Saturday, 14 June 2008

Anak-anak Malaysia Rayu Bebaskan Tahanan ISA sempena Hari Bapa

Kesemua anak-anak rakyat Malaysia yang berani menyatakan yang Hak...menuntut keadilan dan pembelaan ke atas nasib rakan-rakan mereka, anak-anak tahanan ISA, yang ayah-ayah mereka masih ditahan di dalam Kem Tahanan Kamunting selama bertahun-tahun...tanpa mengetahui bilakah tarikh sebenarnya mereka akan dibebaskan. Anak-anak ini masih terlalu kecil untuk memahami hakikat kezaliman yang menimpa keatas mangsa-mangsa akta zalim ISA, namun mereka tidak lah terlalu mentah untuk memahami pemderitaan jiwa yang perlu ditanggung oleh keluarga mangsa tahanan ISA. Maka mereka berani berhadapan dengan polis-polis dan FRU yang bersenjatakan pistol di pinggang dan belantan di tangan-tangan mereka.

TEDDY BEAR UNTUK MU AYAHKU...

Sempena kedatangan Hari Bapa ini...
Kami semakin rindu kepadamu...Ayah..
Pulangkanlah Ayah Kami...
Bukan hanya kerana Hari Bapa yang bakal mendatang
Namun kerana Ayah kami tidak bersalah..
Jangan biarkan kami terus menerus kehilangan kasih sayang darinya..
Kami rindu..amat rindu..
Kami kasih..amat kasih...
Cukup sudah penderitaan kami..
Cukup sudah kezaliman yang menimpa kami.. Hari ini seramai 50 orang anak-anak Malaysia telah berkumpul bersama-sama dengan satu hajat dan niat yang tulus ikhlas.....Merayu agar semua tahanan ISA yang masih dipenjarakan di Kem Tahanan Kamunting dibebaskan dengan segera.

Kami dari Gerakan Mansuhkan ISA telah berkumpul seawal jam 9 pagi di Sekolah Viviekananda di Brickfields sebelum kesemuanya bertolak dengan 3 buah bas menuju ke Istana Negara.Namun nasib kami tidak sebaik nasib para pelancong yang pergi ke Istana Negara untuk melawat dan melihat keindahan Istana Negara dari luar. Bas kami terpaksa diberhentikan di tepi jalan besar yang sibuk. Semua kami beserta anak-anak terpaksa berjalan kaki dari jauh menuju ke Istana Negara.


Dari kejauhan sudah kelihatan pegawai polis serta FRU berlari-lari bersedia untuk menahan kami dari memasuki jalan ke Istana Negara. Kami dibiarkan berdiri di bahu jalan raya yang sibuk dengan lalulintas di bawah bahang mentari pagi yang terik.
Polis dan FRU membuat 'Human Shield' mereka. Mereka membuat benteng manusia bagi menghalang kumpulan kami masuk ke kawasan depan pagar besar Istana.
Anak-anak yang datang semuanya membawa seorang satu bakul yang berisi teddy bear dan bunga sebagai lambang hadiah hari bapa. Bapa-bapa yang masih ditahan dan merengkuk di Kem Tahanan Kamunting bertahun lamanya tanpa apa bukti kesalahan. Hadiah tersebut ingin diserahkan kepada ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong sebagai lambang Ketua sebuah Negara dan Bapa kepada semua anak-anak rakyat Malaysia.
Hampir sejam semua anak-anak dan penyokong terpaksa menunggu dan merayu memohon untuk dibenarkan masuk atau seorang pegawai Istana datang bertemu...namun semuanya tidak berjaya...

Kami yang hadir dimaklumkan bahawa 3 orang ahli Parlimen iaitu YB Sivarasah(Subang), YB Zuraidah(Ampang) dan YB Manikavasagam(Kapar) telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Brickfileds. Rupanya mereka tiba lebih awal di Istana Negara untuk menanti kedatangan kami serta kedatangan YB Dr Wan Azizah.
Kami akhirnya dibantu oleh YB Ronnie Liu ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang cuba berunding dengan pihak berkuasa untuk kami dibenarkan masuk ke kawasan hadapan pagar Istana Negara.
Akhirnya...hadiah-hadiah tersebut hanya dapat diletakkan di bahu jalan sahaja setelah tiada sesiapa yang sudi menerimanya..........
Perjuangan membebaskan rakyat Malaysia yang dizalimi akan diteruskan.....

6 comments:

Neeza Shahril said...

sedihnya tengok anak-anak yang tak berdosa tu.. bayangkan.. kalau kawan2 tanya, ayah awak mana.. dah tentu mereka akan kata, dalam tahanan.. seolah2 ayah mereka adalah banduan.. padahal tidak.. kenapalah mereka dizalimi macam tu.. Ya Allah... engkau kabulkan doa orang orang yang dizalimi....

Abang Long said...

Salam perjuangan buat Puan.

Maaf, tiada komen pada kali ini. Saya terlalu sedih.

misz_A said...

sedih sgt tgk muka budak2 tu...

OndeOnde said...

this is too sad..

ummu asiah said...

Untuk semua kawan2..neeza, abg long, misz_a and oo..

Sama-sama kita do'akan agar nasib mereka semua terbela dan semua tahanan dibebaskan segera atau dibicarakan sekiranya mereka bersalah.

maklang said...

sedihnya hati maklang melihat anak2 tersebut...moga2 doa kita untuk dimasuhkan ISA tu dikabulkan Allah...Amin...