Sunday 21 March 2010

Cuti-cuti di Mahkamah

Hari ini baru boleh memulakan satu entry baru setelah bercuti dari dunia internet hampir 2 hari 2 malam.


Seminggu cuti sekolah habis diisi dengan aktiviti di dalam kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 5 Mahkamah Jalan Duta. Kesian anak-anak yang sedang berada dalam minggu percutian. Masa Tuan Hakim letak tarikh memangla tak ingat lansung yang tarikh tu cuti sekolah. Kalau tidak memang akan minta peguam beri alasan bermacam agar dipilih tarikh yang lain. Tuan Hakim pula baik hati beri tarikh lengkap seminggu 15-19hb Mac. Kami terima seadanya walaupun ianya penyeksaan buat mereka yang bekerja bermajikan.

Sebahagian dari OKT kes PROTES atau OPS PADAM3

Saya katakan pada teman se 'OKT' dengan saya "Kogi, next time if the Judge bagi tarikh seminggu kita mesti minta lawyer bantah. Kesian kat you all yang bekerja nak ambil cuti seminggu".

Jawab Kogi "Hey..you pun mana tahan mahu duduk dalam court tiap hari from 9am - 5pm".

Ye lah..ye tak ye juga..mana tahan..memang tak tahan..dah la banyak pantang larang yang tidak boleh dibuat dalam mahkamah. Kalau ikut peraturan ketatnya, 'no handphone, no camera, no drinks', tak boleh baca buku, tak boleh guna komputer, tak boleh baring, tak boleh tidur. Kalau nak ikut lebih strict lagi, duduk mesti tegak, tak boleh silang kaki, tak boleh letak tangan kat belakang kerusi. Pengalaman di Mahkamah Kuala Kangsar adalah lebih perit lagi.

So..sanggup nak duduk lama-lama dalam mahkamah?? Tapi itulah hukuman yang sudah harus kami tempuhi hingga untuk berapa lama belum tahu lagi.

OKT Kes OPS BUBAR DUN PERAK bersama peguam dan pimpinan PR Perak.

Apa-apa pun mulai hari ini 22hb Mac - 26hb Mac saya akan menemani suami pula mengikuti kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Juga seminggu tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, anak-anak sekali lagi perlu 'dibiarkan' sendiri. Memang bagi yang bekerja cuti tahunan pun belum tentu cukup untuk cover tarikh-tarikh yang bakal ditetapkan oleh Mahkamah.

Apa-apa pun inilah jalan yang kita pilih dan wajib kita terus melaluinya selagi pemerintah yang zalim terus memerintah negara yang merampas semua sistem keadilan yang sepatutnya dijulang tinggi...mahukah kita terus bersekongkol dengan mereka yang zalim????

Saya harus nyatakan di sini bahawa kami sentiasa terhutang budi kepada semua peguam khususnya, yang sedia membantu tanpa apa-apa bayaran kepada semua yang terlibat ditangkap. Jika sekiranya OKT terpaksa berada di mahkamah selama 5 hari begitu juga para peguam kemungkinan terpkasa 'put aside' kes-kes mereka demi untuk menjamin keadilan dapat ditegakkan keatas semua yang tertuduh melalui perbicaraan di Mahkamah.

Saya sedaya upaya mencatat setiap soalan balas dari peguam dan jawapan dari saksi. Anda boleh baca di label ini, namun masih banyak lagi yang belum sempat saya catatkan di dalam ruangan blog ini, moga cuti-cuti di Kuala Kangsar tanpa perlu melakukan kerja rumah dan urusan anak-anak membolehkan saya memasukkan semua yang tercatat dalam buku nota ke dalam dunia maya ini untuk dikongsi bersama.

1 comment:

Loyar Baru said...

Ada kawan beritahu saya bahawa Hakim Sesyen Jenayah 5 tu sebenarnya kuat simpati pada PAS tetapi terpaksa jalankan tugasnya mendengar kes BERSSIH tersebut . Dulu kes tu dengarnya hendak di serahkan kepada seorang Hakim yang memang melawan arus dan jenis tak akan dengar cakap Big Boss tetapi akhirnya diserahkan kepada Hakim sekarang . Allahu Alam . Apapun sabar lah aje Puan !