Sanggup Najib Gadai Keselamatan Negara kepada Pengganas??

Sepanjang Jalan Kenangan

Posted by
ummu asiah
at
14:54
0
comments
DALAM pertemuan tertutup di Kamar Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia merayu kepada Datuk Mahfuz Omar supaya menarik balik kenyataannya, ‘Umno Apco, Apco Umno’.
Sekiranya tidak berbuat demikian, menurut Pandikar Amin, menyebabkan kekecohan berpanjangan di Dewan Rakyat.
Pendirian Pandikar Amin itu sekaligus memberi isyarat bahawa ketetapan yang diambil oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam seolah-olah tidak mengikut prosedur Dewan Rakyat.
Pun begitu, Mahfuz enggan berbuat demikian atas alasan kesilapan itu bukanlah berpunca olehnya.
Sepatutnya, menurut Mahfuz, Dr. Wan Junaidi perlu membuat pengakuan di Dewan Rakyat demi membuktikan kredibilitinya dan kemuliaan Dewan Rakyat sendiri.
Pertemuan tertutup yang turut disertai oleh Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS/Bachok), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS/Kubang Kerian).
Namun, Mahfuz dicadangkan untuk bangun di Dewan Rakyat dalam sesi perbahasan tengah hari ini dan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau tidak berniat mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, walaupun beliau berniat mengeluarkan kenyataan ‘Umno Apco, Apco Umno’ di Dewan Rakyat.
Mahfuz minta saya menunggu kejutan kelak

Mahfuz minta saya menunggu kejutan kelak!
Posted by
ummu asiah
at
10:16
0
comments
Posted by
ummu asiah
at
07:50
0
comments
Salah satu kartun dalam majalah terkini...hasil idea kreatif dari kami di Gerakan Mansuhkan ISA....jadi anda mesti beli...
Sendiri lukis sendiri buat sendiri jual la...harap orang lain jual dah kena rampas pula....
Posted by
ummu asiah
at
17:20
4
comments
Posted by
ummu asiah
at
11:49
1 comments
Hari ini saya menghabiskan masa di Parlimen. Seronok juga dapat maklumat direct dan menghayatinya sendiri. Tapi memandangkan isu yang dibangkitkan ini berat saya sendiri tidak berani nak ulas, jadi saya ambil berita dan artikel dari pemberita sendiri. Apa pun peluang berjumpa, bertukar dan berkongsi maklumat dengan YB Fuziah bersama dua orang wartawan PR amat menaikkan semangat untuk turut sama berjuang mendedahkan isu ini. Isu yang amat penting. Menurut YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen BN juga mungkin terkejut dengan pendedahan ini hingga tidak ada yang bangun untuk berhujah. Semua diam..... Baca di bawah artikel dari wartawan Harakahdaily pula.... dipetik dari sini. KREDIBILITi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertikai apabila Asiasoft (M) Sdn Bhd dilantik sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS) Fasa ketiga, dari sistem analog kepada sistem digital. “Sistem Laporan Polis (PRS) fasa ketiga diserahkan pada Perunding Master Plan Sendirian Berhad (kontraktor utama) yang kemudiannya diserahkan pada sub kontraktor Asiasoft tanpa mengikut prosedur,” jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi dalam suatu kenyataan media di lobi Parlimen Menurutnya, perlantikan firma komunikasi strategik tersebut mencurigakan kerana turut membabitkan dua programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA), iaitu Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan, Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel. Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu. Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel. Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman. Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara. Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura. Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan dalam isu terbaru tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu wajar berbuat demikian memandangkan PDRM di bawah legasi mereka. Antara yang menyertai Anwar dan Mahfuz adalah Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Mohd Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap), Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau). Sebelum pada itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan KDN di Dewan Rakyat, mendedahkan beberapa surat rasmi PDRM berhubung pembabitan dua perisik Israel dalam PDRM. Selain itu, beliau turut meminta KDN menjelaskan tentang projek APCO425 (kemudiannya dikenali sebagai RMT Net) di Taman Teknologi Sungkai yang bernilai antara RM900 juta hingga RM999 juta. -END
Posted by
ummu asiah
at
17:18
1 comments
Sanggupkah lagi kita berdiam diri dan membiarkan keselamatan negara kita tergadai???...Pemimpin negara menggunakan ISA sebagai akta untuk menahan orang tanpa dibicarakan atas keselamatan negara..tetapi sebenarnya keselamatan pemimpin negara.
Bukanlah kita mahu sesiapa ditahan di bawah ISA mengenai isu ini, kerana kita mahu mansuhkan ISA tetapi kita desak segerakan siasatan dan halau mereka keluar dari negara...For Good and don't ever come back...
Perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang adalah satu isu mengenai keselamatan Malaysia, keselamatan rakyat keseluruhannya. Israel dalam negara kita secara diam...dalam agenda 1Malaysia yang dicanangkan ke seluruh negara..kini dalam PDRM pula..
Ya Allah,,sanggupkah kita terus membiarkan perkara ini terus berlaku...jom..ayuh kita singkirkan unsur-unsur ini....kita mengutuk Israel yang membunuh rakyat Palestine yang menghancurkan bumi yang kita semua cintai yang kita semua ingin bela...kenapa tidak terdetik perasaan yang sama bila perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).
Posted by
ummu asiah
at
15:37
0
comments