Saturday, 3 October 2009

Bagan Pinang - aksi-aksi menarik 1

Ramai betul yang ambil peluang bertenggek di atas tiang-tiang pagar ni...siap boleh berkongsi dua orang...mungkin untuk mendapat view yang lebih luas 'world view'...:)



Ini dalam perjalanan balik...terserempak ramai yang lepak-lepak di atas benteng ni pula...letih...

Ha..tengok tu...mahabbah....pakcik-pakcik pakai T-Shirt DAP:)



Yang kurang upaya juga tidak dibiarkan terperok di rumah, dia juga ada hak untuk bersama rakyat, hak untuk memilih dan hak untuk menkmati kehidupan...tahniah kepada keluarga ini.




Eh...Ammar anak kedua saya pun sama turut beraksi...suka benar penyokong PR menunjukkan wang kertas ke arah penyokong BN....Tak tergoda nampaknya...mungkin BN bagi banyak kot...penyokong PR mana mampu....kita datang dengan sumber keringat sendiri.

Lagi aksi 'sogokan'.....

Dari jauh dah nak hurlurkan duit...mesti ada pimpinan BN yang sesat memasuki ruang penyokong BN ni...


Letih akak ni agaknya...rehat sekejap....selesa je duduk-duduk....

Tengok adik kecil ni....comel je...baru sudah dapat aiskrim ni....

PSM...merah menyala...bersemangat waja...lagi aksi muhibbah...




Apa yang menarik sangat agaknya tu...mesti ada aksi menarik dari penyokong BN juga ni...
Ramai....
Aksi marah pada penyokong BN lah ni....

Semangat nih...habis kena balut...

Inilah gaya pakcik dan makcik yang bersemangat kental...jauh berjalan ni bersama kami. Tapi terpaksa berpatah balik menaiki kenderaan. Pakcik sakit jantung kata makcik.

Bagan Pinang, Penat Berjalan, Wanita di sisi Calon PR Bagan Pinang.

Jam 8.03 pagi..highway menuju ke Port Dickson...berat nampaknya awan tu...bawa satu payung dan satu baju hujan...pasrah..basah pun basahlah...


Ishh...tak payahlah ambil gambar orang jahat tu..mengabihkan bogheh saja...komen suami di sebelah...

Tak pa..yang penting nak capture moto tu.."RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"....biar botul jang....musim pilihanraya ni, memanglah rakyat didahulukan...sepanjang jalan ke tempat pencalonan nampak jalan hitam saja..tak berlopak pulak...tapi menghabiskna duit rakyat saja...lepas pilihanraya lagi lingkup...tu lah pasal sampaikan Rosmah the first lady tu punya la terkejut dengan perkembangan pesat Port Dickson...punyala lama dia tak balik nogoghi...

Malu bertanya sesat jalan...ikut-ikut orang sakit badan, tapi berbaloi...orang kata jauh berjalan luas pengalaman, dalam perjuangan, jauh perjalanan banyak imbuhan...InsyaAllah dari Allah.

Itulah komen2 dari orang di jalanan yang kami temui.

5 km ke tempat penamaan calon PRK Dun Bagan Pinang..


....dek terlalu bersemangat dan risau melihat dereta kenderaan yang tidak bergerak kami mengikut beberapa kumpulan meletakkan kenderaan berdekatan stesen Petronas Telok Kemang, tanpa kami sedari yang sebenarnya destinasi yang dituju begitu jauh lagi...tapi kami teruskan jua...meredah tiupan angin pantai yang kuat...meredah hujan yang renyai-renyai dan adakalanya lebat sekali. Ramai juga yang berhenti bila hujan lebat...tapi kami berlima beranak meneruskan juga.

Terserempak dengan seorang pemuda yang mencadangkan agar kami balik semula mengambil kenderaan kerana destinasi yang dituju amat jauh lagi dalam jarak berjalan kaki...tapi confident untuk terus berjalan.

Panji-panji lambang perjuangan tetap dikibarkan walaupun kepenatan....


Tidak lah penat sangat bila lihat banyak ragam manusia....


Saya tanyakan Mak Cik ni.."nape makcik patah balik makcik?"

Jawabnya.."Pakcik ni sakit jantung...tak daya nak jalan jauh"

Saya jawab.."Okayla makcik...kami yang sehat ni jalan dulu"

Tu lah dia semangat perjuangan selagi hayat dikandung badan!!!....Anda yang sihat takkan nak tengok saja...

Hampir sampai ke destinasi, dari jauh terlihat kelibat individu yang hangat diperkatakan di pasaran Negeri Selangor...sempat gak snap gambar dia dari jauh. Jam baru menunjukkan pukul 9.31, YB dah pun beredar, ada urusan lain mungkin.

YB berada di haluan yang berlainan...tu lah tak ramai di sekelilingnya..sorang je escort..dan seorang cameraman kelihatan.

Riuh saya kabarkan pada isteri Dr Hatta dibahagian belakang kenderaan "Dr, kami jalan jauh tadi ni...ni nak patah balik lagi 5KM!!!"

Dr Kalsom: "eh...ni kenalkan, ni isteri calon"

Saya dengan excitednya: "oh..ye...ke...jom, jom bergambar sekejap"


Inilah hasilnya....hilang penat sekejap.

Ha....ini pula di tengahnya calon Bagan Pinang....ceria tersenyum diapit si isteri dan Dr Hatta Ramli.

Gambar2 aksi di tempat penamaan calon menyusul kemudian

Friday, 2 October 2009

Mat Sah, Anak-anak dan Perjuangan Membebaskan Malaysia dari ISA

Akhirnya semalam saya bersama 3 orang anak-anak, Ammar, Asma' dan Asiah dapat juga berkunjung ke rumah Cikgu Laila untuk melihat sendiri wajah Mat Sah setelah dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting setelah 8 tahun dikurung tanpa bicara.

Ammar..mungkin dek kerana terlalu letih malas nak pergi awalnya, tetapi buat Asiah dan Asma' mereka over excited bila saya maklumkan hajat, sebaik saja tiba di rumah dari sekolah pada jam 6.50 petang. Terloncat-loncat dan menjerit-jerit...entah apa yang seronok sangat entahla.

Kami bertolak jam 8 malam..special request saya pada Cikgu Laila ialah nak makan nasi lemak sebelah bengkel Mara...tempat kami selalu berkunjung untuk makan lewat malam sebaik selepas balik dari mesyuarat GMI tiap 2 minggu sekali di malam Rabu.

Dapatlah kami makan nasi lemak tersebut yang dibeli khas oleh Abah Suhaib dan Suhaib.

Sayangnya kami tidak dapat beramah mesra dengan lama, kerana sebaik kami sampai ada juga tetamu lain yang turut datang dari jauh...paman Cikgu Laila..sudah tentu saudara terdekat perlu didahulukan. Kami buat macam rumah sendiri makan nasi lemak di ruang belakang...


Sempat juga bergambar kenangan untuk anak-anak. Cikgu Laila meminta Ammar menceritakan pengalaman dipenjara di Penjara Petaling bersama Suhaib..Cikgu Laila bertanyakan pengalaman mereka yang terpaksa menanggalakan seluar mereka...


Saya menambah: "Nasib baik pakai seluar dalam kan"

Cikgu Laila: "Nasib baik pakai boxer kan"

Mat Sah menambah mungkin melalui pengalamannya setiap kali dibawa ke PRC dari KEMTA: "tak pe..kalau tak pakai seluar dalam...dia akan bagi seluar"...tapi saya ada mendengar pengalaman pahit para tahanan dibogelkan dan macam2 lagi...biarla mereka sendiri yang menceritakan.

Itulah serba sedikit pengalaman anak-anak saya sepanjang perjuangan membebaskan tahanan ISA dan Memansuhkan ISA..moga mereka terus membesar sebagai pejuang.

Asiah dan Asma'

Thursday, 1 October 2009

Perjuangan Bermula lagi di Bagan Pinang

Entah kenapa semangat LAWAN TETAP LAWAN kali ini amat membara.

Apatah lagi dengan semangat ingin menghapuskan pemimpin yang korup dan merosakkan rakyat dan negara...

Apatah lagi dengan semangat MENGHAPUSKAN ISA....

dan yang lebih penting...Bagan Pinang dah tak jauh sangat..rugi kalau tak pergi..sebab kalau orang jauh boleh berkorban apatah lagi orang yang dekat...

Saya teringat ketika saya dan suami bertemu Zorro dan teamnya di Permatang Pasir.. Kebetulan terserempak dengan mereka di lobby hotel yang sama dengan tempat yang ingin kami tumpang rehat. Mereka menginap di hotel yang sama dengan kami. Bersungguh-sungguh mereka membantu. Datang dan korban masa dan tenaga dengan sepenuhnya untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat...walau calonnya adalah dari PAS...ini masanya untuk kita berjuang untuk semua rakyat Malaysia...jika mereka berkorban maka kenapa tidak kita????...seperti mereka ini perjuangan untuk Rakyat Malaysia..bukan untuk golongan tertentu dan bangsa dan agama yang tertentu sahaja...



Jom...sama-sama kita lawan...

Untuk kita yang beragama Islam..ha..ini dia baca peringatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

"Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi."

Wednesday, 30 September 2009

Mansuhkan ISA di sana sini...HAPUSKAN ISA

Dah lama tak update blog...bila saya semak di blog kulupsakah...dah 1 week tak update blog...kesian..

Jadi bersempena dengan selesainya penamaan calon di Bagan Pinang oleh BN saya terasa ada semangat untuk update blog...bersempena nak kuatkan semangat untuk sama-sama kempen HAPUSKAN ISA di Bagan Pinang dan di tanahair tercinta Malaysia.

Buat permulaan update semula blog ni...saya pun sama-sama nak kempen untuk letakkan image ni di blog...
Di bawah ni pula..saya kongsikan saja gambar2 raya bersama para reformis di rumah Dr Hatta Ramli pada hari Sabtu yang lepas...seronok dan ceria dapat bertemu ramai teman-teman lama yang sering kena tembak dengan tear gas dan water cannon.


Aiman-teman selokap dua kali...Dr Wardah pernah juga merasa ditangkap..ummuasiah..tak berhenti makan..ambil peluang makan sepuasnya...kambing bakar...sedap sekali...di belakang Asma' dan Raja Rohaisham..ibu kepada 2 orang anak teristimewa dan isteri Kulup Sakah:)


Deretan makanan...just can't resist it...

ummuasiah..."eh..Aiman..apa kata next time demo kita pakai baju kurung cantik2 dan berwarna warni..mesti tak kena tangkap punya. Kan hari tu di mahkamah polis kata dia cam orang yang nak ditangkap melalui warna kulit dan pakaian."

Dr Hatta: "ishh..racist betul"

Aiman: "tak yah la kak...kak muka kita ni dah ada chop dah untuk ditangkap, tapi tak pe lah..jom kita pesan baju kurung cantik2".

Sham: "kak..siap bawa handbag glamour-glamour sikit"

Itukah serba sedikit bualan kami petang tu di rumah Dr Hatta...tapi memang benar polis yang dipanggil saksi telah mengatakan demikian...mereka cam orang yang mereka tangkap melalui warna kulit, pakaian..dan entah apa lagi tah...teruk betul...

Ha...ni kumpulan reformis dulu hingga kini...Zunar and team siap bawa majalah Gedung Kartun untuk dipromosi dan dijual...laris...semua beli lebih dari satu...datang YB Ronnie lagi banyak dia borong...risau semua takut habis...

Terimakasih Zunar sebab bagi copy paste gambar2...cameraman entah macamana tak bawa camera dia hari tu...

Moga bertemu kembali...

Friday, 18 September 2009

Ramadan akan berlalu pergi...kenangan di malam 28 Ramadan...

Bersahur beramai-ramai...anak-anak remaja harapan Agama dan bangsa...moga Al-Quran di dada dan di dalam diri sentiasa dijaga dan dijulang...anak-anak hafiz dan bakal Hafiz dari Sekolah Menengah Islam Hira', Maahad Tahfiz Al-Quran Hira'.


Imam solat Tahajjud dan solat Tarawikh di Masjid UIA...indah dan sedap bacaannya...

Apa lah pulak yang dido'akan oleh seorang sahabat kepada sahabatnya ni...
Yang merengkok tidur tu, anak yang sulong...Anas Al Hafiz...letih la kot dok buat pengambaraan...ummi ambil dari sekolah petang terus mohon dihantar ke Masjid..tak balik rumah lansung....
Alhamdulillah...Al-Quran dijulang...sentiasa di sisi...

Alhamdulillah...moga akan kekal begini dari kecil hingga dewasa..moga menjadi peneman di dalam kegelapan di alam kubur...

Tenang hati dan jiwa....Indahnya Ramadan....

Hidup...dan berseri Ramadan di Masjid UIA...

Asiah yang tak tidor malam pada malam 27 dan 28 Ramadan...saya kata dia kira batu2 di sekitar masjid...marah betul dia...ada satu malam tu saya terjaga pada jam 3 pagi dan dia tiada di sisi, saya cari dia di segenap pelusuk masjid hingga masuk ke bilik operasi Masjid...at last baru teringat nak call abah dia..rupanya dia turun pergi tidor di ruang lelaki...ishh...menduga kesabaran betul...

Anak-anak lepas bersahur....

Anak kecil pun iktiqaf...berbagai bangsa...comel...banyak aktiviti...belajar, mengaji...dengan niat beribadat kepada Yang Maha Pencipta...

Tengok ceria mereka menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan..moga Allah reda.....

Thursday, 17 September 2009

Kejayaan GMI,kenangan manis, namun harus terus berjuang

Lagi kenangan manis...namun kami harus terus berjuang untuk mereka yang masih belum dibebaskan, Samsudin yang paling lama kini...seangkatan dengan Mat Sah dan Dr Abdullah Daud...beliau jugalah orangnya yang berjasa melakarkan gambar-gambar seksaan SB terhadap tahanan ISA...juga Pakcik Matin yang berusia 61 tahun....sebelum ini anaknya Saodah Matin menderita lantaran suaminya Zaini Zakaria juga ditahan ISA...bila berlaku pembebasan mereka masih tidak bersama kerana jodoh mereka berakhir lantaran KEZALIMAN ISA.....ZALIM!!!!!

Kami dan kita seluruh rakyat Malaysia perlu terus bangun berjuang.....Kerajaan lansung tidak dapat membuktikan dan menujukkan bukti apa kesalahan mereka...memang sah nyata....mereka telah dizalimi...namun hidup berkeluarga mangsa-mangsa ISA terus dimusnahkan oleh kerajaan yang zalim.....


Barisan AJK GMI..bergambar bersama Award yang diterima..Anugerah Civil Society Award.

Kenangan bersama AJK GMI ketika mengadakan retreat di Frasers Hill di tahun 2007. dari kiri YB Lih Kang bekas setiausaha GMI yang ke 3, Hj Azemi, Yap juga bekas Setiausaha GMI yang ke 2, Zainal Adnan, Syed Ibrahim, YB Saari..hujung tak ingat siapa..duduk depan kiri, Kak Jije, Siti Norma isteri bekas tahanan ISA, Asiah, Nalini, setiausaha GMI kini yg ke 5, Ustazah Nuridah, Nashita, Cikgu Laila dan Asma'....antara kenangan manis kami bersama.....

'Bebas tahanan ISA kejayaan GMI'
Sep 16, 09 3:48pm


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam sebagai kejayaan kempennya menentang akta tersebut, khususnya demonstrasi besar 1 Ogos lalu.

"Tentunya kerajaan tidak akan mengaku tunduk pada tekanan ini tetapi tuntutannya bukan hanya retorik atau beremosi seperti insiden (perhimpunan membawa) kepala lembu," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Perhimpunan besar-besar di Kuala Lumpur itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda perkenan campur tangan memansuhkan ISA - bagaimanapun kira-kira 20,000 penentang akta itu dihalang polis.

Mat Sah Mohamad Satray, suami ahli jawatankuasa GMI Norlaila Othman, antara lima yang dibebaskan petang semalam setelah mereka didapati telah pulih dan tidak lagi mengancam keselamatan negara.

Kelima-lima bagaimanapun dikenakan perintah tahanan terhad yang mewajibkan mereka melaporkan kepada polis setiap minggu dan harus memohon kebenaran pihak berkuasa itu untuk keluar dari daerah tahanan.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Ibrahim berkata pembebasan mereka itu bagaimanapun masih membangkitkan persoalan asas tentang kenapa mereka ditahan dan bukti-bukti kesalahan mereka.

"Jika diperhatikan seimbas lalu, seseorang akan perasan kenyataan menteri (dalam negeri) itu yang sewenang-wenangnya, subjektif dan boleh dipertikaikan," katanya, mengulas alasan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau dilaporkan berkata kelima-limanya dibebaskan bagi membolehkan mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

GMI juga mempersoalkan pembebasan secara memilih-milih yang dibuat oleh kerajaan apabila sembilan lagi tahanan - termasuk Shamsuddin Sulaiman yang ditahan selama lapan tahun.

Mat Sah ditahan sejak April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI), seperti juga tuduhan terhadap Dr Abdullah Daud yang ditahan Januari tahun yang sama.

Sementara tiga lagi yang turut dibebaskan - Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah - ditahan di kem Kamunting mulai Mei 2007.

Walaupun gembira dan mengalu-alukan pembebasan lima tahanan ini, GMI tetap mempertikaikan dua asas akta itu: penahanan itu dibuat secara sewenang-wenangnya dan kuasa sewenang-wenangnya untuk menahan pada menteri dan polis.