Thursday 11 February 2010

TAHNIAH!!!!!! Polis mudah lupa...Kes Asenik: 29 dibebaskan.

Pada hari Rabu semalam sebaik pulang dari menghantar suami ke pejabat saya buat keputusan untuk singgah di Mahkamah Jalan Duta untuk memberi sokongan dan mengikuti kes Arsenik 2 yang sedang dibicarakan di Mahkamah yang sama dengan kes Liwat 2 Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Memang agak menyeksakan untuk dapat tempat meletak kenderaan di kompleks yang megah tersergam ini sebagaimana banyak tempat-tempat tumpuan umum milik kerajaan, masalah meletakkan kenderaan. Semua kenderaan yang masuk hampir jam 9 pagi pasti sukar mendapatkan tempat untuk meletakkan kenderaan. Tapi sebelum ini sudah menjadi kebiasaan untuk orang meletakkan kenderaan di atas bahu jalan sepanjang jalan masuk dan keluar. Kali ini sejak kes DSAI dijalankan semuanya menjadi lebih ketat lagi.

Hari-hari biasa bila perlu ke mahkamah...pakcik guard siap tolong suruh park "ataih bendui"....gayat gak...tapi okayla pada kena jalan jauh tengah panas pulak tu....

Pada hari Rabu tu terpaksalah saya menapak kaki jauh menuju ke Istana Kehakiman setelah menumpang ehsan meletakkan kereta di parking lot Masjid Wilayah yang besar dan luas tapi sepi dari kedatangan orang kecuali di waktu solat Jumaat.....nampak tu...jauh gak kena menapak...


Selain dari itu...hari pertama dan kebiasaannya tiada masalah untuk masuk ke dalam membawa kamera, hari kedua semua wartawan hanya dibenarkan berada di luar pintu utama, hari Rabu tersebut saya bersembang2 dengan sekumpulan wartawan had mereka semakin jauh hingga ke atas anak tangga sahaja...okay la tu kan....daripada kena duduk di bawah panas terik mentari.

Kemudian sebaik sampai saya mencuba nasib naik ke tingkat 5 dahulu di mana kes DSAI dijalankan...alamak siap kena beratur...lebih baik saya tinggalkan tempat tu dan turun ke tingkat 4 tempat kes Arsenik...terserempak dengan Ustaz Badrul dan terus ke Mahkamah Majistret Jenayah 4. Saya yang paling awal sampai, kes mula pukul 10 rupanya, kemudian muncul Dr Hatta dan beberapa orang lagi....semuanya pun nampak dah beruban dan berusia...11 tahun lalu mungkin masih gagah lagi di kala mereka ditangkap kerana mengadakan solat hajat di atas kes Arsenik DSAI. Kemudian pula muncul Azmin Ali...

Lama betul tunggu Puan Majistret masuk...kebetulan ada 2 orang muda berbangsa China masuk dan polis bawa bersama kotak dan dikeluarkan isi di dalamnya ...mercun dan bunga api...hasil rampasan...Azmin, Dr Hatta, Ustaz Badrul yang ada di sana mula lah berseloroh..."yang bom C4 tak kena dakwa pun"....yang mercun dan bunga api yang sikit ni dok kena dakwa pulak....

Bosan betul saya menunggu hampir 45 minit berlalu baru Puan Majistret masuk...begitulah realiti di Mahkamah...tunggu dan tunggu dan tunggu...lepas tu kena tunggu kes lain sebelumnya disebut atau dibicarakan, nasiblah ada berapa sebelumnya, Hakim akan tetap beri masa mula yang sama....hampir jam 11.30 pagi kes belum juga dibicarakan maka saya pun angkat beg dan terus bangun keluar...tekak haus dan perut lapar...tapi sempat jugalah saya berjumpa dengan peguam mereka Cik Lateefa Koya....


baca di malaysiakini

Alhamdulillah...pagi ini ketika berada di SUHAKAM mendapat khabar bahawa ke semua mereka dibebaskan bilamana pihak pendakwaraya asek gagal bawa saksi penting....well....11 tahun sudah berlalu...11 tahun mereka ini dihukum dengan perlu datang ke mahkamah dan menghabiskan masa menunggu dan menunggu...maka kes ini sepatutnya menjadi petunjuk kepada kes-kes tangkapan perhimpunan aman yang lain...polis sebenarnya hanya menjalankan arahan yang dikenakan ke atas mereka untuk menangkap...lepas tu...tak ada bukti kesalahan hanya sekadar rekaan cerita semata....bila dah terlalu lama mana nak ingat lagi...11 tahun lama tu...rambut pun dah beruban...apatah lagi ingatan terhadap cerita rekaan semata-mata...

Tahniah kepada semua pejuang keadilan!!!!

No comments: