Tuesday 2 March 2010

JANGAN HISAP DARAH RAKYAT


Dalam kekecohan masalah politik dalaman Parti Pakatan Rakyat dan isu Ahli Parlimen melompat parti masuk ke lubang yang penuh dengan najis kezaliman, parti zalim ini terus menerus menzalimi rakyat dengan usaha dan agenda mereka.

Apakah mereka yang nak melompat dan sudah melompat itu tidak ada akal dan hati untuk berfikir dan merasa...saya yakin memang akal dan hati mereka hanya memikirkan kesenangan diri dan bukannya kesenangan hidup rakyat miskin dan kurang berada seperti yang digemburkan ketika tiba musim pilhanraya.

Bulan Mac ini adalah bulan di mana Dewan Negara akan kembali bersidang bermula 15hb Mac 2010. Banyak perkara akan mula dibangkitkan dan dibincangkan, banyak undang-undang yang berkaitan dengan rakyat akan didebatkan. Kerajaan memerlukan majority ahli Parlimen untuk menang dengan agenda mereka. Mereka mungkin serik dengan apa yang berlaku ketika Bajet 2010 hendak diluluskan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat..anda harus terus tahu dan menghayati kehendak dan nasib rakyat bawahan....

1 hb Mac 2010, satu Protes bagi membantah cadangan Kerajaan untuk menswastakan Hospital Kerajaan telah dijalankan secara serentak di 4 buah Hopsital Keraajaan. Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Sultan Ismail, Johor.


Protes sebegini ternyata telah terbukti memberi kesan terhadapa apa-apa tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan. Kita telah berjaya menghalang kerajaan dalam niat mereka untuk menswastakan IJN satu masa lalu, kadar kenaikan harga minyak dan tol pada satu waktu dahulu dihentikan buat masa yang lama bila rakyat bangun dan turun ke jalanraya untuk memprotes.

Maka kebangkitan rakyat adalah penting...mengapa harus takut sekiranya kita berjuang untuk hak diri kita sendiri, malah lebih murni apabila ianya diperjuangkan untuk warga luar bandar dan hidup dalam kesusahan.


Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) akan diimplementasi di Empat Hospital ini dan ini bererti 70% rakyat Malaysia yang bergantung kepada hospital Kerajaan untuk rawatan kena bersaing dengan pesakit yang mampu bayar di hospital kerajaan dan ini akan mengakibatkan

  • Doktor pakar tidak ada masa untuk merawat pesakit dengan kualiti
  • Kemudahan Hospital Kerajaan sebahagian akan digunakan untuk Pesakit yang mampu bayar
  • Kakitangan Hospital Kerajaan kena digunakan untuk kepentingan pesakit yang dapat bayar penuh
  • Mutu perkhidmatan Hospital kerajaan dan sistem Hostipal awam akan terus merosot

Jom hentikan penubuhan suatu “klinik Swasta” dalam Hospital Kerajaan (Private wing) yang akan menyerap keluar lagi sumber tenaga kerja dari hospital Kerajaan.

Doktor yang berpengalaman akan menerima pendapatan yang lumayan di “klinik swasta” dengan adanya pesakit yang mampu bayar kadar konsultasi seiring dengan hospital swasta ‘medical centre’

Jadi jika Dr menghabiskan masa menjaga pesakit swasta di cawangan “klinik swasta” dlm Hospital Kerajaan, maka siapa pula yang akan memeriksa dan merawat kita , rakyat biasa yang sepenuhnya bergantung kpd perkhidmatan Hospital Kerajaan kerana berpendapatan rendah ?!

(dipetik dari laman web PSM)

Alhamdulillah Protes yang dilaksanakan di kawasan lobby laluan keluar masuk Hospital Serdang dapat dijalankan dengan aman dan tanpa gangguan. Tahniah kepada pihak Hospital yang memberikan ruang dan peluang ini. Pihak Polis tetap ada memantau namun tidak mendekati kumpulan kami. Memang benar tanpa gangguan polis setiap perhimpunan aman tetap akan aman hingga selesai.













No comments: