Friday 30 October 2009

Bongkar Kezaliman Penguasa dan Polis di Mahkamah!!!

Gambar terkini pada 29hb Oktober bergambar bersama peguam dan 3 orang YB dari DUN Perak, YB Lih Kang, YB Thomas Su, dan YB Leong bersama peguambela Augustine dan Haji Aminuddin. YB Leong dalam perjalanan untuk membuat laporan polis kerana beliau telah dkasari oleh polis dalam tragedi hitam Sidang DUN Perak pada 28hb Oktober. Bahagian buku lalinya membengkak.

Kes 'Ops Bubar Dun' yang berlansung dari tarikh 27 hb Oktober - 30 hb Oktober ditangguhkan pada jam 12 tengahari tadi ke tarikh 7 hb Dis - 9 hb Disember. Dari cara kerja dan ketepatan masa saya harus beri penghargaan yang tinggi kepada Puan Hakim Norsalha. Ternyata dia amat 'particular' tentang hal ini.

Ketika menangguhkan kes ini tengahari tadi, dia sudah memaklumkan bahawa sekiranya pada tarikh yang akan datang, samada peguambela datang atau tidak kes akan tetap dijalankan asalkan cukup semua OKT hadir.

Saya juga harus beri penghargaan kepada kesemua OKT yang terlibat dan 'teraniaya'. Mereka juga gigih dan bersemangat, hadir tanpa ponteng-ponteng atau lambat lagi, lantaran sifat Puan Hakim yang tegas dengan ketepatan masanya. Wang ikat jamin yang dikenakan seperti yang saya faham ialah untuk memastikan bahawa semua OKT hadirkan diri di setiap sesi perbicaraan yang dijalankan. Bagi 13 orang OKT ini mereka telah dikenakan ikat jamin yang tinggi iaitu RM4000 walaupun mereka bukanlah penjenayah.

Peguambela yang diketuai oleh Hj Aminuddin dan kumpulannya, Augustine Anthony, Zambri, Salim Bashir, Ranjit Singh, Charan Singh, Yusnita dan Ashwida ternyata antara individu -individu yang penting bagi memastikan kes ini segar dan bersemangat. Sifat ikhlas dan bersungguh berjuang kerana faham tentang kes ini yang melibatkan kezaliman dan penganiayaan dari pihak pimpinan negara yang sedang berkuasa dan menggunakan Polis Di Raja Malaysia sebagai alat tunggangan untuk memastikan hasrat mereka tercapai.

Dengan pemahaman ini, maka kes ini dapat dibicarakan dan dihujahkan dengan sebaik mungkin, membongkar dan meluah...membongkar bahawa 'POLIS ZALIM' dan meluahkan perasaan rakyat, yang ingin memohon, 'MERAFAK SEMBAH', memohon merayu kepada Institusi RAJA di Perak untuk memperkenankan hasrat dan permohonan rakyat.

Pemimpin negara yang mabukkan kuasa menggunakan segala kuasa yang ada untuk menzalimi rakyat, namun mereka tidak sedar bahawa Mahkamah di bawah Institusi Keadilan mampu dijadikan tempat paling baik untuk membongkarkan tingkah laku mereka dan niat jahat mereka. Segalanya akan direkodkan dan menjadi bahan bersejarah yang paling terbukti kesahihannya.

Walau apa pun jua keputusan yang bakal dijatuhkan ke atas semua yang dituduh, melalui pendedahan dari setiap pertanyaan dari pihak pendakwaraya terhadap saksi yang dihadapkan ke mahkamah bersekali dengan bahan bukti dan disusuli dengan hujahan balas dari pehak peg uambela yang handal-handal akan membuka mata rakyat dan memberi peluang kepada warga untuk menilai dan membuat keputusan masing-masing.

Institusi kehakiman juga menjadi ruang yang terbaik untuk mematahkan segala tuduhan liar yang dilemparkan ke atas semua yang tertuduh secara khusus dan perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Sokongan dari pimpinan kerajaan negeri juga sudah tentu memberikan satu motivasi yang tinggi kepada semua yang terlibat dari pihak keluarga OKT, kesemua OKT dan juga kepada barisan peguambela yang berjuang dengan ikhlas tanpa mengharapkan bayaran. Tambahan pula, mereka yang tertangkap dan dituduh adalah kerana perjuangan menuntut agar keadilan ditegakkan dan DUN Perak dibubarkan.

Terimakasih pada semua. Usaha untuk mencatatkan setiap hujahan yang dikemukakan Mahkamah akan diteruskan di ruang yang ada di laman ini.

Terima Kasih kepada Peguambela Augustine Anthony khususnya yang memberikan semangat untuk penulis menulis sebagai bukti pendedahan. Terima Kasih sekali lagi kepada semua.

Nota : Penulis agak sedih kerana tidak akan dapat bersama mendengar pembongkaran melalu i hujah balas peguambela pada 7-9 Disember kerana pada tarikh yang sama 7-9 dis juga ,penulis sendiri akan perlu menghadirkan diri di Mahkamah Jalan Duta sesi perbicaraan, juga sebagai OKT PROTES 2008 bersama 44 orang yang lainnya.

Kelihatan kumpulan penyokong yang awal tiba di IPD Kuala Kangsar untuk menghulur bantuan dan sokongan. Turut kelihatan YB Kula bersama pembantunya P. Sugumaran, Augustine, Ustaz Norazli dan mungkin ramai lagi yang tidak nampak dalam lensa kami....terima kasih.

Antara sahabat kami yang membantu dari awal, Sdra Zahir Hassan sekeluarga.

Di bawah adalah beberapa gambar untuk 'flashback' peristiwa yang berlaku dari awal hingga kini.

Inspektor Hasbullah dari IPD Kuala Kangsar membelasah orang awam. Kredit gambar

Lagi aksi belasah..kredit gambar

FRU belasah kaum wanita pula yang menyebabkan ramai naik marah ummuasiah dan Ustazah Nuridah. kredit gambar

Augustine dan Charan Singh


YB Yew DAP Aulong, turut hadir. Kelihatan Meor seorang OKT yang dibebaskan lebih awal dari yang lain. Bersama Aminuddin. Pada hari perbicaraan semalam saksi tidak dapat mengecamnya..itulah hasil dari pengecaman agak-agak, ramai OKT yang tidak dapat saksi camkan.


Ini aksi di hari ketiga mereka ditangkap dan dihadapkan ke hadapan majistret dan ditambah hari tahanan reman. Suami penulis seorang OKT. Dibelakangnya ialah Wak Idris kerakyatan Indonesia yang bermajikan di Kuala Kangsar yang telah dibelasah oleh polis yang berpangakat yang gambarnya tertera di sini...tak silap saya polis yang berpangkat itu jugalah turut berada dalam sidang DUN Perak yang bertukar menjadi ganas...hebat polis Kuala ye....

TU...pegawai polis yang aksinya dirakam membelasah orang awam...saya marah dan geram pada dia...baca kesahnya di sini.


Dibawa ke mahkamah untuk disambung reman...

Ini gambar terbaru ehsan dari blog Dewan Pemuda PAS Perak...terima kasih atas sokongan...sempat kenduri durian selepas mahkamah berhenti rehat dan ditangguhkan di sebelah petang.

No comments: