Thursday 14 August 2008

GMI-Kenali Kami

Sudah agak banyak entry saya yang menceritakan tentang kegiatan saya dan kawan-kawan di dalam Gerakan Mansuhkan ISA atau lebih dikenali dengan sebutan GMI.Penggerak GMI kini. Gambar diambil ketika tamat program Retreat sehari GMI di Excel Training Centre di Broga pada Februari 2008. Anak-anak juga ada tulang belakang GMI.

Oleh itu saya mengambil sedikit kesempatan ini di dalam blog saya sendiri untuk berkongsi sedikit mengenai GMI, kami yang di dalam GMI dan sedikit aktivitinya.

GMI dilancarkan pada 30 April 2001 lanjutan penahanan aktivis rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) . Ianya terdiri dari gabungan badan 82 NGO, Parti politik, organisasi buruh dan rakyat prihatin.

Dua objektif utama GMI ialah
1.Memansuhkan ISA
2.Membebaskan semua tahanan ISA - mangsa kezaliman
Gambar ini diambil ketika majlis pelancaran GMI pada 30-04-01, hampir sebulan selepas 10 orang aktivis reformasi ditahan di bawah ISA. Ia diadakan di Dewan Selangor Chinese Assembly Hall. Penuh dewan ketika itu dengan semangat juang yang tinggi GMI dilancarkan oleh Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Noor yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Gerakan Mansuhkan ISA. Jawatankuasa Induk ketika itu didukungi oleh pemimpin parti-parti politik. GMI juga mempunyai Jatankuasa Kerjanya dan dipengerusikan oleh Sdra Zaid Kamaruddin yang kini menjadi Presiden Jamaah Islah Malaysia. Hj Zaid menjadi Pengerusi GMI dari ianya ditubuhkan hingga tahun 2003 selepas beliau dilantik menjadi Presiden JIM. Beliau kemudiannya digantikan oleh Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang memegang jawatan Pengerusi GMI hingga kini.AJK GMI ketika pertemuan atas jemputan Tan Sri Bernard Dompok di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Dec 2007. Dari kiri Ustazah Nuridah, Hj Azmi, Syed Ibrahim, Suhaib Mat Sah (anak tahanan), Norlaila, Nalini, Saya dan Siti Normah (bertudung putih-isteri tahanan)

Berbagai aktiviti telah dijalankan oleh GMI sepanjang masa tersebut temasuklah, menghnatar memorandum, kenyataan akhbar, Sidang akhbar, pameran, terbitan dan pelancaran buku, terbitan risalah & leafleting, pelancaran lencana & pelekat, kutipan dana, desakan keluarga, Ambush Menteri & Perdana Menteri, Konsert, Movie Screening, perarakan aman, perjumpaan dengan Mufti, Menteri Besar, Roadshow Ceramah, Persembahan Anak-anak, Fax Spam, e-mel surat, penulisan rencana, temuramah dan juga di peringkat antarabangsa-urgent appeal dan perjumpaan dengan Kedutaan Luar Negara.

Gambar menunjukkan satu aktiviti GMI-Kempen mengumpulkan tandatangan. Gambar di atas diambil ketika di Muktamar PAS ke 53 di Putik. Hampir 25,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sepanjang kain rentang tersebut.

Hasil dari segala aktiviti yang dijalankan GMI juga telah meraih banyak kejayaan yang diiktiraf oleh pelbagai Pihak. Kejayaan GMI termasuklah :

Pembebasan reformasi 6 – Jun 2003
Keputusan Mahkamah Persekutuan tentang kes Reformasi 6 – PENAHANAN TIDAK SAH DAN BERNIAT JAHAT (MALA FIDE)
Akses kepada tahanan dalam 60 hari pertama

Pembebasan semua tahanan Al-Ma’unah
Pembebasan semua tahanan pelajar Karachi
Pembebasan semua tahanan KMM
Pembebasan separuh tahanan JI
Peningkatan kesedaran antarabangsa
Laporan Tahunan SUHAKAM dan Cadangan Kajisemula & Mansuhkan ISA
Suruhanjaya Diraja Polis syor tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari bawah Sek 73
Syor oleh Kaukus Parlimen
Lebih liputan media utama


Perjuangan menentang kezaliman bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu seluruh kekuatan mental dan fizikal untuk terus bertahan. Kerana perjuangan terutama sekali untuk memansuhkan ISA ini adalah perjuangan menentang satu akta yang sangat disukai oleh pemerintah. Satu akta yang sangat mudah untuk digunakan oleh mereka untuk menyekat kemaraan rakyat terutama sekali aktivis yang ingin mendedahkan segala kepincangan dan kezaliman yang berlaku dalam negara. Alasan yang mudah sekali digunakan apabila seseorang ditahan di bawah ISA ialah "Anda ditangkap kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA"...maka setelah ditangkap tunggulah entah bila saat anda akan dibebaskan. Sepanjang anda ditahan tidak akan ada satu bukti pun yang dapat dikemukan oleh polis mahupun pemerintah yang menahan anda. Maka hiduplah anda di belakang tembok batu dan jeriji besi selama bertahun-tahun.
Pada peringkat awalnya selama 60 hari anda akan diseksa oleh SB yang sudah tidak ada sifat kemanusiaan lagi. Anak, isteri, ayah dan ibu, seluruh ahli keluarga menderita selama mana anda ditahan.......
Moga segalanya akan berakhir segera.....kita menantikan satu sinar baru untuk rakyat Malaysia, satu harapan baru terutamanya untuk mereka yang dizalimi....
Jangan biarkan ISA menjerut leher anda....maka kami di GMI akan terus bergiat aktif bagi memastikan objektif GMI tercapai....
Dalam retreat GMI yang diadakan di bulan Februari 2007 di Bukit Fraser, GMI telah sepakat dengan perkara di bawah...

World View GMI
Menjadi sebuah gerakan rakyat yang berpengaruh dan menjadi rujukan di peringkat antarabangsa dalam menentang pencabulan hak asasi manusia di Malaysia
Selami juga kata-kata ini..

Our lives begin to end the day we become silent about things that matter
- Martin Luther King Jr
“Haram Menyerah Kalah kepada Kezaliman”“Haram terus dihina dengan kezaliman”

No comments: