Sunday, 14 November 2010

Aku dan BERSIH 2.0 selepas disimbah air kimia 2007

(berita yang dah berhari berlalu..maklumlah seroang suri rumah yang multitasking)

10-11-10 : cantik juga tarikh ini, sama cantik dengan tarikh yang lainnya. Namun tarikh ini ada sejarahnya yang tersendiri yang tercipta hanya di tanah airku yang tercinta.


Ribuan rakyat malahan boleh saja ditafsirkan hingga mencegah angka 100,000 rakyat yang turun ke jalan raya mendesak 'BERSIH', bersihkan pilihanraya Malaysia, bersihkan SPR Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebelum pilihanraya dijalankan. Itu berlaku dalam tahun 2007, 10 hb November 2007.

Ribuan rakyat turun, ramai sekali membanjiri kota raya, entah dari pelusuk mana dalam negara mereka turut datang, beranikan diri walau tahu dalam sejarah negara kita apabila ada sebarang perhimpunan aman yang mendesak kerajaan berlaku adil pasti akan ada tentang dari pihak kerajaan. Polis dan seluruh jentera keselamatan negara dikerah untuk bersiap sedia.


Ribuan rakyat tetap turun hanya kerana inginkan pemurnian dalam usaha memilih pemimpin dan kerajaan yang bakal memerintah negara dan rakyat.

Kami adalah antara ribuan rakyat yang turut serta turun membelah rasa takut berhadapan dengan polis, FRU, water cannon dan gas pemedih api. Dan itulah habuan untuk kami semua.

10-11-07 peristiwa bersejarah itu berlaku. Sudah tentu bagi mereka yang turut serta tidak akan lekang dari kenangan peristiwa tersebut walau teruk 'dibelasah' oleh siraman air kimia dan gas yang menyesakkan dada.

Pilihanraya Umum ke 12 akhirnya diadakan pada Mac 2008 beberapa bulan sahaja selepas peristiwa 10-11, siapa sangka..ya siapa sangka..syukur dengan kemenangan besar. Bangga dan berpuashati menjadi warga yang berani turun di jalanraya mendesak..kerana usaha yang dilakukan secara diplomasi tidak pernah diambil endah oleh mereka yang berkuasa.

Lalu pada tarikh 10-11-10 seperti di tahun-tahun sebelumnya majlis menyambut ulangtahun peristiwa bersejarah ini dilaksanakan.


Tarikh 10-11-10 jatuh pada hari Rabu, dan satu pelancaran BERSIH 2.0 telah dijalankan sudah tentu ianya kesinambungan dari BERSIH yang mula diadakan di tahun 2007. Tanpa tahu apa bentuk program dan rancangan pelancaran BERSIH 2.0 saya sendiri begitu teruja untuk turut sama menjadi sebahagian dari sejarah dalam negara. Kepulangan suami dari tempat kerja lewat dari biasa dan dalam keletihan membuatkan saya terasa akan pasti terlepas peluang sekali seumur hidup ini.

Namun syukur kerana semangat kembali segar dan kami memecut ke Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya.

Keseronokan dan lebih teruja kerana bertemu ramai rakan-rakan sealiran. Kami turut sama masuk ke dalam dewan apabila majlis bermula untuk sama-sama menghayati apa yang bakal disampaikan.

Standup show dari Hishamuddin Rais memang sedap didengar dan buat ramai yang tertawa gelihati namun ada maksud dan kesah yang benar yang dibawanya dalam setiap cerita yang disampaikan.

Satunya tentang tugas sebenar seorang YB Yang Berhormat dan mereka yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin kawasan dan Parlimen. Beliau memberi contoh bahawa bukan tugas seorang YB untuk terpaksa menghadiri majlis kenduri kahwin sehingga 15 kenduri dalam sehari!!!. Ini satu contoh sinis darinya.

Ada beberapa orang YB di dalam gambar ini, YB Teresa Kok, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Zul. Nama YB Teresa Kok berkali-kali disebut oleh Hishamuddin, memang terbahak-bahak semua ketawa, saya sendiri tidak arif dalam isu sinis yang mungkin cuba disampaikan oleh Hishamuddin...banyak sangat.

YB Dr Zulkifli pula teruk dan direct juga dibelasah oleh Hishamuddin Rais gara-gara bertekak dengan Zulkifli Nordin. Kata Hisham buang masa dan tidak perlu bertekak dengan orang seperti Zulkifli Nordin ini. Tak pasal-pasal hilang gaji sehari Dr Zulkifli lantaran diarahkan keluar dari dewan.

Kami tidak duduk lama di dalam dewan kerana akhirnya terasa agak bosan dengan bentuk program yang diaturkan di peringkat awal, kemudian hingga akhirnya tidak pula tahu bagaimana, kerana selepas itu lansung tidak masuk semula ke dalam dewan dan menghabiskan masa di luar dewan bersembang tentang isu semasa sebelum bergegas ke satu program lain yang sedang panas diperkatakan, program Anak Muda PKR di Selangor Chinese Hall.

Keesokan harinya terbaca di Malaysiakini tentang sikap yang diambil oleh BERSIH 2.0. Terfikir dan terus terfikir...bolehkah...tetapi agaknya biarlah keadaan yang menentukan...kerana ianya belum pernah terbukti berlaku lagi..yang ada setiap perjuangan menuntut keadilan pasti mereka yang berjuang akan ditentang dan dizalimi....

Bagaimana pula, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan seluruh anak muda dari serata pelusuk negara terutama sekali di ceruk kampung akan turut sama menghayati BERSIH 2.0 dan turut sama memperjuangkan BERSIH nya Pilihanraya di Malaysia....bagaimanakan bentuk murni apolitis itu.,....bahasanya sahaja sungguh sukar untuk difahami......

PETIKAN BERITA DARI MALAYSIAKINI

BERSIH - gabungan parti politik dan puluhaan NGO - sebelum ini menggegarkan politik negara apabila berjaya menganjurkan demonstrasi besar melibatkan 40,00 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agung.P

ada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya.

Dan langkah pertama BERSIH ialah menyerahkan memorandum yang menyenaraikan 15 cadangan pembaharuan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam.

Walau apapun dikongsi gambar-gambar dari peristiwa pelancaran BERSIH 2.0.

pameran kartun Zunar

Peguam Kes 'OPS BUBAR DUN PERAK' Augustine Anthony turut hadir dari Ipoh Perak.

DS Nizar juga turut bersama sebelum beredar ke tapak ceramah di Taman Melewar.

Persembahan dari Orang Asal



PENGUNDI HANTU

3 comments:

pensel kayu said...

masa fru mula2 tembak..geng hat depan 1x pakat lari..saya masa tu xkena g,jauh g,dalam hati,ceh,geng ni apa,br kena sikit lari dah,sembang ja deraih,tak lama lepaih tu,tembakan kedua,br kena kat saya,masa tu baru la,haha..

run for urlife..tp,tah la,masa relief tu,rasa makin semangat lak..

nak lawan fasad,mungkar umno kat bumi malaysia ni..dgn laugan doa wehdah..Allahu Alah..

manisnya perjuangan..

ummu asiah said...

ha.ha..betul..tak tahan..kena lari juga..tapi itulah part yang paling manis...terasa melawan kezaliman sebab kita sedar kenapa kita turun dan kenapa polis dan FRU serang..

Belum nampak tanda2 cara berbincang ini diterima oleh pemimpin yang zalim ini...mana mungkin mereka mahu menyerahkan segala sumber kekayaan mereka untuk mereka kekal berharta kepada rakyat jelata.

tungkaran hati.blogspot said...

PAS akan lebih kuat dan hebat tanpa bekerjasama dengan DAP dan PKR! percayalah.....