Sunday 13 June 2010

Muktamar PAS 56: Pimpinan PAS dan rakyat menuntut pembebasan Tahanan ISA 8 tahun

Alhamdulillah, syukur tahun ini kami Gerakan Mansuhkan ISA, GMI mendapat peluang membuka gerai di ruang pameran yang amat selesa. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami. Terima Kasih kepada anak-anak dari Darul Kauthar anak murid kepada Maulana Asri, pelajar-pelajar Hadis.

Syukur kerana mereka memudahkan urusan AJK GMI, mereka menjaga gerai GMI dari hari pertama ianya dibuka kepada orang ramai.

Terima Kasih tidak terhingga juga kepada saudara Amer sektretariat penerangan Muktamar yang tak henti-henti membuat pengumuman mengajak orang ramai menandatangani borang petisyen GMI.

Moga Allah memelihara kita semua dari kezaliman ISA selagi ianya masih bertapak di bumi Malaysia. Semoga dengan kesungguhan kita berjuang memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia lebih ramai yang akan bangun membantah.

Kali ini di Muktamar PAS 56, GMI mengambil peluang mengingatkan rakyat dan pengunjung muktamar tentang adanya 15 orang lagi di dalam KEM Kamunting dizalimi oleh akta ISA. 9 orang warga asing dan 6 orang rakyat Malaysia dan seorang Shamsuddin Sulaiman tahanan ISA paling lama ditahan pada April 2002, 8 tahun sudah.

Penerangan diberikan agar pimpinan tertinggi tidak ketinggalan dengan maklumat penting tentang kezaliman ISA.

Ummu Asiah seronok sangat bertemu pak sedara, Pak Teh, dari Tikam batu Kedah. Seorang sahaja ahli keluarga ummu asiah yang bersama di dalam perjuangan parti yang sama. Seorang ini sudah cukup memberi kekuatan kepada ummu asiah, suami dan anak-anak.

Menjemput Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke gerai GMI. Pada hari perasmian semua pimpinan tidak sempat melalui gerai GMI.

YB Dato' Ir Amiruddin ADUN Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah turut singgah menurunkan tandatangan.
YB Ustaz Mujahid bersama isteri bergandingan menurunkan tandatangan..romantis:)....ditahan bersama saya dan hampir 600 orang yang lain di Pusat FRU Cheras ketika Himpunan Mansuh 1 Ogos 2009. Beliau bebas tetapi saya dan 40 orang yang lain dihumban dalam truck polis dan terus ke dipenjarakan.

Memberikan sedikit penerangan tentang kempen menandatangani petisyen untuk Shamsuddin Sulaiman.

YB dan pimpinan Muslimat kita juga tidak ketinggalan, YB Siti Zailah dan YB Wan Ubaidiah ditarik untuk menandatangani surat istimewa.

Tuan Haji Jamuliddin Elias, salah seorang sukarelawan ke Gaza dari Yayasan Amal bersama misi Freedom Flotilla. Beliau berpendapat mereka tidak layak digelar wira kerana wira yang sebenarnya ialah rakyat Gaza yang terkepung dan bermatian berjuang untuk hak mereka.

Turut dijemput untuk menurunkan tandatangan di petisyen mendesak membebaskan tahanan ISA paling lama ketika beliau melalui gerai kami. Seronok menanyakan soalan mengenai pengalaman berpeluang bersarapan pagi di sebelah isteri Perdana Menteri Malaysia Rosmah Mansor.
Ustaz Ridzuan Mohd Noor telah menulis begitu banyak buku sekali. Kali ini di musim Muktamar beliau menulis dua buah buku. Satunya mengenai MEMOIR TRAGEDI MEMALI bersama CN Afghani atau Cikgu Non yang juga merupakan seorang bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai KMM, Kumpulan Militan Malaysia.

Tragedi Memali satu sejarah hitam dalam negara yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang menghayatinya. Bagaimana pemimpin Barisan Nasional sanggup menyerang sebuah kampong di pedalaman dan membunuh Syahid 14 orang penduduk kampong hanya kerana mereka mahu disumbatkan ke dalam akta zalim ISA.

Pemimpin Kelab Penyokong PAS turut menandatangani sambil mendengar penerangan dari Pengerusi GMI Tuan Syed Ibrahim.

Surat petisyen yang telah ditandatangani oleh YB Husam Musa dengan sedikit catatan tambahan.

Mencuri tumpuan anak kecil yang tertarik dengan apa yang dilakukan oleh ayahnya.

Pengerusi GMI sendiri turut serta menarik orang ramai ke Gerai GMI.

Sambil membaca testimoni tahanan ISA mengenai segala bentuk penyeksaan yang telah dilalui oleh mereka.

Para petugas rakyat Kedah di gerai Pameran Penerangan mengenai negeri Kedah. Tahniah...bangga menjadi anak jati Kedah yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat. Moga terus berbakti untuk membuat kebajikan kepada rakyat agar rakyat sedar siapa yang selayaknya memimpin negeri yang kaya dengan hasil bumi.

Kami menarik sesiapa sahaja yang menghampiri gerai untuk menandatangani petisyen ini.

Ya Allah bantulah kami dalam usaha ini.
MANSUHKAN ISA
BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA!

1 comment:

ali said...

Den salute kak Nashita! :)