Wednesday 1 April 2009

BALKIS Hari ke 7....pemurahnya PNSB..anak syarikat kerajaan negeri Selangor

YB Teng : "Setuju atau tidak jika saya mengatakan bahawa sebab mengapa dokumen yang diminta berkaitan dengan pembubaran BALKIS sebenarnya tak wujud sebab itu En Yunus tidak dapat membawanya"

En Yunus : " Tidak setuju"
YB Teng : "Setuju atau tidak jika saya katakan sebab mengapa dokumen itu tidak dapat dibawa ialah kerana ianya tidak lengkap"

En Yunus : "Tidak Setuju"

(untuk yang terlepas isu lepas baca di sini)

Begitulah keterangan yang diberikan oleh En Yunus Jamil Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor apabila diminta untuk mengemukakan segala dokumen penting dan wajib bagi proses pembubaran BALKIS yang didakwa berlaku pada satu mesyuarat Agong Khas Balkis pada 11/3/08, 3 hari selepas kerajaan BN Negeri Selangor tumbang.

Alasan En Yunus untuk tidak membawa dokumen tersebut ialah mendapat nasihat dan arah dari Pusat dan Penasihat Undang-Undang untuk tidak menyerahkan kepada JK SELCAT, sedangkan dokumen tersebut bukanlah dokumen rahsia.

Maka YB Teng menyebut bahawa tindakan dan hukuman di bawah s114 di bawah Akta Keterangan 1950 boleh dikenakan.

Masalahnya di sini ialah mengapa JPPNS tidak bersedia untuk menyerahkan dokumen tersebut sekiranya ada, mengapa pula mereka harus merujuk kepada Pusat dalam isu BALKIS. sedangkan ianya adalah sebuah NGO yang sama tarafnya dengan NGO lain di bawah akta pertubuhan.

Maka dengan mudah sahaja sesiapa yang mendengar dan mengikuti kes ini dapat membuat kesimpulan bahawa sebenarnya tidak berlaku proses pembubaran BALKIS yang sempurna seperti didakwa. Apatah lagi kenyataan yang menipu yang keluar dari mulut Khir Toyo dan isterinya yang mengatakan bahawa laporan kewangan BALKIS telah diaudit oleh juruaudit mereka sedangkan dinafikan oleh juruaudit tersebut.

JPPNS juga telah mendedahkan selepas disoal siasat bahawa akaun BALKIS tidak pernah diaudit selama 8 tahun!!

Sesi SELCAT bersambung dengan kehadiran Datin Khairiah CEO PNSB memberikan keterangan tentang segala perbelanjaan yang melibatkan BALKIS, Khir Toyo, Zaharah Kechik dan keluarganya.

Memang sungguh menakjubkan bagaimana ratusan ribu ringgit mencecah jutaan ringgit dibelanjakan untuk tujuan 'lawatan teknikal'...sedangkan apabila soalan-soalan diajukan dan jawapan diberi ternyata ianya hanyalah lawatan leisure...makan angin sahaja.

Perbelanjaan perjalanan Khir Toyo, isteri, anak dan Lembaga Pengurusan PNSB seperti di bawah:

1. Lawatan teknikal ke Jakarta dan Jogjakarta untuk melihat dan melawat ke kilang Batik.

a. Ahli rombongan 10 orang selama 5 hari termasuk: Khir Toyo, Zaharah Kechik, seorang anak, pembantu rumah dan lain-lain pegawai daerah, MBSA dan PNSB.

b. Kos keseluruhan lawatan ialah RM201,452.00, dengan kos tiket dan perjalanan untuk Khir Toyo dan isteri ialah RM37,965 dengan mengambil tiket 1st Class.

c. Kos lain ialah kos sewa kenderaan dengan rate RM1,500-RM2000 sehari untuk 5 hari.
Kos sewa polis untuk bantu dalam perjalanan yang sesak.
Bayaran untuk 'welcome traditional dancers' sebanyak RM1200.00

d. Bayaran kos penginapan Khir Toyo dan isteri di Grand Suite RM 3,800.00 semalam.

e. Bayaran kos penginapan anak Khir Toyo RM2,800.00 semalam

f. Perbelanjaan untuk pembantu rumah sahaja sebanyak RM8,700.00

Tujuan lawatan teknikal tersebut ialah untuk mempelajari teknik penghasilan Batik untuk dijalankan di Selangor dan menerajui industri Batik Selangor.

Namun bila ditanya samada projek tersebut berjaya dilaksanakan atau tidak selepas pulang...jawapannya standard..ada perbincangan tapi tak jalan akhirnya!!!.

Laporan berhenti setakat ini dahulu dan akan disambung dengan pendedahan yang lebih mengecewakan lagi...lawatan teknikal lagi ke Disneyland, Paris, Disneyland Honolulu, Morocco dan Dubai juga ke China......wah merata tempat dapat pergi...belanja keseluruhan RM1,700,000.00!!!!!...lawatan teknikal semuanya diadakan pada hujung tahun 18-24 diesember...bawa anak-anak...Lembagan Pengurusan PNSB pun sama ikut....wa......seronoknya....habislah duit rakyat!!!!!...sedih, kecewa....tak terkata.

No comments: