Friday 8 May 2009

Satu Hati

Apa kata pagi-pagi ini kita sama-sama berhibur dengan lagu yang indah ini...Satu Hati dendangan dari La Khauf nukilan Anual Bakhri dari album di Palang Ini.

Album ini dikeluarkan khusus bertemakan kezaliman ISA...kezaliman yang menimpa tahanan ISA dan keluarga mereka...

Kami mula mendendangkan lagu ini di program sempena menyambut Hari Hak Asasi Sedunia pada penghujung tahun 2006 di Kampung Berembang ketika kampung mereka dihancurkan oleh MPAJ atas arahan kerajaan BN.

Semalam awal pagi ketika menghantar anak ke sekolah DJ radio IKIM memutarkan nasyid ini. Saya mula mendengar nasyid ini didendangkan di radio IKIM ketika PRK di Kuala Terengganu diadakan...sebelum tu tak perasan pula..

Yang menarik wordingnya..sila hayati...

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH
UNTUK KEAMANAN

No comments: