Thursday 30 June 2011

BERSIHkan diri dari United Malays National Organisation! Jgn diBODOHKAN!!!



BERSIH BERSIH BERSIH BERSIH BERSIH...

Tak tentu arah jadinya keadaan dalam negara. Polis Di Raja Malaysialah yang menjadi orang-orang yang paling sibuk dan tak tentu haluan jadinya.

Patutkah kita mengasihani anggota polis ini. Mereka bekerja mengikut arahan. Apa salahnya hingga orang yang memakai baju kuning harus ditangkap.
Bila difikirkan betul juga kata-kata YB Mahfuz Omar di dalam ceramah Peancaran BERSIH2.0 di Kg Pandan 28hb Jun yang lepas.

"Polis mestilah BERSIH pemikiran mereka. Jangan biarkan virus UMNO serang otak mereka. Orang cerdik kalau kena virus UMNO boleh jadi BODOH!."

Kenapa tak boleh pakai kuning...hinggakan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan keharaman memakai baju kuning BERSIH maka polis pun menjalankan arahan menangkap sesiapa saja yang memakai baju BERSIH malah juga baju KUNING!!!

Sungguh memalukan dan memualkan...malu, malu, malu...memang sungguhlah Parti UMNO ini harus dikuburkan jika tidak mereka akan terus menerus memperbodohkan orang MELAYU...sedarlah!!!

Bak kata Hishamudin Rais di dalam kupasan bedah Buku Sengsara Kem Kamunting di Pusat Konvensyen SACC di Shah Alam.

"Saya hanya mahu menumbangkan United Malays National Organisation kerana ianya memperbodohkan Orang Melayu. Full Stop, Period!"

Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) menambah dengan mengatakan "sistem pendidikan kita juga banyak memperbodohkan anak-anak kita." Semuanya di bawah pemerintahan United Malays National Organisation.

Media-media arus perdana juga terus menerus memperbodohkan kita...jika tidak kita sedari maka kita akan terus diperbodohkan...

Selagi United Malays National Organisation ini dibiarkan memerintah maka kita semua akan terus hidup dalam satu sistem yang terus menerus memperbodohkan rakyat mereka sendiri.

Maka tugas kita untuk MemBERSIHkan keadaan ini, MemBERSIHkan jalan yang sangat kotor ini...jalan yang penuh kurap...

Selamatkan Malaysia UBAH SEKARANG

JOM BERSIH!!!!

No comments: