Thursday 29 October 2009

Peristiwa Hitam Sidang DUN Perak 28hb Oktober.

Kami mendapat peluang keemasan pada pagi semalam untuk menyaksikan satu lagi sejarah hitam yang berlaku di Malaysia yang berkait rapat dengan sistem perlembagaan di Malaysia seperti yang disebutkan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin iaitulah, apa yang berlaku di Perak ialah satu "Constitutional Crisis".

Ramai sekali polis, SB dan FRU yang dikerahkan berkawal dan bersedia untuk sesuatu yang 'pelik'

Kenapa sampai begini teruk ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat sendiri tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan persidangan?

Kami, seperti yang dikongsikan di tulisan yang lepas perlu berada di Kuala Kangsar dari tarikh 27hb Oktober hingga 30hb Oktober bagi menghadiri perbicaraan Kes "OPS BUBAR DUN PERAK"...nama kes ini diberi oleh PDRM.

Pada 27hb, kes berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang, berhenti hanya untuk waktu makan tengahari dan solat zuhor. Selesai bicara kes pada petangnya, pihak Timbalan Pendakwara (TPR) telah memohon agar kes ditangguhkan ke petang 28hb Okt dengan alasan mereka iaitulah "kami menjangkakan akan terjadi sesuatu yang pelik di Ipoh pagi esok, jadi kami harus bersedia". Wah...bukankah ini sesuatu ayat yang berunsur niat jahat di pehak mereka???

Jawab Puan Hakim Yang Arif "itu di Ipoh, biar mereka di Ipoh yang uruskan"...ha padan muka mereka..menyibuk saja...namun Puan Hakim menangguhkan juga kes ke jam 2 petang 28hb Oktober....dan kami?????.....ya kami tumpang seronok....walau TPR ada niat jahat....peluang keemasan untuk kami.

Ini FRU yang menghalau orang awam jauh-jauh...seperti biasa terjerit-jerit....

Namun TPR masih tidak mahu mengalah untuk 'menyakat' kami. Katanya "eh...hati-hati ya, ingat syarat ikat jamin kamu semua"....wah sekali lagi ada niat yang tidak baik....kenapa ya TPR harus bersikap demikian?

Maksudnya, ketika dibenarkan ikat jamin dengan jumlah yang tinggi seorang RM4000, mereka juga punya syarat untuk tidak dibenarkan menghadiri mana 'PERHIMPUNAN HARAM'. Kalau ditangkap kemungkinan akan dipenjarakan terus....dahsyat dan menakutkan...

Tapi kami sebagai rakyat yang bebas dan merdeka berhak melakukan apa-apa selagi tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan, akta polis yang melanggar perlembagaan negara, setiap orang punya hak untuk berhimpun dan bersuara....

Jadi...kami tetap ingin berhimpun....kami buat keputusan untuk pergi bermalam di Ipoh supaya mudah keesokan paginya untuk bergerak ke Bangunan Perak.

ada helikopter berlegar kat atas bangunan tu...satu lagi projek yang membazirkan!!!!

Awal-awal pagi lagi sudah menerima panggilan telefon dan sms dari teman 'OKT' yang lain...mereka juga bersemangat...memang kesemua mereka anak PERAK jati...semangat kuat...tak takut...datang ke Mahkamah masing-masing memakai pelekat BUBAR DUN PERAK...tak ada kesalahan bukan???

Suami saya yang juga OKT melepaskan saya dan anak yang sulong ke barisan hadapan bersama kumpulan ADUN-ADUN PR, dia melihat kami jauh dari jarak 500m dibelakang garisan polis. Ada terlekat banyak kertas-kertas yang datang dari arahan mahkamah tidak membenarkan orang awam berada dalam jarak 500m dari kawasan Bangunan Perak. Jadi 'OKT' kena lebih berhati-hati....syarat jamin mereka ketat...perjuangan masih banyak..jadi tidak mahulah meluangkan banyak masa dalam lokap!!!!


Puas hati dan seronok dapat berada di sana...puas hati kerana dapat menyaksikan sendiri kekuasaan yang dibolot 100% oleh mereka yang berkuasa iatulah BN..habis semua kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk menyekat rakyat dan lebih lagi menyekat wakil rakyat pilihan rakyat....yang paling teruk diperkudakan sudah tentulah pihak PDRM, Polis Di Raja Malaysia!!!!

Saya suka dan seronok kerana dapat berjumpa dengan ramai kenalan..excited..maklumlah berada di tempat orang, berjumpa dengan teman-teman wartawan dan sahabat yang bersama dalam setiap perhimpunan aman yang diadakan...mana ada satu perhimpunan pun yang diistiharkan oleh Mahkamah sebagai HARAM!!.

Sungguh jelas semua ini di mata rakyat..seperti yang disebut oleh DS Nizar sebaik berjalan menuju kembali kearah penyokong setelah usaha pertama untuk masuk ke dewan tidak dibenarkan "The world is watching!!!!"...ya bukan hanya rakyat Malaysia...

Anda saksikanlah sendiri sedikit babak apa yang berlaku semalam dari lensa kami sekeluarga...




Pagi ini jam 10 pagi kes akan bermula lagi di Mahkamah Kuala Kangsar, kami mengambil peluang berehat di Kamunting bersebelahan Kem Tahanan Kamunting yang kini hanya menempatkan 9 orang sahaja tahanan ISA yang majoritinya adalah rakyat negara asing. Dulunya ada ratusan orang yang merengkok di dalamnya...

Syukur dengan perjuangan rakyat melalui NGO dan Parti Politik yang bergabung di bawah Gerakan Mansuhkan ISA, sudah terlalu ramai yang dibebaskan dan kita bersama-sama memperjuangkan lagi nasib mereka yang terusan di kurung di sana terutama sekali Shamsudin yang sudah 8 tahun merengkuk di KEMTA.

No comments: