Wednesday 16 June 2010

Mesti Runtuhkan,Hancurkan, Hapuskan Kerajaan yang habiskan wang NEGARA!!!

KEMBARA PUTIK-Kuala Terengganu-Gombak


Pulang dari Muktamar PAS ke 56 di PUTIK Kelantan, kami mengambil peluang mengambil jalan Pantai menuju ke Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Satu pilihan yang amat baik buat kami yang sudah lama tidak dapat berpeluang berjalan jauh 'makan angin'.

Tidak berpeluang untuk bercuti dan berehat di tepian mana-mana pantai yang indah maka kami ambil keputusan untuk berhenti di beberapa pantai untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah tanpa di'eksploitasi' oleh mana-mana pihak lagi atau 'dikotori' dengan pemandangan adegan yang tak ingin anda lihat.

Memang sungguh indah dan masih bersih...puas mata memandang walau hati berbisik tidak puas menikmati keindahannya.

Maka perjalanan kami diteruskan dengan memerhatikan semua keindahan alam yang ada sepanjang jalan dan apa-apa tanda atau mercu tanda yang menarik perhatian dan menambah pengalaman dan pengajaran.

Melayu BANGKIT????

Sampai di persimpangan Pekan Marang kalau tidak silap saya, di pagar Bangunan UMNO yang tersergam itu terlihat banner yang menarik hati kami. Tidak sudah-sudah dan tidak habis-habis dengan sifat perkaumannya. Melayu mana yang masih tidur dan tak bangun-bangun ni???

Namun keesokan harinya mendapat maklumat bahawa program tersebut tidak mendapat sambutan atau tidak jadi dilaksanakan.

Perjalanan kami diteruskan dengan memasuki Kuala Terengganu, dari atas jambatan yang menghubung ke pekan Kuala Terengganu kelihatan di sebelahnya Masjid Kristal yang menjadi sebutan ramai. Tidak pula timbul keinginan untuk ke sana, dan tidak pula sempat untuk mengambil gambar, lihat sahajalah kerlipan kristalnya yang malap itu.

Runtuhan

Secara tidak disengajakan dari jauh kelihatan satu bangunan yang tersergam dan papan tanda menunjukkan Stadium Terengganu...Subhanallah, memang terpegun melihatnya...terbayangkan kekuasaan Allah dalam runtuhan bangunan Stadium tersebut.

Kalau di Acheh dan kawasan lain di dunia, pemandangan sebegini hanya dilihat apabila berlakunya gempa bumi berskala besar atau ribut taufan malah dalam tanah runtuh, namun di Malaysia bencana Allah adalah akibat sifat tamak manusia, tipu helah, rasuah dan tidak mementingkan hak orang ramai terutama rakyat kebanyakannya. Sungguh tragis, sungguh sedih, sungguh pilu. Namun perasaan yang lebih layak untuk menyatakan rasa hati ini ialah perasaan benci dan marah yang meluap-luap dengan apa yang berlaku di depan mata dengan apa yang cuba disembunyikan oleh pihak pemerintah yang berkuasa. Yang terus-terusan membaham semua harta negara seumpama milik mereka.

Saksikan sendiri gambar-gambar di hadapan mata. Pemandangan ini pernah dilihat di dalam akhbar dan internet, namun apabila ianya dilihat dengan mata kepala sendiri ianya adalah sebuah pandangan yang sungguh berbeza. Kita melihat dengan mata dan berfikir dengan hati dan perasaan yang benci akan apa yang menyebabkan ianya berlaku.

Asiah anak kami yang bongsu juga terpegun dengan apa yang dilihat di depan matanya. Apakah sanggup kita membiarkan anak-anak kita hidup dengan masa depan yang gelap dan penuh dengan pelbagai jenis keruntuhan??????......bukan sahaja keruntuhan senibina manusia malah paling menakutkan keruntuhan akhlak dan tidak takut dengan hari pembalasan, akibat dari sikap tidak prihatin pemerintah.



Bangunan Stadium ini sekiranya kerajaan tiada niat untuk memperbaikinya...eloklah dijadikan sebagai sebuah monumen lambang keruntuhan kerajaan Barisan Nasional hasil dari sikap mereka yang boros dan perasuah!!!!

Juta-juta macam lekat celah gigi saja agaknya.

Rakyat kini harus didedahkan dengan perkara sebegini. Bukti di depan mata bahawa mereka yang bertanggungjawab membina Stadium ini adalah tidak amanah, perasuah dan macam-macam lagi perkataan buruk yang selayaknya dilontarkan kepda mereka. Kini kita dimaklumkan pula bahawa mereka jugalah salah satu kontraktor yang membina ISTANA NEGARA yang kini dilaporkan kos pembinaannya melonjak ke angak RM811 JUTA dan kos awalnya di tahun 2006 RM400 JUTA (angka ini pun tidak layak untuk diletakkan di hadapannya dengan perkataan HANYA)

KUALA LUMPUR: Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mungkin terancam jika kerajaan terus membenarkan Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad menjadi kontraktor utama membina istana baru di Jalan Duta, di sini.

Ini kerana syarikat itu merupakan kontraktor utama yang bertanggungjawab dalam pembinaan Stadium Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang menelan belanja RM280 juta, namun runtuh hanya selepas 10 bulan digunakan pada tahun lalu..

baca di sini.

Parlimen Baru

Dari maklumat yang dibaca juga KERAjaan juga bercadang membina Bangunan Parlimen yang baru dengan anggaran kosnya ialah RM800JUTA!!!! Baca di sini.

Apa lagi nak dikata...sanggupkah kita melihat wang berjuta dileburkan dan dimusnahkan sebegitu sahaja...

Bangun dan lawan...tapi bagaimana?????

Keresahan dan kebencian hilang seketika bila menyaksikan keindahan alam yang pada pandangan mata hanya percuma tanpa Pemiliknya meletakkan sebarang bayaran hanya terus tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.

No comments: