembali thesi PHD yang hampir tamat. Beliau menyatakan juga kekhuatiarannya akan kemungkinan jika suaminya dihantar pulang ke negaranya semula di Nigeria seperti yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri.

Saya memang tidak punya jawapan dan tidak tahu bagaimana untuk menyedapkan hatinya kerana dalam akta Zalim ISA ini segalanya mungkin terjadi dan yang zalim-zalim. Apa yang boleh saya katakan ialah kita mesti terus harus berusaha memberikan tekanan agar mereka segera dibebaskan dan benarkan peguam berjumpa tahanan.

Sebenarnya bila Bashirah memaklumkan bahawa dia dan sebuah lagi keluarga Khaleeda, dibenarkan berjumpa terbit rasa mungkin sesuatu akan berlaku, samada mereka dibebaskan atau sesuatu yang lain kerana baru minggu lepas mereka berpeluang bertemu.

Tengahari tadi menerima mesej dari Nalini, setiausah GMI bahawa KDN telah memaklumkan kepada peguam bahawa seorang tahanan ISA dibebaskan untuk dihantar pulang ke negaranya. Dua orang lagi juga akan dibebaskan dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal juga.

Abdul Rahman di seat belakang dan Bashirah merenung dan mengenang masa hadapan mereka mungkin...katanya "I told my husband about you during our last visit"...kata saya.."Please tell him it's not just me...my friends to from GMI and the lawyers as well. please send my salam to him when you see him later"

Siapa mereka kami belum punya maklumat tetapi hari ini dua keluarga dibenarkan berjumpa. Bashirah akan bertolak jam 3 petang ini sebentar saja lagi. Saya tidak menawarkan diri menghantar mereka ke Bukit Aman kerana tidak mahu peristiwa yang menimpa adik dan ibu Agus Salim seorang tahanan ISA warga Indonesia menimpa ke atas keluarga Bashirah pula.

Ketika itu pegawai Cawangan Khas begitu bengang dan terus mengarahkan Junaidi adik Agus Salim memberitahu saya untuk membawanya pulang ke rumah tumpangan mereka , mengemas semua barang dan pakaian mereka untuk dihantar balik ke Indonesia. SB bertanya Junaidi bagaimana saya pula yang membawa mereka ke Bukit aman.

Segala ketentuan Allah kita pasrah dan reda, tapi perjuangan memansuhkan ISA tetap diteruskan.

Thursday, 4 March 2010

Sanggupkah kita biarkan saja????

Melampau-lampau dan menjadi-jadi...sampai kadang-kadang rasa malas dan tak nak ambil kesah..teruskan kehidupan, aktiviti dan perjuangan seperti biasa. Tapi adilkah???....ini berkaitan dengan masa depan kita, paling penting masa depan generasi anak cucu kita. Sanggupkah kita membiarkan nasib generasi akan datang musnah akibat perbuatan kita yang tidak mengendahkan tentang peristiwa jahat dan perancangan jahat yang sedang berlaku kini.

Kita berusaha bersungguh sejak beberapa tahun yang lepas, kita berjuang bersungguh-sungguh bila tiba musim pilhanraya, kita tinggalkan kesenangan sementara, anak-anak dan keluarga demi berkempen memenangkan calon dari parti alternatif selain dari BN...kini lantaran mereka punya harta dan segala, harta milik rakyat mereka gadaikan demi mahu terus berkuasa...

Keluar parti dan khianat hanya atas isu tidak setuju dengan pendirian PKR mengenai Kalimah ALLAH????...isssshhh...rasanya macam nak bagi penumbuk sebijik je kat muka orang tua ni!!!!

Jadi rancangan seperti yang diajukan di bawah nampak sangat mudah untuk kita lakukan...kita serahkan pada Allah membalas kepada penderhaka pembelot dan penzalim...

Dipetik dari Malaysiakini.

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam.

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Wednesday, 3 March 2010

Gagalkan sebelum Terlambat..GST: Satu lagi usaha hisap darah rakyat.

Dua hari lepas kita telah bangun membantah cadangan kerajaan untuk menswastakan hospital kerajaan. Kita menanti respon dari pihak yang berwajib....apakah benar motto Rakyat Didahulukan????

InsyaAllah kini kita sudah pun memulakan langkah-langkah untuk membantah satu lagi usaha kerajaan untuk menghisap darah kita rakyat marhaen khususnya.

GST Goods & Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan..

Inilah tindakan kerajaan 1 Malaysia yang paling 'adil' sekali...nak tahu kenapa...sebab semua rakyat dari bayi yang baru lahir hingga warga emas dan orang yang meninggal dunia akan merasainya...

Nak tahu detailnya..tunggu di entry yang akan datang...

Buat masa ini apa yang kita tahu..kalau dah namanya cukai maka pengertiannya ialah duit poket dari gaji kita jugalah yang perlu dikeluarkan....untuk menampung perbelanjaan kerajaan Malaysia...

Satu sidang media telah diadakan pagi tadi bagi mengumumkan rancangan PROTES ini.

Dipetik dari Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli (atas, dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.

Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.


Beginilah nasib pejuang rakyat!!

Ketika menulis entry tentang penswataan Hospital dan mencari maklumat di laman web PSM, saya terbaca berita seperti yang dilampirkan di bawah yang dipetik dari Malaysiakini.

Ianya baru sahaja berlaku iaitu pada 19hb Februari yang lepas . Mungkin ramai yang tidak ambil kesah dan tak perasan pun, termasuk saya juga. Terlalu banyak berita dan cerita yang nak dihadam sejak akhir-akhir ini.

Apatah lagi tentang berita ahli Parlimen PKR yang melompat dan akan melompat. Dah mereka nak melompat biarlah. Sepatutnya isu ini ditangani sendiri oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat. DS Anwar Ibrahim sendiri dah mengaku tersilap memilih calon.

Hikmahnya ini memberi pengajaran apabila memilih calon di PRU13 yang akan datang. Di PRU12 yang lalu ramai yang membuat komen kalau letak tunggul atau pokok kayu pun gerenti orang akan pilih sebab orang tak nak BN....

Satu waktu dulu ketika sebelum kita menang..kita sering turun ke jalanraya membela nasib rakyat, membantah segala usaha jahat kerajaan yang menzalimi rakyat. Harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, isu ISA dan lain-lain lagi.

Ramai yang ditangkap, dipenjarakan dan didakwa di mahkamah. Kes memakan masa bertahun lamanya. Ada yang bila selesai, bebas dan tidak dikenakan hukuman ada yang dihukum tanpa tali sebab kes tak habis-habis walau dah masuk 10 tahun.

Begitulah ceritanya.

Kini dah menang, kita ditimpa masalah lain pula...BN tak henti-henti nak belasah kita, memang penat, maka masalah yang melanda rakyat pun tak menang untuk ditangani...namun Alhamdulillah masih ada segelintir rakyat yang masih tidak berganjak dan leka...maka perjuangan membela nasib rakyat diteruskan.

Okay..cukup dulu tentang isu bermacam-macam di atas. Hari ini InsyaAllah ada rakyat yang akan bangkit menentang isu GST...cukai yang akan sekali lagi digunakan untuk menghisap darah rakyat...sluuurrrrrpppp.....memang sedap dan mudah....

Sebelum itu juga kita hayati nasib beberapa pejuang di bawah yang dihukum lantaran membela nasib rakyat selama 7 tahun yang lalu. Penduduk yang teraniaya lantaran bahan yang beracun di kawasan tempat tinggal mereka akhirnya terlepas dari seksaan, setelah ada perundingan. Ini menunujukkan bahawa perjuangan mereka berempat yang akhirnya dihukum adalah 'real', namun mereka tetap dihukum kerana kononnya tidak mengendahkan perintah polis untuk bersurai ketika berhimpun secara aman menuntut pembelaan ke atas nasib penduduk..alasan biasa yang digunakan oleh polis.

Denda mereka ialah RM5000 dan penjara 2 minggu....tapi Alhamdulillah mereka masih boleh merayu...moga masih ada peluang untuk mereka...

Itulah nasib pejuang rakyat...masih ingat lagi nasib seorang lelaki berbangsa Cina yang membela nasib seorang anak gadis Melayu yang dizalimi oleh seorang pemimpin Melayu BN???? Akhirnya orang yang membela orang yang teraniaya yang dipenjarakan....

Four Perak activists found guilty

Four environment activists who did legal battle for seven years for allegedly not dispersing when allegedly ordered to by the police, were found guilty by the Ipoh Magistrate Court today.

They were handed a fine of RM5,000 and a two-week jail term.

kuala kuang committee memo submission 131005 group standingThe four accused are Parti Sosialis Malaysia (PSM) national coordinator K Kunasekaran (far left in photo), Kuala Kuang Anti-Stench Action committee chairman Chai Sing Chong (second left in photo) and his two committee members Tan Kin Siah (second right in photo) and Chong Min Tow (far right in photo).

They were charged under Section 27(3) of the Police Act 1967 for failing to disperse when given an order by the police in front of the Kuala Kuang Police Station near Chemor in Perak on April 1, 2001 at about 10.50am.

Any person found guilty of this offence under Section 27 (8) shall be liable to a fine of not less than RM2,000 and not more than RM10,000 and imprisonment for a term not exceeding one year.

Stay of execution

However, Magistrate Shah Wira Abdul Halim allowed a stay of execution pending their appeals to the High Court and also allowed a bail of RM1,500 each.

The four were represented by M Vengetraman while the police prosecuting officer was Jamaluddin Osman.

NONEThe four were fighting for the health of about 500 Chinese families living in Kuala Kuang new village which is next to a rubber factory that emitted foul and health hazard fumes.

The villagers had approached Kunasekaran who was then-coordinator for Alaigal (a branch of PSM) for help after exhausting all appeals to the BN state government headed by the then-menteri besar Tajol Rosli.

Alaigal eventually settled out-of-court with the rubber factory management who agreed to shift its operations to the Kanthan industrial zone in Chemor.

However, the police case dragged on for seven years and four months. The hearing dates from 25 Oct 2002 to today have come up to a total of 42 days.

The four were called to their defence on Dec 16 last year. The hearing concluded on Feb 2 this year and the decision was delivered today.

Vengetraman said he will file the appeals at the Ipoh High Court on Monday against the magistrate court sentencing and conviction.

According to him there was no order or warning given by the police to disperse to the four accused and the sentence of two-weeks imprisonment and the fine of RM5,000 each was too harsh for first time offenders.

Tuesday, 2 March 2010

JANGAN HISAP DARAH RAKYAT


Dalam kekecohan masalah politik dalaman Parti Pakatan Rakyat dan isu Ahli Parlimen melompat parti masuk ke lubang yang penuh dengan najis kezaliman, parti zalim ini terus menerus menzalimi rakyat dengan usaha dan agenda mereka.

Apakah mereka yang nak melompat dan sudah melompat itu tidak ada akal dan hati untuk berfikir dan merasa...saya yakin memang akal dan hati mereka hanya memikirkan kesenangan diri dan bukannya kesenangan hidup rakyat miskin dan kurang berada seperti yang digemburkan ketika tiba musim pilhanraya.

Bulan Mac ini adalah bulan di mana Dewan Negara akan kembali bersidang bermula 15hb Mac 2010. Banyak perkara akan mula dibangkitkan dan dibincangkan, banyak undang-undang yang berkaitan dengan rakyat akan didebatkan. Kerajaan memerlukan majority ahli Parlimen untuk menang dengan agenda mereka. Mereka mungkin serik dengan apa yang berlaku ketika Bajet 2010 hendak diluluskan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat..anda harus terus tahu dan menghayati kehendak dan nasib rakyat bawahan....

1 hb Mac 2010, satu Protes bagi membantah cadangan Kerajaan untuk menswastakan Hospital Kerajaan telah dijalankan secara serentak di 4 buah Hopsital Keraajaan. Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Sultan Ismail, Johor.


Protes sebegini ternyata telah terbukti memberi kesan terhadapa apa-apa tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan. Kita telah berjaya menghalang kerajaan dalam niat mereka untuk menswastakan IJN satu masa lalu, kadar kenaikan harga minyak dan tol pada satu waktu dahulu dihentikan buat masa yang lama bila rakyat bangun dan turun ke jalanraya untuk memprotes.

Maka kebangkitan rakyat adalah penting...mengapa harus takut sekiranya kita berjuang untuk hak diri kita sendiri, malah lebih murni apabila ianya diperjuangkan untuk warga luar bandar dan hidup dalam kesusahan.


Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) akan diimplementasi di Empat Hospital ini dan ini bererti 70% rakyat Malaysia yang bergantung kepada hospital Kerajaan untuk rawatan kena bersaing dengan pesakit yang mampu bayar di hospital kerajaan dan ini akan mengakibatkan

  • Doktor pakar tidak ada masa untuk merawat pesakit dengan kualiti
  • Kemudahan Hospital Kerajaan sebahagian akan digunakan untuk Pesakit yang mampu bayar
  • Kakitangan Hospital Kerajaan kena digunakan untuk kepentingan pesakit yang dapat bayar penuh
  • Mutu perkhidmatan Hospital kerajaan dan sistem Hostipal awam akan terus merosot

Jom hentikan penubuhan suatu “klinik Swasta” dalam Hospital Kerajaan (Private wing) yang akan menyerap keluar lagi sumber tenaga kerja dari hospital Kerajaan.

Doktor yang berpengalaman akan menerima pendapatan yang lumayan di “klinik swasta” dengan adanya pesakit yang mampu bayar kadar konsultasi seiring dengan hospital swasta ‘medical centre’

Jadi jika Dr menghabiskan masa menjaga pesakit swasta di cawangan “klinik swasta” dlm Hospital Kerajaan, maka siapa pula yang akan memeriksa dan merawat kita , rakyat biasa yang sepenuhnya bergantung kpd perkhidmatan Hospital Kerajaan kerana berpendapatan rendah ?!

(dipetik dari laman web PSM)

Alhamdulillah Protes yang dilaksanakan di kawasan lobby laluan keluar masuk Hospital Serdang dapat dijalankan dengan aman dan tanpa gangguan. Tahniah kepada pihak Hospital yang memberikan ruang dan peluang ini. Pihak Polis tetap ada memantau namun tidak mendekati kumpulan kami. Memang benar tanpa gangguan polis setiap perhimpunan aman tetap akan aman hingga selesai.













Monday, 1 March 2010

Misi Menyelamat yang tidak seberapa

Rancangan untuk membawa keluar keluarga tahanan ISA seperti di entry yang lepas bertukar menjadi misi yang lain pula. Awal pagi tadi Bashirah menukar fikiran dan meminta saya mengambilnya pada jam 10 pagi kerana anak-anaknya masih tidur ketika itu.

Tapi hampir jam 8.45 pagi saya menerima panggilan stress dari beliau.

"Please, please sister, come to my house now. My friend sent Abdullah to get the bus to school, and now the teacher called saying that Abdullah is not in school,he is somewhere else. I am so worried, please come".

"Okay, okay I am coming, don't worry"...sebenarnya saya pun tak faham apa sebenarnya yang berlaku, tetapi apa-apa pun bernasib baik juga kerana saya memang sudah dalam 'pakaian rasmi' untuk keluar dan bukan hanya pakaian untuk menghantar anak ke sekolah dan kemudiannya pulang ke rumah. Bersyukur juga kerana sekolah Asiah anak saya begitu dekat dengan rumahnya.

Saya menjemputnya di rumah dan kemudiannya beredar menjemput kawan suaminya yang dipinta tolong untuk menghantar anaknya ke tempat bas pada awal pagi tadi.

Oleh kerana kawan suaminya, Abdul Salam ini baru pertama kali melakukan tugas ini maka dia tidak tahu bas apakah sebenarnya yang sepatutnya dinaiki oleh Abdullah anak Bashirah. Oleh kerana driver bas yang telah menerima anak itu juga tidak faham apa yang dicakapkan oleh Abdul Salam maka dia terus menerima anak ini dan diberi satu kad bas yang baru.

Nasib baik sekali lagi dengan ada kad tersebut saya dapat traced di mana anak ini telah dihantar. Rupanya driver bas tersebut mungkin juga menghantar anak ke sekolah international maka dia turut meninggalkan Abdullah ke sekolah yang sama dengan pelajar yang lainnya ke Yemen International School di Lorong Damai, Ampang.

Nasib baik juga terus klik di fikiran saya di mana Lorong Damai tersebut kerana pernah beberapa kali dibawa oleh suami untuk makan makanan Arab di kawasan tersebut, tetapi seperti biasa saya tetap salah jalan, namun saya tetap sampai ke destinasi walau mengambil masa yang lama.

Setelah berjaya menyelamatkan Abdullah dari Annoor International School Ampang, mula pula misi kedua untuk menghantarnya semula ke sekolah sebenarnya di International Modern Arabic School. Bashirah tidak tahu alamat sekolah tersebut, dia hanya tahu ianya berdekatan dengan Bank Negara.

Maka mulalah pula misi mencari sekolah tersebut. Panggilan dibuat ke sekolah tersebut memohon alamat, namun guru yang menjawabnya tidak dapat memberi alamat tepat dan hanya memberi panduan ianya di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Salahuddin dan berdekatan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman.

Dengan satu lagi clue yang diberi oleh Bashirah iaitu berdekatan dengan Istana Selangor maka akhirnya sekolah Abdullah berjaya ditemui dan Abdullah selamat dihantar ke sekolahnya.

Guru yang menunggu juga bersyukur dengan kehadiran Abdullah ke sekolah kerana mereka menerima panggilan dari sekolah Annoor tentang kedatangan Abdullah ke sekolah mereka dari lencana yang dipakai di uniform sekolah.

Alhamdulillah....berkali-kali Bashirah dan sahabatnya Abdul Salam mengucapkan Jazakumullah hu khairan kepada saya kerana membantu...

Apa yang saya tahu saya rasa puas untuk membantu...kerana mereka dizalimi...sekiranya ayahnya tidak ditangkap oleh kerajaan Malaysia dan diletakkan di bawah akta yang zalim pasti perkara sebegini tidak berlaku...memang semuanya adalah ketentuan Allah jua..namun perkara yang zalim tetap harus ditentang dan mereka yang dizalimi harus dibantu.

Mereka yang berada di dalam kesusahan dan dizalimi memang lebih mudah untuk terasa lebih tertekan akibat masalah yang menimpa mereka...

...saya sememangnya harus bersyukur dengan segala kemudahan yang Allah kurniakan pada diri, masa, tenaga dan sedikit harta yang membuatkan segalanya lebih mudah. Moga semua tahanan ISA ini dibebaskan dengan segera agar mereka dapat lalui kehidupan mereka seperti biasa.

Bila misi menyelamat pada pagi itu selesai dengan mengambil masa pemanduan hampir sejam setengah saya sekali lagi bersyukur kerana masih berkesempatan untuk ke Hospital Serdang bagi tujuan membantah satu lagi usaha zalim kerajaan terhadap rakyatnya. Bantah penswastaan Hospital Kerajaan.