Sunday, 13 June 2010

Muktamar PAS 56: Pimpinan PAS dan rakyat menuntut pembebasan Tahanan ISA 8 tahun

Alhamdulillah, syukur tahun ini kami Gerakan Mansuhkan ISA, GMI mendapat peluang membuka gerai di ruang pameran yang amat selesa. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami. Terima Kasih kepada anak-anak dari Darul Kauthar anak murid kepada Maulana Asri, pelajar-pelajar Hadis.

Syukur kerana mereka memudahkan urusan AJK GMI, mereka menjaga gerai GMI dari hari pertama ianya dibuka kepada orang ramai.

Terima Kasih tidak terhingga juga kepada saudara Amer sektretariat penerangan Muktamar yang tak henti-henti membuat pengumuman mengajak orang ramai menandatangani borang petisyen GMI.

Moga Allah memelihara kita semua dari kezaliman ISA selagi ianya masih bertapak di bumi Malaysia. Semoga dengan kesungguhan kita berjuang memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia lebih ramai yang akan bangun membantah.

Kali ini di Muktamar PAS 56, GMI mengambil peluang mengingatkan rakyat dan pengunjung muktamar tentang adanya 15 orang lagi di dalam KEM Kamunting dizalimi oleh akta ISA. 9 orang warga asing dan 6 orang rakyat Malaysia dan seorang Shamsuddin Sulaiman tahanan ISA paling lama ditahan pada April 2002, 8 tahun sudah.

Penerangan diberikan agar pimpinan tertinggi tidak ketinggalan dengan maklumat penting tentang kezaliman ISA.

Ummu Asiah seronok sangat bertemu pak sedara, Pak Teh, dari Tikam batu Kedah. Seorang sahaja ahli keluarga ummu asiah yang bersama di dalam perjuangan parti yang sama. Seorang ini sudah cukup memberi kekuatan kepada ummu asiah, suami dan anak-anak.

Menjemput Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke gerai GMI. Pada hari perasmian semua pimpinan tidak sempat melalui gerai GMI.

YB Dato' Ir Amiruddin ADUN Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah turut singgah menurunkan tandatangan.
YB Ustaz Mujahid bersama isteri bergandingan menurunkan tandatangan..romantis:)....ditahan bersama saya dan hampir 600 orang yang lain di Pusat FRU Cheras ketika Himpunan Mansuh 1 Ogos 2009. Beliau bebas tetapi saya dan 40 orang yang lain dihumban dalam truck polis dan terus ke dipenjarakan.

Memberikan sedikit penerangan tentang kempen menandatangani petisyen untuk Shamsuddin Sulaiman.

YB dan pimpinan Muslimat kita juga tidak ketinggalan, YB Siti Zailah dan YB Wan Ubaidiah ditarik untuk menandatangani surat istimewa.

Tuan Haji Jamuliddin Elias, salah seorang sukarelawan ke Gaza dari Yayasan Amal bersama misi Freedom Flotilla. Beliau berpendapat mereka tidak layak digelar wira kerana wira yang sebenarnya ialah rakyat Gaza yang terkepung dan bermatian berjuang untuk hak mereka.

Turut dijemput untuk menurunkan tandatangan di petisyen mendesak membebaskan tahanan ISA paling lama ketika beliau melalui gerai kami. Seronok menanyakan soalan mengenai pengalaman berpeluang bersarapan pagi di sebelah isteri Perdana Menteri Malaysia Rosmah Mansor.
Ustaz Ridzuan Mohd Noor telah menulis begitu banyak buku sekali. Kali ini di musim Muktamar beliau menulis dua buah buku. Satunya mengenai MEMOIR TRAGEDI MEMALI bersama CN Afghani atau Cikgu Non yang juga merupakan seorang bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai KMM, Kumpulan Militan Malaysia.

Tragedi Memali satu sejarah hitam dalam negara yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang menghayatinya. Bagaimana pemimpin Barisan Nasional sanggup menyerang sebuah kampong di pedalaman dan membunuh Syahid 14 orang penduduk kampong hanya kerana mereka mahu disumbatkan ke dalam akta zalim ISA.

Pemimpin Kelab Penyokong PAS turut menandatangani sambil mendengar penerangan dari Pengerusi GMI Tuan Syed Ibrahim.

Surat petisyen yang telah ditandatangani oleh YB Husam Musa dengan sedikit catatan tambahan.

Mencuri tumpuan anak kecil yang tertarik dengan apa yang dilakukan oleh ayahnya.

Pengerusi GMI sendiri turut serta menarik orang ramai ke Gerai GMI.

Sambil membaca testimoni tahanan ISA mengenai segala bentuk penyeksaan yang telah dilalui oleh mereka.

Para petugas rakyat Kedah di gerai Pameran Penerangan mengenai negeri Kedah. Tahniah...bangga menjadi anak jati Kedah yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat. Moga terus berbakti untuk membuat kebajikan kepada rakyat agar rakyat sedar siapa yang selayaknya memimpin negeri yang kaya dengan hasil bumi.

Kami menarik sesiapa sahaja yang menghampiri gerai untuk menandatangani petisyen ini.

Ya Allah bantulah kami dalam usaha ini.
MANSUHKAN ISA
BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA!

Saturday, 12 June 2010

Pemandangan Gerai Pameran Muktamar PAS 56..sikit dulu.

Turut menulis sesuatu untuk tatapan Perdana Menteri.

Menjemput YB Husam Musa ke Gerai GMI untuk menandatangani petisyen mendesak pembebasan tahanan ISA paling lama era 20an.

YB Fattah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Barang paling laris, masing-masing mengenakan mafla di leher....moga semangat terus melawan kezaliman. Masing-masing juga menjual produk ini.

Pemandangan kawasan Pameran di waktu ramai pengunjung.

Pemandangan dari arah depan Gerai Pameran Gerakan Mansuhkan ISA GMI di dewan pameran berhawa dingin di Putik....baru best....

Masih dengan isu Tak Main Pinda-pinda, mansuhkan saja ISA, kerana dalam sesi sidang Dewan Rakyat kali ini draf pindaan akta ISA akan dibentang dan dibahaskan. Perlu bersedia menyedarkan rakyat bahawa ISA ialah satu akta yang sewajibnya dimansuhkan. Tiada ruang dan peluang untuk dipinda.

Tuesday, 8 June 2010

JUDI DAN YAHUDI, Jom Bantah Kezaliman! Malam ni!!

Jom...jom semua malam ni serbu ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves pasal JUDI DAN YAHUDI.

Lebih-lebih lagi pada anda yang memang tidak merasakan 'ruh' bencinya kerajaan BN secara amnya dan secara khususnya Najib dari ucapannya mengutuk kezaliman Israel dalam menyerang Kapal Misi Freedom Fotilla.

Malam ni kita lepaskan kebencian kita dengan mendengar segala pendedahan tentang kezaliman BN dan tipu daya mereka untuk menjamin 'keselamatan' mereka dalam memerintah negara demia untuk terus memeras ugut rakyat.

Malam di:
Ceramah Perdana – “Judi dan Yahudi”

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Tempat – Kompleks Muhibah, Taman Bolton, Seri Gombak

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3) YB Lim Kit Siang

4) YB Dato’ Mahfuz Omar

5) YBhg Mustafa Mansur (Mangsa Israel atas Freedom Flotilla)

6) YBhg Jamulidin Ilias (Mangsa Israel atas Freedom Flotilla)
Di bawah ini dikongsikan bersama gambar-gambar yang dirakamkan di hadapan Kompleks Membeli belah SOGO pelancaran Kempen Gerakan Membantah Judi. Diadakan pada jam 2 petang Sabtu 5hb Jun 2010.
Sekali lagi Polis bersikap adil menjaga perhimpunan kecil ini dan lansung tidak mengganggu, begitu juga tahniah dan terima kasih pada pihak pengurusan SOGO yang baik hati membenarkan perhimpunan kecil ini dijalankan.






Sunday, 6 June 2010

LIFELINE 4 GAZA: Menyambut kepulangan WIRA di Kompleks Bunga Raya


Pemandangan indah KOMPLEKS BUNGA RAYA

Pemandangan Kompleks Bunga Raya di awal pagi menyambut ketibaan rakyat marhaen seperti kami. Bukan selalu rakyat marhaen dapat masuk ke kompleks Bangsawan ni.

Sempat juga snap gambar hero baru dari kalangan wartawan Saudara Ashwad..rasanya lah tu...

Tuan Haji Noorazman, Ketua Misi Lifeline 4 Gaza mendukung anak yang paling kecil. Di Malaysian Insider kelihatan Nur Nuhasakinah didukung oleh DS Najib.
Semua sukarelawan LL4G dan ahli keluarga menaiki bas untuk dibawa ke kediaman Perdana Menteri Malaysia untuk bersarapan bersama.

Abdullah Mujahid, anak kepada Ustaz Hasanuddin salah seorang sukarelawan bersama baby yang baru berusia hampir dua bulan turut hadir menjemput datuknya.

Ustaz Hasanuddin Pengerusi Aqsa Syarif di tengah.

Alhamdulillah, wah nampak gembira benar Tuan Haji Jamaluddin aktivis Yayasan Amal Malaysia disatukan kembali dengan anak-anak sambil mendukung anak yang paling kecil, Handzalah namanya. DI dalam gambar juga kelihatan Timbalan Menteri mungkin tapi tidak tahu namanya.

Ramai orang berkumpul rupanya, itupun kami sampai sudah agak lewat dan hampir waktu mereka hendak bertolak ke rumah PM. Ramai penyokong yang sudah siap tiba sebelum subuh lagi.

Ambil peluang bergambar bersama isteri-isteri Dr Selamat Aliman sahabat kami dari JIM. 4 dari kanan Kak Faezah dan dua dari kiri sebelah ummuasiah Kak Norizan.

Sukarelawan, Aktivis Muslim Care Abdul Halim Mohd Redzuan, di tengah bersama ahli keluarga.

Dr Selamat Aliman ditemuramah dengan kelihatan isteri-isteri menanti di belakang.

Jurukamera pun tidak lepas peluang bergambar

Pimpinan JIM turut hadir, Dr Hafidzi Pengerusi PACE, Tuan Haji Nahar dan Syed Ibrahim.
Gembira dan ceria bersama-sama sahabat dari Jamaah Islah Malaysia.

Gembira mengumpat APCO=ISRAEL. Hancur Israel, berambus APCO...