Thursday 8 April 2010

Apa nak jadi dengan Negara kita ni...Isu UMNO APCO boleh buat Parlimen lumpuh!!!

Sekali lagi pada hari Rabu kami meluangkan masa pergi ke Parlimen Malaysia. Walaupun Parlimen terbuka kepada sesiapa sahaja untuk pergi rasanya tidak ramai yang telah berpeluang berbuat demikian.

Bagi diri saya sendiri sebelum ini sejak bergerak aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA, saya hanya ke Parlimen apabila GMI mengadakan aktiviti menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen ataupun Menteri dan seterusnya membuat sidang akhbar. Sejak dari mula memang tidak pernah sekalipun masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk sama-sama mengikuti persidangan.

Minggu ini berpeluang untuk masuk dan mengikuti dan melihat sendiri bagaimana Ahli Parlimen kita bersidang dan berbahas.


Timbalan Speaker, Dr Wan Junaidi, ketika keluar dari Dewan setelah Dewan ditangguhkan.

Kehadiran kami ke Parlimen semalam rupanya dapat menyaksikan satu sejarah, saya katakan sejarah bila terbaca di tulisan di beberapa blog dan portal berita yang mengatakan bahawa isu UMNO APCO telah membuat Parlimen lumpuh semalam seperti portal web Malaysiakini dengan tajuk 'UMNO-APCO' jibe 'paralyses' house.
Di dalam Blog Lim Kit Siang pula "APCO row brings house down".
Kami juga berpeluang menyaksikan peristiwa itu, bermula dengan isu APCO agen konsultan Israel yang dibawa masuk untuk agenda 1 Malaysia Najib didedahkan di dalam Sidang Dewan Rakyat yang berkait dengan Belanjawan Tambahan Negara. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pembangkang di mana beliau kemudiannya telah diusulkan untuk dihadapkan ke JawatanKuasa Khas Parlimen.
Semalam, Rabu timbul lagi isu berkenaan, disusuli dengan YB Mahfuz yang menyebut APCO UMNO. Perkara ini tidak disenangi oleh MP Kuala Krau yang telah bangun beberapa kali menyatakan agar Mahfuz menarik balik kata-kata itu. Beliau kemudiannya mengusulkan agar YB Mahfuz dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen.
Timbalan Speaker terus menerima dan meminta undi dari semua MP siapa setuju dan siapa tidak. Akhirnya beliau berkata "suara yang bersetuju adalah lebih ramai dari yang tidak bersetuju" maka usul itu diterima.
Sudah tentulah semua MP Pakatan Rakyat tidak bersetuju dan membantah dengan bangun menyatakan bantahan mereka mengikut peraturan-peraturan yang ada dalam mesyuarat.
MP PR terus melaungkan APCO UMNO beramai-ramai sambil berdiri kerana mempersoalkan tindakan Timbalan Speaker dan bertanyakan berapa ramai lagikan MP PR yang hendak dihalau keluar dewan atau dirujuk ke JK Khas. YB Yusmadi juga bangun dan menyatakan bahawa dia menawarkan diri untuk dihantar ke JK Khas kerana menyebut UMNO APCO.
MP Pakatan Rakyat mempersoalkan kenapa pula tidak boleh menyebut UMNO APCO kerana memang mereka mengambil APCO sebagai konsultan mereka dan sudah tentu telah memberi khidmat yang cemerlang hingga perlu mengeluarkan belanja yang berjuta-juta ringgit. Jadi apa salahnya menyebut begitu.
Dewan terpaksa berhenti bersidang buat kali pertamanya selama 15 min sekitar jam 5 petang sekali lagi timbalan Speaker membuat keputusan mendadak dan emosi dengan terus menangguhkan dewan untuk hari esoknya yang juga mendapat bantahan dan dia akhirnya mengaku kesilapannya kerana emosi. Namun isu UMNO APCO berterusan dan akhirnya hampir jam 6.30 petang Dewan ditangguhkan lagi dan disambung pada pagi ini.

YB Mahfuz Ahli Parlimen Pokok Sena yang menjadi isu semalam di Parlimen "Apa APCO tu najis ke?" soalnya, kerana MP BN marah sangat kononnya bila disebut begitu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semuanya bersatu membantah penerimaan usul oleh Timbalan speaker yang ternyata berat sebelah.


Ahli Parlimen PR dikerumuni wartawan sebaik keluar dari dewan setelah ianya ditangguhkan selama 15 minit kerana kekecohan yang berlaku.


YB Lim Kit Siang juga beberapa kali bangun membantah usul yang telah diterima, yang ternyata memalukan perjalanan Sidang dewan Rakyat yang tinggi kedudukannya dalam negara.
Untuk lebih memahami keadaan baca di sini.

No comments: