Saturday 9 May 2009

PEWARIS KECUT PERUT??? ISA HARAM ATAU HALAL?

PEWARIS tidak berani menyahut cabaran berdebat sebenarnya.....mereka tidak ada hujah yang berani mereka kemukakan...kalau berani...okay...next time kita adakan lagi...

GMI semenjak tahun 2003 sudah mula mengorak langkah berjumpa dengan mufti-mufti seluruh Malaysia...ada yang sudi berjumpa secara formal...berbincang..menerima memorandum, ada yang lansung tidak mahu jumpa..

Berbekalkan buku yang ditulis oleh Saari Sungib ”ISA Undang-undang Haram: Wajib Dimansuhkan” kami telah berjumpa beberapa orang mufti, bagi yang tidak berjaya dijumpai kami telah mengirimkan naskah tersebut untuk para mufti mengkaji dan memahami isu yang ingin dibangkitkan dan diharapkan mendapat perhatian sewajarnya dari Majlis Mufti-Mufti.

Namun tidak ada sebarang respon dari mereka. Di tahun 2006 kami sekali lagi meneruskan usaha tersebut dengan turut membawa wakil isteri tahanan ISA untuk bersama berjumpa mufti yang sudi dijumpai. Namun segala usaha kami sia-sia belaka.

Secara tiba-tiba di akhir tahun lepas muncul pula satu pakatan yang baru yang bernama PEWARIS yang mengatakan ISA adalah wajar dan perlu untuk menyelamatkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Itulah sebabnya kita ingin mendengar hujah-hujah mereka atas dasar dan alasan apakah mereka mengatakan bahawa ISA itu halal.

YB Saari Sungib secara menyindir mengucapkan SYABAS kepada PEWARIS kerana berani dan juga yang PERTAMA dalam negara yang dengan lantang dan berani mengatakan bahawa ISA adalah HALAL...mengalahkan institusi MUFTI yang masih mengambil sikap berdiam diri dari mengatakan ISA itu Halal atau Haram hingga kini.


Puan Norlaila, isteri kepada Mat Sah Mohd Satray, tahanan ISA yang memasuki 7 tahun dikurung di KEMTA. Pada hari Jumaat 8hb Mei, Kerajaan mengumumkan membebaskan 13 orang tahanan ISA termasuk 3 ahli Hindraf, namun 3 orang tahanan ISA yang beragama Islam dan paling lama ditahan masih tidak dibebaskan....mengapa??????.....

Inilah yang membuatkan ISA itu haram dan harus dihapuskan....ianya zalim...menzalimi...menahan orang tanpa dibicarakan bertahun lamanya. Ianya menyeksa berbagai pihak....kenapa tidak boleh dibicarakan...???

Sidang Media diadakan sebaik tamat sesi Debat...yang hanya diisi dengan pengisian dari YB Saari Sungib yang menegaskan hujah-hujah kenapa ISA Haram dan mesti dihapuskan.

Sidang Media mengenai pembebasan 13 orang tahanan ISA...GMI sentiasa akan mendesak kerajaan membebaskan ke semua tahanan ISA...kini hanya tinggal 14 orang tahanan ISA di dalam KEMTA yang sebegitu besar.....Bebaskanlah sahaja kesemuanya...kemudian boleh dibawa mereka ke mahkamah jika sebenarnya ada bukti mereka bersalah.

Fadiah seorang pengamal undang-undang menjadi moderator pada hari itu...bagus sebab beliau faham mengenai undang-undang civil atau pun undang-undang Islam...maka beliau menegaskan lagi sebab-sebab mengapa ISA tidak boleh digunakan.

YB Lau dari DAP mahukan YB Saari berkongsi tentang 'minda SB' hingga membolehkan mereka menyiksa tahanan ISA ke peringkat yang amat zalim sekali...penting untuk semua orang tahu sebelum mereka terperangkap dengan tipu helah SB.

Komen dan saranan YB Saari ialah atas 2 prinsip utama dan penting:

1. Don't trust SB
2. Never trust SB

Nak cerita pasal SB dan pengalaman YB masa kena ISA, YB kata memang tak cukup masa...so sesiapa yang nak tahu lanjut baca di sini Tarbiyah Dari Penjara.

Saudara ini begitu bersemangat dan agak lucu. 2 kali dia bertanya soalan, kali pertama ketika mikrofon di bawah masih ok, jadi cuma bertanya dari bawah, kali kedua microfon problem, so siapa bertanya kena naik atas pentas. Saudara ini mempersoalkan tentang sesetengah rakyat yang masih tidak berasa apa-apa dan tidak melakukan apa-apa ketika melihat kezaliman di hadapan mata.

Dia berkongsi kisah dari Tanbihul Ghafilin tentang kisah hamba Allah yang baik di dunia namun tetap mendapat seksaan Allah kerana ketika di dunia dia hanya mendiamkan diri apabila melihat kezaliman di hadapan matanya.

Dalam kesah tahanan ISA terlalu banyak kesah kezaliman SB ke atas tahanan ISA..sering kita baca, saya juga sering mendengar dari mulut YB sendiri di setiap ceramah ISA yang dihadiri, namun sentiasa meninggalkan kesan seperti saya juga terasa disiat atau dicucuk oleh SB durjana. YB memberi contoh tahanan ISA yang ditahan kerana murtad dan memeluk agama Kristian.

Jeshua Jamaluddin namanya, dalam satu soal siasat SB memaksanya berbogel dan melakukan penyeksaan seperti yang dikatakan dikenakan ke atas Jesus. Dia dipaksa merangkak di atas lantai dalam keadaan bertelanjang bulat. Kemudian dipaksa berdiri sebelah kaki dengan dua tangan didepa sambil memegang selipar dalam masa dua jam.

Dalam buku Ia Sah Aniaya juga disebut, pegawai yang bernama Inspektor Yusof yang menzalimi Jeshua telah memanggil seorang polis wanita dan anaknya datang melihatnya sambil berkata "Ini orang Melayu tak tahu siapa dirinya. Dia menukar agama. Dia tidak tahu malu."

Soalan berkenaan mengapa tidak dikemukakan bukti juga diajukan. Apa tidaknya sebagai contoh ketika tahanan reformasi termasuk Raja Petra, YB Saari, Tian Chua, Ustaz Badrulamin dan lain-lain ditahan mereka dikatakan memiliki dan menyimpan bom, molotov cocktail dan segala macam ancaman bom, namun hingga mereka dibebaskan sehingga kini benda2 tersebut tidak pernah dibuktikan....namun komen YB ialah dalam kes ISA memang pelik, sepatutnya polis yang mencari bukti kemukakan bukti tersebut, tetapi ianya tidak pernah berlaku kerana memang polis hanya pandai merekacipta tuduhan dan dakwaan tanpa sebarang bukti.

Ketika pertemuan dengan wakil PEWARIS mereka mengatakan bahawa ISA itu okay dan diperlukan, apa yang salahnya ialah dari segi Implementationnya..pada pandangan saya PEWARIS ni mungkin tidak tahu tentang segala kezaliman yang berlaku kepada seseorang tahanan ISA bila mereka disoal-siasat oleh SB. Seperti yang disebutkan oleh YB Saari ada tahanan ISA yang dicucuk lubang kemaluan mereka dengan jarum, lubang dubur mereka dicucuk dengan kabel telekom, ianya adalah amat zalim, bagaimana PEWARIS yang dikatakan membela Islam, membela nasib Melayu, berpayung di bawah PPIM boleh meredhai segala kezaliman yang ada di dalam ISA???....

YB Saari memberi komen yang membayangkan bahawa sebenarnya apa yang disokong oleh PEWARIS adalah atas dasar politik, sekiranya ISA dimansuhkan mereka jugalah orang yang pertama yang akan menyokongnya....

Manusia yang boleh dijual beli ini memang mudah berubah fikiran dan pendapat mengikut situasi semasa....bukan atas dasar perjuangan yang ikhlas dan teguh pendirian.

Walaupun acara Debat yang sebenarnya gagal dijalankan lantaran penolakan oleh PEWARIS, namun YB Saari berjaya menguatkan lagi minda semua yang hadir bahawa ISA adalah Zalim, HARAM dan perlu dihapuskan. Tidak timbul isu bahawa ianya diperlukan sebagai akta pencegahan. Banyak akta lain lagi yang boleh digunakan, atau gubal saja satu undang-undang yang boleh menjamin keselamatan tahanan dan rakyat dari di manipulasi oleh pihak kerajaan yang memerintah untuk digunakan sebagai alat menyelamatkan diri mereka.

Fadiah peguam muda yang berpotensi besar untuk bersama menjamin keselamatan rakyat untuk bersama memastikan akta yang zalim dimansuhkan. Pada malam 7hb Mei beliau ialah antara 5 orang peguam dari Legal Aid Centre, Bar Council yang ditangkap dan dilokapkan oleh polis ketika mereka menjalankan tugas untuk menjamin tahanan yang lain di hadapan Balai Polis Brieckfields. Beliau dan yang lainnya dibebaskan dari lokap pada petang hari Jumaat 8hb Mei sehari sebelum acara debat dijalankan. Tahniah Fad...moga lebih bersemangat membela raykat yang tertindas.

Saudara ini berjaya mencetuskan kontroversi dan memanaskan suasana 'DEBAT' pada petang tersebut apabila beliau bangun menyatakan ISA adalah HALAL....dari bawah pentas terus diajak naik ke atas apabila mikrofon mula membuat hal, seolah mensabotaj usaha beliau...

Terkejut semua orang...katanya mungkin ada wakil PEWARIS di dalam dewan tersebut....beliau tidak bersetuju dengan statement saya di awalnya yang saya mengatakan PEWARIS ni pada pendapat saya Confused...tak faham....baginya PEWARIS ini sebenarnya BANGANG!!!...dia kata ya....bukan saya yang kata atau saya yang memandai menulis.....kebangangan tersebut juga direlatekan dengan seolah PEWARIS redha dengan segala kezaliman yang dilakukan oleh SB terhadap tahanan ISA....

At last dia kata...maksudnya ISA itu Halal ialah supaya orang seperti PEWARIS ini elok dirasakan bagaimana seksanya ditahan dibawah ISA

Namun bagi kami di GMI...kami tetap berpegang bahawa tiada sesiapa yang patut ditahan dibawah ISA walau bagaimana jahat mereka dan pernah menzalimi orang lain...biar undang-undang yang menentukan dan bagi orang Islam akhirnya pembalasan dari Allah jua yang menanti mereka kerana redha dengan kezaliman.

Malaysia Bebas Dari ISA...RM1 untuk kempen Mansuhkan ISA


ISA Tahan Tanpa Bicara KEJAM...mansuhkan ISA...RM1 untuk kempen Mansuhkan ISA!!!!

1 comment:

kulupSakah said...

pewaris bukan saja kecut perut tetapi kecut.....@#$%**!!