Friday 1 January 2010

Gerhana Bulan Gerhana Di Hati

Semalam buat pertama kalinya di dalam kehidupan ini saya menjejakkan kaki ke taman KLCC untuk bersama menyambut Tahun Baru 201o. Fikiran saya masih tidak dapat memikirkan dengan waras kenapakah harus tahun baru disambut, apatah lagi disambut dengan begitu meriah sekali...."Ini bukan budaya kita"...ungkapan ini sering disebutkan bila perhimpunan aman dilakukan oleh rakyat kerana membantah sikap kerajaan dan pemimpin kerajaan yang dirasakan zalim oleh rakyat...kata mereka "ini bukan budaya kita"...maka para penunjuk perasaan akan dihambat dan dihalau dengan zalim, dipukul dan dikasari, akhirnya ditangkap dan dipenjarakan...sebab ini bukan budaya kita.

Apa sebenarnya budaya kita???....kami temui ramai sekali remaja-remaja yang datang memenuhi ruang taman KLCC secara bekumpulan ataupun berdua-duaan..

Adik-adik yang kami temui ini berusia seawal 14 tahun atau di tingkatan 2. Logik dan sepatutnya mereka harus berada di rumah atau berada di luar bersama keluarga.

Belum sempat kami membuka bicara beberapa orang remaja yang lebih dewasa telah lebih awal lagi beredar menjauhi kami.

Hati memang bagaikan dibakar apabila melihat pasangan-pasangan yang berdua-duan berpegangan dengan penuh mesra dan intim sekali....

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ - رواه مسلم

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah shollallôhu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim


Setiap kali melihat adegan-adegan yang tidak sepatutnya kami lihat akan segera pasangan ini dihampiri agar sedikit sebanyak mereka melupakan hasrat hati mereka yang membara...bak kata adik-adik remaja yang kami temui.."kami ni muda..jiwa kami muda..." "akak tolongla baca do'a perlindungan untuk kami"...

Memang sukar untuk melaksanakan tugas-tugas sebegini, mana mungkin maksiat yang telah lama bersarang dalam diri dapat terus dibuang dalam sekelip mata...maka misi kami ialah sedikit sebanyak sewaktu kami berdepan dengan mereka ianya dapat dihalang segera...moga terlekat di hati apabila syaitan mula merasuk diri.

"Tahu tak adik yang kebanyakan kes-kes remaja puteri yang melahirkan anak tanpa nikah adalah akibat perbuatan sumbang yang berlaku di malam sambutan tahun baru?"....kami cuba memancing hati remaja-remaja yang kelihatan intim, hingga awal-awal lagi kelihatan berpleukan dan bercium-ciuman...memang ikutkan hati mahu saja dilempang mereka-mereka ini...namun kuasa yang begini hanya ada ditangan mereka yang berkuasa yang sepatutnya tidak menyediakan kemudahan untuk orang melakukan maksiat.

"Kami dah bertunang la kak..takkan kakak nak tuduh kami buat benda macam tu..lagipun ramai yang lalu lalang di sini"....pantas seorang remaja membidas penerangan kami. Sedangkan dari jauh kami sudah risau melihat caranya menonjolkan harta miliknya yang sudah hampir menonjol lebih dari separuh dan silelaki sudah pun berada dalam jarak yang sepatutnya halal untuk mereka yang punya ikatan yang sah.

"Bukan begitu dik...kalau bertunang pun tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan kita berada didalam keadaan begini..kerana sepanjang masa akan ada syaitan yang menggoda. Kami sayangkan anak-anak seagama kami"...si puteri nampak sungguh defensive namun si teruna nampak masih berfikiran waras dan menerima apa yang kami ungkapkan dengan terbuka...walau tiada siapa tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka...jadi 'at least' kami berjaya menghalang kemungkaran di hadapan mata kami dari terus berlaku ketika itu.


Kak Azian yang bersama saya sudah pakar dalam usaha-usaha sebegini, di awal penubuhan Raudhatus Sakinah milik JIM yang menempatkan remaja puteri yang bermasalah khususnya remaja yang mengandung sebelum bernikah,b eliaulah yang bertanggungjawab bersama menguruskan pusat tersebut.

Sedang kami duduk-duduk tiba-tiba Kak Azian bingkas bangun dan menuju ke satu pasangan kekasih...kata Kak Yan, "tak boleh jadi ni...dah lebih sangat lagipun si perempuannya siap menutup auratnya..."Adik kalau adik hormat kepada teman wanita adik ni, janganla adik buat macam ni kepadanya".....maka sekali lagi adegan panas dapat kami 'cutkan'.(bukan merujuk gambar di atas)


Remaja-remaja yang keluar masuk ke kawasan Taman KLCC...

Pancutan air yang berwarna warni yang menari mengikut irama yang dimainkan oleh orkestra PETRONAS mungkin...kerana pengacara nya bukan main lagi memohon semua yang hadir untuk memberikan tepukan yang gemuruh kepada PETRONAS kerana menyediakan persembahan ini...

Pengacara juga mengumumkan bahawa di malam sambutan tahun baru ini ada hampir 9 tempat yang mengadakan pertunujukan bunga apa...daann........di KLCC adalah pertunjukkan yang TERBESAR SEKALI.....woooowwwww.....menjerit semua orang..."GIVE PETRONAS A ROUND OF APPLAUSE!!!!!"

Ironinya...ketika negara mengalami pelbagai kerugian, berbillion ringgit di sana sini, ketika Petronas sendiri mengumumkan mengalami kerugian sebanyak RM58 billion untuk separuh penggal yang pertama,ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula dan roti sempena sambutan ini...rakyat terus dilalaikan, rakyat sendiri terus lalai...tidak apa untuk mereka bergembira dan berbuat maksiat...mereka semua akan 'dihalau' dari perkarangan taman KLCC bila masa yang ditetapkan tamat..mereka diberi masa sepuasnya untuk berhibur dan berpesta...cukup masa mereka akan disuraikan dengan aman.

DANGER!!!! DO NOT ENTER!!! PREPARATION OF FIREWORKS AREA!!!!....

Sebahagian kawasan ditutup untuk membakar 'duit'...sedangkan ramai rakyat yang menderita...tidak punya wang...hari persekolah hampir buka hampir tiba...segelintir rakyat berpesta dengan dibiayai sendiri oleh kerajaan dan syarikat yang membiayai kerajaan....

Pada masa yang sama, ramai lagi yang merintih mencari bekalan untuk persediaan anak-anak untuk naik ke sekolah. Seperti biasa di waktu begini kami akan menerima rayuan dari mereka yang amat memerlukan...kepada siapa harus mereka mengadu...

Sedang saya berjalan-jalan mengelilingi taman KLCC terima pula sms ini...aduh...baru saya teringat permintaan yang hampir saya lupakan.

"Kak, ada apa-apa bantuan untuk kami kah kak, maklum saja kami tidak ada apa2 persediaan untuk mereka buka sekolah. Jika ada tolong maklumkan, dapat sikit pun Alhamdulillah..tolong ya kak".....siapa bisa mendiamkan diri mendengar rintihan sebegini..."ok..InsyaAllah,esok akak usahakan sedikit"...

"Ya Allah,t.Ksih byk2 ya kak,trkejut dn gmbira pula jo dgn sms kak,rsa nk mngis pun ada, sebak rsanya hti ini, krn ini smua adlh ktntuan Allah phk kak msi ingn mmbntu kmi dn mgkin in adlh rzki ank2 jo,t.Ksi yg tktrhinga krn kk sntsa mmbntu kmi dn Allah pul snts mmudhkn urusn Jo..Slm utk smua.."

Inilah dia bunga-bunga kegembiraan rakyat yang berpesta di malam tibanya tahun baru 2010..menjerit gembira semuanya..."HAPPY NEW YEAR!!!!".............

namun bunga api kegembiraan ini jugalah lambang kezaliman mereka-mereka yang berkuasa......dan juga percikan derita di hati mereka yang sedia menderita kesusahan...

Kami menyaksikan percikan bunga api yang nampak gah dan indah di langit dari perkarangan Masjid As Syakirin KLCC. Di Masjid juga diadakan aktiviti menyambut tahun baru namun di saat tiba detik 12 malam ianya terpaksa dihentikan kerana dentuman kuat percikan bunga api ini menenggelamkan segala jenis bunyi yang lainnya...

Memang hebat dan membuatkan hati terpegun...mereka yang berpesta menjerit kegembiraan dengan keindahan warna warni bunga api...namun bagi kita ianya amat menghiris hati...sungguh membuatkan gerhana di hati menjadi begitu jelas sekali...kecewa....


Anak muda terus berpeleseran sebaik acara menanti detik 12 malam tamat...semua berat punggung untuk meninggalkan kawasan walau disuruh dengan baik....

Akhirnya yang tinggal hanyalah longgokan sampah yang bertaburan di merata tempat dan pihak yang bertanggungjawab terpaksa lagi mengeluarkan kos demi memastikan semuanya bersih dan indah kembali...semalam telah berlalu dengan berbagai kenangan...2010...hadir bertamu dengan pelbagai kekalutan dan kezaliman lagi...harga barangan utama dan penting terus dinaikkan..apakah erti sebuah perayaan di satu malam detik 12 malam????

Bulan yang menantikan detik Gerhana Bulan yang menayangkan kekuasaan Allah dalam mencipta dan menyusun atur setiap makhluk ciptaannya...satu malam yang sepatutnya di penuhi dengan aktiviti mengagungkan Allah di malam Jumaat yang mulia...namun manusia terus leka dan dilekakan.....

Kenapa manusia kejam dan terus bibiarkan kejam setelah dibiarkan mereka sewenangnya melakukan maksiat...moga murka Allah tidak menimpa kita!!!

Baca dan lihat di sini.

1 comment:

AKUOKU said...

saya dan fendi demo kat dataran sambil berniaga antara skripnya " selamat tahun baru, esok gula naik 20sen rakyat didahulukan. padan muka kita" ha ha ha ada yg sempar muka..