Thursday 1 May 2008

"I love ISA"..."Saya suka ISA".."Saya tak suka tahanan ISA"-kata-kata Ahli Parlimen Barisan Nasional

Berita bergambar

Sekitar aktiviti GMI di Parlimen pada jam 12.30tghari hingga 2.00 petang, Rabu 30hb April 2008. Tarikh ini adalah juga tarikh ulangtahun GMI yang ke 7 tahun. GMI dilancarkan pada 30 hb April 2001. Aktiviti GMI pada hari ini ialah bersempena "Kempen Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA". Acaranya ialah penyerahan Memorandum GMI bersama Human Rights Committee, Bar Council dan lencana anti-ISA kepada Ketua Pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bagi pihak kerajaan), Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen BN. Ini bersempena Sidang Parlimen ke-12. Delegasi GMI menunggu di luar pintu utama Parlimen sebelum masuk beramai-ramai ke dalam bangunan Parlimen. Delegasi terdiri dari AJK GMI, wakil Human Rights Committee, Bar Council dan wakil Hindraf termasuk isteri M Manoharan tahanan ISA-Hindraf yang juga menang di PRU12.Delegasi GMI perlu berkumpul di depan kaunter pendaftaran sebelum dbenarkan naik ke atas bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah untuk mengadakan sidang media.

Berdepan dengan pegawai keselamatan Parlimen yang tidak membenarkan wakil GMI naik ke atas kerana tidak berpakaian lengkap i.e memakai slipper dan berbaju lengan pendek. Mujur ada peguam GMI Sdri Lateefa yang cuba mententeramkan keadaan dan memohon agar kami semua dibenarkan naik ke atas, keran kami cuma akan berada di lobby Parlimen dan bukannya akan masuk ke dalam Dewan Parlimen . Akhirnya kami semua dibenarkan masuk.
Mengambil tempat di sudut sidang media. Menunggu ketibaan Datin Seri Wan Azizah. Sidang Media hanya boleh diadakan dengan kehadiran seorang Yang Berhormat. Wakil keluarga tahanan ISA, dari kanan Puan Norlaila Othman isteri Mat Sah Mohd Satray, Puan S Pushpaneela isteri M Manoharan dan V Raidu, adik kepada S Ganapathi Rao juga tahanan ISA-Hindraf. Penantian yang bukan hanya disulami kesabaran yang tinggi, paling utama hati yang cekal dan berani menentang kezaliman yang menimpa diri mereka dan ahli keluarga mereka.Banner 'Penyerahan Badge ISA kepada Ahli Parlimen Malaysia" dikeluarkan...."MALAYSIA BEBAS DARI ISA".
Sidang Media bermula dengan kehadiran Ketua Pembangkang. Di sebelah kiri ialah Syed Ibrahim Syed Noh dan di sebelah kanannya ialah Peguam Amer Hamzah, wakil dari Bar Council yang juga seorang peguam yang berjuang membela nasib tahanan ISA dengan membawa kes Habeas Corpus ke mahkamah.Sementara menunggu sidang media selesai saya bersama beberapa orang AJK GMI telah memasuki ruang makan khusus untuk Ahli Dewan Rakyat sahaja dengan diringi oleh Sdra Gobalakrishnan seorang Ahli Parlimen yang juga seorang bekas tahanan ISA di era Reformasi. Ada Menteri yang menerima dengan tenang dan terbuka ada juga Menteri yang menerima sambil mengeluarkan kata-kata yang spontan tanpa berfikir dengan waras.Lencana turut diserahkan kepada Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat.
Penyerahan lencana secara rasmi oleh Ketua Pembangkang kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa mereka suka ISA. "Saya suka ISA"..."Saya tak suka tahanan ISA". Kata-kata dari Dato' Azmi Khalid ketika saya menyerahkan lencana kepadanya ialah "Sebab adanya ISA lah negara kita aman dan selamat"...Jawab saya kepadanya " Sebab itulah rakyat tidak mahu kepada kerajaan Barisan Nasional, sebab ada akta zalim ISA, sebab itulah rakyat mahukan Pakatan Rakyat yang memerintah, kawan saya suami dia dah 6 tahun ditahan ISA,zalim kan.."...terus tidak ada lagi penambahan dari Menteri dan MP yang lain . Apalah agaknya yang dibualkan oleh mereka..seronok dan mewah betul kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada Ahli Parlimen. Kelihatan Dato Nazri Aziz sedang 'berehat-rehat' dengan gayanya tersendiri. Saya masih teringat beberapa tahun lepas, saya bersama 2 orang isteri tahanan ISA pergi bertemunya dengan jemputan dari Dato'Nazri sendiri. Katanya kepada kami "Sebenarnya Pak Lah tak ada kuasa nak bebaskan tahanan ISA, yang berkuasa ialah Polis, sebab tulah polis disebut sebagai 'Polis Raja Di Malaysia'"...Ini bukan rekaan saya.

Dato' Mukhriz menerima dengan senyuman. Kata saya "I have given the badge to him earlier, I hope he will wear it"....Jawabnya "No I won't wear it" dan meletakkan badge tersebut di atas meja. Ini adalah adegan-adegan yang paling menarik. Berkejaran cameraman dan reporters datang menyerbunya untuk mendapatkan aksi dan reaksi beliau. Saya juga salah seorang camerawoman yang berjaya membuat liputan tersebut. Alhamdulillah. Dr Lo'Lo memperkenalkan Puan Norlaila kepada Khairy sebagai isteri tahanan yang suaminya dah 6 tahun di KEMTA. Kata Khairy lebih kurangnya.."..OOOO....I... love... ISA...sebab..belum ada keluarga saya yang kena ISA.."..Kalau boleh la saya jawab.."Jangan tunggu sampai ada yang kena, baru nak rasa peritnya" Ini mungkin satu adegan yang menarik juga. Datin Seri Wan Azizah meletakkan badge di baju Khairy. "Malaysia Bebas Dari ISA"...kata Khairy..."OO..this is very naughty...you know I cannot remove your hand...."............ouw..........

Sekian dulu laporan bergambar dari saya. Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan. Semoga ISA berjaya dimansuhkan dan semua tahanan ISA akan dibebaskan segera.

4 comments:

silversarina said...

wah.. seronoknya dikelilingi YB belaka dan bagus usaha ini , semoga mereka akan sedar yang ISA akan hanya mendatangkan derita sebab ianya memang kejam ....

ummu asiah said...

Untuk hebahkan pada masyarakat dan untuk meriahkan lagi kempen kami kena selalu buat program dan kena fikir lebih lagi apa yg nak dibuat. Press pun ada yang boleh pick up n masuk dlm news mereka. Paper star 2day ada a big photo of Kak Wan sedang letakkan badge di kot khairy..ha..ha..news on aktiviti kami cuma 3 baris..tapi yg penting gambar badge dg tulisan ISA tu jelas jugak kelihatan dan yang terkena pula ialah menantu PM sendiri.

YB yang berkhidmat seronokla tapi yang berkhidmat utk diri sendiri dan kroni tak seronokla.

Anonymous said...

Syabas,

Setiap saat dalam perjuangan akan mematangkan kita.

Sesuatu yang tak kita bayangkan berapa berani dan hebatnya perjuangan isteri-isteri membebaskan suami mereka yang di terinaya dan menderita di tahanan ISA.

Sesiapa yang KEJAM pasti akan mendapat balasan didunia dan akhirat.

ARAH

ummu asiah said...

Akhi ARAH
JZKK atas kata-kata semangat,semoga Allah tingkatkan lagi kesabaran dalam diri mereka dan terus berani berjuang. Walaupun selalu bersama isteri2 ni, tapi masih tak dapat bayangkan macamna peritnya dugaan yang perlu mereka harungi...sebab tu lah rasa geram dan marah bila ada MP2 yang sedap-sedap saja sebut suka dan sokong ISA.

Negara kita ada sistem perundangan dan ada Mahkamah yang mulia untuk menghakimi segala tuduhan dan kesalahan, jadi undang2 ISA memang wajib dihapuskan.