Friday, 7 August 2009

Anak-anak Pewaris Perjuangan..

Terlebih dahulu...sekiranya anda ingin mengetahui apa yang telah Ammar dan Suhaib lalui...klik dan baca di sini... Blog Suhaib Mat Sah..Ammar diarahkan buka cermin mata dan didera mengutip getah di atas lantai...

Saya belum lagi menceritakan kesah penahanan kami semua secara detail, masih mengambil masa untuk menulis sebagai bahan perkongsian dan paling penting sebagai bahan bukti tentang segala bentuk penipuan dan kezaliman pihak berkuasa.

Seperti yang telah dimaklumkan anak saya yang kedua Ammar yang berumur 13 tahun turut sama ditangkap bersekali dengan Suhaib 16 tahun, anak seorang tahanan ISA selama 8 tahun.

Saya sebenarnya tidak sanggup untuk menulis tentang apa yang telah dilalui dan terpaksa dilalui oleh Ammar. Sebagai seorang ibu hati saya sedih dan pedih, saya cuba sedaya upaya mengenepikan segala ingatan mengenai peristiwa itu.

Kami menikmati hidangan makanan tengahari yang disediakan ketika diletakkan di tempat FRU di cheras sebelum dipindahkan dengan kasar ke Bukit Jalil..teringat lagi kata-kata Ammar..."hhhmm...sedapnya...."....menunjukkan tahap kelaparan mereka ketika itu..selepas itu polis sudah tidak lagi memberi makanan kepada kami dan juga kedua orang ini.

Sebaik kami menemui peguam keesokan harinya pada waktu petang barulah kami mengetahui bahawa kedua mereka telah dibawa ke Penjara Juvenile di Petaling. Kami juga dimaklumkan bahawa mereka telah terpaksa memakai pakaian lokap dan tangan mereka bergari dan mereka juga tidak diberi makan sehingga jam 11.30 malam itupun setelah para peguam berjaya menemui mereka setelah puas mencari di semua pusat tahanan sementara.

Keratan Akhbar dari The Star, kalau tidak silap saya...di belakang yang ber T-Shirt cokelat ialah Abah Ammar....lihat ekspresi wajah Abah Ammar...apa pulak perasaan anda jika berada di situasi itu...nasib baik peguam cepat2 tutupkan wajah mereka dengan blazer masing2...

Salah seorang peguam yang bernama Johnson memaklumkan kepada kami bahawa beliau sendiri telah menangis sebaik melihat keadaan mereka yang seperti di atas.

Setelah mendapat makluman singkat seperti di atas, dengan pertemuan yang singkat dengan peguam sebelum kami dibawa berjumpa Majistret, kami telah dibawa masuk semula ke dalam lokap. Selepas itu saya dan Cikgu Laila sudah tidak dapat lagi membendung air mata dan kesedihan kami, air mata mengalir deras tanpa dapat ditahan lagi, kebanyakan teman2 yang lain turut menangis.

Saya cuba buangkan jauh-jauh semua ingatan terhadap Ammar dan perkara buruk yang mungkin dialaminya...tak sanggup saya membayangkannya.....saya tahu pasti akan ada yang akan mempersoalkan, "kenapa libatkan anak-anak?, tak kasihan kah dengan masa depan mereka? dan macam-macam lagi bentuk soalan yang negatif"....saya sudahpun menerimanya...

Keratan akhbar yang lain pula...Abah Ammar mengiringi...
Kami punya barisan peguam yang begitu ramai sekali dan hebat2 belaka yang berjaya membebaskan Ammar dan Suhaib dengan segera...

Anak saya Ammar faham akan apa yang dilakukan apa yang ibu, ayah dan sahabat semua perjuangkan...Abah Suhaib telah 8 tahun dipenjarakan tanpa diadili...saya tidak memaksanya untuk bersama saya, dia dengan rela hati menurut....dan ini bukan kali pertama dia melihat kezaliman polis dan FRU di hadapan matanya.

6456_109992459238_90393349238_2056460_2147934_n
Keganasan polis di hadapan KLCC di tahun 2006. Saudara kami Zahir Hassan dibelasah dengan teruk di atas Jalan Ampang disaksikan oleh isteri dan anak-anaknya termasuk saya dan juga Asiah yang baru berumur 5 tahun ketika itu. Kami sudah memberikan persetujuan untuk menjadi saksi bagi kes saman ini.

Di tahun 2006 ketika Perhimpunan Aman kenaikan harga minyak di hadapan KLCC dia melihat di hadapan matanya bagaimana seorang polis berkuda membelasah seorang demonstran dari atas kudanya...ketika saya menemui semula Ammar, mukanya pucat dan seolah tidak dapat berkata-kata...rupanya dia begitu trauma sekali...namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersama saya dan keluarga keluar menyatakan kebenaran dan menentang kezaliman.
isa1j
Kami di dalam truck polis...masih membuat bising...hingga akhirnya polis terpaksa menurunkan kanvas menutupi...namun mereka tidak dapat menghalang kami dari terus bersuara. stay alive 2:154

Kami yakin dengan janji Allah kepada orang yang benar dan berjuang di jalanNya...

Saya masih tidak sanggup untuk menceritakan segalanya dengan detail...anda boleh layari laman blog ibu Suhaib, Merah Hitam...kebanyakan gambar diambil dari blognya.

3 comments:

cikMilah said...

bila dengar dari TV tiga suku, mmg dah terbayang Ammar dan Suhaib. Airmata keluar tak tertahan. Husband tanya, Asiah kena tangkap ka ( He addressed you as Asiah!)
Waris perjuangan.. semalam baca report Cikgu Laila dan Suhaib dlm The Sun . . Usah risau sangat tanggapan orang asal kita yakin denagn apa yang kita perjuangkan. Balasan dan pujian di dunia hanya sementara. Doa dari Kakcik, ibu dan ayah mu akan faham dan merestui.

ummu asiah said...

kak cik

thanks a lot for the comforting words..

he..he...lawakla panggil mak asiah, asiah..

now dah heboh pulak saman menyaman GMI..diketuai oleh ketua PPIM!!!!

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cwngan KL pun nak saman..nasib baikkk..bukan DPMM Pusat...atok asiah dok jadi AJK kat situ....

dugaan berat lagi ni...

Andrew said...

Subhanallah.. saya sedih dengan kejadian yang anda alami. benar2 Pelanggaran hak azasi manusia. semoga keluarga ini di berikan kekuatan oleh Allah SWT.. dan semoga masa depan adik2 cerah dan cepat melupakan kejadian walau terasa pahit sepanjang hidup..

Salam hangat dari Jakarta..