Wednesday 20 January 2010

"OCPD Dang Wangi langgar perintah Mahkamah?" Kes Himpunan Aman PROTES

Sambungan daripada perbicaraan kes OPS PADAM 3 pada 18hb Januari 2010 dengan kenyataan saksi yang ke 8 iaitu OCPD Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain.

Sesi soal balas oleh peguam bela Hanipa Maidin.

ACP memulakan dengan menerangkan maksud keamanan dan keselamatan di mana keselamatan merangkumi dua perkara iaitulah yang melibatkan nyawa dan harta benda.

HM : Kalau ada perhimpunan aman, kamu kena jaga keamanan, setuju tak?

ACP : tak setuju.

HM : Kalau bukan polis siapa yang kena jaga keamanan, itu soalannya.

ACP : baiklah.

HM : Perhimpunan yang dijaga adalah perhimpunan yang aman, jika aman bukan polis kena jaga?

ACP : Polis takkan beri permit. Perhimpunan yang ada permit mesti ada polis.

HM : Ada permit tak ada permit tugas polis ialah menjaga keamanan bukan.

HM : Dalam affidavit "akan adakan perhimpunan aman" maknanya tidak mendatangkan huru hara.

ACP : Betul.

HM : "untuk mengadakan perhimpunan aman"

ACP : Setuju.

HM : Di dalam sesi sidang akhbar kamu mengatakan "GABUNGAN PROTES tidak mengambil sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan aman di KLCC untuk membantah kenaikan harga barangan. Kalau perhimpunan aman ianya adalah dijamin oleh perlembagaan.

Nota: ACP sejak dari awal Pegumbela memulakan sesi soal balas menunjukkan sikap endah tak endah, tidak mahu menjawap soalan dan tidak menumpukan perhatian. Hanipa memulakan dengan bertanyakan "Adakah awak mengantuk?" kepada ACP Zulkarnain.

HM : Saya baca balik ACP.

ACP : (sambil merujuk kepada Hakim) Dia tinggikan suara soalan kepada saya.

HM : Tuan, kalau dia responsif kepada soalan saya, saya tidak akan tinggikan suara saya, Yang Arif, minta dia jawab soalan saya.

ACP : Setuju.

HM : Kalau perhimpunan aman tak ada masalah untuk polis jaga, setuju?

ACP : Setuju.

HM : Perhimpunan yang aman tidak akan aman kalau polis ganggu. Setuju?

ACP : Tidak setuju.

HM : Adakah awak tahu, bila buat permohonan (merujuk kepada permohonan perintah mahkamah untuk menghalang 5 penama dan ahli gabungan Protes memasuki KLCC). Tahu tak, faham tak, intipatinya?

ACP : Faham.

HM : Macamana awak faham?

ACP : Saya bacalah.

HM : Macamana perhimpunan aman boleh dikatakan sebagai membahayakan dan menjejaskan? Kalau ada permit pun kalau membahayakan tetap membahayakan.

ACP : Contohnya mengganggu lalulintas, mengganggu orang awam.

HM : Lalulintas polis yang jaga keselamatan, apa guna polis.

ACP : memang betul.

HM :Kalau ada gangguan masa himpunan, ada gangguan lalulintas, siapa yang bersalah, polis tak jaga keselamatan.

Hakim : Setuju?

HM : s 98 (1) mengatakan awak mesti buat permohonan dan menyerahkan dalam perkara (90), awak sedar tak?

ACP : Sedar.

HM : Tadi awak kata awak gagal serahkan arahan pada penama (arahan dari perintah mahkamah bahawa penama2 tidak dibenarkan memasuki ke kawasan radius 1km KLCC mengikut bulatan kawasan yang dibuat oleh polis) Benar atau tidak?

ACP : Benar.

HM : Adakah awak membuat sebarang notifikasi bila awak gagal menyampaikan perintah?

ACP : (tidak menjawab)

HM : You are not aware that's why you tak buat?

ACP : Tidak setuju.

HM : Jadi kamu sedar bahawa kamu perlu buat benda tu tapi kamu tak buat, jadi kamu sedar kamu tidak mengikut undang-undang? Setuju?

ACP : Setuju.

HM : Macamana kamu expect orang nak ikut undang-undang kalau kamu pun tak ikut undang-undang?

ACP : Ini bukan soalan, ini statement.

ketika baru dibebaskan

HM : Setuju sebagai penjawat awam polis mesti ikut undang-undang?

ACP : Setuju.

HM : Jadi arahan yang kamu beri itu tidak valid.

ACP : Tak setuju.

HM : Di mana letaknya stesen LRT Ampang?

ACP : Di dalam bulatan.

HM : Siapa yang buat bulatan ini?

ACP : AUP dan CCP (pembantu)

HM : Kamu gunakan pelan ini, dibuat oleh orang lain untuk digunakan di mahkamah?

ACP : Pada mulanya saya bantah, kemudian saya terima.

HM : For the record-setuju?

HM : OCPD tidak setuju dengan bulatan yang dibuat, jadi terpaksa terima, kenapa terima?

ACP : Sebab dah lambat terima lepas solat jumaat .

HM : Kalau tidak setuju kenapa terima?

ACP : Sebab diberitahu inilah kawasan yang menjadi tumpuan.

selepas dibebaskan dengan ikat jamin

HM : Kamu buat permohonan berdasarkan (lakaran yang dibuat oleh orang lain yang kamu tidak setuju) Mahkamah pula buat keputusan mengikut apa yang kamu berikan. Setuju bahawa mahkamah tertakluk pada permohonan kamu berdasarkan gambar yang kamu serahkan.

ACP : (tidak respond)

HM : Adakah kamu hendak mengatakan bahawa Majistret buat keputusan yang salah?

ACP : (tidak respond)

HM : (jadi kamu katakan ) mahkamah tidak salah buat keputusan kawasan yang tidak boleh masuk iaitu Zon A dan Zon B?

ACP : Tidak setuju.

HM : Kalau kamu tidak setuju kenapa tidak minta mahkamah batalkan?

ACP : Gambarajah tidak ikut scale.

HM : Dah kamu tidak setuju kenapa kamu buat juga permohonan tersebut?

ACP : Saya cuma tidak setuju dengan yang dibulatkan saja.

HM : Ini adalah permohonan polis kepada Mahkamah (untuk meminta perintah sekatan/halangan) Tetapi kamu buat permohonan sesautu yang awak tidak setuju.

ACP : yang bulat sahaja,

HM : Awaklah orang yang pertama yang saya tahu yang buat permohonan pada sesuatu yang kamu tidak setuju. Kenapa kamu buat juga?

ACP : Sebab saya memerlukan perintah sahaja. Dan saya cuma tidak setuju dengan kawasan yang dibulatkan sahaja.

HM : Jadi kamu setuju bahawa Ampang Park tidak termasuk dalam radius 1 km?

HM : Kalau ASP (pegawai ZON A dan B) tengok perintah ini, mereka akan kata soalan ini " Ampang Park tidak termasuk, jadi macamana Tuan suruh jaga juga" Ini untuk orang yang berfikiran menasabah.

ACP : Berdasarkan yang bulat lah, Ya. Ampang Park dalam Zon yang berlainan.

HM : Jadi awak beri arahan yang tidak ada kena mengena dengana arahan yang terkandung dalam arahan perintah mahkamah. Jadi kamu suruh orang ikut suka kamu untuk jaga. Setuju.

ACP : Tidak setuju.

ACP : Sebab dia berada di dalam lingkingan 1 Km radius dari KLCC. Saya kesuntukan masa.

HM : Masa buat permohonan tidak telus sebab permohonan tidak betul.

HM : Oleh yang demikian perhimpunan di Jalan Ampang, mereka yang berhimpun di Stesen LRT AMpang Park tidak ada sebab untuk ditangkap. Setuju.

ACP : Tidak setuju.

HM : Bila tidak serahkan pada penama bermakna awak tidak bersetju mereka tidak ada pengetahuan tetang gazette tersebut?

ACP : Tidak setuju.

HM : Jadi macamana awak kata mereka tahu?

ACP: Saya buat PC Press Conference.

HM : Bagaimana awak tahu mereka tahu?

ACP : Sebab mereka tengok TV.

HM : Awak tahu tak mereka tengok CNN dan Al Jazeera?

HM : Awak kata awak laungkan arahan bersurai, awak setuju mereka tidak dengar?

ACP : Bila dekat KLCC dan Wisma Getah.

HM : Awak nampak 100-150 orang tapi awak tak pasti adakah mereka akan ke situ?

ACP : Tidak setuju.

HM : Awak juga tidak boleh pasti apa tujuan orang datang ke situ.

ACP : Tidak setuju.

HM : Awak tahu itu tempat orang ramai?

ACP : Tahu

HM : Kamu juga tahu orang yang datang ke KLCC tahu tentang arahan itu? Awak tahu siapa yang ada di depan atau di belakang?

ACP : Tidak pasti.

HM Jadi awak tidak pasti orang dengar atau tidak. jadi mungkin orang tidak dengar?

ACP : Tidak setuju.

HM : Bila beri arahan bersurai mereka tidak dengar jadi bukan salah mereka jika mereka tidak bersurai, salah awak kan?

ACP : Tidak setuju. Mereka tidak dengar tetapi mereka dapat lihat saya.

HM : Bila tak dengar salah awak.

ACP : Tak setuju

HM : Jadi awak salahkan dia oranglah. Jadi awak buat pandangan mereka dengarlah?

ACP : Pandangan saya mereka dengar.

HM : Apabila Zon A dan Zon B tak boleh masuk ada tak awak beri briefing?

ACP : Tidak ada.

HM : So awak beri arahan lain?

ACP : Benar.

HM : Jadi awak beri arahan yang tidak ada di dalam court order. Jadi Ampang Park tidak masuk dalam arahan, Stesen LRT pun tak boleh masuk dalam arahan itu.

ACP : Saya beri arahan ikut yang berdotted. Mereka ada maklumat mereka tahu.

HM : Ada tak mereka tanya stesen LRT dan Ampang Park tidak masuk dalam court order kenapa suruh jaga juga.

ACP : Tak ada tanya.

HM : Adakah awak menjalankan arahan mahkamah pada ketua zon?

ACP : Benar ada.

HM : 1 km radius dari KLCC?

dalam truck polis

ACP : Tak ada lah.

HM : Awak tahu tak apa radius?

ACP : Tentulah saya tahu.

HM : dot dot yang awak sebut ni tak ada dalam perintah mahkamah.

ACP : Setuju

HM : Jadi awak telah menyalahgunakan kuasa awak untuk mengarahkan tangkapan di luar kawasan.

ACP : (tidak respond)

HM : Awak menerima maklumat dari risikan, dari cawangan khas.

ACP : Setuju

HM : Maklumat yang diterima ada perhimpunan aman oleh gabungan Protes, Perhimpunan Aman.

ACP : Setuju

HM : Polis sendiri yang beri info bahawa perhimpunan aman.

ACP : Tidak. Saya nak beritahu saya dapat info mengatakan akan mengadakan demonstrasi.

HM : Perhimpunan Aman.

ACP : Tak setuju.

HM : Kenapa awak tak setuju. Info polis Perhimpunan Aman. Setuju?

ACP : Setuju

HM : Dari awal lagi awak tahu risiko tidak sempat untuk serahkan arahan mahkamah, tapi awak buat juga. Kalau nak buat perhimpunan aman mereka adalah rakyat yang bertanggungjawab. Setuju atau tidak?

ACP : Saya perlu katakan saya tak pastilah, saya tak pasti.

HM : Setuju atau tidak kalau kata perhimpunan aman ianya akan aman hingga selesai?

ACP : Tak setuju.

HM : Awak ada pre conceive idea, perhimpunan haram kalau dari Pakatan Rakyat.

ACP : Tidak setuju.

HM : Awak setuju tak dengan kenaikan harga barang?

(mendapat bantahan)

HM : Awak kata akan mendatangkan bahaya kepada manusia, harta benda dan lain-lain. Tidak ada yang berlaku.

ACP : Tidak setuju.

HM : Berapa yang mati? Tidak ada yang mati. You are not objective, memang bersikap negatif, anggapan bersetuju berasaskan pendapat setuju.

Sesi soal balas oleh Peguam Hanipa berakhir setakat di atas untuk hari yang pertama.

Apa yang ditekankan ialah tentang perintah Mahkamah yang didapati dari Majistret yang berdasarkan kepada permohonan dari pihak polis.

Dari jawapan dan keterangan saksi iaitu Ketua Polis IPD Dang Wangi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan lakaran kawasan larangan dari dimasuki oleh peserta Protes. Kawasan yang dibulatka jelas tidak termasuk kawasan Ampang Park dan Stesen LRT Ampang Park, sedangkan dari maklumat risikan yang diterimanya dari SB itu adalah kawasan tumpuan.

Namun dek kesuntukan masa dan beliau dan Polis sendiri amat terdesak untuk memperolehi perintah larangan tersebut, maka OCPD Dang Wangi tetap meneruskan memohon perintah larangan dan diluluskan dari majistret dengan kawasan Ampang Park dan Stesen LRT tidak boleh dikawal oleh Polis.

Namun jelas dari maklumat yang dibawah sumpah mahkamah, OCPD Dang Wangi telah melanggar arahan Mahkamah dan tetap mengarahkan agar mereka yang berkumpul di Stesen LRT ditangkap. Saya dan 5 yang lain adalah antara yang telah ditangkap doi kawasan tersebut, maka boleh la dibuat andaian bahawa polis telah bersalah menangkap kami.

Selain dari itu, polis juga telah gagal menyampaikan perintah larangan kepada 5 orang penama di dalam arahan Mahkamah juga dek kerana kesuntukan masa.

Polis dapat perintah mahkamah halang PROTES…

Dalam usaha menyekat perhimpunan yang dianjurkan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (PROTES) hari Sabtu, polis telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan berkenaan diadakan.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika memaklumkan perkara itu berkata, perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tengah hari Jumaat membenarkan polis menghalang serta menahan indidvidu yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut.



"Perintah di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah itu menyenaraikan lima wakil PROTES terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Tien Chua, Arutchelvam Subramaniam, Simon Oii dan Ronnie Liew supaya tidak hadir ke perhimpunan tersebut.



"Mahkamah telah memberikan arahan supaya kelima-lima mereka ini tidak hadir atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan ini. Jika mereka engkar mereka boleh ditahan serta merta," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Petaling Jaya.



Menurut beliau, perintah mahkamah itu juga turut melibatkan mana-mana ahli gabungan PROTES atau siapa sahaja yang disyaki cuba turut serta dalam perhimpunan tersebut.



Zulkarnain berkata polis akan menampal arahan tersebut di sekitar kawasan demonstrasi bermula malam ini juga.



"Polis telah menetapkan dua zon larangan dengan membuat lingkungan kawasan merangkumi radius satu kilometer dari bangunan KLCC, Jalan Ampang, Jalan Lumba Kuda, Jalan P.Ramlee serta kawasan sekitar Masjid Assyakirin KLCC.



"Sekiranya mereka engkar dengan arahan kawasan yang kita keluarkan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka," katanya.



PROTES sebuah gabungan badan bukan kerajaan dijangka mengadakan demonstrasi bagi membantah kenaikan harga barang dan petrol di hadapan bangunan KLCC esok. - 25/1/2008


1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah, Engkau Jahanamkan lah kaum yang Zalim. Ya Qahhar Ya Jabbar.

Engkau Punahkan lah kehidupan Polis2 yang zalim ini.

Engkau Hancurkanlah hidup mereka, isteri2 mereka, anak cucu mereka.

Engkau kumpulkanlah mereka di dalam neraka jahanam bersama Iblis dan Firaun, serta pemerintah yang Zalim.

Ya Allah, Ya Tuhanku yang maha mendengar. Ya Allah... Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.

Inilah balasan kepada orang yang berbuat zalim. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji-Mu.

Dengar lah doa kami... doa orang yang dizalimi... Amin Ya Allah.