Friday 16 October 2009

PILIH I$A, 'NO TO ISA', KEZALIMAN ISA-AL- FATEHAH MEMALI'

Hampir dua minggu ISA disebut dan melata di mana-mana.....sebelumnya Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 hb Ogos berjaya dilaksanakan...kemudiannya disusuli dengan pembebasan 5 orang tahanan ISA yang dua orang darinya paling lama dikeluarkan dari KEMTA beberapa hari sebelum Aidil Fitri....

Kemudiannya PRK N31 menggegarkan lagi dengan calon Rasuah bernama ISA memenangi PRK N31.

Dalam sibuk-sibuk dengan PRK Bagan Pinang , kerajaan Pulau Pinang pula mengusahakan satu langkah yang murni dengan menaikkan 'billboard' NO TO ISA.

Belum pun sempat orang ramai melihat 'billboard' ini terpampang dengan megahnya di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ianya telahpun menerima akibat buruk bila ianya dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kita rakyat yang bencikan akta zalim ISA merasa berbangga dengan usaha Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kerajaan negerinya yang berjaya menzahirkan rasa kebencian ini dengan menaikkan 'billboard' ini.


Usaha bagaimana billboard ini berjaya dihasilkan boleh dibaca di blog ini DanielYKL.

Papan iklan tersebut dinaikkan pada 10 hb Oktober 2009, namun pada 15 hb Oktober setelah baru 5 hari dinaikkan ianya hanya tinggal rangka sahaja.....

Tidak tahu siapakah yang punya angkara, benci melihat papan tersebut, benci dengan usaha menghapuskan kezaliman atau tidak mahu ramai yang tahu bahawa ada usaha untuk menghapuskan ISA yang zalim????

Walaupun jelas nampaknya kerajaan dan pimpinan BN mahu mengekalkan ISA dan benci dengan usaha-usaha menghapuskan akta ini, kita akan teruskan juga usaha membuka mata masyarakat bahawa ISA adalah satu akta yang amat zalim dan perlu dihapuskan dengan segera dan bukannya di kaji semula.

Kezaliman ISA akan terus didedahkan...kita tidak mahu rakyat lupa tentang kezaliman yang menimpa ke atas penduduk Kampong Memali..yang menyebabkan ramai penduduk kampong yang tidak bersalah terbunuh Syahid...ianya berkait rapat dengan ISA...kita mahu mendedahkan kepada masyarakat yang mungkin masih belum tahu...

Kita akan mendedahkannya dengan secara santai melalui puisi, lagu dan tayangan video...

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Kelang dan Selangor...jangan lepaskan peluang ini...jemput bersama kami....



Malam Dari Rakyat Untuk Rakyat adalah satu usaha yang dibuat untuk menyampaikan mesej kemanusiaan, keadilan dan ketelusan kepada masyarakat. Program ini melibatkan semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama, pemimpin setempat mahupun orang biasa, Pendekatan yang ingin di bawa ialah melaui persembahan nyanyian, puisi, tayangan filem pendek serta pelancaran album Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Saksikan Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang kini konsisten memperjuangkan keadilan dan kebenaran khususnya perjuangan memansuhkan PPSMI. Turut sama karyawan rakyat En. Meor Yusof Aziddin yang akan melancarkan album Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Turut mengesahkan kehadiran ialah Adun Hulu Kelang, YB Hj Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak YB Mohd Azmin Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA Hj Syed Ibrahim Syed Noh.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang dan Gerakan Mansuhkan ISA


No comments: