Wednesday 6 May 2009

JOM BERPAKAIAN SERBA HITAM ESOK!!!!!

Hitam.....memang esok patut pakai hitam...nyatakan sokongan anda...
Saya rasa pihak polis yang menjalankan tugas...lebih-lebih lagi menaikkan kemarahan rakyat dan lebih menggalakkan rakyat untuk turut sama pakai hitam bagi menyatakan sokongan kepada negeri Perak dan kepada rakyat Perak.
Semalam Wong Chin Huat telah ditangkap lantaran satu usaha BERSIH untuk mengajak rakyat seluruhnya memakai serba hitam esok...
Mat Sabu pula ditangkap tengahari tadi kemungkinan kerana usaha beliau untuk mengadakan perhimpunan Munajat Subuh esok di Manjoi Perak.
Takut juga baca peristiwa penangkapan Mat Sabu di Harakahdaily dan di Malaysiakini...ditangkap secara kasar oleh sekumpulan SB plainclothes policemen...dengan 3 buah kenderaan dengan Mat Sabu menjerit untuk menarik perhatian YB Salahuddin yang bersama beliau tapi berjalan jauh ke hadapan...
Memang menambah sakit hati kepada SB....
Apa-apa pun tak rugi apa-apa untuk kita sama-sama berpakaian hitam esok...tapi kemungkinankah polis akan menangkap semua yg pakai baju hitam esok...sama seperti dalam peristiwa BERSIH dulu...salah kalau pakai kuning....

No comments: