Monday 22 February 2010

IKRAR KETUA POLIS NEGARA.....IKUT SUKA AKU!!!

Sila klik di gambar untuk membaca IKRAR Ketua Polis Negara.....

Bahawasanya saya pada hari ini amat berbangga menjadi seorang pegawai polis yang dipertanggungjwabkan untuk menerajui PDRM, bagi menjamin keselamatan berjuta rakyat yang bermastautin dan pelawat-pelawat yang datang ke Malaysia....

Meyakinkan masyarakat bahawa kita sentiasa bersama mereka dalam memberi perkhidmatan polis yang mereka kehendaki......

Semalam ketika ke Bukit Aman bagi penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara mengenai kebajikan Tahanan ISA saya berkenan dengan latarbelakang gambar Musa Hassan Ketua Polis Negara yang kelihatan begitu gah sekali..apatah sekali beserta dengan ikrar di sebelahnya.

Sebenarnya saya tidak 'bother' pun untuk nak tenung dan baca ikrar tersebut..saya cuma ingin mengambil shot yang terbaik (kononnya) rombongan Gerakan Mansuhkan ISA yang ingin berbincang dengan pegawai polis pihak atasan yang tidak pernah kesampaian...akhirnya setiap kali kami ke sana kami hanya mampu kemudiannya mengadakan sidang akhbar di luar di bawah terik mentari bagi menyampaikan hasrat hati kami.

Tujuan ke sana ialah untuk mendesak diberikan peluang peguam dan keluarga untuk bertemu dengan tahanan ISA. Namun tidak kesampaian.

Di sebelah petangnya pula satu pertemuan dengan peguam-peguam yang terlibat membantu telah diadakan di pejabat Richard Wee di Taman Tun Dr Ismail.

Soalan pertama yang ditanyakan kepada ahli keluarga yang turut hadir ialah "do you all want your friends, relatives and husbands inside to be sent home to your home country"

Jawapan sebulat suara dari mereka ialah "NO!!!!"

Soalan seterusnya yang mudah ialah "WHY??"....yang jawapannya sudah pasti sukar.....

Kebanyakan mereka menjawab "they come here to study, they are doing their PHD and will be finishing soon, let them finish their studies. Their university said that they can wait for them to be released and continue their studies, if they were sent home, extradited, it will make them as 'guilty' and convicted to the allegations. They are innocent, we have already asked our embassy and they said that they are not in the most wanted list in our country as claimed by the minister, they have families here, some of them have been staying here since 2001, their children were born here".....dan bermacam-macam lagi.....

Namun yang lebih penting ialah mereka tidak bersalah...setelah lebih sebulan ditahan tidak ada apa-apa bukti lansung ke atas mereka..ini adalah perkara biasa di dalam tangkapan Akta Zalim ISA.

Menurut ahli keluarga yang telah berpeluang bertemu, 3 orang dari mereka sudah mengatakan bahawa mereka tidak mahu mengambil peguam...ini adalah perkara biasa yang terjadi...perkara luarbiasanya ialah mana mungkin orang yang bijak pandai bila ditangkap tidak mahu diwakili oleh peguam...perkara yang biasa yang terjadi ialah Pegawai Cawangan Khas telah 'mencuci otak' mereka..."jangan ambil peguam, jangan berhubung dengan GMI, jangan bercakap dengan NGO"

Salah seorang dari tahanan telah dijanjikan oleh SB untuk dibebaskan dua minggu yang lepas, tapi hingga ke hari ini masih merengkok entah di mana.

Salah seorang dari mereka menceritakan yang beliau hanya diberi makan sekeping roti sandwich di waktu pagi, maka beliau terlalu lapar kerana pegawai penyiasatnya terlalu amat sebuk, seorang lagi pula dijamu dengan Mc Donald...inilah watak-watak SB yang ada, yang terlalu baik, yang terlalu warak dan yang terlalu jahat....semua watak diwujudkan dengan tujuan yang tertentu...

Ceritanya mereka dikurung di bilik yang sempit yang punya satu ruang udara yang kecil...bukan menghala keluar tetapi menghala ke bilik kurungan tahanan yang lain....ruang itu digunakan untuk mereka "shout to each other". Inilah sumber komunikasi mereka.

Kami cuba bertanya kepada seorang dari mereka adakah tahanan tahu di mana mereka berada. Katanya saudaranya memberitahu beliau mungkin berada di PUTRAJAYA. "he were blindfolded, so he didn't know where the police took him, but he said the trip took around 1 hour"...

"oh..no...not in Putrajaya...only here somewhere in Kuala Lumpur...it is their style to drive round and round just to confuse the detainess...." serentak kami memberitahu saudara tersebut....

Nalini, setiausaha GMI bersama 2 orang peguam muda yang bakal mengetuai kumpulan peguam yang membantu...ada hampir lebih dari 10 orang peguam muda berbagai bangsa dan agama yang akan membantu mereka yang semuanya beragama Islam dan mempraktikan Islam dengan sebaiknya.....saya salute mereka semua....

Sehingga ke hari ini, keluarga tidak menerima apa-apa dokumen tentang penahanan mereka ini, tiada sesuatu hitam putih yang mengatakan mereka ditahan ISA atas apa-apa dakwaan....

Buntu....semalam ketika pertemuan dengan peguam semua cuba memikirkan jalan bagaimana untuk menyelamatkan ke semua tahanan ISA ini....itulah sebabnya selagi ISA ada memang mereka yang ditahan akan dizalimi...buntu...semua ruang yang ada ditutup atas alasan tahanan tanpa bicara...polis cawangan Khas punya kuasa penuh...Menteri hanya tandatangan dokumen...sistem kehakiman boleh ditolak mentah-mentah...lantaran pihak Peguam Negara sendiri mengatakan bahawa 'our judicial system is not the best system to deal with national security" patutlah isu Hak Asasi Manusia boleh ditendang ke tepi sahaja....

Ahli keluarga terus mengharap dan menanti...keluh kesah...gelisah....tetapi kita di GMI dan semua yang bencikan kezaliman akan terus bertindak......

Sejak 2001 bila mana GMI ditubuhkan hingga kini 2010...saya hanya cuba merasakan apa yang keluarga tahanan ISA rasakan....buntu...bila mereka akan dibebaskan...tunggu...menunggu dan menanti...tetapi ISA sudah wujud sejak 50 tahun yang lalu...

Saya cuba memahami kenapa As Syahid Ibrahim Libya dan penduduk Kampong Memali memilih jalan yang mereka pilih dalam menentang ISA...SYAHID cita-cita kami....SB Bangsat dan keparat terus menzalimi selagi ditahan ISA bukan sekadar pada mereka yang ditahan namun kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat yang terlibat....

MANSUHKAN ISA!!!!!!!

No comments: