Saturday 2 January 2010

WARNA WARNI 2009-SOROTAN UMMU ASIAH JANUARI-JUN 2009

Tahun 2009,blog ummu asiah memulakan dengan kesah-kesah yang berkisar tentang Palestine. Seluruh warga Malaysia dan dunia turut sama meratapi penderitaan yang dirasai oleh rakyat Palestine dan turut sama bangun berjuang mengikut cara tersendiri dengan pelbagai cara.

Bersama dengan JIM dan Complete kami cuba untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran. Oleh kerana isu ini adalah isu 'emergency' maka gerak kerja juga harus dalam tiba-tiba dan tergesa-gesa. Dalam masa yang singkat kami merancang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Namun atas sebab urusan mendapat permit khususnya maka perhimpunan ini tidak dapat dijayakan. Baca Bakar lilin, Permit Polis....Untukmu Palestin...

Selama hampir sebulan seluruh usaha dan isu ditumpukan kepada perjuangan membantu rakyat Palestine tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.


Pada 9 hb Januari 2009 satu perhimpunan besar-besaran juga telah dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan NGO dan parti politik. Sungguh aman perhimpunan ini tanpa sebarang gangguan dari pihak polis walau ianya dijalankan di satu jalan yang sibuk dan pada hari bekerja. Pasukan Unit Amal, tentera berbaju merah seperti biasa bijak mengawal peserta mahupun laluan kenderaan. Tiada apa yang tidak diingini berlaku. Maka dapatlah rakyat Malaysia bersama rakyat di seluruh dunia bangun menunjuk rasa mereka.

Pada 10 hb Januari 2009 pula satu perarakan aman dan candlelite vigil telah diadakan di Bar Council menuju ke Dataran Merdeka. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Gabungan Anti Perang. Namun dalam acara ini ianya tidak mendapat layanan yang sama dari pihak berkuasa. 21 orang telah ditahan dan dibawa menaiki truck polis dan ditahan di stor polis di Dang Wangi. Ummu Asiah bersama Ammar anak lelaki ke 2 turut sama menjadi mangsa. Alhamdulillah semua berjaya dbebaskan pada tengahmalam tersebut dan tidak didakwa di mahkamah.

Apa yang dilakukan oleh polis pada malam tersebut membuatkan saya teringat perkara yang disebutkan oleh seorang anggota polis yang menjadi saksi untuk perbicaraan kes tangkapan Demo Protes. Kata polis tersebut di hadapan Hakim ialah mereka menangkap para demonstran berasaskan warna kulit dan cara pakaian seseorang...sungguh bersifat perkauman dan tidak adil.

FEBRUARI 2009

Tiada siapa menjangka bahawa pada bulan Fenruari Malaysia juga terpaksa menyaksikan satu rampasan kuasa secara zalim sebagaiman zalimnya Israel merampas bumi Palestine. Kerajaan Barisan Nasional dengan zalimnya merampas Perak dari satu kerajaan yang sah. Melanggar semua prinsip demokrasi dan membelakangkan perlembagaan negara yang dijunjung sebagai suatu yang tertinggi.

Rakyat merayu dan memohon kepada Tuanku Sultan untuk memperkenankan permintaan rakyat agar membubarkan DUN Perak agar rakyat boleh membuat pilihan sendiri.


Pada malam 5 Solat hajat dan majlis penerangan turut diadakan. Ramai yang berkumpul dan bermalam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak buat beberapa hari.

Rakyat pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman Menteri Besar dan mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Pada tarikh 6 hb Februari Rakyat Perak dan rakyat Malaysia juga bangun membantah perlantikan Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar Perak.


Masjid Ubidiah menjadi saksi kebangkitan rakyat Perak. Polis dan FRU bertindak ganas dalam meleraikan perhimpunan ini. Suasana di kawasan Istana dan Masjid seolah berada di dalam suasana peperangan dengan dentuman tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramau tanpa belas kasihan.
9 orang telah ditangkap di dalam perhimpunan ini termasuk suami penulis sendiri yang berada di situ sambil mengambil gambar-gambar kejadian. 4 orang lagi diburu sampai ke lubang cacing selepas peristiwa itu dan turut ditangkap dan dipenjarakan.

Mereka semua telah dipenjarakan dan disoalsiasat selama 4 hari di IPD Kuala Kangsar.

Ummu asiah menanti abah asiah di luar mahkamah pada hari pertama pertemuan setelah dibawa berjumpa majistret dan dikenakan tahanan reman selama 3 hari.

Ini adalah pengalaman pertama suami penulis ditangkap namun ianya adalah satu pengalaman yang mencemaskan dan menyedihkan buat penulis. Baca di sini.

Perbicaraan kes ini yang dipanggil kes OPS BUBAR DUN Perak masih lagi berlangsung dan tidak tahu bilakah akan berakhirnya. Untuk siri bacaan mengenai perjalanan kes ini boleh dibaca di label ini.

Mac 2009.

Ummu Asiah memberikan fokus kepada isu di Selangor bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor untuk memastikan sebuah kerajaan yang telus dan cekap dan tidak menzalimi hak rakyat. DUN Selangor telah mengadakan sidang pendengaran awam, SELCAT.

Beberapa siri pendengaran awam tersebut boleh dibaca di label ini.

Satu lagi peristiwa penting yang berlaku dalam negara khususnya di Perak ialah mengenai Pokok Demokrasi dan terkuburnya demokrasi apabila terjadinya peristiwa sidang DUN di bawah Pokok Sena. Kami sekeluarga sempat juga bergambar kenangan di pokok yang bersejarah ini sebelum ianya dihancurkan oleh pihak berkuasa.

Oh ya...dalam bulan Mac juga terjadi satu lagi peristiwa bersejarah di mana berlaku 3 pilihanraya serentak yang terkenal dengan nama PRK 2 bukit dan 1 batang, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kami melibatkan diri di PRK Bukit Gantang.

Dan ketika ini jugalah keadaan menjadi panas sehingga permit Harakah digantung seketika.....

Saya hampir lupa tentang bantahan rakyat dalam isu PPSMI. Satu perhimpunan aman besar-besaran telah berjaya diadakan pada 7hb Mac 2009. Himpunan 100,000 rakyat bantah PPSMI.

APRIL 2009.

Dato' Seri najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walau beliau masih dihatui dengan 'hantu Altantuya'. Seperti di era perlantikan Tun Dr Mahathir, sebaik menjadi PM Dato' Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA dan membiarkan yang lainnya masih dkurung lama dan dalam diam menangkap 4 orang lagi tahanan ISA yang lain.

Salah seorang dari 4 orang tahanan yang baru ini ialah Saudara Agus Salim rakyat Indonesia yang bekerja di Johor. Sebaik mengetahui tentang kewujudan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA di bawah Gerakan Mansuhkan ISA, keluarga Agus Salim mula berhubung dengan Puan Norlaila untuk membantu mereka membebaskan Agus Salim. Kami membiayai mereka untuk datang ke sini dan membantu memudahkan urusan mereka dengan pelbagai cara. Boleh baca : Saat Kegembiraan Seorang ibu sebelum bertukar menjadi murung.

Kami membawa mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur dalam mengisi hari-hari mereka di sini. Ternyata mereka sangat gembira.

Kami juga berusaha membuat temujanji dengan pihak SB untuk membolehkan mereka bertemu dengan Agus Salim. Kami membawa mereka ke Bukit Aman dan membekalkan barangan dan makanan kepada Agus Salim.

Dalam episod ini saya juga melalui satu pengalaman drama yang amat mendebarkan dan menakutkan dijiwa saya.

ummu asiah ditugaskan membawa keluarga ini ke Bukit Aman

Akhirnya keesokan harinya Ketua Polis Negara telah membuat dakwaan begini terhadap kami.."beberapa aktivis GMI telah menahan Junaidi selama kira-kira tiga jam dalam sebuah kenderaan ketika dia hendak mengambil semula beg pakaian yang disimpan di rumah tumpangan yang disediakan oleh pihak GMI."

"Tindak tanduk GMI itu memberi tekanan kepada Kartem dan Junaidi sehingga mereka bertindak lari meninggalkan rumah tumpangan yang disediakan GMI dan berlepas ke Johor Bahru pada pagi 21 April 2009."

Pada hakikatnya mereka telah mendapat tekanan dari pihak polis..keluarga Agus telah menghantarkan ucapan memohon maaf kepada kami sebaik mereka berada kembali ke indonesia. Agus juga dibebaskan beberapa hari selepas episod di atas. GMI yakin yang tekanan dan desakan yang berterusan yang kami jalankan telah berjaya membebaskan Agus Salim dari cengkaman kezaliman ISA!!.

MEI 2009

GMI menganjurkan Debat Perdana bertajuk ISA Halal atau Haram.

Namun akhirnya kumpulan yang galak menyokong ISA telah tidak hadir untuk berdebat dengan pelbagai alasan yang mereka cipta. Pewaris Kecut Perut.



June 2009.
Tidak banyak peristiwa penting yang dilalui selain dari Muktamar PAS ke 55 di mana GMI sperti di tahun sebelum-sebelumnya turut berkempen di ruang pameran dengan tema bebaskan tahanan ISA 8 tahun.


Dalam bulan June juga menyaksikan satu lagi peristiwa penting bila buat kali pertamanya BN tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil. Kali pertamanya di Dun Penanti atas alasan membazir duit!!!!!

No comments: