Tuesday 31 March 2009

BALKIS Hari ke 6, Puan Sri Asbi "ya lah saya dah tua"...sebab tu lupa..

Puan Sri Asbi Rohani Asnan, isteri Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor hadir menjadi saksi pada hari ke 6. Puan Sri Asbi memaklumkan yang beliau memegang jawatan sebagai YDP BALKIS dari tahun 1987-1997 selama 10 tahun. Apabila suaminya tidak menjadi MB maka secara automatik jawatan yang disandang jatuh kepada isteri MB Baru yang dilantik.
Puan Sri memaklumkan bahawa sebaik sahaja beliau tidak lagi menjadi YDP, beliau terus tidak lagi aktif dalam pertubuhan tersebut.

Puan Sri dipanggil menjadi saksi berkaitan isu pembubaran BALKIS yang dianggap tidak sah, dan tindakan Puan Sri yang menandatangani satu surat kepada pegawai MAIS iaitu Puan Hafizatul. Penanda tangan surat tersebut ditulis berjawatan YDP BALKIS dengan surat yang rasmi dari BALKIS. Surat yang dikeluarkan pada tarikh 16/4/08 sedangkan tarikh mesyuarat pembubaran BALKIS ialah pada 11/3/08.

Puan Sri ditanya samada beliau pernah disuruh untuk mengambil alih BALKIS, jawapan beliau adalah tidak.Puan Sri mengaku bertemu dengan Puan Hafizatul yang datang merayu untuk terus tinggal di Kompleks milik BALKIS. (baca di entry ini untuk isu Puan Hafizatul)
Puan Sri ditanya kenapakan dia merasakan yang Puan Hafizatul datang berjumpanya sedangkan beliau bukan YDP BALKIS, jawapnya ialah dia merasakan mungkin kerana suaminya ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor.
Puan Sri memaklumkan yang beliau lansung tidak merujuk kepada Zaharah Kechik mengenai isu di atas, dan Zaharah Kechik juga tidak pernah berbincang dengannya mengenai isu permohonan Puan Hafizatul. Beliau merasakan ianya hanya perlu dirujuk kepada Puan Jamaliah sebagai Pengurus Kompleks BALKIS.
Namun Puan Sri mempunyai keyakinan penuh bahawa sebab utama mengapa dia dirujuk dan dianggap sebagai YDP BALKIS adalah kerana beliau adalah isteri kepada Pengerusi UMNO Selangor dan beliau yakin Zaharah Kechik tidak akan berkecil hati kerana perkara tersebut tidak dirujuk kepadanya.
Puan Sri memaklumkan bahawa beliau bersetuju membantu dan menandatangani surat tersebut atas dasar kasihan dan perikemanusiaan.
Puan Sri ditanya mengapa Puan Sri tetap menandatangan surat dari BALKIS bertarikh 16/4/08 dengan jawatan YDP BALKIS tercatat di surat sedangkan pada hakikatnya BALKIS telah dibubarkan pada 11/3/08 dan menyebabkan Puan Sri Asbi juga menjadi seorang ahli yang tidak sah.
Jawapan mudah dan selamat yang diberikan oleh Puan Sri Asbi ialah " saya terlepas pandanglah"......
YB Azmin bertanyakan "bilakah Puan Sri sedar yang Puan Sri telah terlepas pandang".
Puan Sri: "Bila dihubungi untuk datang ke siasatan awam SELCAT baru sedar yang telah terlepas pandang"
Soalan dari YB Azmin: "Selepas 1997, apakah kedudukan Puan Sri di dalam BALKIS?"
Puan Sri: "keahlian biasa hinggalah dibubarkan"
YB Azmin: "Tahukah tentang pembubaran BALKIS"
Puan Sri : "Tarikh tak sure, dapat tahu, dengar-dengar saja tapi tak terlibat dalam proses pembubaran".
Soalan: "Sebagai ahli sepatutnya ada hak dalam pertubuhan, jadi apakah tidak terlibat dalam pembubaran kerana ada mesyuarat agong khas pembubaran BALKIS"
Puan Sri tetap berkata tidak tahu pasal pembubaran cuma dengar dan dapat tahu.
Puan Sri menyatakan beliau terlibat dalam mesyuarat tetapi tidak pasti bila tarikh mesyuarat tersebut.
Soalan: "Ingat tak apa jadi tarikh 8/3/08?"
Puan Sri: "Tak ingat"
Ketika ini peguam yang datang bersama dengan Puan Sri telah ditegur oleh YB Teng untuk jangan memberi apa-apa point untuk saksi memberikan jawapan. Berlaku sedikit soal jawab yang panas diantara peguam dan YB Teng.
Peguam Puan Sri cuba membantah soalan YB Teng tentang tarikh 8/3/08 yang dianggap beliau sebagai satu soalan yang sangat general dan Puan Sri juga sudah memberi jawapan tidak ingat.
Namun YB Teng menegur peguam dan Puan Sri juga dengan mengingatkan bahawa BALKIS ialah satu pertubuhan yang penting dan istimewa yang melibatkan sejumlah harta semasa dalm bentuk wang RM9.9 juta!!!.....seluruh dunia tahu..

Ianya melibatkan sebuah kerajaan negeri....jadi orang tak akan lupa...ianya juga melibatkan isteri ADUN, isteri senator, Tan Seri Tan seri, Dato' Dato' dan semua orang besar.
Azmin menambah lagi, sekiranya tarikh yang ditanya ialah 5/3/08 mungkin ianya umum tapi 8/3/08 adalah satu tarikh yang specific di mana telah berlaku perubahan kerajaan negeri....dan lagi mesyuarat agong pembubaran BALKIS telah diadakan 3 hari selepas tarikh 8/3/08, maka apakah Puan Sri tahu kenapa ianya hendak dibubarkan.
Jawapan Puan Sri: " Saya tak ada dalam komiti, so jangan tanya soalan itu pada saya, tanya saja pada komiti"
Puan Sri tetap mengatakan beliau tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengapa BALKIS hendak dibubarkan dan beliau tidak tanya kenapa ianya dibubarkan. Beliau cuma hadir ke mesyuarat agong dan mengundi untuk dibubarkan kerana majority bersetuju dan tidak tanya dan tidak diberitahu kenapa....walaupun beliau tahu tentang wujudnya wang sejumlah RM9.9 juta dan beliau juga memaklumkan bahawa wang RM9.9 juta itu sudahpun disumbangkan ke pertubuhan 'yang serupa' dengan BALKIS.
Oleh kerana mesyuarat agong khas tersebut diadakan pada 11/3/08, 3 hari selepas tarikh PRU12 dan kemudiannya kerajaan UMNO BN tumbang, membawa makna surat notis yang dikeluarkan ialah pada satu tarikh sebelum PRU12 diadakan, Ini kerana mengikut undang2 pertubuhan notis mesyuarat mesti dikeluarkan 14 sebelum tarikh mesyuarat agong khas, maka ianya menjurus kepada tanggapan bahawa BALKIS sudah pun dapat tahu atau merasakan yang BN akan kalah di Selangor.
Puan Sri ditanya apakah BALKIS sudah tahu yang BN akan kalah. Puan Sri menjawab "Mungkin".
Puan Sri ditegur diatas sikapnya dan jawapannya yang banyak menjurus kepada tidak ingat, lupa dan terlepas pandang. Untuk ini Puan Sri menjawap..."ya lah DAH TUA"...disambut dengan deraian gelak ketawa dari semua yang hadir.
Puan Sri juga ditegur diatas jawapannya yang mengatakan bahawa beliau sudah tidak aktif, tidak ambil tahu tentang BALKIS hatta tidak kesah tentang pembubaran BALKIS dan tidak menjadi masalah untuknya untuk mengikut majority mengundi membubarkan BALKIS sedangkan beliau adalah bekas YDP BALKIS selama 10 tahun.
Puan Sri memaklumkan bahawa YDP iaitu Zaharah Kechik yang membangkitkan isu pembubaran tanpa memberikan alasan dan majoriti ahli 2/3 bersetuju.
YB Haniza bertanyakan apakah keputusan BALKIS dibubarkan adalah keputusan politik, jawab Puan Sri, "mungkin" dengan mendapat bantahan dari peguam atas soalan tersebut.
YB Saari bertanyakan soalan tentang prestasi BALKIS selama ini dan sepanjang Puan Sri menjadi YDP. Puan Sri memaklumkan bahawa prestasi BALKIS adalah baik dan terus meningkat setiap masa.
Puan Sri memaklumkan bahawa BALKIS adalah sebuah pertubuhan khas untuk isteri ADUN BN termasuk MIC dan MCA, Namun walaupun jika ADUN BN telah kalah isteri mereka tetap terus boleh menjadi ahli BALKIS. Ini bermakna BALKIS masih boleh wujud walaupun BN sudah kalah dan tidak perlu dibubarkan dengan tergesa-gesa, namun majority ahli BALKIS mahu ianya dibubarkan jika mengikut situasi yang ada di hadapan kita.
Ketika Puan Sri menjadi YDP, Puan Sri memaklumkan wang yang ada dalam akaun BALKIS ialah RM3-4 juta.
Akhir sekali sebelum sidang ditangguhkan dan Puan Sri dilepaskan dari menjadi saksi, Puan Sri diberi peluang untuk menjawap dengan benar dengan ingatan dari YB Teng bahawa "seluruh dunia mendengar dan melihat, jadi apakah Puan Sri hendak memberitahu pada dunia bahawa Puan Sri tidak tahu kenapa BALKIS dibubarkan?"
Jawapan ringkas Puan Sri: "Saya tidak tahu"
YB Teng mengucapkan terimakasih kepada Puan Sri Asbi yang sudi meluangkan masa untuk hadir menjadi saksi untuk mencari kebenaran tentang jutaan wang syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor yang telah disalahgunakan. Juga kerana kerjasama dari Puan Sri pada Dewan berbanding dengan orang yang tidak mahu datang.
Saksi-saksi juga sentiasa diingatkam tentang akuan bersumpah mereka dan mereka boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta Dewan sekiranya memberi kenyataan yang tidak benar.
Sesi Pendengaran Awam ditangguh akan disambung pada jam 10pagi Rabu 1 April dengan sambungan keterangan dari JPPNS dan CEO PNSB Datin Khairiah.

Apakah akan terbongkar lagi...jumlah jutaan wang ringgit yang dibelanjakan oleh PNSB untuk tujuan yang tidak wajar dan membazir dan hanya untuk individu tertentu...semuanya mungkin akan terjawab keesokan harinya....

Tunggu.....

No comments: