Monday 6 April 2009

P059 Bukit Gantang: THUMBS UP TO THE CHINESE VOTERS!!!TOGETHER WE UNITE FOR A BETTER MALAYSIA

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami merancang untuk singgah di beberapa lokasi ceramah yang besar-besar.


Kenderaan yang sesak sepanjang jalan. Meriah sekali...

Dalam perjalanan menuju ke Simpang, di tepi jalan kelihatan begitu ramai orang dan lalulintas menjadi sesak dan jam pack dengan kenderaan dan orang ramai. Terdengar juga ceramah yang hebat.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan sama-sama menyaksikan suasana yang meriah dan hebat tersebut. Mungkin mencecah ribuan orang yang hadir di sana. Penuh sesak dalam kemah yang disediakan di depan restoran tersebut.Begitu juga di kawasan luar hingga membanjiri jalan dan setiap ruang kosong.

Ustaz Mujahid...antara pimpinan PAS yang turut turun padang ke majlis tersebut....

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut hadir, YB Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof, Exco Perak (ketika suami saya bersama 8 orang yang lain ditangkap di Masjid Ubudiah dan dikurung di IPD Kuala Kangsar, beliau datang memberi sokongan dan turut hadir bersama di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar bersama isteri beliau), dan YB Tan Seng Giaw di meja utama.

Kami menyusup masuk di celahan manusia yang berhimpit-himpit ada yang berdiri ada yang duduk. Semerbak bau makanan, mungkin ada majlis makan malam...membuat perut terasa lapar...saya sabarkan anak untuk tunggu hingga kami pergi ke tempat yang lebih sesuai untuk makan.

Beberapa ketika tiba pula rombongan DS Anwar Ibrahim...semua yang hadir bangun memberikan sokongan. DSAI terus di bawa naik ke pentas dan terus memberi ucapan yang bersemangat....

Ceramah dan ucapan DSAI sentiasa memukau hadirin dan mendapat reaksi yang amat mantap dari pmereka yang hadir...Hampir kesemua kusyuk mendengar dengan pelbagai reaksi di muka...saya senang menigisi masa saya memerhatikan gelagat mereka...saya terharu dan berbangga dengan seluruh pengundi berbangsa Cina di Parlimen Bukit Gantang..Thumbs up to them!!!!

Tengok kepada aksi mereka semua....menumpukan sepenuh perhatian....

Pemberita juga tidak ketinggalan mengambil nota dari ucapan bersemangat DSAI...saya turut bertemu dengan beberapa orang bloogers terkenal di majlis ini termasuk Haris Ibrahim...seperti di PRK Kuala Terengganu, mereka turut membantu dan memberi sokongan yang padu...

Antara intipati ucapan DSAI ialah mengenai isu pembebasan 13 orang tahanan ISA. DSAI menyebutnya di awal-awal ucapan. Sebagai seorang yang terlibat secara lansung dalam sebuah gerakan yang bencikan ISA..Gerakan Mansuhkan ISA...saya sekali lagi terharu dan berbangga dengan sokongan berterusan DSAI dalam isu ini....ya...apa ertinya membebaskan hanya 14 orang tahanan...masih ramai yang sudah lama merengkok...ISA semestinya dimansuhkan bukan dikaji semula......bebas 13 orang untuk tahan lebih ramai lagi...mungkin...sebab Najib memang zalim....!!!!

2 comments:

aisamuddinMH said...

Petikan dari Utusan

Kor Ming perbodoh umat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat- ayat suci al-Quran semasa berceramah di Bukit Gantang disifatkan sebagai satu usaha memperbodoh- bodohkan masyarakat Islam.

Justeru Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik.

Katanya, mustahil masyarakat Islam di negara ini lupa dengan kenyataan seorang pemimpin utama DAP yang berkeras menolak Islam hingga sanggup menyatakan langkah mayatnya dahulu sekiranya mahu tubuhkan negara Islam.

''Adakah kita mahu mempelajari al-Quran dengan seorang pemimpin yang menjadi anggota sebuah parti yang seperti ini? Jangan biarkan diri kita diperbodoh-bodohkan oleh orang sedemikian.

''Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh mereka. Apa yang saya lihat, tujuannya (gunakan ayat al-Quran) adalah disebabkan kepentingan politik semata-mata,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Pensyarah Kanan kemanusiaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula menegaskan menjadi tanggungjawab ke atas setiap umat Islam untuk memerangi golongan yang mempelajari al-Quran jika tujuannya adalah untuk dipersenda atau dijadikan bahan ketawa.

Beliau mengakui tidak salah seorang bukan Islam mempelajari ilmu al-Quran malah sehingga kini terdapat beberapa cendekiawan bukan Islam mahir dalam bidang tersebut seperti Prof. Esposito, Hugh G

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun dalam kenyataan hari ini mengutuk tindakan Kor Ming kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan negara selain menimbulkan kemarahan umat Islam.


p/s:sy lagi yakin dgn ustaz harussani dari yg kununnya ir NIzar, nik aziz atau hadi awang.di cendikiawan islam yg paling berani di Malaysia skrg ni!

ummu asiah said...

aisamuddinMH

PR dah menang walau isu YB Nga Kor Ming baca ayat Quran heboh dicanang...lagi orang nak pangkah PR..Alhamdulillah