Wednesday 28 October 2009

Boleh Percaya-PDRM Sedia Berkhidmat: Cepat dan Betul???

Saya telah menghadiri perbicaraan kes tangkapan 13 orang yang ditangkap kerana menghadiri perhimpunan aman rakyat di Masjid Ubudiah yang berlaku pada 6 hb Februari 2009. Kes disambung perbicaraan pada 27hb Oktober 2009. Setiap kali saya membuat catatan peribadi dan berkongsi untuk simpanan yang bersejarah. Jadi ini adalah catatan 'unofficial' dari saya sebagai isteri kepada salah seorang OKT Bad Latif Mansor.

Saksi ke 5 dalam perbicaraan kes ini. Lans Koperal Khairul Anuar Bin Othman, Umur 26 tahun. Jurufoto polis.

Peguambela bagi pihak OKT, Salim Bashir mula menyoal balas saksi setelah selesai sesi soal dari Timbalan Pendakwaraya.

Salim : Setuju atau tidak, tiada catatan masa di kamera awak?

KA : Setuju.

Salim : Setuju atau tidak yang anda tidak boleh pastikan ada berapa banyak jalan menuju istana ketika ini?

KA : Tidak tahu.

Salim : Kamu di dalam keadaan bergerak bukan statik?

KA : Setuju.

Salim : Jika bergerak, kamu tidak tahu apa yang yang berlaku di hadapan masjid?

KA : Setuju.

Salim : Setuju atau tidak, rakaman arahan mohon bersuarai tidak ada?

KA : Setuju.

Salim : Juga kamu tidak dapat pastikan kereta siapa yang diberhentikan?

KA : Setuju.

Salim : Ketika kamu membelakangkan istana, kamu tidak dapat menentukan jarak?

KA : Setuju.

Salim : Apakah dalam pemerhatian kamu, apakah kamu dapat melihat dari jarak perjalanan menuju ke istana?

Salim : Jadi kamu tidak boleh pastikan ada halangan atau tidak, yang masuk ke istana.
Apakah jalan yang sama?

KA : Tidak tahu.

.......................................................................................................................
(Saksi ke 5 Lans Koperal Khairul Anuar menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan perlahan seperti orang yang malas menjawab, sering melihat ke bawah dan menggoyang-goyangkan badannya sepanjang masa. Membuatkan orang yang mendengar dan melihat rasa kurang selesa. Beliau bukan sahaja ditegur oleh peguambela, TPR sendiri menegurnya sekiranya beliau kurang sihat.

Sebab itulah mungkin Augustine memulakan soalan dengan kenyataan ini.)

Augustine Anthony bangun menyoal balas saksi ke 5.

AA : Saya pohon sila cakap dengan terang-terang dan tenang.

AA :Apakah kesalahan orang-orang yanag ada hari ini?

KA : Mengadakan perhimpunan haram.

AA : Maksudnya berhimpun adalah sesuatu yang salah?

(Saya sudah marah dan melenting tetapi saya masih cakap perlahan dan lembut)

AA : Sebelum pada tarikh ini pernah menghadiri kawad cam.

KA : Tidak.

AA : Jadi baru hari ini tengok gambar-setuju?

KA : Setuju.

AA : Setuju dengan saya pengecaman hari ini agak-agak sahaja mengikut gambar.

KA : Setuju.

AA : (Puan, This is a preliminary question) Camera apa yang kamu pakai?

KA : Nikon.

AA : Ada program penetapan masa, tarikh dan lain-lain?

KA : Ada.

AA : Jika buat program penetapan masa, tarikh dan lain-lain, boleh buat pengecaman dengan tepat gambar-gambar.?

KA : Setuju.

AA : Dari pukul berapa Lans Koperal ada di tempat kejadian?

KA : 11.30 pagi - 6 petang.

AA : Adakah Lans Koperal tahu apakah ada sebarang amaran untuk bersurai dikeluarkan atau tidak oleh polis kepada mereka yang ada di sini?

KA : Tidak tahu.

AA : Lihat pada gambar exhibit (P)14, gambar 4, setuju dengan saya bahawa anda tidak tahu pukul berapa gambar ini diambil, setuju.

KA : Tidak tahu.

AA : Anda juga tidak tahu jika amaran bersurai diberikan ketika gambar ini diambil?

KA : Tak pasti.

AA : Gambar 14. Tak pasti amaran bersurai dikeluarkan atau tidak?

KA : Tak pasti.

AA : Gambar 12. Anda juga tak pasti jika amaran bersurai dikeluarkan?

KA : Tak pasti.

AA : Gambar 13. Sama?

KA : Anda setuju pengecaman anda agak-agak berdasarkan gambar?

KA : Anda tahu tentang perarakan kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor? Orangnya yang membawa dan mengheret kepala lembu macam sama sahaja.

KA : Tak tahu.

AA : Gambar 27-28. Anda tidak pasti amaran besurai dikeluarkan atau tidak?

KA : Tak pasti.

AA : Lihat kepada gambar orang yang memegang loudhailer, adakah mereka OKT pada hari ini?

KA : Tidak.

AA : Mereka yang memegang loudhailer bukan OKT pada hari ini. Tadi beri keterangan mereka beri ceramah, tahu apa tajuk ceramah yang disampaikan?

KA : Tidak tahu.

AA : Tadi bagi tahu mahkamah ada ceramah, walau tugas jurufoto hanya beri keterangan tentang foto, jadi tahu tak apa tajuk ceramah?

KA : Tidak.

AA : Apa kandungan ceramah?

KA : Tidak tahu.

AA : Kalau tidak tahu ceramah, macamana tahu kata ianya ceramah?

KA : Sebab ada orang bercakap lepas tu ada orang dengar.

KA : Adakah yang disebut oleh orang yang memegang loudhailer berunsur hasutan?

AA : Tidak pasti.

KA :P 15, gambar 9 dan 10 - semua tak pasti?

AA : Gambar 9, 10, 11, 13 - apa yang dilihat dalam gambar?

AA : Gambar 9? dah ramai orang?

AA : Setuju atau tidak maknanya ada orang berhimpun di situ? Adakah berhimpun begitu satu kesalahan?

KA : Salah.

AA : Gambar 15. Tak kenal?

AA : Gambar 32, Tak kenal sesiapa di situ yang berada di sini? Sepanjang anda di situ adakah anda setuju anda tidak tahu atau tidak pasti ada arahan bersurai dikeluarkan?

KA : Tidak tahu.

............................................................

Saksi ke 6 : Koperal Khalil bin Hassan. Bertugas di IPD Gerik sebagai Jurufoto sejak tahun 2002.

Soalan dari Timbalan Pendakwaraya kepada saksi Koperal Khalil b Hassan.

TPR: Pada 6 hb Februari 2009, kamu ada datang ke pekan Kuala Kangsar, jam berapa?

KH : Pada jam 12 tengahari sebaik tiba, pergi ke Masjid Ubudiyyah.

TPR: Pergi ke Masjid diarah oleh siapa?

KH: Diarah oleh Cif Inspektor Razali. Diarah merakam gambar sekitar masjid.

TPR: Bila dikeluarkan arahan itu?

KH: pada jam 12.15 tengahari.

TPR: Bagaimana arahan itu disampaikan.

KH : Melalui telefon.

TPR : Pada jam 12 tengahari bagaimana keadaan masjid pada masa itu.

KH : Orang ramai sebab sembahyang Jumaat, masuk ke masjid.

TPR: Kamu sembahyang Jumaat tak?

KH: (sambil tersenyum) Tidak, tapi solat zohor saja. Saya bertugas.

TPR : Ketika orang solat Jumaat kamu berada di mana?

KH: Di luar pagar masjid.

TPR : (soalan merujuk aktiviti selepas selesai solat jumaat dan keluar masjid)

KH : Perarakan beramai-ramai keluar masjid.


TPR : Tak pelek ke keluar masjid beramai-ramai?

KH : Ada pelek ada tak. Yang pelek orang keluar masjid bawa sepanduk.

(Nota: Koperal Khalil ada menggunakan perkataan RUSUHAN dan bangun dibantah oleh Peguambela Augustine Anthony. Di perbicaraan yang lalu, mahkamah telah menerima permohonan agar perkataan rusuhan yang berunsur negatif dan fitnah tidak digunakan)

(Baca juga tulisan saya di sini mengenai tajuk laporan berita di akhbar Utusan Malaysia mengenai kes ini, tajuknya "9 PERUSUH mengaku tidak bersalah"...ikut sedap hati dia sahaja nak buat fitnah sedangkan mahkamah belum menetapkan apa-apa dakwaan atau kesalahan ke atas kesemua mereka...memang sama saja rentaknya dengan PDRM!!)

..................................................................................................

Peguambela Salim Bashir bangun menyoal balas saksi.

Salim : Ada ambil apa-apa gambar orang yang menghalang mana-mana kenderaan?
P 16, gambar 17, ada tak gambar foto FRU atau polis sedang memberi arahan supaya orang ramai bersurai?

KH: tidak ada.

Salim : Gambar-gambar diambil dalam perkarangam masjid selepas solat sembahyang Jumaat?
Ada tak bukti gambar diambil selepas jam 2.20 ptg?
Ada tak bukti bahawa rakaman diambil selepas solat?

KH : Tidak ada hanya keterangan gambar/foto. Masa tidak ada.

Salim : Lihat gambar 11-P16, seorang lelaki didalam gambar menunjukkan jari/tangan. Adakah dia sedang menahan polis atau menahan sesuatu?

KH: Menolak FRU, gambar kaku.

(siapa tolak siapa???- sukar ke beri jawapan benar???)

Salim: Ada tak orang menolak FRU, mengikut gambar foro dan bukan pandangan kamu.
Setuju atau tidak orang ini hendak balik tetapi dihalang FRU, dari rakaman gambar.

KH : Gaya menolak.

Salim : Ikut rakaman gambar tidak ada menolak, ianya cuma pandangan kamu.

Salim : Lihat gambar 25, ada tempat kamu rakam sebab ada orang lari ke situ, lari sebab FRU suruh bersurai? Ada tak arahan FRU suruh bersurai?

KH : Tidak ada.

Salim : Setuju mereka larikan diri sebab gas pemedih mata.

(siapa mengejar siapa dengankayu cota dan gas atau BOM pemedih mata???!!!)...sukar ke nak kenal pasti.

KH: Tidak setuju...sebab...

Salim : (memotong) Tengok gambar.

KH : Bom asap atau gas pemedih mata.



Salim : FRU/Polis? Adakah sebab tembak gas pemedih mata jadi mereka lari diri, setuju atau tidak.
Adakah menembak gas pemedih mata jadi larikan diri. Setuju atau tidak?

KH : Setuju

Salim : Apa tujuan merakam gambar Madrasah Idrisiah?

KH: Gambar suasana perarakan hampir selesai, menunjukkan perarakan hampir selesai.

Salim: Kenapa ambil gambar dalam madrasah?

KH : Masa saya sampai mereka dalam Madrasah. Lepas tu mereka keluar bila keadaan tidak tenang. Saya berada di istana selepas itu turun ke masjid.

Salim: Kenapa ambil gambar, apa niat kamu? Kalau suruh ambil gambar kerusi kamu ambil.

KH : Saya mendapat arahan mengambil gambar orang pegang sepanduk, jadi saya ambillah gambar budak-budak (madrasah) pegang sepanduk.

Salim : Jadi tidak tahulah mereka ini ada kaitan dengan perhimpunan atau tidak?

KH: Tidak.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Augustine Anthony bangun menyoal balas saksi.

AA: Tolong beri jawapan YA atau TIDAK.
Apakah tugas sebenar anda berada di sana.

KH : diarahkan standby, rakam gambar perarakan.

AA : Setuju dengan saya awak jurugambar pada hari itu?

KH: Setuju.

AA : Tugasan kamu hari tu hanya ambil gambar sahaja. Fokus pada tugasan sahaja, jangan beri pendapat, nanti susah. Berapa tahun pengalaman jadi jurufoto?

KH : 7 tahun.

AA: Pernah ambil gambar kes kematian. Selepas ambil gambar, kamu ada rasa akan di sepina atau tidak? Pernah beri pandangan mengenai kematian?

KH: Tidak.

AA: Macamana seseorang meluahkan perasaan, bolehkah meluahkan perasaan dengan tulisan, perbualan, tulisan besar-besaran?

KH : Setuju.

AA: Gambar 6. Sepanduk merah "DAULAT TUANKU". Apa kamu faham tentang DAULAT TUANKU?

KH : Kedaulatan Raja.....tidak tahu.

AA : Setuju atau tidak, sepanduk atau tulisan DAULAT TUANKU sering dilihat di papan tanda seluruh negara?

KH : Tidak pasti.

AA: Setuju atau tidak DAULAT TUANKU adalah salah satu cara meluahkan perasaan kepada raja?

KH : (seperti tidak tahu)

(pada pandangan penulis, saksi sengaja tidak mahu menjawab soalan khusus ini dengan tepat kerana beliau sudah mengagak bahawa jawapannya yang benar bakal memerangkapnya sahaja)

AA : Soalan TPR tadi apa yang pelek yang berlaku pada hari itu.

(Augustine mengingatkan Puan Hakim tentang soalan TPR yang merujuk kepada jawapan iaitu membawa sepanduk ialah sesuatu yang pelek. Puan Hakim mengakui ada menulis jawapan PELEK dari saksi)

KH : Pelek sebab orang bawa sepanduk.

AA: Pelek sebab tidak pernah tengok orang bawa sepanduk lepas Jumaat? Kamu telah menjadi jurufoto selama 7 tahun. Kamu pernah tak dengar ada roket naik ke bulan? Setiap sesuatu pasti ada permulaan. Jadi salah atau tidak bawa sepanduk 'DAULAT TUANKU'?

KH : Saya bukan menentukan salah atau tidak.

AA : Pukul berapa kamu berada di masjid?

KH : Pukul 12.

AA : Kamera apa yang kamu pakai?

KH : Nikon.

AA : Boleh ke tetapkan masa dan tarikh hingga saat?

KH : (cuba menceritakan dari awal menerima kamera) segera dipotong oleh peguam bela.

AA: Jawab betul-betul, kita tolong mahkamah untuk cari jawapan, boleh atau tidak tetapkan mas dan tarikh?

KH : Boleh.

AA : Ada dapat arahan jangan tetapkan masa saat dan tarikh.

KH : Tidak.

AA : Setuju atau tidak sekiranya mahu lebih tepat masa diambil elok diprogram tarikh masa dan saat? Setuju dengan saya awak tidak melakukannya?

KH: Setuju.

AA: Pernah ambil gambar suspek di balai?

KH : Tak pernah.

AA: Tahukah jika ambil gambar di balai perlu diambil dari 3 dimensi untuk lebih tepat. Untuk kenal mesti ambil 3 dimensi. Gambar perlu diambi ;dari 3 sudut pandang yang berbeza, depan, belakang dan tepi. Ini protokol.

Sekarang kita perlu rujuk gambar satu persatu sebab anda sudah beri pendapat.

P16 gambar 1, ada arahan polis untuk bersurai, tiada sebarang arahan untuk bersurai kan, P17 gambar tangkapan, juga tiada sebarang arahan untuk bersurai.

KH : Tidak setuju.

AA : Semua gambar diambil ada tak arahan bersurai? 5 minit sebelum gambar diambil ada tak arahan untuk bersurai?

KH: Tak pasti.

AA : 10 minit. 20 minit, 30 minit, 1 jam.

KH : Semua tak pasti.

AA : Sepanjang itu tidak ada arahan untuk bersurai.

KH : Tak pasti.

AA : Berhimpun salah atau tidak..

KH: (Cuba beri penjelasan panjang lebar) segera dipotong oleh peguambela.

AA : Saya cuma nak tahu berhimpun salah atau tidak.

KH : Tak salah.

AA : Semua gambar diambil tentang berhimpun.

AA : Ok itu saja...

penulis : (senyum panjang)

.................................................................................................

Saksi ke 7. Lans Koperal Munusamy. IPK Ipoh, umur 49 tahun. Bekerja sebagai jurufoto polis sejak 2001.

Lans Koperal Munusamy memberi keterangan kepada Mahkamah, menjawab soalan dari Timbalan Pendakwaraya.

MS : Rakam gambar segala aktiviti perhimpunan di kawasan masjid bukit chandan. Berada di sana pada jam 1.30 petang.

TPR : Bagaimana keadaan sekitar masjid?

MS : Dikawal oleh ramai polis. Orang ramai membuat rusuhan terhadap polis.

TPR : Kamu berada di mana ketika itu.

MS : Di luar masjid.

(sekali lagi peguam Augustine bangun membantah penggunaan perkataan RUSUHAN)

TPR : Bagaimana keadaan himpunan ketika itu?

MS : Keadaan tolak menolak.

TPR : Masa awak ambil gambar, apa awak lihat dan dengar?

MS : Loceng gerak.


TPR : Untuk tujuan apa? Ada dengar apa-apa arahan dari lori? Ke arah mana lori?

MS : ke arah masjid dari istana.

TPR : Lihat gambar, apakah fokus kamu terhadap gambar tersebut?

MS : Orang bersongkok. Orang berhimpun dalam masjid.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Peguambela Salim Bashir bangun menyoal balas saksi.

Salim: Gambar dirakam tidak ada masa tertera, setuju atau tidak? Tidak ada mana-mana rakaman orang baring tepi jalan, halang mana-mana kenderaan VIP, orang atau kereta, setuju?

MS : Setuju.

Salim : Secara khusus mengambil gambar FRU/polis. Pakai loudhailer untuk beri arahan bersurai. Kamu beritahu mahkamah tadi P18, mereka suruh bersurai dan bunyi loceng. Sebenarnya kamu dengar bunyi loceng sahaja, apa yang diberitahu kamu tidak tahu.

Setuju dengan saya bunyi loceng, tembakan gas pemedih mata atau arahan lain kamu tak boleh tentukan?

MS : Setuju.

Salim : Tidak ada mana-mana rakaman OKT membuang apa-apa senjata di atas jalanraya?

MS: Ya.

Salim : Lihat gambar, kayu cota dipegang di tangan siapa? Lihat gambar, dari pengamatan encik, kayu cota berada di tangan siapa?

MS : Tak boleh beri pandangan, tak pasti.

Salim : Itu saja....

.................................................................................................................

Augustine Anthony bangun untuk soal balas:

AA : Lihat gambar 9. pada masa atau sebelum tangkapan ada dengar perkataan bersurai dari sesiapa. Atau kamu saja ambil saja, ada dengar atau tidak?

MS : Tidak

Gambar orang ramai berlari, adakah sama ?

MS : Ya...

AA : Itu saja........

................................................................................................................

Peguambela Haji Aminuddin bangun soal balas.

HA : Berdasarkan gambar kamu berkata berlaku tolak menolak antara orang ramai dan polis. Berdasarkan gambar 4 dan 5, ada tak mana-mana pihak menyentuh orang yang lain?

MS : Tidak ada.

HA : Secara keseluruhan, gambar 1-29 bolehkah tunjukkan pada mahkamah berlaku tolak menolak antara polis dengan orang yang berhimpun?

MS : Tidak ada.

....................................................................................................................

Perbicaraan ditangguhkan ke jam 2.30 petang 28hb Oktober 2009.


No comments: