Monday 30 March 2009

Parlimen Bukit Gantang dan Dun Sg Panjang

Bila manusia ada kuasa...dan menyalahkan gunakan kuasa mereka...
Seluruh kawasan di sekitar Taman Tasik Taiping kelmarin semasa penamaan calon telah putus bekalan air...maka menyusahkan lah semua pengguna di sekitar....apakah ianya disengajakan atau tidak terpulang kepada nilaian kita.
Kes 1.
Saya terdengar bicara seorang pemilik kedai makan wanita dengan beberapa orang pelanggan.
"Saya baru 2 hari buat tandas baru..cukup utk orang datang buang air kecil...Alhamdulillah...nasib baik..ramai orang boleh guna. Air hari ini memang tak ada lansung"
Memang ramai yang beratur menggunakan tandas di belakang kedai makannya.
Kes 2..
Sedang kami berlegar-legar utk avoid traffic jam...ternampak sebuah kedai makan nasi campur..ramai juga yang singgah. Kami pun turut sama singgah..Alhamdulillah...dapatlah kami beberapa pinggan nasi terakhir...nasi habis!!!...
Kata makcik yang menjual nasi...."tak boleh nak masak nasi tambah...air tak ada"
Tanya saya.."selalu ke jadi macam ni..atau hari ini saja"
Jawab makcik.."Hari ni saja..selalunya okay..ada saja air..tu la depa ni...saja nak susahkan orang...macamana orang tak marah kat depa"..
Ha...tu dia...kalau betullah...jangan lah menyusahkan rakyat...mentang2 ada kuasa...rakyat mai guna duit sendiri...bayar bil, bayar to...tidoq pun kat masjid dan surau saja...
Kes 3...
Di Dun Sg Panjang....di dalam jajahan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor...
Ini kuasa yang ada di tangan Tuan Speaker Dewan Rakyat yang memanggil ADUN Sg Panjang untuk datang hadiri Sidang Siasatan Awam, tapi dia hantar surat tak nak hadir bersama isterinya melalui peguam..
Kan dah kena gantung tugas sebagai ADUN...dan juga lebih menimbulkan spekulasi lagi terhadap tuduhan keatasnya dan juga isterinya Zaharah Kechik..
Dulu masa ada kuasa..ingat akan terus kekal berkuasa...
Siasatan awam akan bersambung pada pagi ini dengan kehadiran isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor), Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi.

2 comments:

Aku Adalah Aku Yang Merupakan Cicit Cokrodepo said...

salam,

Tahniah dan teruskan perjuangan untuk menegakkan agama Allah dan keadilan untuk ummah. Terima kasih juga kerana memberikan makluman terkini. Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, Amin...

ummu asiah said...

ams_jsj
terima kasih sudi ziarah dan memberi kata-kata perangsang..

Alhamdulillah kalau ramai yang dapat maklumat yg saya rasa penting ini.

InsyaAllah akan terus update.