Tuesday 8 September 2009

'BUAT KERJA' KES OPS PADAM3

Seperti yang telah dicatatkan di entry yang lepas, semalam 7hb September telah bermula perbicaraan kes 'OPS PADAM3'.


OPS PADAM 3 ini ialah nama operasi yang telah diletakkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk setiap operasi tangkapan yang akan mereka lakukan ketika adanya sebarang perhimpunan aman.

OPS PADAM 3 telah berlaku ketika Perhimpunan AMAN di bawah gabungan PROTES diadakan bagi membantah kenaikan harga barang khususnya akibat kenaikan harga minyak secara mendadak dan berkali-kali oleh pihak kerajaan.

Beberapa siri himpunan aman PROTES telah diadakan dan Himpunan Aman Protes yang diadakan pada 26hb Januari 2008 menyaksikan bahawa buat pertama kalinya pihak polis telah memohon injuksi dari mahkamah agar orang yang tertentu tidak dibenarkan berada di beberapa radius kawasan sekitar KLCC.

Kumpulan saya telah ditangkap sekitar jam 2.15 petang sebelum Himpunan bermula, dan kami ketika itu tidak berkumpul. Kami ditangkap ketika kami sedang berjalan berdekatan dengan stesen LRT Ampang Park.

Dari perbicaraan semalam dengan kehadiran dua orang saksi diantara 48 orang saksi yang bakal dipanggil oleh pihak Pendakwaraya telah memaklumkan bahawa mereka telah mendapat arahan untuk mengambil gambar 'perhimpunan dan polis menangkap orang'. Maka kebanyakan gambar yang ditunjukkan semalam adalah gambar polis menangkap orang, seorang seorang tanpa ada sebarang perhimpunan.

Moto yang terpampang jelas dan besar ketika kita menghampiri Bangunan Mahkamah Jalan Duta yang tersergam ialah 'BUAT KERJA', namun bagi kami yang menjadi mangsa memang terasa bahawa moto itu hanya sekadar moto.

Kes kami dan mungkin banyak kes yang lain terpaksa ditangguhkan banyak kali kerana kegagalan pihak pendakwaraya menyediakan dokumen yang berkaitan dengan bukti kes dari pihak polis. Tidak lengkap dan tidak diberikan kepada pihak peguambela.

Semalam satu bahan bukti yang penting iaitulah CD yang mengandungi salinan gambar lansung tidak pernah diberikan kepada peguambela. Mereka hanya memberikan salinan gambar sahaja. Peguambela memohon supaya kes ditangguhkan kerana mereka perlu melihat dan menyiasat bahan bukti tersebut. Hakim terpaksa menangguhkan kes sebentar untuk membuat keputusan namun hanya kemudiannya membenarkan pendakwaraya mengemukakan CD tersebut sebagai bukti pada hari semalam. Maka kes diteruskan.

Ada juga kejadian di mana peguambela tidak dibekalkan gambar-gambar kepada peguambela, malah kepada Hakim hanya diberikan salinan photocopy sahaja, dan kemudiannya Pendakwaray lansung tidak punya salinan maka pegawai mahkamah terpaksa berulang alik meminjam bahan tersebut diantara peguam, pendakwaraya dan saksi...memang menguji kesabaran betul.

Oleh kerana ada 45 orang OKT semuanya dan masing-masing sudah punya banyak kes mahkamah maka masing2 menunujukkan rasa tidak puas hati dengan menyuarakan rasa hati ketika kes dijalankan. Ada satu ketika, salah seorang Timbalan Pendakwaraya telah bangun, menoleh ke belakang dan menjerit dengan sekuat hatinya ke arah kami semua...

"Hei...YOU SHUT UP!!!!!"

Apa lagi kami semua pun naik darah juga, hinggakan Mat Sabu yang mungkin telah lama menahan kesabarannya telah juga menjerit dengan sekuat hatinya...

"WOI!!!!....APA JERIT-JERIT NI...HORMATLAH,,,,SIKIT ORANG, ORANG DAH LAMA SABAR NI"...begitulah lebih kurang apa yang diucapkan.

DPP tersebut telah mendapat teguran dari Hakim yang mengatakan bahawa beliau tidak boleh meninggikan suaranya...

Bersambung...kes bersambung pagi ini jam 10am.

No comments: