Tuesday 6 April 2010

Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM [malaysiakini]

Sanggupkah lagi kita berdiam diri dan membiarkan keselamatan negara kita tergadai???...Pemimpin negara menggunakan ISA sebagai akta untuk menahan orang tanpa dibicarakan atas keselamatan negara..tetapi sebenarnya keselamatan pemimpin negara.

Bukanlah kita mahu sesiapa ditahan di bawah ISA mengenai isu ini, kerana kita mahu mansuhkan ISA tetapi kita desak segerakan siasatan dan halau mereka keluar dari negara...For Good and don't ever come back...

Perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang adalah satu isu mengenai keselamatan Malaysia, keselamatan rakyat keseluruhannya. Israel dalam negara kita secara diam...dalam agenda 1Malaysia yang dicanangkan ke seluruh negara..kini dalam PDRM pula..

Ya Allah,,sanggupkah kita terus membiarkan perkara ini terus berlaku...jom..ayuh kita singkirkan unsur-unsur ini....kita mengutuk Israel yang membunuh rakyat Palestine yang menghancurkan bumi yang kita semua cintai yang kita semua ingin bela...kenapa tidak terdetik perasaan yang sama bila perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

No comments: